Saya suka memasak. Ini adalah sebahagian masakan yang saya hasilkan dari air tangan saya untuk keluarga tercinta..Gambar2 ni dah lama..tapi takde idea nak buat entry..so kali ni..sy post jer sbg kenangan utk saya sendiri (kira syok sendiri la yek).
Menu : Nasi Ayam. Ayam Bakar
Menu ni disediakan masa mak saudara datang ke rumah. Resepi asal tentunya dari ibunda. Tapi part ayam bakar tu..idea yang dibelasah sendiri. Ayam tu saya rebus dulu. Kemudian perap dengan kicap, sos tiram, minyak bijan, bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Pastu masak di dalam oven hingga masak. Bagus utk diet kerana kurang minyak ok.
Menu : Puding roti
Ini kes sbb roti dah nak expired..haha. yang tinggal pun beberapa keping jer. So ia tidak mengikut sukatan sebenar resepi yang diambil. Yang kelakar, resepi ini guna susu. Malas nak beli susu HL sbb rasa membazir, nak guna sikit jer..so sy gunakan susu anlene..hahaha(suka hati la..atleast boleh menjaga tulang). Biasa la..campur sana sikit..sini sikit..jadi la. Dan ia mmg sedap. (ohh puji diri sendiri nampak).. Habis licin tau!!
Menu : Mee Hon Sup
Ini menu breakfast. Yang syoknya..pagi tu hujan lebat dan suasana sgt sejuk. So bila kenakan sup sungguh segar. Sup sempoi jer..ayam dan sayur. Mee Hon sajer gatal nak bagi warna kuning sikit. Cam sup utara lak. Sumber resepi adalah dari ibunda + idea sendiri.
Menu : Cucur udang
Menu ni biasa sgt buat time bulan puasa. Tapi saya tak pernah buat utk Encik B. Satu hari petang Isnin, Encik B call tanya nak makan pe. Dua2 orang pun buntu tak tahu nak makan pe. Dlm kepala buat cekodok ikan bilis jer la. Tiba2 dapat idea nak buat cucur udang. Terus pecut ke kedai runcit beli bahan. Sampai di rumah dah Maghrib. Bancuh2..lepas solat buat. Tepung pun tak berapa kembang lagi. Sbb letak mauripan. Apa2 pun best jugak. Dapat pujian gila2. Sos kat sebelah tu buat sendiri. Encik B mmg gila sos. Sumber resepi tentunya dari ibunda tercinta.
Menu : Kek Karamel
Selalu jer dlm facebook, ada member pos gambar kek karamel. Pastu tgk blog kakak ni, dia cerita cam best jer. Tapi banyak lak stepnya. So last week balik kampung terus plan dgn cik chef nak buat kek ini. Dia kan ada ilmu bab kek ni..so kalo tak pasti boleh la tanya dia. Mula2 buat..gula sudah hangus..haha. pastu basuh bekas, buat balik semula. Alhamdullilah jadi..cuma air gulanya banyak dan meresap ke kek. Bila baca balik komen2 kat entry tu..bila dah telangkupkan kek tu..kena cpt2 lap air gula tu..ok..next time kena berhati2. Apa2 pun kek ni mmg sedap dan sgt best.
Menjadi satu kepuasan apabila makanan yang kita sediakan dimakan dgn rasa gembira oleh ahli keluarga. Rasa yang sedap itu timbul apabila kita ikhlas. Yang penting sebelum masak kena baca bismillah, semoga kerja memasak itu menjadi ibadat dan dpt pahala. Dan yang makan, dpt tenaga dan buat perkara yang baik.
Sekian.