Monday 22 September 2014

#IVF/ICSIJourney

Assalam semua..

Dah lama betul tak citer pasal TTC. Ini baru nak buka citer semula..

Last IUI adalah pada bulan Oktober 2013. Resultnya adalah tidak berjaya. Walaupun mempunyai 4 biji telur yang agak baik. Belum rezeki.  Masa sy buat treatment di LPPKN, doc bagi sy percubaan IUI hanya 2 kali.  Sbb saya dah pernah buat IUI di DEMC sebanyak 2 kali.  Doc nasihat jika IUI kali ini tidak berjaya, doc suggest utk buat IVF.

Bulan 5 saya pergi jumpa doc, untuk review result IUI saya. So doc dah citer panjang jugak masa tu. Doc pun kata, jika saya nak buat IUI lagi pun boleh..nak buat IVF pun boleh. Dia minta saya discuss dengan Encik B sama ada nak buat IUI kali ke-3 atau IVF.

Beberapa bulan dok menengok apa yang doc tulis ni. Simpan kemas dalam beg. 

Doc kata kalo nak buat IVF jgn la lmbt sgt..hujung tahun lab dan OT akan tutup. 

Balik tu bincang ngan Encik B. Kitaorg putuskan untuk buat IVF selepas selesai keje2 kat ofis dan sebelum hujung tahun.

Saya cadang nak buat IVF pd bulan Oktober 2014.  Doc suh dtg sebulan sebelum IVF.  So start cycle September 2014 ni saya perlu jumpa doc.

Hari semalam 21 September 2014, CD1.  Maka dengan ini bermulalah perjalanan IVF saya. Moga dipermudahkan segala urusan.  Bukan mudah untuk kami membuat keputusan ini. Tetapi saya yakin setiap yang berlaku itu ada hikmah-Nya.

Untuk sahabat yg membaca, saya minta tlg share link blog2 sahabat yang sama2 menjalani IVF terutama dari Malaysia.  Yg dari oversea mmg byk pun.  Bukan tak nak follow, tetapi persekitaran dan pemakanan kita tak sama..so agak susah skit nak ikut. 

Cukup la..nnt kita sambung lagi.  Kita hanya merancang, Allah jua penentunya. 

Wassalam.



21 comments:

  1. nak buat IVF? ida doa amin amin amin...... semoga semuanya berjalan lancar... takpe xde rezeki lagi nnti, kita usaha yek. jgn jadik cm ida, nan hado usaha asik laa berjalan je kijernye hiihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ida..

      Sambil jalan sambil usaha..hihi. Ramai jer yang preggy lepas blk holiday.

      Delete
  2. Kita sama. 4 kali iui gagal. Tapi awk dah nak start IVF. Saya inshaAllah tahun depan. Saya doakan semoga IVF awak berjaya. Selalu2 laa share pasal IVF tau. Boleh saya refer. Good luck! Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ily..Insya Allah. Semoga kita sama2 berjaya.

      Jika berkesempatan saya akan share apa yg boleh. Boleh bagi ilmu pada orang jugak.

      Delete
  3. buat IVF kat mana?? LPPKN ke?? nanti share tau! dari 1st step.. kita pun insha allah akan jalani procedure yang sama.. ngah kumpul ilmu & maklumat. after laps ni baru pikir pasal IVF.. semoga semua berjalan lancar ye Cik Puan Tipah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zue..utk pertama kali ni buat kat LPPKN. Insya Allah saya share apa yang patut. Kongsi ilmu. Semoga kita sama2 beroleh kejayaan..amin

      Delete
  4. Alhamdulillah..Allah dah bukakan jalan usaha kepada CPT untuk berusaha lagi,betul.memang berliku2 jalan IVF ni tapi inshaAllah ada rezeki CPT..Amin..

    ReplyDelete
  5. InshaAllh..smg Allah permudahkan buat CPT & suami...amin...

    ReplyDelete
  6. semoga selamat dan dipermudahkan semuanya..Dan semoga puan sekeluarga dikurniakan dgn zuriat yg comey n sihat..

    Banyak2kan berdoa dan jgn bhenti berharap..insyaALLAH..ALLAH MAHA MENGETAHUINYA..

    ReplyDelete
  7. Salam ciktipah, i doakan u berjaya utk IVF nanti, insyallah semoga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  8. blog dr noornatasha juga..

    ReplyDelete
  9. nanti awak update kat blog ya..SEMOGA BERJAYA...

    ReplyDelete