Assalam semua..
Cepat sungguh masa berlalu. Hari ini sudah hampir ke pertengahan bulan Oktober.
Hari tu dok citer pasal excited nak jadi
mama long. Dengan rasminya baby alif selamat dilahirkan pada 11 Oktober 2014 jam 10.25am. Baby alif lahir pada hari sama kelahiran umi dia aka cik misi. Dengan berat 4.15kg dan panjang 51cm. Baby alif lahir secara czer kerana baby alif sgt besar dah sihat (
masa scan sblm bersalin anggaran berat baby 4.5kg). Sekarang baby alif sedang berehat di kampung. Mama long tak dapat cuti lama2 untuk gomol2 baby alif.
Ok sekarang nak story pasal bakal sepupu baby alif...Insya Allah. Pada kul 8.00pm, 11 Oktober 2014 tu hari yang sama kelahiran baby alif, saya pun start suntikan ubat Buserelin sebanyak 0.5ml. Sehingga malam td, dah 3 kali suntikan. Sebenarnya saya ada masalah dengan suntikan ini, bila lepas suntik..ditempat suntik akan jadi cam gegata. Seperti kena gigit ngan ulat bulu. Merah dan timbul. Dalam 2 - 3 jam lepas tu dia akan surut. Pd hari pertama suntikan, ingat ia adalah disebabkan oleh salah teknik suntik. Hari kedua ok sikit. Timbul sikit kesan gegata tu. Tapi hari semalam akan besar kesan gegata tu. Ingat petang ini nak call klinik tanya apsal jadi cam tu. Ada tak sesiapa yang pernah terkena kesan sebegitu rupa? Side effect lain masih belum terasa lagi..
Semalam, 13 Oktober 2014 adalah ujian SST dan ambil ujian darah untuk Encik B. Dengan agak kejam saya suh dia gi klinik sorang2. Saya bagi kad appointment saya jer. Ye la selama ni saya gi sorang takde hal pun. Sbb appointment kali ni mmg untuk Encik B sahaja. Apa dia buat kat klinik smlm tu takde distory detail. Yg dibagitau, proses sama spt bagi sperm utk IUI. Pastu nurse ambik darah pastu dia gi bangunan Mara makan. Kos untuk 2 prosedur tu RM238. Next appointment adalah pada 20 Oktober 2014.
Setakat hari ini belum rasa apa2 sgt. Entah la mgkn tgh byk fikir benda lain. Berharap sgt segala proses ini berjalan dengan lancar. Dan setakat hari ni, saya belum bagitahu kat mak ayah saya lagi. Even kat keluarga mertua. Yg tahu cuma adik saya. Tggu la lepas appointment 20 Okt 2014 ni baru nak bgtahu. Bukan apa, mak saya tu jenis cepat susah hati..memikir bukan2. Lagi cepat bagitahu lagi cepat dia runsing. Baik diam dulu hingga doc cakap pe.
Sekian. Wassalam.
Update : Berkenaan dengan gegata lepas suntik buserlin, doc kata kulit saya alah pada alcohol swab. Doc suh cari non alcohol swab. Saya cuba jugak cari di farmasi tetapi tidak berjumpa. So far, kesan gegata itu akan timbul lepas suntik tapi akan hilang dalam 2 - 3 jam lepas tu..