Monday 5 March 2012

CD 13 :: TVS..Dah Ovulasi

Sabtu lepas 3 Mac 2012 ada appointmen dgn doc. Buat TVS..nak check sama ada telur ok ke tak?

Hasil TVS..saya dah ovulasi. So, doc suh try naturally. Dah berapa lama dia ovulation pun tak tahu.  Doc bagi ubat Duphaston dan Tribestan utk Encik B. Doc ckp jumpa next period. 

Rasanya bulan ni tak berjaya lagi. Menyerah sebelum kalah..haha. Ye la sbb kami pun kurang ber'BD'.

Tapi saya rasa sgt syukur, walaupun saya seorang PCOS..period saya on time. Walaupun saya tak ambil clomid, ovari saya mampu untuk menghasilkan telur dan matang. Walaupun ambil clomid dlm tempoh yang lain, ketebalan rahim saya normal (sbb ambil clomid untuk tempoh lama, boleh menyebabkan lining rahim menipis).  Bila memirikan semua ini..saya rasa saya boleh mengandung. Benarlah Allah yang menentukan segalanya. Mgkn belum masanya lagi..

Oleh itu, utk next cycle saya akan berehat sebentar untuk jumpa doc. Mgkn untuk 2 cycle @ 3 cycle. Ni berikutan nasihat cik misi untuk saya stop seketika daripada mengambil sebarang drug. Dia minta kitaorg untuk beralih kepada semulajadi. Bukan bermakna saya tak jumpa doc, saya akan melupakan usaha TTC ni.

Sekarang ni pun saya dan Encik B mengamalkan 1 petua yang diberi oleh anne. Bangun pagi, minum air masak 600 ml (tapi saya minum sekadar yang boleh sahaja). Ambil 1 sudu minyak zaitun, 1 sudu madu habatussauda dan 1 sudu pati delima gulsan. 2 jam selepas tu baru breakfast. Anne minta tambah makan pil habatussauda. Tapinya belum jumpa lagi.  Alhamdulillah..sejak amalkan makanan sunnah ini badan jadi bertenaga. Takde la pagi2 dah mengantuk. Selain dari tu, saya masih ambil asid folik, EPO/Flexseed oil, minyak ikan dan multivitamin.

Yang penting usaha harus berterusan.

Untuk akhirnya, baca artikel ini. Ia akan memotivasikan diri sendiri yang sedang dilanda ujian. Klik disini.

p/s :: masa raya puasa dulu, ada seorang abang bawa saya berurut dgn seorg nenek dikampung. Habis urut nenek bagi 3 helai daun sireh siap dgn gambir dan pinang utk dimakan. Nenek tu kata, datang urut lagi bila period. Tapi lepas tu tidak berkesempatan. Baru2 ni, nenek tu bagitau kat abang tu suh saya datang urut. Hebat tul nenek tu boleh ingat lagi saya. Harus diusahakan ini..hehe

9 comments:

  1. Ida makan apa yg ciktipah makan... harap2 usaha kita berjaya ye... amin.... =)

    ReplyDelete
  2. salam.. awak beli tribestan tu berapa RM? sy doc suh beli sendiri sbb stock habis... saya check kat farmasi harga rm175....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..
      Saya tak perasan harga dia berapa. Dalam RM100 lebih. Nnt saya check..

      Delete
  3. chaiyok.. chaiyok..
    usaha tangga kejayaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. chaiyok..
      Insya Allah..kejayaan akan dtg..hehe

      Delete
  4. saya dulu pun berehat..tu yang dapat ni..banyak saya baca pun orang lain conceive bila derang dah berehat..berehat sebentar la kiranya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eimma,
      Kalo jadi spt eimma Alhamdullillah..syukur sgt
      Byk juga baca kisah sebegitu..

      Delete
  5. Assalamyalaikum..sy pun nk tumpg shre jgek..priod sy xteratur..kdg2 miss peroid smpi 6 buln n 7 bln sthun.. Bru2 ni sy jmpe docter..n sy kne inject ksuburn n docter bg ubat duphuston suh mkn 2 kli sehari slps hari ke 11 hg 25 slps period..sy tgh follow je ni..sy dh kawen dkt 8 buln blom de rezeki lg.tp kwn2 sy bru kawen dh lekat..maybe Allah tgh uji kita..ape2 pun usaha n tawakal..

    ReplyDelete