Lately ini entry saya berkisar pasal ofis dan masakan. Sememangnya sekarang saya tidak memikirkan pasal anak disebabkan keputusan saya untuk menangguhkan treatment dgn Doc Zamri. Oleh itu, tiada entry berkenaan TTC ni. Walau bagaimana pun, kami suami isteri tetap berusaha tetapi sekadar melepaskan batuk ditangga. Tidak bersungguh-sungguh. So malas la nak buat entry pasal TTC.
Kali ini saya ingin story berkaitan dengan emosi yang dialami oleh kami suami isteri. Saya memang sensitif pasal anak. Pada usia yang sudah 30-an lebih ini dan usia perkahwinan yang akan menginjak ke tahun ketiga, saya mmg sangat sensitif bila bicara pasal anak dan zuriat. Saya memang ingin memiliki zuriat sendiri.
Pada cycle ini, saya banyak menangis. Tidak semena-mena saya mengalirkan air mata. Tgh drive saya menangis, dalam solat saya menangis, selepas solat sy menangis, bila duduk sorang2 saya menangis. Boleh dikatakan setiap masa sy menangis. Encik B dah tak kuasa nak memujuk saya. Saya sgt sedih bukan kerana tidak boleh menerima ketentuan Allah tetapi...(susah saya nak terangkan dgn kata2).
Oleh kerana saya terlalu sensitif, saya tidak akan komen/beri ucapan tahniah kepada kawan-kawan saya yg baru menerima cahaya mata ataupun annouce dia preggy di FB. Terukkan saya?? Tetapi saya pun tidak menulis apa2 status di FB dan komen apa2 di status orang lain. Ia umpama saya tidak menjenguk FB sedangkan saya senantiasa membaca apa yang dipost di FB. Saya mmg psycho. Itu saya..sbg seorang perempuan yang memang diketahui tahap sensitif sangat tinggi.
Tetapi dalam saya tidak sedar, suami saya Encik B juga terlalu sensitif pasal zuriat. Pada mulanya saya rasa dia kuat tetapi tidak. Tahap sensitifnya juga tinggi seperti saya. Berikut beberapa kisah sensitif Encik B yang mempunyai rasa sensitif spt saya.
Kes 1
Ex-coursemate cum Ex-ofismate dia baru dpt baby boy. Kawan Encik B lelaki. Kawan dia juga ada dlm freindlist FB saya. Encik B mmg jarang tgk FB. Mereka mmg kawan tapi ofis masing2 jauh. So jrg jugak berjumpa. Sy tlh tahu yang kawannya akan mendpt baby tetapi saya diamkan sajer. Sehinggalah 1 hari kawan dia tu postkan gambar baby dia yg baru lahir. Dan kebetulan hari yang sama Encik B tertgk FB.
Balik jer rumah Encik B beri tahu saya..yg kawan dia tu dah dpt baby. Encik B mmg terkejut..entah bila isteri member dia tu preggy. Saya pun jawab dah lama sy tahu. Pas tu sy bg tau Encik B, yang saya tidak wish congrats pun kat member dia tu. Encik B pun ckp dia pun tak wish jugak.
Sy mmg terkejut dgn tindakan Encik B...dia sama seperti saya..sensitif!!
Kes 2
Encik B kena pergi 1 course di Ipoh. Semasa course tu, semua orang kena buat presentation. Oleh kerana course itu bercampur pelbagai bidang, maka presentation pelbagai tajuk.
Peserta dlm presentation tersebut ramai terdiri daripada kalangan doktor dan jururawat. So bila part presentation jururawat itu, byk berkaitan dengan baby dan ibu mengandung.
Balik jer dari course tu, Encik B excited bercerita pasal presentation dia dan kawan2 dia. Bila dah habis cerita tiba-tiba Encik B kuar ayat "Abang rasa touching la."
Saya pun tanya kenapa. Encik B jawab "Ye la kita belum ada baby. Kalau tak kita boleh la praktis apa ilmu yg abang dapat."
Saya terus terkelu. Saya pun jawab "Takpe la..papa dah ada ilmu..nnt bila dah ada baby kita boleh la praktis." Encik B diam sajer.
Ohh...sensitifnya suami saya..
Kes 3
Kes ni mmg sgt sensitif dan sedih.
Satu petang cuti hujung minggu, saya dah bosan dok rumah..saya ajak Encik B pergi keluar jalan2 di taman kawasan perumahan kami. Encik B kata malas sambil duduk menghadap komputer. Dia kata nak tunggu kawan dia si Jul (kontraktor) janji nak dtg rumah bagi katalog pagar. Sbb Si Jul tu sdg nego dgn sorang lagi kwn Encik B, Si Rol yang sama2 tinggal di dalam kawasan perumahan dengan kami.
So sy pun ckp, saya nak main basikal (ohhh..cam budak). Nnt saya intai sekali kalo si Jul tu ada kat rumah si Rol. Saya pun keluar, ambil basikal pusing2. Sampai la kat rumah si Rol tu, sy tgk takde orang pun. Mesti si Jul ni dah balik. Saya pun balik rumah bagi tau Encik B yang si Jul tu takde. Saya push jugak dia utk berjalan ditaman.
Dgn keterpaksaan, Encik B ikut jugak cdgn sy dgn muka yang tak berapa nak senyum. Bila smpi kat taman, Encik B terus lepak kat pangkin dan baring. Bila dlm keadaan itu, saya jd kecik hati dan ajak dia balik rumah. Saya dah mula merajuk. Encik B panggil2 saya buat bodoh jer.
Tetapi bila dia dah paling banyak kali..sy pun turutkan jer. Sambil berbaring depan tv, Encik B suh saya baring disebelah dia, atas lengan dia. Dia pun ckp "Abang tak nak gi taman tu, sbb abang takde anak nak bawa main."
Dalam hati saya, Ya Allah sampai begitu sekali dia fikir dan rasa. Mmg sgt sedih. Saya tidak berkata apa2. Tapi sy tetap jugak merajuk smpi hari Isnin pagi.
Sepanjang drive nak gi kerja tu saya menangis. Menyesal pun ada sbb merajuk. Kalau la apa2 jadi kat suami saya sepanjang hari ini, mesti saya menyesal tak sudah. Smpi jer ofis, sy terus sms Encik B, minta maaf. Dan saya ckp sementara kita berdua ni kita enjoy la sepuasnya..tak nak sedih2.
Suami saya sangat sensitif pasal zuriat..yang kadang2 sensitifnya tidak dijangka2.
Selepas pada kejadian itu, saya agak berhati2 untuk membicarakan soal zuriat dgn Encik B. Dan saya dah tak paksa dia nak gi taman. Biar la dia pergi dengan rela hatinya.
Mgkn kita sudah lali bila dgr isteri yang sensitif pasal zuriat. Tapi hati yang Allah cipta mempunyai sama jer. Saya rasa suami2 TTC juga sensitif bila berbicara pasal zuriat. Mgkn luaran kita nampak cool jer..tetapi di dalam hati siapa yang tahu.
Saya pernah bertanya pada Encik B satu soalan. Soalannya sebegini rupa, bagi pasangan yang telah berkahwin belum ada zuriat, adakah ia dugaan untuk pasangan itu atau Allah belum beri rezeki anak utk pasangan tersebut?? Encik B jawab, Allah belum beri rezeki anak kpd pasangan itu. So pada saya rasa, anak itu rezeki, kita kena usaha untuk mendapatkannya. Tetapi ketentuan rezeki itu hanya ada pada Allah.
Sekian.
p/s :: Fikir dari sudut positif ~ Allah memberi nikmat masa yg terluang kepada kita warga TTC. Gunakanlah sebaik mungkin.