Tuesday, 10 May 2016

IVF Kali Ke-2

Assalam semua..

Bersiaran kembali setelah selamat penyata kewangan di hantar ke jabatan audit.  Mulai semalam, audit dengan secepat kilat datang ke ofis untuk mengaudit.  Fuhh..mmg tak bagi rest langsung.  Kali ini audit baru.  Semalam datang dengan 7 orang ahli.  Sangat ramai jika berbanding team audit sebelum ni.  Dulu paling maximum pun 5 orang.  Itu pun letih nak melayan diaorang punya pertanyaan.  Untuk kali ini...bertabah la.  Diaorg pun nak pulun siap sebelum hari raya aidilfitri.

Refer kepada tajuk..bulan ini saya dah start semula treatment fertility.  Bulan april 2016 dah jumpa doc untuk proceed ivf bg bulan mei 2016.  Alhamdullilah..period datang pada hari jumaat 6 Mei 2016 setelah delay beberapa hari kerana ambil ubat norculat dan progynova.   Masa perjumpaan dengan doc pada hari sebelum itu, doc scan dan suspek saya ada endrometriosis.  Doc ada suggest untuk ambil lucrin tetapi cadangan terhenti di situ. Tiada perbincangan lanjut.  So rasanya doc dah take note.  Apa2 keputusan untuk embryo transfer...doc akan maklum pada next appoinment.

Saya dah mula injection pada 8 Mei 2016, pada hari ke-3 period. Ambil ubat pergoveries double dose.  Fuhh..berpeluh nak bancuh ubat.  Tapi tugas membancuh ubat diserahkan kepada encik b.  Untuk injection, sy buat sendiri. Setakat hari ini dah 3 hari ambil injection tu..so far ok la. Next appointment hari khamis. 

Untuk IVF kali ini..saya agak terbuka.  Saya dah maklum siap2 pada bos saya. Ini bagi memudahkan saya nak ambil cuti tahunan.  Saya juga dah maklum pada staff2 di bawah jagaan saya..yg saya akan sentiasa cuti pada bulan mei ini. dan saya juga dah bagitau pada mak, ayah dan family in law status yang sedang kitaorg hadapi. Dan hari ini saya bagitau di sini.  Ini kerana setiap orang yg saya bagitahu itu, saya mohon doa daripada mereka.  Sbb saya tak tahu..mungkin ada doa antara kita yang mustajab dan Allah akan makbulkan.  Insya Allah...

Ini antara motivasi untuk saya terus mencuba...


Wassalam..