Thursday 9 May 2013

CD11 :: TVS #2013 #1st Treatment

Salam Khamis..

Semalam 8 Mei 2013 adalah CD11. Bila dah makan ubat & inject, memastinya kena check telurkan. Ada berapa biji, saiz dia..untuk doc proceed next step.

Appointment sy pukul 11 pg. Disebabkan cuti..saya pergi dari rumah. Kuar rumah kul 9.50 pg. Smpi area jln TAR tu dlm kul 10.40pg. Parking di Maju junction.

Di LPPKN mmg tak ramai org. Sgt cepat. Dlm 30 minit settle semua.

Result scan ketebalan rahim 6mm. Doc kata ini ketebalan paling mininum yg boleh diterima. Ok. Ovari sebelah kiri ada 2 biji dengan ukuran 11 x 10 dan 18 x 17.  So doc kata 1 biji dah boleh terima (18 x 17). Untuk ovari sebelah kanan ada 3 biji dengan ukuran 12 x 11, 14 x14 dan 16 x 18.  Doc kata ada 2 biji yg boleh diterima (14 x 14 dan 16 x 18).  Untuk telur yg saiz 14 x 14 tu doc nak monitor lagi jumaat ini.

So untuk itu, doc suruh inject lagi pada malam ni 100iu puregon. Pagi jumaat jam 8.00 pg doc akan scan semula. Dgn harapan yang 14 x 14 itu membesar sehingga ke 18mm.  Ok!!

Sebenarnya saya pelik sikit, 1st day period saya yg doc kira dari hari Ahad iaitu 28 April 2013.  Tapi hari itu, hanya spotting je yg kuar. Darah yg kuar betul adalah pada 29 April 2013 hari Isnin.  Kalau ikutkan doc Zamri, 1st period dikira dari tarikh fresh blood.  Spotting2 tu tak kira.  Bila dgn doc Ghaffar dikira dari tarikh spotting. Agak pening sikit la..tapi not much different pun.

So dengan saiz telur sebegitu rupa sy rasa, cycle day 1 patut lewat 1 hari. Sbb sy berharap juga telur yg 12 x 11 tu boleh membesar dengan ukuran yg sepatutnya. Dan boleh dikira semasa buat IUI nnt..

Apa pun saya follow apa yang doc suruh. Sy continue ambil folic asid, fish oil dan EPO setiap hari. Dan selebihnya biarlah Allah yang tentukan.

Sekian.

p/s :: saya kembali ketagih kafien!!! tolong la saya!!




5 comments:

  1. Good luck ya..tahan dulu tau.saya pun penggemar tegar kopi..tengah tahan ketagih mcm u juga.*ada geng* :-)...

    ReplyDelete
  2. Good Luck CPT :-)smg berjaya tahan ketagihan tu.... heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. tak tahu la boleh bertahan ke tidak ni..hihi

      Delete
  3. haaaa. ida konfius menda yg same. asal nak kire CD je, mula pening. spotting nak kene kire ke tidok? huhuhu.. so, kire ajela kan? since ade doc yang kire kan? boleh assume cmtuh? hahhahaha....

    ReplyDelete