Friday 26 September 2014

#IVF/ICSIJourney :: Dimana??

Assalam semua..

Salam Jumaat dan salam zulhijjah untuk semua.  Dah tak lama jer lagi nak raya haji.  Tapi tahun ini raya haji hanya di rumah sendiri. Encik B ada kelas yek pada hari raya tu. Kesian kat dia..dan kesian jugak kat saya yang kena raya sorang2..huhu. Tapi tak pe..nnt saya gi la raya rumah jiran2 saya (buat muka tak malu dan sedih..hihi)

So, ini nak sambung citer pasal ivf.  Ada yang bertanya buat IVF dimana? IVF kali pertama ini saya buat di LPPKN dengan Doc Ghafar. Doc yg sama semasa prosedur IUI sebelum ini. Sebenarnya, saya dan Encik B berbelah bahagi juga pasal doc dan tempat nak buat IVF.  Ye la, duit yang ada bukan la byk sgt..duit yang akan guna banyak..nak mengumpul tu bukan la dengan sekelip mata boleh cukup dana. So pemilihan pusat IVF dan doc ni antara yg diberi perhatian.  

Ada satu hari, saya terbaca entry kat blog Dr Adilah berkenaan forum IVF di Hospital Pantai.  Forum itu diadakan pada 13 September 2014. 

sumber gambar daripada blog Dr Adilah

Lepas jer baca saya pun call, book tempat untuk datang dengar.  Tujuan datang forum tu nak dapatkan input dr doktor sendiri.  Cadang nak datang ngan Encik B. Atleast Encik B tau la apa yang akan terjadi waktu IVF nnt. 

Bila tiba hari kejadian, Encik B tak boleh ikut sebab kena gi kelas. Nak suh ponteng pun tak dapat. So saya gi la sorang2.  Forum tu dalam tempoh sejam lebih sahaja.  Doc pun cerita prosedur IVF di hospital pantai dan cerita2 pesakit ivf yang telah berjaya.  

Masa dengar forum tu saya dah berbelah bahagi antara LPPKN dan Hospital Pantai.  Kedua-dua ada pro dan cons.  Bila balik rumah cerita la kat Encik B.  Minta pandangan dia samada nak buat kat LPPKN atau Hosp Pantai.  Pada dia, mana2 pun tak kisah.  Dia suh saya tanya dulu pasal hosp pantai dan Doc Adilah.  Maka saya contact sweet tooth untuk dapatkan info yang berkaitan.

Bila dalam situasi sebegini, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.  Macam2. Nak taip kat sini, tak terluah.  Dah dapat info skit, kami berbincang semula.  Tambah  tolak darab bahagi...akhirnya saya dan Encik B membuat keputusan untuk teruskan rawatan dan prosedur IVF di LPPKN. 

Alasan utama saya masih meneruskan rawatan IVF di LPPKN kerana doc dah tahu ubat apa yang sesuai dengan saya.  Segala rekod perubatan saya dan suami semua dah ada.  Maka lebih senang untuk teruskan di sini sahaja.  Mungkin dari segi rekod kejayaan tidak dinyatakan tetapi saya yakin ada yang terbaik untuk kami disitu.

Pelbagai cadangan dan pandangan orang bagi yang kami ambilkira.  Tetapi keputusan antara kami adalah lebih penting dan utama.  

Appointment pertama untuk IVF pada 25 September 2014.  Nnt saya story di entry yang lain. 

Untuk pengetahuan, kos ivf akan berbeza antara seseorang.  Di pantai kos prosedur IVF beharga RM11 ribu +- , tidak termasuk ubat, ujian darah, scan dan lain-lain.  So kos keseluruhan lebih kurang RM16 ribu +- tidak tidak melebihi RM20 ribu +-.  Di LPPKN juga sama, kos untuk prosedur jugak dlm RM9 ribu+- dan mungkin lebih. Kos termasuk ubat, ujian darah dan scan. Maka untuk persediaan kena sediakan lebih kurang RM20,000.  Kos ubat adalah tidak sama antara seseorang kerana keperluan ubat adalah bergantung dos yang digunakan untuk stimulate telur.

Ok smpi kat sini jer dulu..

Wassalam.



    


8 comments:

  1. hai.. selamat berkenalan...
    Saya pun ada pergi ivf forum 13 september. Alhamdulillah, very informative forum. Saya memang buat rawatan dengan Dr Adilah.

    Anyway, good luck in your next IVF...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi salam perkenalan.
      Ye ke..kalau tidak boleh berkenalan di sana.

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan CPT,,keep update ya.

    ReplyDelete
  3. CPT, Buat di tempat yg CPT selesa, lebih baik :-) mcm CPT cakap, doc dah tahu semua history. so, easier and lebih cepat. InshaAllah, smg Allah permudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST,
      berhari jugak memikir. Nak pilih yang terbaik.

      Amin..

      Delete