Thursday, 29 September 2011

Ikan Tenggiri Masak Singgang

Semenjak datangnya bulan ramadhan, mood memasak tersangat bagus. Terlebih rajin daripada biasa..hehe. Sebenarnya bukan la rajin sgt tp sepanjang bulan puasa, kami sekeluarga byk berbuka di rumah dgn hasil air tangan ini.

Bila malas nk masak, ajak la En. B mkn di kedai. Time balik rumah, En. B mesti ckp "Apa yg syg masak lg best dr kedai tu walaupun masak ikan sardin". Oleh kerana byk kali ayat sebegini keluar dr mulut En. B, maka kena kuat semangat utk memasak.

Ikan tenggiri masak singgang ini ada kesukaan kami suami isteri. En. B sy mmg suka mkn lauk yg berkuah. Pastu kasi banjir dlm nasi..perrgghh.

Menu ini adalah sangat sesuai utk mereka yg ingin diet (org pcos pun sesuai)..kurang kalori, high protien, kurang crab dan tiada lemak.

Bahan-bahan ::
• 5 ulas bawang kecil/merah
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1/2 inci lengkuas
• 6 cili padi
• 1/2 inci kunyit hidup
• 1 batang serai
• 2 - 3 keping, asam keping
• ikan tenggiri/ikan kembung
• air (lbh kurang 1 jug kecil. Lebih pun tak pe)
• garam secukup rasa

Cara-cara ::
• bawang kecil/merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit di hiris halus2. Masuk dlm periuk.
• Masukkan cili padi dan serai yg dititik. Cili padi tak perlu potong. Letak sebiji2.
• masukkan air dan tenggek atas dapur. Masukkan garam.
• Bila mendidih, masuk ikan dan asam keping. Biar hingga ikan masak. Dan boleh dihidang.

Ikan singgang ini sgt sedap dimakan time panas2 dan pecahkan cili padi. Mmg terangkattt..




CD12::Sudah Ovulasi

Assalam,

Susulan daripada check up CD9, doc minta sy datang semula utk buat TVS pd CD12 iaitu pada hari ini.

Tak buat appointment pun, sbb masa last time pergi hospital tak sure boleh dtg atau tidak pada hari ini. So nurse pun bg pilihan utk dtg pd CD12 atau CD14. Disebabkan hari ini, pembentangan ditangguhkan kerana pengerusi tiada, so sy terus ambil peluang pergi hospital. Niat di hati mmg nk pergi jumpa doc pun hr ni pun, tapi takut nk minta kebenaran drpd boss. Asyik appointment jer. Dah la pembentangan ini penting. Bos bukan kira pun, janji kerja mesti bereh dulu br buat hal2 lain. Selagi keje tak siap tak blh gi mana2. Boss sy seorg perempuan yg sangat komited pada kerja. Syukur la bila pembentangan dibatalkan. Terus memberanikan diri minta kebenaran utk pergi hospital.

Smpi hospital spt biasa register. Sementara nk tggu jumpa doktor sempat layan blog ni :: http://zachoes.blogspot.com/2011/09/ketika-rahimku-pecahpart-1.html. Sedih cerita dia. Tabah sungguh wanita ini.

Bila dah masuk bilik doc, terus buat TVS. Keputusan dr TVS, 2 telur yg cukup besar itu telah pun matang atau perkataan utk ttc ~ telah ovulasi. Doc kata kemungkinan pada CD10 atau CD 11. Doc bg ubat Duphaston utk 10 hari. doc minta BD sehingga hari ke-15.

Pada firasat sy, ovulation day sy pada CD10. Kerana sewaktu nk solat maghrib byk discaj keluar spt jelly. Mgkn itu egg white yg beri petanda ovulasi.

Dan yg paling tersentuh hr ini, apabila doktor bercerita mengenai seseorg yg dtg ke klinik dia bawa bersama baby yg baru dilahirkan pada 1 syawal. Mgkn staff hospital @ ex patient dia. Sambil scan, doc ckp wanita itu telah berusaha tanpa henti. Akhirnya dia berjaya mengandung dan melahirkan baby. So doc minta sy terus berusaha dan jgn putus asa. Sy pun senyum jer. Doc ckp Insya Allah awak blh mengandung. Saya senyum lagi..

Sebagai org islam Sy telah berusaha, sekarang masa utk saya bertawakal. Biarlah Allah menentukan mana yg terbaik utk saya dan suami. Jika blm berjaya sy skan cuba lg. Bak kata2 yg pernah sy baca "Allah tdk akan beri apa yg kita mahu tapi Allah akan beri apa yg kita perlu". Berserah adalah lebih baik.

cik tipah @ rumah


Tuesday, 27 September 2011

CD9

Assalam..

Hari semalam pergi DEMC utk tvs pd day 9. Appointment pukul 9.45am. Alhamdullilah meeting yg patut start 8.30am ditangguhkan. Allah mengaturkan yg terbaik utk sy pd pagi smlm.

Keluar dr ofis, 9.15am. Ngam2 jer smpi pukul 9.35am. Smpi2 terus daftar. Jumpa pulak kawan hubby, bawa isteri dia check up. Preggy 7 bln..bestnya. Kawan dia tanya "mengandung ker?". Sy jawab "tak la..nak jumpa doc." Kawan hubby tu pun tahu, kitaorg kahwin awal lg dr dia. Tapi yg sedih dia tanya "A..b tak teman ker?" eeemmm.."tak la..skrg dia dah keje line tu bz sgt. Nak time off pun susah." Tp takpe la, bila ada masa lapang nnt hubby blh temankan. Nak sedapkan hati..

Dalam kul 10 lbh baru masuk bilik doc. So doc explain nak buat pe hari ni.

1. Nak ambil sample keputihan utk ujian sama ada keputihan yg ada itu disebabkan oleh jangkitan atau diabetic.

2. Nak buat TVS untuk check telur sama ada respond tak pada ubat Femara yg sy makan dari CD2-CD6.

3. Jika telur tidak membesar spt yg sepatutnya, doc akan bg suntikan utk membesarkan dan mematangkan telur. Nama ubat yg di suntik tu tak tahu nama per..

So, keputusannya :-

1. Doc ambil sample untuk ujian. Walaubagaimn pun, doc bgtau tdk ada keputihan. Mgkn sy mengalami keputihan bila time nk period.

2. TVS - rahim ok, ukuran 18.8mm. Ovari sebelah kiri, tak respond. Ada telur kecil2. Ovari sblh kanan, ada 2 telur yg cukup besar. 18.8mm dan 27.6mm..

3. Disebabkan telur dah membesar bagai juara, doc tak bg injection.

doc bg tahu, dia risau telur besar tp kemungkinan telur tak matang. Bila telur tak matang, susah jugak utk conceive. Doc minta dtg semula utk buat TVS pd CD12.

'Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Mu. Tiada daya upaya dengan izin-Mu ya Allah'. Sy dah berusaha, skrg berserah shj. Hanya Allah yg lebih mengetahui..

-cik tipah @ bilik meeting yg membosankan-

Friday, 23 September 2011

Hari ke-4 :: Femara 5mg

Tak tahu ini adalah side effect atau bukan...
Mengalami sakit kepala sejak hari semalam. Bukan migrain. Harap boleh bertahan hingga hari esok. Sbb malam ini last makan ubat tu.
Next monday..appointment dgn doc. Harap2 semuanya selamat.
Sedang berdoa...semoga appointment hari isnin berjalan dgn lancar. Sbb hari isnin jugak bermula kerja-kerja penting di office ini. Dijangka akan berakhir hujung bulan Oktober ini. Berdoa juga moga tahun ini jgn la ada isu2 yg merepek meraban. Semua kerja mengikut jadual yg telah diatur..Insya Allah.

Tuesday, 20 September 2011

Mesyuarat..

Assalam,

Sekarang sdg berada di dalam salah satu mesyuarat di ofis ini.

Meeting sepatutnya start pukul 9.30pg. Tapi yg tak patut, chairman masuk dlm kul 10pg. Chairman bebel.. Skrg sudah pukul 10.45pg baru mula bincang agenda yg pertama. Ada 27 agenda yg nak dibincangkan..fuhhh.

Ini la senario meeting di sini. Tak boleh ke meeting kejap jer. Ada byk lg keje nak buat..huhu.

Okey..moga habis cepat la hari ini.

-cik tipah @ ofis-

Thursday, 15 September 2011

Bersawang..

Assalam..

Sudah bersawang blog ini...haha. Ini adalah kerana sikap sangat malas untuk menulis. Idea ada jer. Kalau rumah yang ditinggal lama sebegini rupa...mesti lalang dah sama tinggi dengan tuannya..

SIBUK..BUSY - itulah alasan yg sering kita (sbnrnya sy..hehe) gunakan sebagai alasan untuk menyelamatkan diri.  Tapi sebenarnya Allah telah memberikan kita masa yg sangat cukup iaitu 24 jam sehari.  Apa yg menjadikan kita sibuk/busy tak tentu pasal..sebab kita tidak pandai menguruskan masa, banyak nak berehat, buat kerja yang tak sepatutnya, buat kerja tak bersungguh2 (patut siap 1 jam..dah jadi siap 3 jam), tak efisyen dan suka bertangguh. Bila byk kerja tidak dibereskan..so kita akan rasa sgt sibuk..sedangkan bukan la sibuk mana pun..hehe.

Saya suka menangguh kerja. Itu sifat negatif dari sekolah lagi. Smpi skrg sy suka tangguh kerja. Sukar sungguh nak hilangkan sifat ini..(buruk betul perangai). Cam ne nak hilangkan sifat buruk ini yek?? tiap2 tahun berazam untuk tinggalkan sifat ini..tapi masih lagi buat. So harap, masuk tahun baru 2012 (lama lagi tu)..sy akan menjadi org yg tidak suka bertangguh kerja lagi.. BUAT SEKARANG, SIAP SEKARANG, SETTLE SEKARANG!! fuhhh...azam baru.

Moga lepas ini, blog ini tidak lagi bersawang..seperti rumah hantu..hehe

Wassalam

-cik tipah @ ofis-