Thursday, 22 November 2012

Bersawang Lagi

Assalam...yuhuuuuuuu

Masih ada orang lagi ke?? Tuan blog dah hanyut ntah ke mana..

Serius rindu nak menaip dlm blog ni..tapi kekangan masa menghalang segalanya..bz mengalahkan Perdana Menteri...hehe

Minggu pertama bulan Nov busy dengan interview. 5 hari berturut2 jadi panel interview. Nak termuntah rasanya. Balik rumah pengsan.

Minggu kedua bulan Nov dah start cuti sekolah. Mak mertua dan family kak ipar saya dtg rumah seminggu. So cuti la seminggu. Minggu tu kan cuti deepavali dan awal muharam. Bila org ada dirumah..lagi la busy. PC mmg tak buka langsung. Sibuk memasak dan berjalan2.

Minggu ketiga bulan Nov..sekarang ni la. Notebook rosak. Windows corrupt. So kena hntr ke IT untuk dibaiki. Sementara nak baiki tu..minta la pc ganti..bertahun tggu. Hr ni baru ada. Dah berhari gi kerja melangut jer..notebook takde..alasan kan!!

Dan minggu ketiga ni juga..dilanda selsema dan batuk2. Hingga hari ni, masih lagi berbaki..hehe. Makan ubat malas. So nak buat pe pun malas!!

Pasal TTC...nothing..hehehe.

Ada byk benda nak story...nnt la dulu yek!!

Sekian.


Tuesday, 6 November 2012

06.11.2012


YANG KE - .....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





Perasankan...hahaha!!

Untuk birthday kali ini saya nak sangat hadiah ni 


1 box chocolate PATCHI
Encik B tolong la belikan!!hehe
Kotak besar tau!!
Kek tak nak yek!!

Alhamdullilah, Allah beri kesempatan untuk bernyawa sehingga ke hari ini. Moga diberi keberkatan, ketenangan dan kebahagian yang abadi di dunia hingga ke akhirat.



Thursday, 1 November 2012

5th Year Work Anniversary (01112007 - 01112012)


special utk diri ini 

Syukur sudah mencapai 5 tahun. Ada lagi 23 tahun untuk berkhidmat!!

Wednesday, 31 October 2012

WW :: Masak2 & Makan2

nasi ayam + ayam bakar black pepper + tauge sos tiram


Tuna Melt guna french toast


Tuna Melt roti sandwish biasa. Sedap dimakan waktu panas2.


1st mini pavlova

p/s :: banyak lagi masak..tapi tak sempat nak capture..dah masuk mulut dulu..hehe

Wednesday, 24 October 2012

Pernyataan Yang Menyakit Jiwa [enty yg emo]

Assalam..

Hari ni hari kurang tanpa kata..tapi saya tetap nak berkata2 jugak. Dah lama pendam dijiwa ni..haha

Saya rasa ramai jer TTC yg kena kata-kata yg tak best sbb belum punyai anak. So far spjg 3 tahun ni sy dah kahwin ni blm ada kata-kata/cemuhan yg sy terima scr direct. Maknanya secara depan. Yang belakang2 saya tak tahu.

Tapi sepanjang 3 tahun ni..adalah beberapa pernyataan yang membuatkan saya sakit jiwa..lebih2 lagi sekarang. Bila dgr jer sakitnya hati.

Pernyataan 1 Yg Menyakit Jiwa

Isteri kwn Encik B..diaorg pun kahwin seminggu selepas kitaorg. Sy panggil isteri dia J. Diaorg ok jer. Selepas kahwin tu kitaorg adalah buat makan2 kat rumah. Ajak la kawan2 Encik B datang. Diaorg ni dtg. Salah seorang kawan Encik B (kawan lain) isteri dia mengandung. Pastu geng perempuan ni dok la sekali time makan tu. Si J tu bagitau kalau boleh dia taknak preggy lagi..nak tunggu setahun dulu. Sy ckp..sy mmg takde planning2..kalau dpt cepat lg bagus.

Beberapa bulan kemudian, kitaorg jumpa lagi dia tmpt futsal temankan suami masing2. Masa tu sy dah tau dia preggy. Perut dia time tu dah besar jugak la. Masa tu dia ckp lagi..sbnrnya dia tak nak lagi ada baby..tapi dah dpt. Time tu sy rasa kenapalah dia boleh ckp camtu. Sy yg nak sgt ni tak dpt2. Dia yg dah dpt tu tak bersyukur. Masa tu sakit betul hati. Skrg ni si J tu jiran sy. Kitaorg beli rumah dekat. Mmg jodoh jer..kahwin dekat2 rumah dekat2..So far J tu baik..cuma pernyataan dia jer yg menyakit jiwa ini...hehe

Pernyataan 2 Yg Menyakit Jiwa

Kat ofis..Ada sorang mamat ni baru kahwin. Dia kahwin ngan budak ofis jugak. Satu jabatan. Pastu dikhabarkan isteri dia mengandung. Kira cepat la. Ok! Sy takde masalah. 

Time tu sy sdg makan di pantry. Diaorg tak perasan pun saya. Slh seorang staf (perempuan) yg dok berborak ngan dia ckp la "Hebat ko yek..terserlah kejantanan ko."

Ya Allah ms dengar tu..geramnya la. Ingat org takde anak ni suami dia tak jantan ke? Suami sy mmg tak jantan tapi suami saya lelaki yang sempurna ok!! Kenapa..kalau ada anak ni baru jantan? Jantan ker kalau anak pun tak reti nak jaga..hoho..marah sgt time tu. Dah siap makan blah jer. Dok dlm bilik sorang2..tanya kat diri sendiri..aku emo sgt ker?? hehe..pastu blah gi solat.

Pernyataan 3 Yg Menyakit Jiwa

Kat ofis lagi..pas sorang mengandung..sorang mengandung. Ada sorang staf tu anak dia terurut2. Ok Alhamdullilah rezeki Allah. Dah habis pantang masuk kerja sure citer pasal bersalin. Sy dengar jer. Kat pantry mmg ramai yg melepak. Dah tu citer pasal perancang la..implan la..iud la..whatever yg sy tak nak ambil tahu. Part yg sakit jiwa tu 

"Kita kena berhati2. Kita ni jenis mudah sgt nak lekat. Pantang sentuh sikit mesti lekatnya." Ok!! Ayat cam takburnya. Layan jer la. 

Sy tau sy mmg jenis susah lekat..main la time apa pun blm tentu dpt. So sy terus makan dan buat muka seposen..borak2..pastu blah. Dlm hati sakitnya jiwa ni.

Pernyataan 4 Yg Menyakit Jiwa

Ni kes terkini..budak ofis baru kahwin bulan Sept hari tu. Kahwin ngan staf satu ofis jugak. Skrg tengah mabuk. Saya tahu..tapi saya buat2 tak tahu. Malas nak ambil tahu.  Skrg ni sy suka dok dlm bilik sorang2. Lepak kat luar dgn diaorg jarang2. Lepak pantry pun jarang sbb dah jarang makan. 

Last week lepak ngan sorang kakak ni. Kakak ni sumber inspirasi sy la. Dia tabah TTC. Suka citer ngan dia pasal TTC. Anak dia dah 2 org skrg. Dia bgtau sy yg budak tu dah mengandung. Ok!! Part yg menyakit jiwa tu..

"Tu la budak2 usik D (nama suami dia)..terror ko yek..shoot tepat pada sasaran." Sy terus je ckp.. "Akak mengandung ni rezeki Allah..takde kaitan pun shoot tepat ke tak. Bila Allah kata jadi maka jadi." Akak tu pun agree ngan sy. Yang penting sy ckp penuh berhemah tau! 

Dalam hati..ayat begini menyakitkan jiwa btul. 

************************************
Saya yg emo kan!! Dalam hati jer. Kat luar nampak cool ok!

Selalunya bila dgr benda yg menyakit jiwa ni..sy dok diam2 beristigfar dan tgk balik apa yg saya ada. Biarlah apa yang diaorg nak kata..tp pada saya semua yg kita ada ni Allah jua pemberi-Nya. Ia tidak akan terjadi dgn sendiri tanpa izin Allah.

Saje je citer ni..nak melepas perasaan..apa pun saya REDHA dgn ketentuan-Nya.

sumber :: fb


Sekian.