Thursday 23 October 2014

#IVF/ICSIJourney : Appointment 2

Assalam semua..

Mesti ramai yang cuti hari ni.  Cuti sambung sbb smlm dah cuti deepavali.  Saya keje seperti biasa walaupun badan tak berapa sihat. Tak tahu side effect ubat atau salah makan. 

20/10/2014 appointment dan review doc.  Seblm tu Encik B dah buat test SST. Dan pagi tu saya kena ambil darah untuk cek hormon estrogen. 

Kesimpulannya daripada perjumpaan dengan doc tu :-

  • Period saya datang pada 19/10/2014. Lewat 3 hari daripada jangkaan biasa. Masa appointment tu dianggap CD2.
  • Result SST Encik B agak kurang memberangsangkan.  Dalam report tu mmg dicadangkan utk ICSI.  Encik B agak sedih pasal perkara tu..tapi saya kata dia ok. Result tu ada kaitan dengan kegagalan IUI yang lepas2.
  • Result hormon saya, doc kata ok.
  • Bermula 20/10/2014, saya kena ambil 2 suntikan. Buserelin 0.3ml dan Puregon 200iu setiap 24 jam selama 11 hari.
  • Selain suntikan, acid folic kena ambil setiap hari.
  • Next appointment pada 31/10/2014 untuk ultrasound.  Jika semua ok..OPU pada 3/11/2014 dan ET pada 6/11/2014.

Pada 21/10/2014, maknanya baru ambil 1 dos suntikan puregon, saya demam. Suhu badan dlm 37.8 - 38.5 darjah celcius.  Agak tinggi. Nak makan panadol takut ada side effect lain. Badan cuma panas, tiada selsema dan batuk.  Hari semalam (cuti deepavali) saya mandi dengan basuh kepala dan minum banyak air.  Alhamdullilah, malam tu normal.  Cuma skrg perut mengalami ci**t-bi**t yang agak teruk.  Skrg ni agak lembik jugak sbb masalah itu.  Jap lagi nak gi klinik.

Sabtu lepas, 18/10/2014 balik kg sebab kenduri aqiqah Muhammad Alif.  Disebabkan semua anak dan menantu ayah ada, maka ayah adakan sessi taklimat aka luahan perasaan.  So dikesempatan itu, saya pun bagitau kat semua berkenaan dengan treatment IVF ni. Saya tak nak apa2..cuma doa dan support sahaja dari semua orang.  Touching pulak masa bagitau tu.  Mujur la ada cik misi yang tolong explain. Ayah ok je..Mak cam susah hati sikit.  Tapi mak mmg tak berani nak tanya saya..

Pada saat ini, saya harap saya kuat dan saya redha.  Doc ada bagitau, part paling kritikal adalah selepas ET yang mana telur yang disenyawakan itu melekat pada dinding rahim.  Doc kata, pada saat itu, tidak ada kaedah perubatan yang boleh kawal.  Bermakna itu semua ketentuan Allah.  Ada banyak kemungkinan yang akan berlaku, tetapi pergantungan hanya pada Allah untuk mempermudahkan urusan dan memakbulkan doa hamba-Nya ini.  Kerana setiap yang berlaku di dalam pengetahuan-Nya.  

Sekian. Wassalam

6 comments:

  1. All the best CPT! Saya doakan usaha awak dan suami awak berjaya.

    ReplyDelete
  2. Salam CPT,
    Akak doakan semua proses2 akan awk dilalui kesemuanye dipermudahkan. Terharu cerita awk bgtau family tu. Sessi yg bagus dlm family. Moga lepas sizuka rezki utk awk pulak ye. Kita strong kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Sessi hari tu kebetulan semua adik beradik dan ipar2 ada. So ayah ambil kesempatan buatkan sessi luahan perasaan tu.

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan dear..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.
      Good luch untuk kak nuriz jugak. Moga kita sama2 dapat positive result.

      Delete