Tuesday, 10 May 2016

IVF Kali Ke-2

Assalam semua..

Bersiaran kembali setelah selamat penyata kewangan di hantar ke jabatan audit.  Mulai semalam, audit dengan secepat kilat datang ke ofis untuk mengaudit.  Fuhh..mmg tak bagi rest langsung.  Kali ini audit baru.  Semalam datang dengan 7 orang ahli.  Sangat ramai jika berbanding team audit sebelum ni.  Dulu paling maximum pun 5 orang.  Itu pun letih nak melayan diaorang punya pertanyaan.  Untuk kali ini...bertabah la.  Diaorg pun nak pulun siap sebelum hari raya aidilfitri.

Refer kepada tajuk..bulan ini saya dah start semula treatment fertility.  Bulan april 2016 dah jumpa doc untuk proceed ivf bg bulan mei 2016.  Alhamdullilah..period datang pada hari jumaat 6 Mei 2016 setelah delay beberapa hari kerana ambil ubat norculat dan progynova.   Masa perjumpaan dengan doc pada hari sebelum itu, doc scan dan suspek saya ada endrometriosis.  Doc ada suggest untuk ambil lucrin tetapi cadangan terhenti di situ. Tiada perbincangan lanjut.  So rasanya doc dah take note.  Apa2 keputusan untuk embryo transfer...doc akan maklum pada next appoinment.

Saya dah mula injection pada 8 Mei 2016, pada hari ke-3 period. Ambil ubat pergoveries double dose.  Fuhh..berpeluh nak bancuh ubat.  Tapi tugas membancuh ubat diserahkan kepada encik b.  Untuk injection, sy buat sendiri. Setakat hari ini dah 3 hari ambil injection tu..so far ok la. Next appointment hari khamis. 

Untuk IVF kali ini..saya agak terbuka.  Saya dah maklum siap2 pada bos saya. Ini bagi memudahkan saya nak ambil cuti tahunan.  Saya juga dah maklum pada staff2 di bawah jagaan saya..yg saya akan sentiasa cuti pada bulan mei ini. dan saya juga dah bagitau pada mak, ayah dan family in law status yang sedang kitaorg hadapi. Dan hari ini saya bagitau di sini.  Ini kerana setiap orang yg saya bagitahu itu, saya mohon doa daripada mereka.  Sbb saya tak tahu..mungkin ada doa antara kita yang mustajab dan Allah akan makbulkan.  Insya Allah...

Ini antara motivasi untuk saya terus mencuba...


Wassalam..

23 comments:

  1. InsyaAllah.. ada rezeki nya kali ini. Saya doakan :)

    Buat di mana ni? Maaf kalau sblm ni ada tulis.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Kali ini treatment di PHKL under doc Adilah. Mmg takde tulis pun...hihi

      Delete
  2. InshaAllah CPT, semoga ada rezeki untuk IVF kali kedua ini....amin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Amin. Moga Allah berikan rezeki untuk Yani jugak..

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan dan selamat semuanya. Seronok baca pengalaman ivf masing2 :)

    ReplyDelete
  4. All the best CPT...smg Allah permudahkan...smg ada rezeki kali ni...amin...

    ReplyDelete
  5. All the best cik puan tipah!

    ReplyDelete
  6. CPT,semoga dipermudahkan urusan IVF kali ni..jangan lupa berjemur sikit kat cahaya matahari pagi untuk vit.D (letak je tangan sikit kat cahaya tu pun boleh..hihi) yang natural n tonton klip2 kelakar n movie2 komedi. Sentiasa zikir ya Khaliq,Ya Bari,Ya Musowwir..Amin3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Tq kak nuriz untuk petua2. Yang part berjemur tu tak tau pun. Tak sempat nak buat. Zikir tu antara amalan skrg.

      Delete
  7. Cik Puan Tipah,

    Moga berjaya ya...InShaaAllah..

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya pn.. aminn... jgn lupa update ya. sy pembaca tegar blog pn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Insya Allah akan update cerita penuh. Terharu ada pembaca tegar ini..

      Delete
  9. Gud luck sis.. Su pun naru gagal ivf hari ke 9 selepas ET darah keluar dan hari ke 10 cek negatif o
    0.1.. Sedih sangat tapi sy percaya Allah ada yg terbaik menanti satu hari nanti.. Semiga kita ada rezeki zuriat satu hari nanti..Aamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihnya. Ada yang terbaik untuk kita nnt. Masih ada embryo yang dibekukan?

      Delete
  10. Salam...sy pun bakal buat ivf tahun ni disebabkan suami masih azoospermia...kdg2 check jd oligosprmia pulak...tp still kena ivf.... tp rasa berdebar2 pulak sbb doc bgtau ni klu mnjadi ivf mmg high risk prgnancy.. bertambah2 pulak sy pesakit SLE... doc terpaksa potong line patient yg dh lama menanti utk ivf disebab2kan keadaan sy yg on off...huhu...harap2 prosedur ivf yg bakal buat ni berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam cho. Moga dipermudahkan urusan. Insya Allah

      Delete
  11. Salam...sy pun bakal buat ivf tahun ni disebabkan suami masih azoospermia...kdg2 check jd oligosprmia pulak...tp still kena ivf.... tp rasa berdebar2 pulak sbb doc bgtau ni klu mnjadi ivf mmg high risk prgnancy.. bertambah2 pulak sy pesakit SLE... doc terpaksa potong line patient yg dh lama menanti utk ivf disebab2kan keadaan sy yg on off...huhu...harap2 prosedur ivf yg bakal buat ni berjaya...

    ReplyDelete
  12. Salam...blh tau bagaimana perkembangan skrg

    ReplyDelete