Thursday 16 May 2013

Rawatan Alternatif #2 (Berurut)

Salam semua..

Hari tu dah story pasal reflexology.. Kali ni nak story pasal berurut pulak..

Saya rasa semua yg ttc pernah berurut. Paling kurang sekali mesti cuba..

Kes berurut ni juga galakan daripada kawan2 ofis. Saya sendiri tak rasa mahu nak berurut ni. Tak tahu la kenapa...mgkn sy pernah dgr Dr Adilah menjwb satu persoalan berkenaan berurut di televisyen. (Rancangan apa dan tv berapa saya tak ingat).  Org tu tanya pasal, bolehkah rahim dibetulkan dengan berurut (lebih kurang begitula). Doc jawab, sukar untuk rahim dibetulkan dengan berurut. (itu yg sy dengar).  So mulai saat itu sy agak kurang yakin dgn urut2 nak betulkan rahim ni..

Masa sy tgk rancangan ni, saya mmg dah tahu sy mengalami retroverted uterus (rahim kebelakang/RU).  So sy fikir itu bukanlah punca utama sy tak boleh mengandung.  Dan sebenarnya..ramai jer orang boleh pregnant dgn RU ni.  Maka ia menguatkan lagi ketidakpercayaan saya kepada urutan2 ni.

Pertama kali sy mengurut dgn sorang makcik di klang.  Kawan ofis saya (ia seorang lelaki) yang syorkan.  Sbb dulu isteri dia susah jugak nak mengandung.  Bila mengandung..gugur. So bila berurut ngan makcik ni Alhamdullilah..dapatlah sorang anak lelaki.  Masa sy mengurut, isteri dia pun mengurut jugak. Lenguh2 badan. Dan skrg dia dah ada 2 org anak.

So far makcik tu ok..cuma kena datang 3 hari berturut2 masa datang period.  Kena buat 3 kali / 3 cycle.  Datang waktu pagi seblm sarapan.  Saya rasa sempat buat 2 cycle jer.. tak boleh nak commit.   Sbb period bukannya dtg hari cuti..bila period datang nak kena ambil cuti (hr bekerja). So saya rasa cukup la...

Lepas pada tu...sy mmg takde gi mengurut2 rahim ni.  Pegi urut badan ada la.

Dan yang terkini, kakak kat ofis suh gi berurut ngan makcik ni. Kak W pun susah nak ngandung. Tapi bila urut ngan makcik ni Alhamdullilah dpt baby. Adik beradik kak W semua urut ngan makcik ni. So sy pun cuba.  Urut hari Jumaat, lunch time kat rumah Kak W.

Makcik ni dia bawa pulak kawan dia.  Kawan dia ni baru2 nak belajar mengurut. So tengahari tu..ada 2 org yang urut.  Makcik ni urut satu badan.  Dah la saya ni tak biasa kena urut...yang mengurut sampai 2 orang dalam masa serentak..mmg sangat tak selesa dan sakit.  Untuk hari tu ok la..

Nak urut balik kali kedua...memikir 10 kali. Kalau makcik tu sorang2 yang urut sy boleh terima. Tapi bila dah berdua, sy rasa badan saya kena diuli cam tepung nak buat roti..so cancel la nak continue urut..

Smpi skrg saya blm urut2..cukup la.  Begini la rupa kalau orang tak biasa urut. Sekali tu dah rasa azab..nak buat kali kedua tu tggu la bertahun mencari kekuatan..hihi.

Sekian.

10 comments:

  1. CPT, yani pernah berurut dulu time berat badan 80kg++, nenek yg mengurut tu kata lemak byk sgt kat area rahim, saluran rahim terkelepet dek kerana lemak dan air mani bertakung je tak masuk semua. Dah setahun lebih dah ni x pergi berurut, hati belum terbuka lagi....harap2 sebelum raya ni keinginan tu dtg balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani,
      semoga dibukakan pintu hati utk gi ngurut.

      Delete
  2. I pernh dgr kena ada keserasian between pengurut n yg diurut. Smtimes x serasi, tu yg x sedap badan after di urut. I pernh dgr jugak yg dr adilah ckp tu. Ada betulnya, tapi Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jugak dengar pasal keserasian mengurut ni. Tapi nak mencari yg serasi tu mmg susah dan kena cuba byk kali baru tahu. Bila nak cuba mak bidan yang baru rasa phobia jer..

      Delete
  3. tgh berpikir nk berurut gak nih...tapi asik tangguh2...huuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ada lg 1 rawatan alternatif yang asyik tertangguh2..susah betul nak cari semangat ni..

      Delete
  4. sue pun pnah beberapa kali demam lpas berurut.. tak tau la nape..x de keserasian kot... dh lama dh ni x berurut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkn tak serasi kot...
      Kalau sy bila mengurut demam ni harus sy lagi tak nak urut..

      Delete
  5. ida penah berurut dgn 2org je. satu dgn kawan mak. die urut okay. tapi banyak sangatt cakap, kire peramah sangatt, smpai malas nak layan, dah terus takmo pergi. hahahhaa.. yang kedua pun okay tapi itulah kene dtg tiga kali berturut. ida taktahu bile period, sekali kene waktu kerja, haishhh. susahhhhh lorr...sudahnya tak pergi pergi urut smpaiiiiiiii sekarangggggg... ;p

    ReplyDelete
  6. Salam dear, makcik urut klang tu area mana? share bleh x? mcm nk g berurut la ngan dia sbb saya duk klang gak.. tq
    (wanie)

    ReplyDelete