Thursday 29 September 2011

Ikan Tenggiri Masak Singgang

Semenjak datangnya bulan ramadhan, mood memasak tersangat bagus. Terlebih rajin daripada biasa..hehe. Sebenarnya bukan la rajin sgt tp sepanjang bulan puasa, kami sekeluarga byk berbuka di rumah dgn hasil air tangan ini.

Bila malas nk masak, ajak la En. B mkn di kedai. Time balik rumah, En. B mesti ckp "Apa yg syg masak lg best dr kedai tu walaupun masak ikan sardin". Oleh kerana byk kali ayat sebegini keluar dr mulut En. B, maka kena kuat semangat utk memasak.

Ikan tenggiri masak singgang ini ada kesukaan kami suami isteri. En. B sy mmg suka mkn lauk yg berkuah. Pastu kasi banjir dlm nasi..perrgghh.

Menu ini adalah sangat sesuai utk mereka yg ingin diet (org pcos pun sesuai)..kurang kalori, high protien, kurang crab dan tiada lemak.

Bahan-bahan ::
• 5 ulas bawang kecil/merah
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1/2 inci lengkuas
• 6 cili padi
• 1/2 inci kunyit hidup
• 1 batang serai
• 2 - 3 keping, asam keping
• ikan tenggiri/ikan kembung
• air (lbh kurang 1 jug kecil. Lebih pun tak pe)
• garam secukup rasa

Cara-cara ::
• bawang kecil/merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit di hiris halus2. Masuk dlm periuk.
• Masukkan cili padi dan serai yg dititik. Cili padi tak perlu potong. Letak sebiji2.
• masukkan air dan tenggek atas dapur. Masukkan garam.
• Bila mendidih, masuk ikan dan asam keping. Biar hingga ikan masak. Dan boleh dihidang.

Ikan singgang ini sgt sedap dimakan time panas2 dan pecahkan cili padi. Mmg terangkattt..




2 comments:

  1. aduyaiii...sedapnya nmpak..x pernah buat..ley cuba ni..kalau bonda chinta biasa dia singgang ikan tongkol...mmm...masam2 sikit...weeeeeeeeeee....ley buat chinta meleleh air liur tau..

    ReplyDelete
  2. Chinta,
    Mmg best. Cuba la. Ikan tongkol pun sedap. Tp ikan tongkol kena kukus dulu sbb isi ikan ini keras sikit..

    ReplyDelete