Hari jumaat saya bercuti. Sbbnya mak, ayah & cik chef datang rumah. Meriah sangat.
Jumaat tu aktiviti pertama gi hospital. Buat check up utk cik chef. Tangan sebelah kanan sakit sangat. Sejarahnya..tangan dah masuk besi sbb accident. So resultnya, tak boleh angkat benda berat. Nak buang besi tu boleh..tak nak buang pun boleh. Tp kalo buang..MC 2 minggu. Big boss lak susah hati nak bagi cuti..haha.
Lepas tu gi sogo. Setelah sekian lama tak jejak kaki kat sogo akhirnya pergi juga. Sales. Masalahnya member ni duitnya tinggal cukup2 nak tunggu sampai gaji (teruk benor!!). Mak ngan cik chef jer shopping sakan. Dalam takde duit tu sempat gak beli sandal dan baju keje Encik B. Beli pun sbb murah giler..separuh harga daripada Parkson dan Jusco. Tu yang beli jugak..hehe.
Hari Sabtu tu..shopping kat Jakel lak..Salesman kat Jakel tu sibuk suh beli kain. Mmg tak akan dibeli. Biarlah mak yang shopping (sbb mak susah nak dtg KL ni). Tunggu la bila perlu nnt kita beli kain. Tapi nak atur strategi baik punya nak shopping kat Jakel ini. Bukan diaorg jer ada taktik nak tarik pelanggan..saya pun ada taktik juga nak dpt harga murah giler..(nnt dah buat baru tau berjaya ke tak!)
Petang Sabtu mak dah balik. Sbbnya esok byk keje. Rasa kejap sgt. Yang syok asyik makan nasi beriyani jer. Ini ayah punya penangan la..entah pe nak makan beriyani jer..tapi beriyani paling best mestilah kat Insaf Jalan TAR.
Lepas mak dan ayah balik. Kitaorg gi rumah qiqi. Dah lama tak melawat budak jepun sorang ni. Rindu sangat. Lepak sampai kul 9 malam jugak. Kesian mak qiqi kena masak utk kitaorg. Yang best gi rumah qiqi naik motor baru Encik B. Dah la lesen L, belasah naik 2 orang. Kalo ada polis harus kena saman.
Hari Ahad, hari menguruskan kain baju. Dari pagi sampai petang berkaitan hal baju. Bila petang dah tension sgt..gi jalan Shah Alam. Lepak kat tasik. Balik rumah dah malam..mandi2, gosok baju & tido..huhu. Happy weekend.
p/s :: excited nak beli basikal ni..Nak yang gempak2 jer..tapi duit ada sejemput jer..cam mana tu??
No comments:
Post a Comment