Monday, 30 January 2012

Mode Nak Marah Jer..

Semalam dah mengamuk jugak kat rumah
Orang penat2 la masak, urusankan kain baju
Dia sedap jer dok kat dpn PC
Sbb PC tak boleh detect wireless
Tak berganjak sikit pun
Pastu dalam bilik byk lagi barang yg bersidai di tepi
Sakit mana memandang
Mula2 tak kisah..tapi bila dah penat semua kisah
Angin pun naik la
Terus jadi raksasa

Bila dah jadi raksasa
Terus je sambung buat kerja rumah
(sbb tenaga bertambah)
Kemas ruang tamu & dapur
Pastu Encik B turun
Tolong mop lantai
Raksasa terus jadi kecik
Hilang power

Lepas pada tu sempat lagi membebel
Penat..Penat..Penat
Nak ambik orang yg boleh cuci2 rumah weekend
Encik B kata kalo tak larat tak yah buat
Tapi sakit mata tgk rumah kotor

Itu hal semalam
Hal hari ini
Rasa nak jadi raksasa jugak kat ofis ni
Berapa kali suh betul laporan
Salah jugak
Bukannya dia gi tanya orang sepatutnya
Dia buat apa yang dia rasa
Tu belum bos besar semak
Lagi banyak ? ? ?
Sabor jer la..

Nah ambik sebijik. Ultraman belasah raksasa..huhu


Friday, 27 January 2012

CD 5 :: Cycle Ke-4 Slps OD :: Clomid Lagi

Baca tajuk pun pening..sbb tuan tanah sakit perut memulas lagi..parah

Kejadian 25/01/2012

Cycle ini, period datang tepat 28 hari. Ngam-ngam.. Mmg dah jangka akan period kerana cycle lepas kurang ber BD.  Badan penat dok ulang alik KJ-Denai, penat cuci rumah, penat kemas rumah, penat ofis jauh menyebabkan dua2 orang balik keje..nampak bantal jer..hehe

So, CD 1 jatuh pada 22/01/2012 iaitu hari Ahad. Sepatutnya jumpa doc pada CD2/CD3. Tetapi Isnin dan Selasa cuti CNY maka jumpa doc pada hari Rabu, hari ke 4 period. Dgn semangat waja petang tu kul 4 dah terus ke DEMC. Jalan lengang..ramai masih bercuti. Smpi Shah Alam dlm 15 minit jer. Utk CD2/CD3 saya jarang buat appointment...main datang jer. Sbbnya kalo buat appointment pun mesti penuh. Smpi DEMC terus gi kaunter pendaftaran bagi kad. Tgk dalam clinic gynae lengang jer.. Dalam hati orang cuti lagi ini. Tak sampai 5 minit, nurse panggil..

"Puan, hari ini Doc takde. Dia ada emergency. Puan tak call dulu ker?"

"Mmg saya tak call sbb biasanya doc ada jer." Saya seperti lupa yang doc tu pun manusia cam saya. Mestilah ada kecemasan.

"Puan datang esok jer."

Alamak...sok CD5 boleh ambil ubat kesuburan ker? Dalam berbincang tu..nurse doc zamri pun smpi.

"Puan period ye. Ptg ini doc tutup klinik sbb dia ada emergency. Appointment ptg ini dibawa ke hari esok. Puan datang esok." bagitau syud.

"Sok dah hari ke-5, boleh ambil ubat lagi ker?"

"Hari ke-5 boleh lagi, tapi hari ke-6 biasanya doc dah tak bagi ambil ubat kesuburan."

"Ok la. Sok boleh tak saya nak datang kul 5." Sbb dalam kepala dah fikir sok mesti ramai gila.

"Tak boleh. Nnt takde orang nak buat register. So puan datang kul 4. Paling lewat kul 4.30ptg."

"Ok la." Pastu kepala dah blank sbb masa tu baru kul 4.30 ptg. Nak balik ofis semula atau balik rumah.

Masuk kereta terus balik rumah...haha..tak thumb print. Tapi dah bagi tau boss..ok la sikit.

Kejadian 26/01/2012

Kat ofis dah tak senang duduk. Sbbnya cam mana nak bagitau bos kena gi hosp lagi hari ini. Takut... At last blah jer dari ofis kul 4..bagitau staff jer..kalo boss cari pandai2 la jawab. Tapi ada gak usaha nak bagitau..dah call ext dia..tak berangkat. Nak SMS cam tak sopan lak..

So terus ke SA. Sama cam semalam 15 minit dah sampai. Tapi kali ini berbeza dari semalam...patient sangat ramai menunggu. Bagi kad kat kaunter pendaftaran. Dapat no giliran. Ada 16 patients yang menanti sebelum saya dapat jumpa doc.

Dalam ber'TTC, part inilah paling mencabar selain daripada makan ubat. Menunggu giliran yang makan masa yang lama membuatkan kita rasa nak balik jer. Rasa putus asa. Hanya sabar sahaja yang boleh menidakan putus asa tu. Kalo tak sabar..ada jugak balik rumah..huhu.

Semalam catat sejarah menunggu paling lama...pada entry ini saya pernah menunggu 3 jam sebelum dapat berjumpa doc. Itu paling lama. Tetapi semalam catat sejarah. Sy smpi hospital pkul 4.15pm. Saya selesai semuanya jam 8.00pm. 3 jam 45 minit..(lebih kurang). Sangat lama...

Doc still ok jer..jumpa patient senyum jer. Smlm masuk jer bilik doc, dia tanya period ker? Saya pun mengiyakannya.

"Blm jadi lagi. Last month telur awak cantik." Doc spt frust (andaian saya jer). Tapi doc tak tahu yang salah kitaorg sbb kurang bersama.

"So bulan ini nak buat IUI tak?" Doc tanya.

"Boleh je." Dah mmg dalam kepala planning nak buat IUI.

"Kita tgk dulu cam mana." Doc mesti tak nak beri harapan. Ini kerana bergantung pada telur yang ada. Jika ok boleh la proceed IUI.

"Ok.."

Doc bagi ubat Clomid 100mg utk 5 hari dan ubat  Dexamethasone 0.5mg utk 14 hari. Next TVS pada 02/02/2012.

Doc tanya berkenaan ubat Metformin. Saya mengaku saya stop makan ubat itu semenjak diserang cirit birit dan sakit perut. Doc pun ckp tak boleh makan Metformin tu jika cirit birit. Lagi 1 alasan saya tak makan Metformin time tu sbb tiada selera makan. So kalo makan ubat itu dengan tiada selera makan..takut sugar drop dan boleh mengigil. Skrg dah on balik.

On the way balik, dalam kepala berfikir..kena buat sungguh2 ni..Dah plan nak buat ini :-

1. Makan ubat yang doc dah bagi ikut aturan. Makan balik semula Metformin. Tapi kalo perut tak mengizinkan stop dulu.

2. Makan asid folic spt biasa sehari sebiji.

3. Makan EPO 2 biji, 2 kali sehari sehingga Ovulation.

4. Makan Fish Oil 1 biji, 2 kali sehari.

5. Makan multivitamin 1 biji, sekali sehari.

6. Tak mau minum kopi dan seangkatan dengannya

7. Nak beli jus monavie.. Kawan dr KT yang bagitau bagus utk TTC. Kita cuba jer.

Tu yg boleh plan. Semua supplement tu masih ada lagi. Cuma kena beli monavie jer..

Kita usaha jer..yang lain biarlah Allah tentukan. Dia Maha Berkuasa ke atas semuanya.


Thursday, 26 January 2012

Entry Tiada Tajuk # 1

Malas nak menaip
Malas nak fikir apa nak ditaip
Malas nak upload gambar utk jadi bahan cerita
Semuanya Malas
Sbbnya penat masih belum hilang lagi
Keje ofis pun banyak yang tertangguh
Dan ada banyak lagi yang kena buat

Walaupun saya Malas
Tapi saya rajin membaca entry kawan2 yang lain
Ada la komen2 sikit
Nak komen banyak2 pun takde idea

Saya akan cuba utk buat entry
Yang berguna utk orang yg membaca
Saya akan cuba...hehehe

p/s :: jangan la sikap malas ini sampai bila2
Cuba jadi rajin la sikit..huhu

Friday, 20 January 2012

Takde Mood :: Sakit Perut

Dari hari Rabu
Hingga hari ini
Sakit Perut
C***t-b***t
Dah MC hari Rabu tu
Sejak mengalami sakit ini
Selera makan terus jatuh menjunam
Langsung tak berselera
Makan pun satu dua sudu jer
Tu jer yang mampu lalu di tekak
Yang lain Encik B tolong habiskan
Tak pun Encik Tong S****h yg habiskan
Tak tahu la kenapa
Bila tak berselera ni
Mood pun tak de jugak
huhuhu...

Tuesday, 17 January 2012

Kepenatan

Penat tak terkata
Masih belum la berbayar time rehatnya
Last weekend pindah rumah
Proses perpindahan itu satu hal la
Tapi time tu jugak la kontraktor KC nak siapkan kerja
Time tu jugak la kontraktor grill nak buat finishing
Time tu jugak la nak pasang langsir dan sebagai
Rumah dah bersih sebelum tu bersepah balik
Tak sempat nak bersih balik
Barang2 dah masuk
Rasa sangat tension
Habuk dan berpasir sangat banyak
2 hari cuti mengerjakan rumah jer
Isnin tak apply cuti
So keje cam biasa
Masa dok rumah KJ keluar rumah 7.15am
Kadang2 boleh je keluar 7.25am
Boleh smpi ofis sebelum kul 8.00am
Sekarang 6.45am dah kuar
Jammed kat federal highway tuk sah citer la
Kebas gak kaki2
Smpi ofis sama jer dalam 7.40 am
Sejam nak sampai ofis
Ini baru minggu pertama
Lepas ini ok kot
Alah bisa tegal biasa
Harap cuti 4 hari ini boleh la relax sikit

kaki dan pinggang masih lagi sakit
Itu la padah gemuk sgt..huhu
Harap dgn naik turun tangga ini
boleh la kurus sikit hehe

Ada banyak nak story
Tapi tak sempat la nak fikir dan taip
Internet kat rumah pun dah takde
Kalau ada pun tak kuasa nak bukak
Tilam dan bantal jer rasa sgt best
Kat ofis byk keje
Kalau buka blog
Habis semua kerja tak jalan
Nnt la bila ada kelapangan
Kita story..





Friday, 13 January 2012

Allah Maha Mengetahui

Terjumpa kata-kata indah di FB. Sumbernya dari Radio Ikim :

BUKAN SAJA-SAJA Allah Meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan yang ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayang Nya pada mu..

mmg tersentuh bila baca.
Saya pernah rasa tertekan dgn kerja saya skrg...
Kenapa sy yang Allah pilih utk berada disini..
Mmg ada masa menyesal..
Rasa kat ofis lama (ofis swasta) lagi best..
Tapi saya pujuk hati ini..Allah tahu kekuatan saya..
Sbb itu saya di sini...

Naik Gaji Tak Nak Tambah Hutang

Disclamer : Apa yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi sendiri semata-mata.


Pagi jumaat yang kepenatan..smpi ofis gi baca Yaasin dulu. Habis baca masuk ofis on notebook. Biasa la mesti check email dulu. Bila buka email, salah satu email yang diterima adalah email spt gambar di atas.

Tension. Mmg la hanya email sahaja. Boleh jer delete.  Tapi sebelum email ini, saya dah dapat banyak call untuk memberikan pinjaman peribadi.  Masa tu gaji bulan disember pun belum dapat. Saya mmg tak berminat pun. Pinjaman tanpa tujuan atau tujuan yang menghabiskan duit..buat pe.

For business, mmg bagus la..utk approach bakal pelanggan.  Mana tau untung sabut timbul.. Tapi cuba la kita semua fikir, kenapa Kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam? Paling utama utk menyeimbangkan faktor kenaikan harga, tak nak ada jurang gaji dgn kakitangan swasta yang gaji mereka lebih tinggi, memberi lebih kuasa membeli, supaya pendapatan isi rumah lebih besar dan meningkatkan tabungan.

Kalau la naik gaji..hutang pun naik...apa cerita. Bila hutang bertambah, tabungan akan berkurangan dan kuasa membeli jd makin kecil. Tahu la, bila gaji dah naik ni kelayakan pinjaman pun naik..jumlah pinjaman pun boleh byk sikit.

No hal kalo nak buat pinjaman utk beli aset, pelaburan ataupun kecemasan (spt ahli keluarga sakit yg perlu rawatan segera).  Tujuan pinjaman spt ini ok dan boleh diterima. Tapi penjawat awam ini (setengah orang la)..yg buat pinjaman nak gi melancong la, nak beli perabot baru la, nak make up kereta la, nak beli gadget la..ini semua merugikan.  Ni semua bukannya keperluan tapi kehendak jer. Kehendak ini boleh buat jika kita ada lebihan wang tunai...bukannya dgn berhutang.

Kat ofis ada k/tgn sy jadi bendahari koop. Kadang2 saya suka je dok kat meja dia. Atas meja dia ada la permohonan pinjaman koop. Sy tgk la curi2 (jahatnya..).  Ada payslip..tgk gaji balance gaji cam tak cukup jer nak survive tuk sebulan (tu kalo saya la)..ada hati nak pinjam lagi. Potongan pinjaman sedia ada pun dah banyak..angkasa la..koop la..badan persatuan la.. 

Saya bukan la pakar kewangan. Saya pun tak pandai menguruskan duit sendiri pun. Tapi saya tidak seperti orang lain, sesuka hati nak buat pinjaman.  Pada saya ini adalah agihan gaji yang perlu kita buat sblm kita enjoy balance duit yg kita ada :

1) 2.5% drpd pendapatan mesti utk zakat (bagi agama Islam). Ini wajib dan perkara pertama perlu dikira dulu. Supaya rezeki yang diperolehi diberkati.  Dan Allah berjanji, tidak miskin hamba-Nya dengan mengeluarkan zakat.

2) 10% drpd pendapatan mesti utk simpanan.  Simpanan ini mesti bentuk cair. Boleh simpan di TH, ASB, unit trust, emas dan lain2. Ini utk tujuan kecemasan. Tak la nnt, bila nak renew roadtax nak buat pinjaman, anak masuk hospital nak buat pinjaman, kereta rosak nak buat pinjaman...

3) Dalam 3-5% drpd pendapatan mesti utk insurans. Insurans ini utk diberi kepada waris kita bila kita dah mati atau insurans kesihatan.  Insurans hayat ini perlu sbb bila kita mati, kita mesti ada hutang yg tidak berinsurans. Kesian kat waris bila kita meninggal kena tanggung hutang kita. Jd ada baiknya ada insurans hayat.  Tak pun kita boleh insuranskan ke atas pinjaman yg kita buat.

Ini yang saya gariskan paling penting perlu ada dalam setiap orang. Mgkn ada orang lain lebihnya lagi. Itu terpulang. Tapi yang belum ada drpd 3 item ini perlu fikirkan.

So, kepada kawan2 bila nak buat pinjaman fikir panjang2..kerana bila kita dah sign offer letter, kita sudah terikat dgn pinjaman tersebut. Tak salah nak berhutang..tapi pastikan kita tidak susah kerana hutang.

Pernah baca 'ORANG YANG KAYA ADALAH ORANG YANG TIADA HUTANG'.. biarlah pendapatan kita kecil janji tidak berhutang..daripada pendapatan banyak tapi hutangnya keliling pinggang. Cuba fikir yang mana lebih baik..

Tepuk dada, tanya selera. Jgn ikut sgt selera kalau kita tak mampu...




Tuesday, 10 January 2012

Baiti Jannati :: Isu Kontraktor Kitchen Cabinet Selesai

Cerita bab rumah belum habis lagi.
Semalam pertemuan 6 mata dengan kontraktor (sbb ada 3 org yang terlibat dlm cerita ini).
Kami, kontraktor KC yg dilantik dan kontraktor yang buat table top.
Kami complaint semua benda yang kami tak puas hati.
Mujur dia boleh accept apa yg di complaint dan berjanji hari ini utk baiki semua defect hari ini.
Mujur juga tiada gaduh2/naik2 suara. Encik B begitu cool (dan mmg cool pun).
Malas juga nak bergaduh dengan kontraktor ini..sbb deposit pun telah bayar dlm amaun yg besar.
50% dari harga quotation.
Takut juga gaduh2..dia buat diam..KC tak dpt..duit pun lesap.
Semlm juga dia dah pasang wardrobe.
Lega sikit hati.
Harap dia boleh siapkan kerja sebelum 14 Jan ni je.
Rasa tak selesa jika dah pindah masih ada lagi kerja2 pemasangan.
Rumah pun dah cuci minggu lepas dah jadi huru hara balik.
Pagi tadi Encik B cakap, hari Jumaat lepas kerja kita kena gi balik rumah utk bersihkan sebelum hari Sabtu angkut barang.
Ok aja..

p/s :: rasa sgt lambat masa minggu ini. Tak sabar nak tunggu raya cina..cuti 4 hari. Dan tak sabar juga nak tggu gaji (dah pokai ini..huhu)

Monday, 9 January 2012

CD14 :: TVS

Sabtu lepas pegi jumpa doc utk check CD14
Spt biasa doc akan buat TVS
Sbnrnya rasa tak nak pegi..sbb malas
Tapi lebih baik pergi untuk rekod apa perkembangan
Selepas Ovarian Drilling

Jumpa doc..
Doc pun scan
Doc cakap "rahim awak tebal"
Doc cakap lagi "telur awak besar dan ada dah menetas (ovulated)..bagus"
Doc cakap lagi "Bulan ini awak try sendiri dulu yek. Kalau tak preggy, next period dtg semula dan kita aturkan ubat yg lain."
Encik B cakap kat saya lepas kuar bilik doc "Bila doc nak check abang yek?"
Saya jawab "Tak tahu. Next appointment nnt kita tanya yek."

Lepas pada kuar bilik doc..tak dah ingat pasal ovulasi sbb di dalam kepala skrg banyak memikirkan hal rumah denai. Kes kitchen cabinet masih belum selesai lg. Dua2 orang pun tgh pening..huhu. Pada saat ini, berserah sahaja kepada Allah. Usaha mmg tidak sesungguh hati pun.. Rasa rugi pulak.

Weekend 1/2012 :: Penat & Gembira

Last weekend mmg busy sesangat..full aktiviti utk hari sabtu & ahad.

Aktiviti Hari Sabtu

1. Pergi pasar tani. Beli bahan2 utk jamuan esok dan beli ubat mak sekali. Breakfast kat pasar tani. Nnt lepas ni rindu la nak gi pasar tani KJ.

2. Pergi kedai hardware kat puchong. Beli barang2 toilet (penyankut baju dan tempat sabun). Utk 4 bilik air, habis RM400 lebih. Ok, masih dlm bajet. Beli ampaian kain.

3. Lps tu pergi kedai lampu kat puchong jugak. Beli karung kaca lampu yang pecah..gara2 Encik B sewaktu membersihkannya. Mujur ada stok..kalo tak tak cantik lampu kelip2 ku.. Kat kedai tu boleh tahan lama sbb nak cari stok. Kitaorg dah nak gi hosp lak ini.

4. Terus pecut ke DEMC. Last registration pukul 12.30pm. 12.10 masih ada lagi di puchong. Encik B bawa kereta sgt laju (tak laju mana pun, kancil je pun..) Smpt sampai hosp 5 minit lagi sblm kul 12.30. Ok la. Jumpa wife syakir...dia dah bersalin sebln lepas. Dpt baby girl..comel sgt.. Wife dia nak jumpa doc zamri jugak. Spt biasa jd patient paling akhir. Tunggu tak la lama sgt, dalam sejam lebih. Jumpa doc, scan..bla bla..settle bayar bil balik.

5. Dah pukul 2 lebih perut pun lapar..gi makan kat nasi ayam pak mal kat shah alam. Seksyen berapa tak tahu. Seksyen 11 kot..

6. Lps makan, terus gi denai. Mandi dan solat. Lps tu sapu, mop dan basuh kat dapur. Supaya esok tak la bersepah sgt. Encik B, pasang la penyangkut2 yang baru beli tu..

7. Lps asar, gi kapar nak cari kat mana tempat sekolah tahfiz. Sbb esok ade akan gi ambil pelajar2 tu. Nak tahu dulu tempat..tak la esok tersesat..  Jumpa la jugak..terpencil sekolah tu..tapi seronok tgk budak2 kecil dah belajar tahfiz.

8. Bila dah jumpa, berhenti makan KFC kat pekan kapar. Makan twister jer..tak lalu nak makan ayam lagi. Kebetulan KFC kapar depan masjid. So solat maghrib kat situ dulu sblm balik denai.

9. Balik denai ambil kereta dan balik KJ. Fuhh penat sgt. Balik mandi, solat dan terus tido..

Aktiviti Hari Ahad

1. Bangun pagi. Basuh baju. Dlm kul 9 gi breakfast. Beli kuih frozen utk jamuan petang nnt.

2. Balik rumah, keluarkan bahan mee goreng. Potong2 sayur dan sediakan bahan.

3. Dlm kul 12 dah start masak mee goreng.  Encik B tolong gorengkan kuih.

4. Pukul 1 siap masak. Buat air. Mandi, solat dan prepare barang2 nak bawa gi rumah denai.

5. Smpi di rumah denai kul 2 lbh. Ade pun dah smpi dgn pelajar2 tahfiz tu. Siapkan tempat untuk mereka dan mereka pun mula mengaji. Kitaorg minta diaorg baca surah Al-Baqarah, Yaasin dan tahlil sedikit. Buat solat hajat. Settle semua dalam kul 4. Sementara nak tggu asar..jemput la pelajar2 tu makan.

6. Dalam menjamu selera, sessi beramah mesra dgn student tu.. muda2 lagi dah belajar jadi tahfiz. Bagus sgt..

7.  Dah selesai makan, kitaorg semua solat asar berjemaah.

8. Dlm kul 5, Ade hantar semula student2 balik ke sekolah diaorang. Tinggal saya dan Encik B mengemas rumah lagi.. penat sgt.

9. Kul 6 lbh, balik rumah KJ...rasa sgt tak berdaya...habis tenaga utk aktiviti weekend 2 hari.

Next week lagi penat. Aktiviti pindah rumah lak...huhu. Walaupun penat saya enjoy..

Friday, 6 January 2012

Baiti Jannati :: Terkilan Dengan Kontraktor Kitchen Cabinet

Dari minggu lepas lagi sakit hati dengan kontraktor ni...
Tak pasal2 kami suami isteri yang gaduh...
Rasa tertipu betul...
Hingga kini masih belum nampak rupa lagi KC...
begitu juga dgn wardrobe...
Next week dah nak pindah...
Hari ini dah mengarang email yang panjang tuk kontraktor tu...
Biar la dia baca...
Kalo dia nak bengang pun biarkan...
Tak puas hati pos kat sini je la...
Sbb kat FB tu ada dia (ye la isteri dia kawan U sy..)
Mmg tak rekomen betul kontraktor ni...

p/s:: mujur hari ini hari jumaat...ayat pun manis sikit..huhu

Tuesday, 3 January 2012

Opick ~~ Dengan Mu Aku Hidup

Berikutan daripada entry ini, saya sedaya upaya cari lagu yang sgt sedap di dengar oleh telinga saya ini. Puas mencari tak juga jumpa. Sehingga sy minta tolong Encik B utk carikan. Akhirnya bertemu juga dengan lagu ini.


Sungguh syahdu lagu ini...

Kesedihan Tahun Baru

Minggu tahun baru ini sungguh sibuk menguruskan rumah baru. Kepenatan teramat sangat hingga malam tahun baru berlalu begitu sahaja seperti hari-hari yang lain.

Seharian hari Sabtu mencari langsir utk rumah baru bersama mak ne. Sempat ke ikea dan makan steak jer. Balik rumah terus pengsan.  Terkejut dari lena bila dengar dentuman bunga api.  Hari Ahad dan Isnin, seharian di rumah baru mencuci dari atas sampai ke bawah. Dari depan sampai ke belakang. Bertungkus lumas saya, suami dan adik-adik. Mujur jugak ada tenaga kerja dari orang lain. Tq tie, de dan aqilah.

Hari semalam, siap mencuci rumah awal juga. Petang balik rumah KJ, menguruskan kain baju pulak.  Jika dibiarkan dalam bakul, lagi sakit mata.  Walaupun penat, gagahkan juga melipat dan menggosok baju. 

*

Seperti biasa saya dan Encik B, akan solat berjemaah.

Usai solat, kami pun berdoa. Dan seperti biasa, selepas doa kami akan bersalam, cium dan berpeluk. Itu adalah rutin kami.

Tetapi semalam, masa berpeluk airmata saya mengalir.  Rasa sangat sedih.

"Kenapa ini?" tanya Encik B

"Sedih la abg. Kita masih belum ada baby. Umur pun dah 30-an.  Sempat ke kita nak ada baby."

"Ijan jgn la sedih. Syukur dengan apa yang ada. Ada kawan-kawan ijan, masih belum berkahwin pun. Usah nak fikir pasal anak, suami pun belum ada.  At least ijan ada abg." kata-kata Encik B membuatkan saya lagi sayu.

Saya peluk dia.."Ijan syukur Allah beri abg pada ijan. Ijan sayang abg."

"Kita usaha selagi boleh." kata-kata semangat dari Encik B.

*

Saya cuba untuk kuatkan semangat.  Dan harus lebih kuat lagi. 

Bersyukur dengan apa yang dimilik sekarang adalah lebih baik.  Jgn pandang ke atas tapi pandanglah ke bawah. Supaya kita rasa, kita adalah hamba Allah yang paling bertuah.