Friday 14 September 2012

Biarlah Apa Orang Nak Kata


sumber :: fb

********************************************************************************

Susahkan nak puaskan hati orang lain. Itu gambar tu cerita.

Tapi saya pandang dari sudut yang berbeza. 2 mamat kerdil tu sibuk dok mengata sweet couple tu. 2 mamat kerdil tu takde pun rasa untuk merasai apa yang sweet couple tu sdg buat. Tapi yang sweet couple tu, apahal lak ikut cakap 2 mamat kerdil tu. Mgkn sweet couple itu nak jaga hati dan perasaan 2 mamat kerdil. Tapi sebenarnya sweet couple itu terlalu ikut ckp orang. Takut sgt orang kata. Hakikatnya..2 mamat kerdil tu tak habis mengata pun. Ada jer yang tak betul pd sweet couple tu.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Andaikan diri kita 2 mamat kerdil tu. Memanjang kita mempertikai keputusan dan tindakan orang lain bg kehidupan diaorg. Sedangkan keputusan dan tindakan yang diambil tidak menjejaskan langsung diri kita. Cuba kita selami hati dan perasaan sweet couple tu. Kan lebih baik. Jika dirasa keputusan sweet couple tu tak ok, nasihatkan...jgn la komen jer. Bagi panduan...itu lebih baik. 

Sekarang kita andaikan diri kita sweet couple tu. Kenapa kita perlu berubah sbb orang lain kata. Orang lain mmg tak habis kata. Apa saja yg kita buat semuanya tak betul. Kalau kita buat cam ni, dia komen. Kita buat cam tu, dia komen jugak. Mulut manusia tidak akan tertutup dari mengata. Adalah lebih baik kita fokus dan membuat keputusan yang baik utk diri sendiri dan keluarga. Make sure keputusan kita tidak bertentangan dengan hukum Allah. Orang nak kata...kata lah..janji apa yang kita buat itu tidak bertentangan dengan syariat Allah, tidak menyusahkan dan memudaratkan orang lain.  Tetapi jika ada orang bagi nasihat dan pandangan, terima dan pertimbangkan. Dengar dan fikir baik2. Itu lebih baik. Jika keputusan dah ambil, firm la. Jgn la berubah sbb orang ini ckp cam ini, orang tu ckp cam tu. Ini menampakkan kita tidak bermaruah (pandangan saya shj).

Dalam hidup berumah tangga ni, perbincangan antara suami dan isteri adalah lebih penting. Orang lain spt ibubapa, mertua, adik beradik, ipar duai hanya boleh pandangan. Tapi tidak boleh mempengaruhi keputusan dan jangan sesekali komen orang jika kita tidak berada ditempatnya. 

Dalam rumahtangga, suami isteri perlu berbincang dlm semua aspek. Suami adalah ketua. Sebuah kapal tidak akan smpi ke destinasi jika kapten dan anak kapal bergaduh. Bekerjasama dan respek antara satu sama lain itu adalah penting. Jika terlalu memikirkan ckp orang lain..sbb yg tanggung itu kita.

Peringatan untuk diri sendiri..

Sekian.
Salam Jumaat & Hujung Minggu :-)


2 comments:

  1. ak ah mmg btul pun. kalau psl TTC ni pulak. takde anak, pun org kata kan. nanti bile dah ada satu, org kata gak, ditanya Takkan satu je. Kalau ramai pulak anak berderet2, pun org kata, Takde keje lain ke asik beranak je? Tak penat ke ramai anak?
    mmg sampai bila pun org kata.

    ReplyDelete
  2. Betul tu jay..ada masa kita kena pekak telinga jer..

    ReplyDelete