Friday 8 June 2012

Demam Euro 2012 Kembali


Makan bola. Tidur Bola. Gila Bola akan kembali bermula malam ini. Saya pun akan kembali bersemangat nak menengok bola ini. Walaupun astro sport takde..tapi Media Prima ada. Tapi tak tahu la semua perlawanan ada live atau tak. Janji final ada live sudah..hehe. (plan ambil cuti masa final nnt..huhu)

Saya mmg suka bola. Tapi dah kahwin ini kurang sikit. Saya sanggup berjaga malam kerana bola..huhu. Sanggup pergi OU tengah2 malam buta.sbb nak tgk bola kat big screen. Masa tu cik misi jadi mangsa. Masa world cup 1998, sanggup bangun 2 - 3 pg sorang2 gi bilik tv nak tgk bola. Dan masa world cup 2002, siap bawa tv ke hostel dan ponteng kelas gara2 bola. Banyak kisah pasal bola ni..huhu. Kalau nak cerita panjang lak entry ni.

Skrg dah slow mood sikit. Jika tak dulu, buku bola dah bertimbun. Siap predict pulak sape yang boleh menang ni. Masuk contest nak gi tgk final. Dan mmg bercita-cita nak gi tgk bola live dpn mata. Yang tu mmg impian dari dulu sampai bila2. Jika di izinkan Allah.

Ada 16 pasukan bertanding dalam Euro 2012.



Dan ini adalah jadual perlawanan


untuk lebih detail boleh tgk kat official website Euro 2012. Klik disini. Untuk masa kena +7 jam bagi waktu Malaysia.

Saya download yang format excel boleh terus update keputusan. Klik di sini utk download yek!

Apa yang saya nak tengok masa Euro 2012 ni : -

1. Group B adalah group paling maut. So nak tgk sape yg kena pulang awal. Sama ada Portugal boleh pergi lebih jauh atau tak? Of course nak Portugal gi next stage..

2. Group D juga agak maut. Sama ada England boleh pergi ke next stage atau tak (kalo boleh tak lepas lg bagus). Time Euro / World Cup mmg anti giler ngan England..diaorg ingat diaorg best sgt. Penyokong diaorg fanatik giler jer. Walaupun, England cam poyo..MU tetap dihati. Ok.

3. Nak tgk my fav goll kepper.. Iker Casillas. Sweet jer muka dia..hehe. Dan penyerang paling hebat Cristiano Ronaldo.

4. Nak tgk game Sweden dan Germany. Dua team ni suka main laju2..tak jemu nak tgk. Bukan cam Brazil suka gentel bola..Italy pun sama..hehe

5. Mesti nak tgk sape paling perfome dalam Euro kali ini. Sbb time ni player nak tunjuk bakat. Bila habis Euro, harga pemain yg top akan melonjak dan menjadi penjualan hebat di antara kelab2 hebat di Eropah bagi musim akan dtg.

Walaupun makan bola. Tidur bola. Gila bola. Kerja tetap kerja. Kalau tak boleh kerja..minta cuti yek. Lagi satu jgn la gaduh giler2 bila team yg kita sokong tu kalah..cool jer. Bukan Malaysia pun yg bertanding..

Selamat ber EURO 2012 untuk semua.

p/s :: tadi Ustaz baru mesej. Kelas mengaji mlm ni cancel lagi. So Encik B apa plan kita malam ni. Boleh la enjoy2 tgk bola..yuhuuuuuuuuu.  AKU YG GILA BOLA!!!

2 comments:

  1. Ida sokong Germany dari dulu kini dan selamanya.. HAHAHHA

    ReplyDelete
  2. Saya sokong Spain..bukan dari dulu. Tapi yang kini..hehehe

    ReplyDelete