Tuesday 11 September 2012

Yazid Burger (YB) - Super Big Size Burger

Mesti korang pernah dengar pasal burger ni. Rasanya pernah kuar TV3. Saya tahu pun daripada tv jugak la. Rancangan apa tak tahu.

So, mmg bercita-cita la nak makan YB ni. Tapi tak pernah berkesempatan. Pernah sekali balik kelas ngaji, dlm kul 10.30 mlm gi memusing seksyen 7 Shah Alam nak makan YB ni. Ntah mana kitaorg sesat pastu makan kat Pak Li Kopitiam kesudahannya.

Hari Sabtu lepas tu tak planning pun nak makan YB. Disebabkan cik misi nak cari tudung kitaorg di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum tu, gi puchong cari barang rumah dah melantak sepuasnya. Masalah juga nak cari kedai ini..sebabnya alamat dia Medan Selera Anjung Seksyen 7 Shah Alam sahaja. Jalan apa dia tak bagitau. Cari dlm google maps tak jumpa pun medan selera.

Lepas solat maghrib kat petronas seksyen 7 tu, tanya la pekerja station tu..dia pun tak tahu. Pastu belasah jer..gi belakang Unisel..dan akhirnya..jumpa jugak medan selera tu..

Kitaorg cari parking..nak masuk kat medan ada kedai nasi arab. Org ramai. Mgkn sbb malam minggu. Bila dah jumpa tu...Encik B la paling excited. Dia nak order burger 1kg. Mmg kena marah la...sbb semua org masih kenyang lagi...nak makan burger besar2.. So sy order burger 1/2kg untuk 4 org makan. Harga RM20.  

ni la rupa burger yg diorder


1/2 kg burger

Kesimpulannya..YB ni sedap. Daging dia mmg tebal..dan purely daging la. Kalo nak gi makan..pergi la beramai2..kalo berdua tu cam tak berapa best jer..

Ini website kedai Yazid Burger : http://www.resepiyazidburger.com.my/home.html

Cara nak gi kedai YB ni..

Dari Federal highway..masuk susur Padang Jawa/I City. Trafik light ambil ke kanan. Lalu 3 trafik light dan yang ketiga tu nnt nak u-turn. Make sure..sblm u-turn tu nmpk petronas dan Unisel sebelah kanan. Bila dah u-turn tu..masuk simpang di antara Unisel dan petronas..terus je. Nnt jumpa medan selera sebelah kiri anda yek.

Ok..korang try lak yek!!

p/s :: apa pun burger ramly jugak sedap..hehe


3 comments:

  1. Ida dah lama nak pergi! ajak hubby, dia malas kalau nak mencari ni.. Ida amik direction tu yer... =)

    ReplyDelete
  2. pada noora berger dia biasa2 saja..tapi memang kenyang giler..berger bakar terbaik tetapla that little gerai..biar pun mahal tapi xde bau...huhuhu..tu pendapat noora la...tp memang berger ramly la menjadi pujaan di tekak eh...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Eida - try la makan...itu direction yg sy rs plg senang.

    Putries Noora - mmg kenyang..berger ramly jugak yg paling glamour..hehe.

    ReplyDelete