Wednesday 29 February 2012

Cerita 29.02.2012

29.02.2012 - tarikh yang mmg akan terjadi 4 tahun sekali jer.. tarikh tak penting, yang penting apa pengisian pada tarikh tersebut.

Sambungan cerita semalam.

Kerisauan saya terlerai apabila Encik B call saya masa lunch. Bila nampak jer nama dia terus rs nak menangis (tak nangis..sbb kat dpn ada org). Dia ingat telefon saya rosak sbb pagi tu dia ada hntr sms tapi tak sampai. Akhirnya dia tahu juga yg signal telefon dia ada masalah. Cam mana boleh dia tahu..sbb dia nak call orang yg dia berjanji tak dpt2. Kat phone tunjuk ada signal..tapi call semua failed. Last2 dia off then on balik. Bila on balik..dia tgk ada byk sms notification no yg call phone dia pg tu..dari situ la baru dia tahu line phone dia ada masalah.

Bila dah dpt cakap, terus minta no phone kawan dia. Dulu housemate dia..pernah keje kat company lama sama2. Skrg keje baru pun sama2. So dah simpan no phone kawan Encik B dalam phone saya. Jika tak dpt hubungi..boleh la call mamat ini.

Ptg tu, Encik B call ckp dia tak sempat lunch. So dia mmg sgt lapar. Dia minta saya beli makanan sblm balik rumah. Mee bandung muar kat area ofis. Sy mmg malas nak singgah2. So ckp kat dia, mlm nnt kita gi kuar makan sama2. Sblm balik rumah, solat dulu kat surau. Lps solat tu fikir, kalau itu permintaan terakhir dari dia..saya tak dpt tunaikan..mgkn saya akan menyesal seumur hidup.  Bila fikir begitu, balik terus singgah beli mee bandung.  Tak mau menyesal.

Pengajaran daripada kejadian ini :-

1.  Simpan la no telefon ofis, kawan2 suami dan suadara mara suami..bila tak dpt dihubungi..atleast ada la no lain yang boleh dihubungi.  Takde la risau tak tentu pasal.

2.  Apa yang suami minta buat la. Bukan sahaja suami..tapi anak2, mak ayah, adik beradik. Anggaplah kalau kita mati dulu..atleast permintaan diaorg telah ditunaikan. Seandainya diaorang pergi dulu..atleast kita dah buat apa yang diminta oleh diaorg.  Kita tak tahu bila tarikh matinya seseorang.. so biarlah susah skrg..jgn la menyesal bila orang tu dah takde.

Ada ustaz ckp..malaikat maut menjenguk kita 70 kali dalam sehari. Kita ingat mati pun tak sampai 70 kali sehari.  Dgn mengingat mati ini akan buat kita lebih efisyen.. 

6 comments: