Wednesday, 11 July 2012

Kenapa Berubah Angin

Entry ni sambungan daripada entry yang ini.

Macam mana saya boleh buat treatment di DEMC?
Masa dlm tempoh 1 thn perkahwinan saya selalu jumpa sorang doc klinik panel ofis sy di TTDI Jaya. Doc perempuan. Pertama kali saya jumpa dia disebabkan saya kena keputihan yang teruk sampai gatal2. Masa tu sy masih duduk di KJ. Kebanyakan klinik di KJ doc lelaki. So sy tanya ofismate sy mana klinik panel ofis yang doc perempuan. So kakak tu cdg sy gi klinik doc ni. Bila dah jumpa doc, macam2 la doc tanya sbb keputihan yang teruk. Bila dah 2 3 kali gi klinik ni, doc pun suggest saya gi jumpa Doc Zamri, DEMC utk rawatan kesuburan.

Bermula daripada thn 2010, sy pun membuat rawatan di DEMC.


Kenapa time tu tak cuba Hospital Kerajaan?
Saya mmg nak pergi ke Hospital Kerajaan/LPPKN untuk rawatan kesuburan. Tau boleh claim..tapi masa itu Encik B bekerja cam gila. Asyik kerja jer..nak cuti pun susah.  Sabtu, Ahad, Public Holiday semua kerja.  Nak kuar kejap time kerja mmg tak dapat la.  Rawatan di Hospital Kerajaan ni kena dtg suami isteri. Kalau tak diaorg tak akan layan kes kita. Disebabkan ofis Encik B tu nazi..nak cuti pun susah..nak time off pun susah...kami redha saje utk treatment di DEMC. 

Boleh dikatakan sepanjang saya treatment di DEMC..80% saya hadir seorang diri. Doc pun tak kisah sgt..

Dan kewangan kami time tu agak kukuh. Encik B asyik OT jer..boleh la cover kos rawatan..hehe. Tak claim pun takpe..hehe


Kenapa sekarang baru nak cuba rawatan di LPPKN?
Bermula Disember 2011, Encik B dah tukar kerja lain. Kerja yang cool sikit. Dah takde OT. Sabtu Ahad pun cuti. Bila sebegitu rupa sumber kewangan agak fixed dengan ditambah pada Januari 2012 dah start bayar duit rumah maka sumber kewangan untuk rawatan dah susut. Sbbkan tabung dah kering, bulan Mac 2012 kitaorg stop kejap treatment di DEMC.

Sehingga satu hari, Encik B balik keje dia ajak sy utk buat treatment di LPPKN. Dia bersungguh2 ajak. Sbb ada sorang kawan ofis dia cerita berkenaan dgn LPPKN. Sy ok jer. Beberapa hari selepas itu sy call LPPKN untuk buat appointment yang pertama.

Sy mmg nak treatment di hospital kerajaan sbb boleh claim. Dan kalau dpt MC tu takde la banyak kena soal dgn HR. Ingat lagi tahun lepas, dpt MC 2 minggu dr DEMC lps buat laps OD. Dpt surat dri HR untk sahkan cuti. Menggagau jugak la cari report untuk disahkan. Kalau MC hospital kerajaan diaorg takde soal2.  Senang sikit bagi kakitangan kerajaan cam saya.


Rawatan Kesuburan di DEMC ok ke?
Sangat2 ok. Doc Zamri sgt lembut dan baik orangnya. Setiap apa dia terangkan secara khusus. Segala soalan yang ditanya mesti dijawab.

Dalam kes saya, doc banyak focus rawatan kepada saya. Dari mula jumpa sampai ke akhirnya, doc lebih banyak treat saya berbanding suami. Mgkn sbb sy PCOS & RU.

Saya pun pelik..doc tak pernah minta Encik B buat semen analysis. So, dari awal treatment mmg kitaorg tak tahu secara detail kandungan semen, pergerakan sperm dan sebagainya. Itu membuatkan Encik B agak sedikit frust. Tapi mgkn doc ada alasan tersendiri knp dia buat begitu.  Masa second IUI, doc ada bagitau yang sperm tu kurang aktif (low motility) tapi berapa % dan nilai mmg kitaorg tak tahu. Slps pada tu doc bagi ubat utk Encik B. Cerita lanjut di sini.

Mgkn sbb itu la, Encik B bersungguh2 ajak pergi treatment di LPPKN. So doc boleh check untuk kedua2 sekali. Sebagai isteri yang solehah, sy ikutkan saja. Alhamdullilah saya dapat suami yang positif nak buat treatment. Ada kengkawan saya, suami diaorg mmg tak nak buat rawatan kesuburan. Lg la terseksa jiwa raga.


Kesimpulannya, hospital mana sekali pun, doctor mana sekali pun, ubat mana sekali pun tidak boleh melawan takdir Allah. Saya tidak tahu apa takdir yang Allah telah tetapkan untuk saya. Sebagai hamba saya perlu berdoa dan berusaha supaya Allah takdirkan yang baik untuk saya dan Encik B.

p/s :: sebenarnya sejak dari IUI kedua failed..dah berfikir utk IVF. Peruntukan belum ada lagi ni!!






Monday, 9 July 2012

Saya Sangat Cemburu...Wajarkah Saya Cemburu??

Saya sangat cemburu bila tgk orang dukung baby
Kenapalah orang itu bukan saya

Saya sangat cemburu bila tgk orang mengandung
Kenapalah orang itu bukan saya

Saya sangat cemburu bila orang annouce dia preggy dlm FB
Kenapalah orang itu bukan saya

Saya sangat cemburu bila orang susukan baby
Kenapalah orang itu bukan saya

Saya sangat cemburu bila orang tunjuk gambar anak2 dia
Kenapalah orang itu bukan saya

Saya sangat cemburu bila dia dpt baby..dapat baby lagi
Kenapalah orang itu bukan saya

Saya sangat cemburu bila jiran2 bawa anak gi taman
Kenapalah orang itu bukan saya

Saya sangat cemburu bila tgk orang bawa anak gi makan kat kedai
Kecoh2 nak makan..gelak2..
Kenapalah orang itu bukan saya

*******************************************

Lately ni..itulah saya rasa...rasa cemburu yang sangat mendalam
Rasa rendah diri..rasa takde mood..rasa putus asa
Untuk itu saya selalu baca sesuatu yang boleh memotivasikan diri saya
Saya sangat tahu Allah itu yang Maha Berkuasa
Saya berdoa..gembirakan hati..sibukan diri
Kerana tidak mahu berfikir mengenai perkara ini
Tapi saya manusia biasa..cemburu itu tetap ada di dalam hati ni
Mmg orang lain punya nampak best
Allah dah beri pada saya banyak benda

Saya ada suami yang baik, rajin, kelakar, caring
Saya ada emak & ayah yang baik..
Saya ada adik beradik yang sangat supportive
Saya ada mak mertua yang baik..takde tanya2
Saya ada adik beradik ipar yang baik
Saya ada pekerjaan yang baik
Saya ada rakan sekerja yang baik
Saya dan suami dapat gaji yang sangat ok
Saya ada rumah yang baik dan selesa..sudah lengkap
Saya ada jiran2 yang baik
Saya ada kenderaan yang baik..walaupun kancil

Jika dikira apa yang saya ada terlalu banyak
Syukur kepada Allah yang memberi
Saya cuma belum ada anak je lagi
Kenapalah saya nak cemburu pasal anak
Sedangkan yang saya ada sudah banyak
Itulah MANUSIA!! (saya la tu!!)
Tidak pernah rasa puas
Seharusnya saya redha
Syukur...Redha...Tawakal

Saya sangat YAKIN dengan perasaan yang sangat perit ini yang saya alami ini, Allah akan berikan perasaan yang sangat gembira pada suatu hari nanti. Bila dan dimana hanya Allah sahaja yang tahu.

p/s :: emosi mmg tak stabil hari ini sbb esok appointment pertama di LPPKN..huhu

Friday, 6 July 2012

Jangan Sombong


kata-kata agak kasar
tapi ada benarnya
Tiada manusia dalam dunia ni boleh hidup sorang diri
mesti nak kena ada orang lain
kalo sorang2..mau gila jadinya
tak ke mana kalo kita sombong

sumber :: FB

p/s :: skrg kat FB ada byk gambar yang menarik. So baca dan save terus dlm phone. Pastu upload dlm blog. Mudahnya..

Tawakal & Petua Murah Rezeki..

Pagi tadi sempat dengar Motivasi Pagi di radio IKIM..
Ustaz Ebit Lew..Best sgt ustaz ni..setiap yang dia kata sgt menusuk kalbu ini..dan hari ini dia bercerita dengan tawakal. Tersentuh sgt smpi menangis gak la..
Satu ilmu yang dapat pagi ini nak dikongsi bersama..berkenaan tawakal..adalah amalkan doa ini setiap kali keluar rumah
Insya Allah, Allah akan memudahkan, menolong dan melindungi kita. Ini adalah doa keluar rumah.

Bila balik rumah, amalkan semasa nak masuk rumah berilah salam, baca surah Al-Ikhlas 3 kali dan berselawat. Ustaz kata, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki kita.  Time balik, selalu beri salam. Tapi yang lain kena mula amalkan. Mana la tahu, Allah memberikan rezeki anak lak lepas ni..hehe.

Sekian..

Wednesday, 4 July 2012

WW :: Berubah Angin

Berubah angin dari
KE 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

sebab apa berubah angin...nantilah kita story yek..

Apa pun..DEMC best..Doc pun best..

Tak sabar untuk 1st appointment LPPKN next week..

Moga ada sinar baru ditempat baru..