KUALa LUMPUR, 13 SEPT 2012: Tidak seperti segelintir selebriti lain yang lebih gemar menyorokkan kehamilannya, diva Ning Baizura pula bersikap sebaliknya. Katanya, dia akan berkongsi cerita tentang kehamilannya itu tidak lama lagi.
"Insya Allah, jika tiada aral minggu depan saya akan menguar-uarkannya.Anda mesti datang," kata Ning Baizura kepada murai.com.my.
Ning Baizura ditemui di majlis gala tayangan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki yang membariskan pelakon seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah dan Afdlin Shauki sendiri.
Dia diundang untuk menghiburkan tetamu dengan lagu tema filem Lagenda Budak Setan 2 (LBS2) berjudul Dia Sejati. LBS2 yang juga sebuah lagi filem terbitan Tarantelle Pictures Sdn Bhd bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Menariknya, sewaktu tampil di atas pentas membawakan lagu tersebut, perut Ning Baizura dilihat agak sedikit membonjol dan dia juga bertambah berisi berbanding dulu.
*******************************************************************************************************************************
Mengandung pada usia 37 tahun setelah 4 tahun mendirikan rumah tanga. Tiada yg mustahil, semuanya ketentuan Allah. Cepat atau lambat, itu hanya Allah yang tahu.
p/s :: tahniah.
rahsia Allah...x dijangka =)
ReplyDeleteteruja chinta mendengar...semua tu kehendakNya kan..insyaallah x lama lagi rakan2 ttc semua akan menyusul..aamiin
ReplyDelete