Sebenarnya dah lama saya nak share benda cerita ini di dalam blog. Tapi tak berkesempatan nak taip. Takzirah ini saya dengar daripada radio IKIM. Disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin. Kebetulan kita berada di dalam situasi sebegini. Boleh la menjadi iktibar.
(apa yang disampaikan disini adalah daripada pemahaman saya sendiri..)
Begini kisah..
Ada seorang pemuda, datang berjumpa seorang ulama. Pemuda itu memberi tahu kepada ulama ini yang dia mempunyai masalah. Masalah dia sangat berat. Dia meminta ulama ini untuk membantunya. Kerana masalah itu dia berasa sangat tertekan.
Ulama itu pun bawa kepada pemuda itu serbuk kopi dan segelas air kosong. Dia meminta pemuda tersebut untuk mengambil segenggam kopi dan dimasukkan di dalam segelas air kosong. Dia kacau serbuk kopi tu di dalam segelas air. Dan ulama itu meminta pemuda tersebut meminum air tersebut. Pemuda tersebut pun minum air bancuhan kopi tu. Rasanya sungguh pahit. Ulama itu bertanya kepada pemuda tersebut "Apakah rasa air ni?". Jawab pemuda tersebut "terlalu pahit".
Selepas itu, ulama itu membawa pemuda ini keluar dari rumah menuju ke telaga. Ulama membawa serbuk kopi. Ulama tersebut meminta pemuda tersebut, mengambil segenggam serbuk kopi dan dicampakkan ke dalam telaga. Pemuda itu menurut perintah ulama. Setelah selesai, Ulama itu mengambil air daripada telaga dan diberikan kepada pemuda itu. Ulama meminta pemuda itu meminum air telaga tersebut. Selapas itu ulama bertanya "Apakah rasa air ini?". Jawab pemuda tersebut "tiada rasa. Tawar".
Ulama itu pun memberitahu, apakah signifikan di antara segenggam kopi dengan sebuah masalah yang dihadapi oleh pemuda tersebut.
Masalah yang kita hadapi hanya sebesar genggaman kopi. Ia tidak akan lebih dan ia tidak akan kurang. Sukatan itu tetap sama. Tetapi yang membeza kita adalah, penerimaan kita ke atas masalah tersebut. Jika kita terima masalah dengan hati yang tertutup, meratapi masalah tersebut, tidak berfikiran terbuka, kita akan merasakan masalah itu sangat pahit dan membebankan.
Tapi jika letakkan masalah itu di dalam hati yang terbuka, menerima dengan fikiran terbuka, kita akan merasakan masalah itu tidak ada kesan kepada kita. Kita akan lebih berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.
Saya saya terkesan dengan kisah ini. Mengapa?
Sbb selalu terjadi dalam hidup saya. Masalah yang remeh pun saya rasakan susah. Padahal tidak ada pun yang susah. Kadang2 masalah kecil pun boleh jadi isu. Bila dgr motivasi ini, saya rasa masalah itu tetap sama tetapi yang membezakan bagaimana kita menerima masalah dan cuba menyelesaikannya adalah lebih penting. Selepas dgr motivasi ini, saya mula anggap semua masalah boleh diselesaikan dan ia mudah utk diselesaikan. Di dalam keadaan begitu, fikiran kita akan jadi lebih rasional dan akan timbul idea2 yg bernas untuk mengatasi masalah.
Ada pepatah yang saya jumpa di dalam FB sahabat saya..
Kadang-kadang kita berdoa untuk jadi kuat
Tapi banyak pula dugaan yang datang
Kadang-kadang kita berdoa minta cerdik
Tapi banyak pula masalah yang bertandang
Kadang-kadang kita berdoa minta kebahagian
Tapi huru hara pula yang menjelang
Setiap dugaan itu menjadikan mental kita kuat
Setiap masalah itu menjadikan kita berfikir
Setiap hura hara itu menjadikan kita tabah
Subhanallah betapa hebatnya Allah
Semua aturannya ada hikmah tersembunyi
Kesimpulannya, badan kita ada 3 part yang penting. Yang pertama fikiran, yang kedua emosi dan yang ketiga tindakan. Orang yang normal akan berfikir dulu, baru timbul emosi dan akan bertindak. Tapi kebanyakan orang sekarang lebih emosi, terus bertindak melulu dan selepas itu baru berfikir. Oleh itu, gunakan fikiran yang kita ada untuk membentuk emosi yang baik dan akhirnya menghasilkan tindakan yang berkesan.
Ida terkesan juga.. =)
ReplyDelete