Sunday 8 May 2011

Gulai Lemak Ayam Kampung..Resepi Ibu

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan untuk update blog..biasa la hujung minggu yang penuh dgn aktiviti dan jalan2. Ni pun curi2 menaip sementara mencuci baju..on notebook utk coret sesuatu.

Hari sabtu..setelah sekian lama dapur tak berasap (arrhh..malunya) saya berkesempatan untuk memasak untuk encik suami.  Mmg mood untuk memasak malas krn dah tinggal berdua jer. En. suami lak boleh dikatakan every weekend dia keje, lg pun last month dua2 org pun bz tahap gaban dengan kerja masing2. Hari biasa dua2 org pun balik lewat...nak masak mmg tidak lak...

Untuk makan lunch merangkap dinner, dan juga sempena hari ibu, saya pun nak masak gulai lemak resipi turun temurun dari arwah wan dan turun ke mak dan turun ke saya... (arrhh..perasan)..tapi sy masak tak sesedap arwah wan dan mak. Tapi boleh tahan la...hehe. Mak saya ajar mmg tiada sukatan..sy pun tak pandai nak sukat2..pandai2 sendiri la...tapi utk tulis blog ni sy cuba juga utk sukat. Kalo tak ok...pandai2 la adjust ikut rasa hati..

Gulai Lemak Ayam Kampung 

2 ekor ayam kampung (ayam yg saya beli bersaiz kecil)
2 cawan pati santan
10 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup (sy mmg pakai kunyit hidup..jika nak ganti dgn serbuk kunyit boleh ajer)
Segenggam cili padi (ikut suka pedas masing2, sy mmg suka pedas)
2 biji ubi kentang - dikupas dan dipotong dadu
sedikit lengkuas (jika tiada pun takde hal)
Garam
Asam Keping
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut

bahan-bahan

ayam kampung

Cara-caranya :-
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili padi dan lengkuas. Kisar hingga lumut.
  2. Di dalam periuk masukkan bahan-bahan dikisar, ayam, kentang, daun kunyit dan serai. Gaul mesra.
  3. Masakkan di atas dapur sehingga ayam dan ubi kentang empuk. (Ayam kampung lambat empuk. Tak perlu tambah air kerana bahan dikisar dah ada air begitu juga air drpd ayam).
  4. Apabila dah empuk, masukkan pati santan, garam, asam keping dan daun limau purut. Pastikan santan tak pecah minyak yek. (kadang2 sy pun pecah gak..huhu).
  5. Dah siap dan boleh dihidang...senang kan..
So, inilah hasilnya...

makan bersama sayur kangkung sahaja...makan berpinggan2...mmg puas hati

Walaupun hasilnya tak sama seperti mak..tapi ia telah membuat En. Suami saya senyum kepedasan.. Alhamdullilah.

Wassalam.

-cik tipah @ umah-

2 comments:

  1. selamat ber blog... salam kenal dari ita di Masam Manis...
    sedapnyer kalau dapat makan ayam kampung... dah lama tak makan ayam kampung... aduyaiii... teringat pulak masakan mak...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak..
    ayam kampung mmg best. Tapi ayam yg saya beli ni bukan ayam kampung yg asli. Ni ayam kampung yg digunakan oleh kedai2 yg jual ayam penyet. Isi dia pun lembut sikit..kalo yg betul2 isi ayam lagi pejal..

    ReplyDelete