Wednesday, 27 June 2012

27 June 2012 - Happy 3rd Anniversary




Semoga kita kekal bahagia selamanya, dari dunia hingga ke syurga.

p/s :: rasa seperti semalam jer baru akan nikah...tapi ia telah berlalu 3 tahun dahulu..cepat sungguh masa berlalu..

Tuesday, 19 June 2012

CD9 :: EWCM

Assalam. Quickie update. Bz bebenor sgt la ni..hahaha

Smlm CD9. Smlm byk sgt keluar EWCM. Ok la..boleh consider ovulation kot. Tak pernah ambil BBT so tak tahu ovulation tu bila. Cycle yang lepas pun EWCM pun pada CD8/CD9. Pas pada tu...mmg tak jumpa dah hingga la period.

Sbnrnya terkejut gak jumpa EWCM yang begitu byk..sbb cycle ni sy tak ambil sebarang ubat/supplement. Dulu time makan EPO mmg ada jumpa la EWCM ni. Tapi masa dok makan clomid..mmg takde. Cuma tahu ovulation melalui TVS bila jumpa doc.

Apa pun try jer kan..tapi harapan masih tiada lagi.

Teringat kat kata2 ustaz ni kat radio IKIM"Apa yang berlaku kepada kita telah ditentukan oleh Allah..tidak ada kebetulan. Usaha dan doa itu perlu sebagai tanda kehambaan kita kepada Allah. Apa pun tawakal kepada Allah"

Ustaz kelas mengaji pulak ckp "Allah memberi dugaan sbb Allah nak uji sama ada kita sebagai hamba ini mampu / tidak utk mengharunginya ujiannya. Bersangka baiklah sepanjang hayat kita kepada Allah. Kerana Allah mengaturkan yang terbaik utk hambanya. Jgn menyalahkan takdir" Ustaz bagi contoh..orang tu jahat..dan nak berubah jadi baik. Masa dia jahat..takde pun dugaan/ujian yang diterima. Tp bila dah jadi baik..byk sgt ujian. Knp begitu..sbb Allah nak tgk bagaimana kekuatan orang itu utk jadi baik. Jika dia dpt tempoh semua ujian itu, Allah akan berikan yang lebih baik utknya. So fikirkan dalam situasi kita sekarang..

Wokeehhh..sekian.

Wednesday, 13 June 2012

WW :: Bola Punya Pasal


capture dari atas katil di bawah comforter..sungguh nyaman

Beginilah rupa rumah takde astro
Tgk bola kat internet jer yek!
Mujur la pakai unifi..laju. Takde la tersekat2.
Gambo clear.
Live kat TV3..byk game yg tak bape nak best.
Bilik bertarabur dek wayar yg berselirat..
Beginilah orang gila bola..gigih!! 

p/s :: Encik B tgh survey Dreambox. Bila dah ada baru boleh citer.

Tuesday, 12 June 2012

Bulan Jun Pun Busy Gak..

Tajuk - Ntah apa2.. Biasa la kepala pening tak cukup tido (sape suh tgk bola..padan muka!!!)

Ingatkan masuk bulan Jun boleh la relax sikit..takde maknanya..

Penuh ngan aktivitinya...Ini baru aktiviti ofis..

13 - 15 Jun ~ Bengkel kat Melaka
18 Jun ~ Meeting. (Mesti pagi sampai petangnya..)
25 - 29 Jun ~ Kursus. Hari Jumaat siap ada exam lagi. Harap2 boleh jwb.
02 - 03 Julai ~ Conference kat Subang.
21 Julai ~ Dah nak puasa

Aktiviti rumah ada lagi..
16 Jun ~ Ayah ajak balik kg. Tgk nenek.
17 Jun ~ Ada perlawanan bola kejiranan pagi. Yg pompuan kena bawa makanan (pot luck). Picnic tepi padang.
21 Jun - 24 Jun ~ Blk T'ganu. 23/06 tu ada kenduri kat Kuala T'ganu (rasanya tak gi kot)
30 Jun ~ Kenduri kat kg. Harus blk. Mak kena masak. So sy kena tolong.
12 Julai ~ Cik Misi tu blk Malaysia. Harus kena gi ambil di kat airport. barang byk.
21 Julai ~ Dah puasa

Mak aii..busynya saya...
Masalahnya..byk masa takde kat ofis..nnt keje kat ofis sape nak buat..haru jap.  Nak cuti pun takut nak apply..sbb rasa ada lagi keje tak beres ni. Takut boss tak kasi..

Aktiviti rumah pun banyak..mmg ada la bulan Jun ni saya tak mengemas rumah..harunya saya!!
Cam mana nak buat ni!!!

Moga dipermudahkan semua urusan ni. Moga Allah beri kesihatan dan kekuatan.

Orang lain busy tak???

Monday, 11 June 2012

CD2 :: Masih Try Naturally

Salam semua.

Hari ni hari kedua bg cycle kali ini. Alhamdullilah period seperti biasa..on time. Risau jugak akan lewat period sbb berat badan makin naik tak turun2.

So, dah 2 cycle saya tak jumpa doc utk treatment. Cycle kali ini juga akan diusahakan secara semulajadi. Tanpa bantuan ubat2 dari doc. Bukan tak mahu jumpa doc. Mmg nak sgt..tapi ada masalah lain yang perlu diselesaikan dulu.

Untuk cycle kali ini..saya cuba pantang segala minuman yang menggunakan susu pekat (no more teh tarik, teh ais, milo dan nescafe), kurangkan kafien dan lebihkan minum air masak.  Skrg sy cuba utk minum 1 cawan sehari teh hijau untuk meningkatkan metabolisma..(kira2 nak kurus la ni..huhu). Kalau nak minum gak minuman bersusu..saya guna susu tepung jer.

Bab makan, sy cuba nak elak makan waktu malam..tapi masih belum berjaya sbb Encik B selalu lapar time tu. Mesti dia ajak sy teman. Pastu bila tgk dia makan..saya pun makan. Cuma kurangkan pengambilan makanan.

Saya perlu turunkan berat badan saya sblm saya memikirkan utk mengandung. Skrg berat dah 60++kg. Nnt dah preggy akan bertambah lg berat badan. Skrg ni saya dah mula sakit tumit. Ohhh dah cam orang tua. So berat badan yg ideal tu paling utama. So itu fokus saya utk masa sekarang sehingga selepas hari raya. Lepas raya baru kita citer story preggy2..kalo berat dah turun yek!!

Utk itu saja..
Rasa malas kerja sbb period pain dan mata bengkak tgk bola..hahaha

Sekian

Friday, 8 June 2012

Demam Euro 2012 Kembali


Makan bola. Tidur Bola. Gila Bola akan kembali bermula malam ini. Saya pun akan kembali bersemangat nak menengok bola ini. Walaupun astro sport takde..tapi Media Prima ada. Tapi tak tahu la semua perlawanan ada live atau tak. Janji final ada live sudah..hehe. (plan ambil cuti masa final nnt..huhu)

Saya mmg suka bola. Tapi dah kahwin ini kurang sikit. Saya sanggup berjaga malam kerana bola..huhu. Sanggup pergi OU tengah2 malam buta.sbb nak tgk bola kat big screen. Masa tu cik misi jadi mangsa. Masa world cup 1998, sanggup bangun 2 - 3 pg sorang2 gi bilik tv nak tgk bola. Dan masa world cup 2002, siap bawa tv ke hostel dan ponteng kelas gara2 bola. Banyak kisah pasal bola ni..huhu. Kalau nak cerita panjang lak entry ni.

Skrg dah slow mood sikit. Jika tak dulu, buku bola dah bertimbun. Siap predict pulak sape yang boleh menang ni. Masuk contest nak gi tgk final. Dan mmg bercita-cita nak gi tgk bola live dpn mata. Yang tu mmg impian dari dulu sampai bila2. Jika di izinkan Allah.

Ada 16 pasukan bertanding dalam Euro 2012.



Dan ini adalah jadual perlawanan


untuk lebih detail boleh tgk kat official website Euro 2012. Klik disini. Untuk masa kena +7 jam bagi waktu Malaysia.

Saya download yang format excel boleh terus update keputusan. Klik di sini utk download yek!

Apa yang saya nak tengok masa Euro 2012 ni : -

1. Group B adalah group paling maut. So nak tgk sape yg kena pulang awal. Sama ada Portugal boleh pergi lebih jauh atau tak? Of course nak Portugal gi next stage..

2. Group D juga agak maut. Sama ada England boleh pergi ke next stage atau tak (kalo boleh tak lepas lg bagus). Time Euro / World Cup mmg anti giler ngan England..diaorg ingat diaorg best sgt. Penyokong diaorg fanatik giler jer. Walaupun, England cam poyo..MU tetap dihati. Ok.

3. Nak tgk my fav goll kepper.. Iker Casillas. Sweet jer muka dia..hehe. Dan penyerang paling hebat Cristiano Ronaldo.

4. Nak tgk game Sweden dan Germany. Dua team ni suka main laju2..tak jemu nak tgk. Bukan cam Brazil suka gentel bola..Italy pun sama..hehe

5. Mesti nak tgk sape paling perfome dalam Euro kali ini. Sbb time ni player nak tunjuk bakat. Bila habis Euro, harga pemain yg top akan melonjak dan menjadi penjualan hebat di antara kelab2 hebat di Eropah bagi musim akan dtg.

Walaupun makan bola. Tidur bola. Gila bola. Kerja tetap kerja. Kalau tak boleh kerja..minta cuti yek. Lagi satu jgn la gaduh giler2 bila team yg kita sokong tu kalah..cool jer. Bukan Malaysia pun yg bertanding..

Selamat ber EURO 2012 untuk semua.

p/s :: tadi Ustaz baru mesej. Kelas mengaji mlm ni cancel lagi. So Encik B apa plan kita malam ni. Boleh la enjoy2 tgk bola..yuhuuuuuuuuu.  AKU YG GILA BOLA!!!

Wednesday, 6 June 2012

WW :: Modern dan Creative Bookshelf














p/s :: tengah mencari bookshelf yang cun2 cam ni..agak2 kat KL ni ada jual tak?? Nak yang murah punya..haha

Monday, 4 June 2012

Petua Untuk Mengandung Yang Tak Logik

Pelakon : Akak a.k.a Cik Tipah, Encik B dan emak
Tempat : Kat ruang tamu rumah mak
Masa : tengahari seblm nak gi kuantan tgk cucu

Mak : Orang kata nak mengandung ambil kain lampin orang baru beranak. Akak ambil la kain lampin..mana tahu boleh mengandung.

Akak : Dgn muka agak tension. Mak tak nak la..mengarut2 ni..nnt syirik. Minta doa dgn Allah jer. Nak mengandung, ambil2 barang orang. Nnt lahir anak jadi pencuri lak.

Mak : Nnt dah mengandung bagi tau la orang tu.

Akak : Tak nak. Dosa.

Encik B : yang tgh syok tgk tv menyampuk. Mak skrg orang pakai pampers..takde lampin lagi.

Mak : Eeemmm. (Dah tak boleh ckp pe2 sbb menantu dia bagi alasan paling logik)

Mak,
Akak dan B mmg nak sgt baby. Tau mak ngan ayah pun nak cucu. Tapi jgn la bagi idea cam ni. Tak baik. Harap mak tak kecik hati la. (Rasanya tak..sbb dia ok jer). Nnt mak gi Mekah, mak doakan utk kitaorg yek. Doa mak lebih mustajab. Akak sayang..sayang..sayang sangat mak.

Comelnya Baby Farisha

Kesinambungan daripada entry yang lepas.

Ini la dia baby comel Farisha..


So hari Sabtu tengahari saya, Encik B, ayah dan emak pergi ke kuantan melawat cucu baru. Smpi di kuantan dah kul 4 lebih. So solat asar dulu. Pastu kitaorg gerak sekali dgn mak sedara dan sepupu2 yang lain.

Dalam kul 5 lbh baru la smpi rumah A***l. Keluarga mertua pun ada. Bila dah sampai semua menerkam baby. Baby buat derk je..syok tido. Wan (panggil orang pahang utk nenek) ckp punya kuat, baby tido jer. Baby baru berusia 3 hari. Ada sedikit kuning.

Sepanjang kitaorg beberapa jam kat situ..baby nangis 2 kali jer..tu pun sbb nak minum susu. Satu lagi tu tak tahu kenapa.

Time tu la kelakar..saya kata baby panas..sbb dia berbedung bagai. Encik B kata baby sejuk..kena bedung elok2. Mak sedara yang kat situ..gelakkan kat kitaorg. Patut la takde baby lagi..kalo ada Mama & Papa gaduh dulu..hehe. Pastu wan ambik..masuk dlm bilik..buka bedung, baby suka sgt dah tak menangis lg. Kan betul kata Mama...haha.

Mak suka sgt...tapi cam mana Allah belum nak bagi lagi zuriat utk kami.

Tapi yang sedih...dah 3 hari..baby masih belum diberi susu ibu. Sbb susu ibu masih belum ada.  Encik B kata...kalo saya bersalin, dia akan paksa saya beri susu ibu..dia tak nak anak dia minum susu lembu...huhu...kejamnya!! Mgkn hari ni..A**a gi urut..dah ada susu la...Sian baby farisha.

Apa pun, semoga A***l & A**a jadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak diaorg yang comel tu.

p/s :: kulit baby ini merah..wan kata..baby ni nnt bila dah besar putih melepak. Mmg la..sbb mak dia pun putih..