Thursday 20 September 2012

CD1

Semalam dah start new cycle. Alhamdullilah..ia dtg tepat pada masanya. Dtg period ni kena bersyukur juga, sbb Allah beri cuti bergaji penuh. 

Untuk cycle ni, sy dah minum air rebusan buah zuriat. Buah ni mak beli masa kat mekah. Pastu sy dah start ambil semula asid folik, minyak zaitun, pati delima dan madu. Apa pun sy nak fokus pada penurunan berat badan. Risau la pulak, nak preggy badan makin naik. Nnt dah preggy, lagi naik. Yang paling takut kena kencing manis. Boleh effect baby. Sian baby comel kena cucuk2 dan dok lama2 kat hospital...huhu.

Untuk cycle kali ni, masih belum jumpa doc. Mgkn next cycle baru betul2 treatment. Appointment doc pada 5 Oktober 2012 iaitu pada CD17 hanya nak citer pasal keputusan ujian darah & semen shj. Maka, untuk cycle kali ni kena cuba secara naturally la.

Sekian.

p/s :: tahniah untuk rakan TTC yg berjaya preggy (Nia, Jay & Reen). Mereka bersungguh2 untuk TTC. Jauh sgt nak dibandingkan dengan saya. Moga saya juga bersemangat & cekal spt mereka. Insya Allah!!!





11 comments:

  1. sama lah..today CD1 saye jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis..
      hari ni sy dah CD2...hehe. apa pun kita sama2 usaha yek!

      Delete
  2. thank you cik tipah :') takpe, sy akan terus ber-blogging kat TTC blog sy tu utk share info2 baru. insyallah kalau sama2 kita usaha memang akan berjaya, Allah maha penyayang :) tak lama ur turn lah tu ;) teruskan TTC k, never giveup! Rileks skejap takpe tapi jgn giveup tauu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah CD ok..i pn pernah mnum sume tu..cuma olive oil belum cuba lg..Try the besr dear..dont ever give up..teruskan berdoa diiringi dengan usaha..sama2 kita minta bantuan dariNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anna..
      minum olive oil tu mmg tak best..tapi sgt bagus utk perut. Cuba la..

      Delete
  4. cycle kali ni pun i still buat air buah zuriat juga.kita sama2 berusaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kita sama..moga kita sama2 berjaya hendak-Nya

      Delete
  5. thanks cik tipah...moga lepas ni turn cik tipah ye yg penting teruskan usaha dan tawakal kepadaNya...mmg bagus nak kurus dgn lemon...die mengurangkan tahap keasidan kat vagina gak, so sperm senang nak berenang2 sampai ke atas...nia kurus aritu minum apple cidar vinegar ade je kat Giant tu, jenama Braggs pun okay je...turun berat badan sampai 7 kg tu...cuba tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nia,
      cam ne cara minum ACV tu??
      Boleh gak try utk kurus ni..hehe

      Delete
  6. separuh sudu teh dicampur dengan segelas air...pehtu minum lepas makan, jangan minum masa perut kosong tau...mudah2an pasni giliran tipah ok...

    ReplyDelete