Thursday 13 September 2012

CD21 :: Ambil Darah Lagi

Ntah mood pe yg rajin minggu ni. Walaupun busy ada lak masa nak menaip..hehe.

Hari ni CD21. Dan telah dijadualkan sesi ambil darah hari ni. Cuma untuk isteri sahaja. Suami tak perlu. Maka saya seorg diri ke LPPKN tu. Kejap je ambil darah tu. Hari ni nurse pompuan yg buat..kejap je..tak sakit pun. Pas ambil darah, kena tunggu nurse doktor. Dia nak bagi appointment jumpa doc. So appointmentnya pada 5 Oktober 2012. Time ni doc nak terang segala result ujian yg telah dibuat.

*******************************************************************************
"Citer lain..tak berapa nak berkaitan"

Satu maghrib sdg buka puasa, ayah call cik misi. Time tu kitaorg tgh makan. Sy berbuka puasa. Pastu mak nak ckp dgn saya.

Mak : Akak, td kan mak jumpa anak cina ain. Dia pregnant. Dia tu dah lama kahwin. Mak tanya la pe dia buat. Dia kata dia buat treatment tu, kos dia RM12,000. (sbnrnya sy tak kenal pun anak cina ain tu. Kenal cina ain jer..dia jual sayur)

Saya : Eeemmm..dia buat IVF la tu.

Mak : IVF tu pe? Akak kalau awak nak buat, mak boleh bagi duit.

Saya : Eeeeemmmm..

Saya diam dan terus tukar citer lain.

Lepas buka puasa, solat maghrib. Time nak tunggu isyak..borak2 ngan Encik B.

Saya : Abang, mak nak bagi duit kalau nak buat IVF.

Encik B : Tak yah la. Kalau tak jadi cam ne?

Saya : Ok. Kita guna duit sendiri la..hehe

Saya tahu, Encik B mmg tak nak guna duit mak ayah saya. Bukan dia sombong, tapi dia tak suka menyusahkan orang. Dan emak saya pula, tak kisah nak bagi duit kat anak2 dia. Even adik beradik dia pun dia senang jer nak bagi. Mak saya mmg murah hati. Tapi bila memikirkan kesian dia cari duit..biarlah duit itu bermanafaat utk diri dia.

Jika betul kena buat IVF, kitaorg berdua kena kumpul duit sendiri yek!!..korek la mana ada..

p/s : kalau boleh nak pregnant naturally..tapi apa pun terjadi itu sudah ditentukan oleh Allah.

13 comments:

  1. salam kenal, saya minggu lepas first time ambik darah..saya nak tanya dlm rawatan berapa kali kena ambil darah dan untuk apa?

    ReplyDelete
  2. best2 bile dgr cite org lain gi lppkn... :) tahniah cik tipah! Tuan Mr akak still nk cuba naturally (me too).. sblum hujung tahun insyAllah akan gi kalu masih xdiizinkanNya prgnant..itu timeline kami..

    ReplyDelete
  3. RosDiana..

    Salam perkenalan juga.
    Darah ambil 2 kali. Pertama pada CD2-CD5. Dan satu lagi pada CD21. Ni untuk mengetahui hormon bdn.

    Awak buat treatment di mana??

    ReplyDelete
  4. 12K untuk IVF yer? *pengsan* hihi

    ReplyDelete
  5. Eida - mgkn lebih dari itu dan mgkn kurang. Tapi ribu2 la..mmg pengsan kalau failed..hehe.

    ReplyDelete
  6. saya buat rawatan di hospital swasta melaka..baru start rawatan bulan lepas..bayaran agak mahal. kalau buat di LPPKN daftar lepas tu kena tunggu turn ker?

    ReplyDelete
  7. RosDiana..
    Ok. Awak boleh rujuk entry saya pasal LPPKN. So far setakat hari ni..tiada pula tunggu turn. Cuma untuk new case spt saya kena complete semua ujian.

    ReplyDelete
  8. Kak baby..
    Citer untuk jd panduan pd yg lain dan kenangan pd diri sendiri..hehe
    Chaiyok kak..doa dan usaha smpi boleh.

    ReplyDelete
  9. tak nak wat bbt? awal pagi amik suhu dan catat...tiap2 hari sampai nampak pattern hormon dalam badan...bole monitor ovulation n tgk progesteron level kita...manatau menjadi?

    ReplyDelete
  10. salam..
    bila kita berusaha ALLAH akan beri jalannya..sabar dan usaha itu akan membuahkan hasil kelak..akk doakan semoga usaha adk berjaya utk menambahkan keluarga..insyallah

    ReplyDelete
  11. Nia - malas tu tinggi..hehe. Insya Allah akan diusahakan. nnt boleh minta tunjuk ajar dr nia.

    ieja - Insya Allah..

    ReplyDelete
  12. Salam awak saya nak berkongsi sedikit maklumat,pakcik nie pandai mengurut pasangan yang nak baby, dia akan check samaada kita bermasalah atau tidak,dia cuma pegang perut kita dan betulkan peranakan kita kalau ada masalah dengan beralas lah, saya dan suami pernah berjumpa pakcik nie dan alhamdulillah saya dah ada baby dah,kalau nak tanya lebih lanjut call lah no nie tanya dan wat appointment,tak salah kan cuba cara tradisional insyaallah...05-4312172,

    ReplyDelete