Wednesday 19 November 2014

#IVF/ICSIJourney :: Result

Assalam..

Serius menunggu result IVF lebih stress berbanding IUI.  Sejak 1st inject setiap saat berdoa dan bergantung harapan sepenuhnya pada Allah. Setiap saat berbaik sangka pada Allah..supaya apa jua keputusan boleh diterima dengan hati yang redha.

Keputusan IVF saya kali ini adalah GAGAL.  Start keluar brownish pada petang hari sabtu, betul2 1 minggu selepas ET.  Tetapi masa itu saya masih terus makan duphaston.  Namun keesokan harinya, browinsh tu makan banyak..segala simpton mak nenek semua dah takde.  Lagi mengukuhkan tanggapan saya yang saya akan period.  Namun browish tu hilang pada hari Isnin. Sekejap. Dan petang tu period keluar dengan jayanya dan banyaknya.

Pada hari jumaat malam, sebelum keluar brownish tu, ari-ari saya rasa seperti senggugut. Rasa yang sgt kuat dan tak tahan jugak.  Saya tanya cik misi kenapa, dia jawab normal dan simpton2 org preggy. 

Saya sedar pada waktu nak mandi dan solat maghrib.  Rasa belendir jer..ambil tisu dan lap nampak coklat2.  Masa tu dah bagitau Encik B.  Encik B mandi dan solat.  Kemudian saya mandi dan bersiap.  Dalam bilik air, airmata saya bergenang.  Dalam hati, jangan nangis, jangan nangis. Bila dah siap, saya baring atas katil..sementara Encik B solat maghrib. Saya main game..buat seperti takde apa2.  Dalam pada itu, airmata mengalir jugak.  Sedih.  Encik B selesai solat, baring sebelah saya dengan airmata yang sangat laju dan muka yang merah2.  Dia menangis sepenuh hati.  Sepanjang perkahwinan kitaorg selama 5 tahun, ini kali kedua saya tgk dia menangis yang teruk.  Pertama masa di mekah dan kedua hari ini.  Selalunya dia yang akan coolkan saya, tapi kali ini saya yang coolkan dia.

Bukan saya tak sedih.  Sedih sangat..tapi setiap hari saya akan berkata yang Allah berikan yang terbaik untuk hamba-Nya.  Mungkin dengan kata-kata itu buat saya ok.

Kitaorg bersedih 2 hari tu (Sabtu dan Ahad).  Hari Isnin, kitaorng pun meninggalkan kesedihan itu dirumah.  Dua2 kembali ke ofis dengan kerja yang menggunung.  Encik B busy dengan dateline ofis dia yang menggila tu.  Dan hari semalam, saya call nurse doctor bagitau yang saya dah period. Semalam jugak saya dah bagitau mak dan ayah saya.  Alhamdullillah, saya tenang sewaktu bagitahu diaorg tu. Sebak jer..tapi tak menangis. Dan sesiapa yang bertanya di ofis (sbb ada yang tahu saya cuti panjang) saya dengan tenang bagitahu yang saya gagal.  Diaorg semua bagi good support.

Kalo ikut hati, rasanya period kali ini dah nak buat FET (Frozen Embryo Transfer).  Tapinya doc dah bagitau kat Encik B, jika gagal dia minta saya rest untuk 3 kali cycle sebelum teruskan treatment.  Ok doc. 

Ujian Allah akan buat kita kuat.  Dan akan jadi lebih kuat apabila pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah.

Terima kasih atas doa dan sokongan kawan2 di alam maya ini.  Terima kasih juga atas kisah, pengalaman dan cerita daripada kawan2..kerana daripada pengalaman orang lain, saya rasa apa yang saya tempoh ini tidaklah seteruk mana.  Ada orang lagi hebat dugaan dan lagi hebat cabarannya dan lagi kuat semangatnya.  Saya doakan semoga kita semua akan beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat kelak.  Kepada TTC'ian semua, berusahalah dan jangan putus asa. 

Tamat sudah, perjalanan IVF/ICSI saya untuk kali pertama.  Pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai. Lepas ni saya dan Encik B akan mulakan perjalanan yang baru.

Sekian, Wasssalam.





25 comments:

  1. Assalamualaikum Cik pn Tipah.. saya fiza. Bile bace blog awak tentang gagal IVF, saya dapat merasakan kesedihan tu. Saya pun baru gagal dlm treatment IVF, FET, awal November. Dlm 2ww awak full bedrest tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam fieza.
      Terima kasih sbb dapat merasakan kesedihan ini. Sabar dan redha untuk kegagalan yg lepas. Saya sempat 1ww jer..dalam tempoh tu tak sepenuhnya saya bedrest.

      Delete
  2. Assalamualaikum Cik pn Tipah.. saya fiza. Bile bace blog awak tentang gagal IVF, saya dapat merasakan kesedihan tu. Saya pun baru gagal dlm treatment IVF, FET, awal November. Dlm 2ww awak full bedrest tak?

    ReplyDelete
  3. Allahu rabbi. Kuatnya jiwa awak sebagai seorang perempuan. Saya salute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie,
      Sebenarnya tak kuat mana..mgkn sbb saya dah redha lebih awal apa jua keputusan terima sahaja dengan hati terbuka. Mgkn itu la yang menjadikan diri kuat.

      Delete
  4. saya pun pun rasa berlinang air mata ini kan pula cik puan tipan yang lalui nya.. harap korang berdua tabah ye.. insha allah pelangi indah akan muncul jua nanti.. kami doakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, mengharapkan pelangi yang sangat indah akan timbul selepas hujan selebat-lebatnya. Insya Allah..doa juga untuk zue & hubby. Dont give up

      Delete
  5. insyaAllah.. kita cuba ye.. selagi kita yakin masanya pasti tiba.. moga kita sama2 akan dapat anugerah itu

    ReplyDelete
  6. Mengalir air mata saat baca entry ni. Ly doakan semoga kegagalan ini akan digantika Allah dgn berita gembira utk CPT dan suami lepas ni berkat kesabaran dan ketabahan kamu suami isteri. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga Lily,
      Amin..Insya Allah, satu hari nnt Allah akan makbulkan doa kami..

      Delete
  7. Sabar dan redha....tu je yg mampu saya nasihatkan.. Saya faham perasaan tu sebab sy pun pernah alami 2x kegagalan dlm ivf.Betul ckp doc.Rehat dulu bg emosi,minda n fizikal stabil. Jgn putus asa..nnt cuba lagi yea. Insyaallah pasti ada jln utk setiap org yg berusaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ieda,
      awak lagi hebat. Bukan mudah untuk menjadi orang yang sabar dengan kegagalan yang berulang. Moga satu hari Allah berikan kita apa yang dihajatkan..

      Delete
  8. Salam CPT :'( faham sgt2 perasaan awk n husband. Perasaan awk dh lali maka awk kurg menangis n tenteramkan diri. Kita pmpuan mmg kuat. Lelaki kdg nmpak kuat physically hakikatnya.. Moga ujian ni menambah kekuatan dan membawa lebih rahmat dlm hidup CPT. Akak doakan awk beroleh zuriat sendiri. Masih muda lagi. Take care ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Baby,
      Amin.. Saya takde la kuat mana..cuma mgkn sy dah bersiap sedia dgn sebarang jua keputusan. Saya ni takde la muda..dah nak masuk 30an yang dah tak lama lagi pun nak masuk 40an..hihi

      Delete
  9. Doa Yani sentiasa bersama rakan-rakan semua termasuk CPT, macam mana CPT doakan Yani kuatkan semangat, begitu juga doa dan harapan Yani untuk CPT & suami. Bertuah dapat suami yang memahami dan sama2 berusaha sepanjang usia perkahwinan, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani,
      amin. Moga yani juga kuat semangat utk ttc. Alhamdullilah, bersyukur sgt. Itu dah kira rezeki yang besar dan hebat jugak.

      Delete
  10. Doa kakak agar adik suami isteri dirahmati Allah dan diberikan zuriat yang diidamkan..... terus berusaha dan semoga kejayaan akan datang jua akhirnya.....amin...

    ReplyDelete
  11. Hampir menangis me baca entri ni..semoga CPT dan suami diberi ketabahan yg sangat banyakkk..hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi,
      Jangan la nangis..hugs..
      Insya Allah..moga Allah berikan kebaikan untuk kita semua..

      Delete
  12. CPT...***hugs***
    Sorry to hear the news... awak sangat tabah dan kuat. Not to worry much. masih ada harapan utk FET. Drpd apa yang pernah doc erin bgtau, FET success rate lebih tinggi sbb body kita lebih bersedia berbanding dengan fresh transfer. badan penat sbb byk sgt suntikan perangsang folikel.
    Semoga CPT & suami terus tabah. :)

    ReplyDelete
  13. Sedih lak bace entri ni Cik Puan Tipah... Saya google result2 Ivf ni terjumpe lak entri awk ni... Awk bersabar yer... Ada rezeki lain yg hebat awk akan dpt di masa mendatang... ☺

    ReplyDelete
  14. Askum....sis..berbnykkn bersbr yek....

    ReplyDelete
  15. Aslm. Saya baru je keguguran pd mnggu ke 10 pregnancy dan kena buat ERPOC utk cuci rahim. Pregnant melalui ivf-icsi pd usia 40 thn. Sempat merasa pregnant dlm 10 minggu. Scan 6 minggu nmpk fetal dan yolk sac. Minggu ke 8 start kluar brown spot walau makan duphaston. Doc scan dah x nmpk. Pergi smpi 3 doc yg beri jwpn sama. Give up dn berhnti mkn duphaston dn mnunggu janin gugur. Mnggu ke9 scan doc nmpk fetal dan yolk sac. Kna tahan dihospital sbb masih bleed brown spot. Slps 20 hari brown spot, akhir gugur dgn turun darah. Sedih tp dah redha..masih dlm mode recovery..tp sy percaya qada dn qadar..ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  16. Salam cik puan tipah. Saya membuat embryo transfer 2 minggu lps. Hari ini 9.4.18 saya ada appoiment doktor untuk blood test review. Perasaan saya hanya Allah yg tahu

    ReplyDelete