Friday 17 February 2012

CD 27, 14 DPIUI :: Takut Nak Buat UPT

Hari ini genap 14 hari selepas prosedur IUI. Kalo ikutkan 2WW dah sampai tempoh matang la. Tapi saya belum bersedia lagi untuk buat ujian UPT. Saya telah berjanji pada diri ini akan tunggu period sehingga ke tarikh 21 DPIUI iaitu pada hari Jumaat akan datang. So jadi 3WW..hehe

Sejarah period saya mmg on time. Selepas laps OD hari tu..period mmg ngam sampai pada CD26 dan CD28. So CD28 tu esok..maka kita tunggu jer. Dalam sejarah selepas kahwin, period paling lama delay pun 3 hari. So tarikh hari Jumaat depan itu adalah bersesuaian untuk buat ujian UPT jika period belum datang. 

Pada saat ini saya mmg sangat takut. Bohong la kalo saya kata saya tak mengharap. Pengharapan itu mmg sangat tinggi. Tapi saya tiada kuasa yang lebih tinggi daripada kuasa Allah swt. Saya mmg berlapang dada menerima ketentutan. Jika period, saya akan jumpa doc dan ulangi proses yang sama dan tgk apa nasihat doc.

Saya terima nasihat seorang staff di jabatan saya. Saya berbual dgn dia hari Selesa yang lepas. Dia bagi nasihat jangan putus berusaha dan berdoa. Ingatlah anak ini saham kita di dunia dan akhirat. Saya kagum dgn kakak ini. Dia juga mempunyai masalah kesuburan spt saya. Kahwin bertahun2..baru dpt seorang anak. Nak anak sorang lagi..berusaha bertahun2 juga. Masuk kuar wad mmg lumrah bagi dia. Tapi semangat dia mmg kuat. Walaupun orang kata cukup la dah ada sorang, tapi dia tetap berusaha jugak. Dengan semangat dia, saya harap kekuatan saya juga seperti dia.

Apa pun jua keputusan sama ada +ve atau -ve saya dan suami akan terima seadanya.  Saya akan fikir belum tiba masa saya lagi dan Allah aturkan yang paling baik utk saya.


12 comments:

  1. InsyaAllah,ada rezeki untuk dapat zuriat kali ni...amin ya Allah=)

    ReplyDelete
  2. semoga ada berita baik ye...amin

    ReplyDelete
  3. Ida doakan ada rezeki... Amin..... =)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, jaga pemakanan tau...

    ReplyDelete
  5. chinta doakan yang terbaik..amin

    ReplyDelete
  6. insyaAllah..klau tuhan dah tetapkan rezeki kita ada kali ni mesti ada..betul cakap kawan awak tu..jangan putus berdoa..saya sangat percaya itu

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sahabat semua utk doa kalian..
    Rezeki saya belum sampai lagi..

    ReplyDelete