Thursday 29 September 2011

CD12::Sudah Ovulasi

Assalam,

Susulan daripada check up CD9, doc minta sy datang semula utk buat TVS pd CD12 iaitu pada hari ini.

Tak buat appointment pun, sbb masa last time pergi hospital tak sure boleh dtg atau tidak pada hari ini. So nurse pun bg pilihan utk dtg pd CD12 atau CD14. Disebabkan hari ini, pembentangan ditangguhkan kerana pengerusi tiada, so sy terus ambil peluang pergi hospital. Niat di hati mmg nk pergi jumpa doc pun hr ni pun, tapi takut nk minta kebenaran drpd boss. Asyik appointment jer. Dah la pembentangan ini penting. Bos bukan kira pun, janji kerja mesti bereh dulu br buat hal2 lain. Selagi keje tak siap tak blh gi mana2. Boss sy seorg perempuan yg sangat komited pada kerja. Syukur la bila pembentangan dibatalkan. Terus memberanikan diri minta kebenaran utk pergi hospital.

Smpi hospital spt biasa register. Sementara nk tggu jumpa doktor sempat layan blog ni :: http://zachoes.blogspot.com/2011/09/ketika-rahimku-pecahpart-1.html. Sedih cerita dia. Tabah sungguh wanita ini.

Bila dah masuk bilik doc, terus buat TVS. Keputusan dr TVS, 2 telur yg cukup besar itu telah pun matang atau perkataan utk ttc ~ telah ovulasi. Doc kata kemungkinan pada CD10 atau CD 11. Doc bg ubat Duphaston utk 10 hari. doc minta BD sehingga hari ke-15.

Pada firasat sy, ovulation day sy pada CD10. Kerana sewaktu nk solat maghrib byk discaj keluar spt jelly. Mgkn itu egg white yg beri petanda ovulasi.

Dan yg paling tersentuh hr ini, apabila doktor bercerita mengenai seseorg yg dtg ke klinik dia bawa bersama baby yg baru dilahirkan pada 1 syawal. Mgkn staff hospital @ ex patient dia. Sambil scan, doc ckp wanita itu telah berusaha tanpa henti. Akhirnya dia berjaya mengandung dan melahirkan baby. So doc minta sy terus berusaha dan jgn putus asa. Sy pun senyum jer. Doc ckp Insya Allah awak blh mengandung. Saya senyum lagi..

Sebagai org islam Sy telah berusaha, sekarang masa utk saya bertawakal. Biarlah Allah menentukan mana yg terbaik utk saya dan suami. Jika blm berjaya sy skan cuba lg. Bak kata2 yg pernah sy baca "Allah tdk akan beri apa yg kita mahu tapi Allah akan beri apa yg kita perlu". Berserah adalah lebih baik.

cik tipah @ rumah


No comments:

Post a Comment