Sebenarnya CD 12 jatuh pada 28 Mac 2012. Tapi selepas 2 hari baru nak buat entry.
Alasan yang paling best adalah BUSY. Memanjang pun bz..reconcile tak siap lagi. Dah juling mata ni!!! Akaun dah nak table 18 April ni..sempat siap ke tak ni??
Alasan yang kedua best adalah TAKDE MOOD nak menaip. Mood telah dibawa semua ke laut china selatan. Buka jer blog..baca entry sahabat2..komen sikit2. Nak klik new post mmg tak tertekan..hehe. Baru hari ni nak nak buat entry...
Entry ni harus dibuat untuk rekod peribadi saya..hehe.
Ok..appointment hari tu petang. Spt biasa pukul 3 kuar dr ofis. Dan spt biasa nak tunggu masuk bilik doc punya lama. Pukul 4.30 baru jumpa doc.
Bila jumpa doc..mmg dah tahu nak buat tvs. Hasil drpd tvs..sy dah ovulated. Tp ada 1 biji telur yang belum matang dlm ukuran 16.8mm..Ovari sebelah kiri masih ada telur yang kecil2. Daripada tvs tu nampak seperti ada takungan air. Doc kata bila dah ada takungan air ni..ia telah matang. Ok la doc.
Oleh kerana dah matang..so IUI tak buat yek!!.Ok. Next jumpa doc adalah pada hari period ke 2 atau ke 3.
Keluar dr bilik doc, sementara nak tunggu nurse nak bagi bil..air mata saya dah bergenang. Sedih sgt. Sedih kerana saya rasa sangat letih. Letih menunggu..letih makan ubat..letih berfikir..dan akhirnya hasil tidak memberansangkan. Time tu saya masih boleh tahan.
Bila dah ambil bil, turun bawah nak buat pembayaran. Masa tunggu turn tu..saya dah mula menangis. Sy cuba tahan..tapi air mata laju jer jatuh. Mujur la orang yang menguruskan pembayaran tu lambat panggil nombor. Sempatlah saya tahan dan lap air mata ni. Dah selesai bayar..saya ambil ubat dan nak balik.
Disebabkan dah pukul 5, saya terus jer balik rumah. Masuk dalam kereta, saya menangis bersungguh2. Sedih yang teramat sangat. Saya tak boleh gambarkan perasaan sy saat itu. Hampir putus asa.
Daripada hospital sampai ke rumah saya menangis. Spt budak2..tapi lantakkan..orang tak tahu apa yang saya rasa. Bila sampai rumah, saya solat asar. Saya masih lagi menangis.
Saya seperti orang yang dah berputus asa. Saya istigfar banyak2. Dan saya berdoa supaya saya tidak tergolong di dalam golongan yang berputus asa.
Hari tu, Encik B balik lambat sbb dia ada aktiviti main badminton. Lepas maghrib baru dia balik. Solat isyak kami berjemaah. Lepas baca doa, saya salam Encik B..saya menangis lagi. Encik B pun dah tak terkata apa. Dia pun sedih gak..tapi jika dia bersedih spt saya..harus sy tidak kuat untuk tempoh saat ini.
Saya ckp dgn Encik B utk rest daripada jumpa doc utk beberapa cycle. Saya nak hilangkan penat lelah saya ni dulu. Nak kumpulkan balik tenaga yang telah hilang. Nak kumpulkan balik semangat saya untuk TTC ni. Dan saya telah memikirkan sesuatu yang saya cuba akan laksanakan sebelum puasa. Insya Allah.
Untuk cycle ini, saya tidak mengharap..saya percaya Allah aturkan yang terbaik utk saya.
Saya perlu lebih tabah dan redha. Saya akan jadikan airmata ini menguat semangat saya.
Sekian..
p/s :: kalau la airmata boleh dijual kepada Sultan Mahmud (syarat nak pinang puteri gunung ledang nak 7 tempayan air mata), mgkn side income saya banyak bulan ini..hehe. aarrrrggghhh MEREPEK!!