Wednesday 29 February 2012

Cerita 29.02.2012

29.02.2012 - tarikh yang mmg akan terjadi 4 tahun sekali jer.. tarikh tak penting, yang penting apa pengisian pada tarikh tersebut.

Sambungan cerita semalam.

Kerisauan saya terlerai apabila Encik B call saya masa lunch. Bila nampak jer nama dia terus rs nak menangis (tak nangis..sbb kat dpn ada org). Dia ingat telefon saya rosak sbb pagi tu dia ada hntr sms tapi tak sampai. Akhirnya dia tahu juga yg signal telefon dia ada masalah. Cam mana boleh dia tahu..sbb dia nak call orang yg dia berjanji tak dpt2. Kat phone tunjuk ada signal..tapi call semua failed. Last2 dia off then on balik. Bila on balik..dia tgk ada byk sms notification no yg call phone dia pg tu..dari situ la baru dia tahu line phone dia ada masalah.

Bila dah dpt cakap, terus minta no phone kawan dia. Dulu housemate dia..pernah keje kat company lama sama2. Skrg keje baru pun sama2. So dah simpan no phone kawan Encik B dalam phone saya. Jika tak dpt hubungi..boleh la call mamat ini.

Ptg tu, Encik B call ckp dia tak sempat lunch. So dia mmg sgt lapar. Dia minta saya beli makanan sblm balik rumah. Mee bandung muar kat area ofis. Sy mmg malas nak singgah2. So ckp kat dia, mlm nnt kita gi kuar makan sama2. Sblm balik rumah, solat dulu kat surau. Lps solat tu fikir, kalau itu permintaan terakhir dari dia..saya tak dpt tunaikan..mgkn saya akan menyesal seumur hidup.  Bila fikir begitu, balik terus singgah beli mee bandung.  Tak mau menyesal.

Pengajaran daripada kejadian ini :-

1.  Simpan la no telefon ofis, kawan2 suami dan suadara mara suami..bila tak dpt dihubungi..atleast ada la no lain yang boleh dihubungi.  Takde la risau tak tentu pasal.

2.  Apa yang suami minta buat la. Bukan sahaja suami..tapi anak2, mak ayah, adik beradik. Anggaplah kalau kita mati dulu..atleast permintaan diaorg telah ditunaikan. Seandainya diaorang pergi dulu..atleast kita dah buat apa yang diminta oleh diaorg.  Kita tak tahu bila tarikh matinya seseorang.. so biarlah susah skrg..jgn la menyesal bila orang tu dah takde.

Ada ustaz ckp..malaikat maut menjenguk kita 70 kali dalam sehari. Kita ingat mati pun tak sampai 70 kali sehari.  Dgn mengingat mati ini akan buat kita lebih efisyen.. 

Tuesday 28 February 2012

Risau Sampai Tak Boleh Nak Buat Kerja

Encik B punya hal..
Dari pagi hingga ke saat ini, saya tak dpt berhubung dgn suami saya.
Risau sgt..sampai berjurai jugak airmata ini..
Saya hanya ada no phone dia sahaja..
No phone ofis takde..ext pun tak tahu..
No phone kawan2 dia pun saya takde..
Contact tru FB..takde maknanya..dia bukan on pun..
Mampu hantar email jer..
Rasa sangat parah saat ini..
Dah cuba call berkali2..masuk voicemail jer..
Part yang boleh menangis tu..tak masuk voicemail..tapi dia ckp tiada dlm perkhidmatan..

Kenapa risau sgt ni??
Since minggu lepas dia dah gi keje naik motor..
Perjalanan yang jauh tu buat hati tak keruan selagi dia tak call ckp dah smpi ofis..
Kalo sms pun dah rasa ok..
Skrg misi cari no phone ofismate dia..
Malu..tapi lantak la..janji dpt cakap dgn suami ku..

Harap semuanya selamat..Amin

Thursday 23 February 2012

Motivasi untuk Hari ini


p/s :: ingat pesan anne semalam..orang nak mengandung kena senyum sampai telinga.
Hari ini saya dah tersenyum tapi belum sampai teling lagi.

Wednesday 22 February 2012

CD 2 :: Tiada Lagi Ubat Kesuburan dan Emosi

Walaupun hari ini - hari kurang kata2..tapi saya tetap nak kata2 juga..

Semlm saya jumpa doc, sbb dah period. Doc pun bila nampak muka saya jer...dia pun tanya saya period ker? Jawapannya of course la. So last IUI tak menjadi.

Utk cycle ini, doc dah tak bagi lagi ubat kesuburan..memandangkan saya telah ambil untuk 4 cycle yang lepas. Maka doc hanya beri ubat yang biasa Dexa dan Metformin berserta 1 supplement Dhea 25.

Bertanya mengenai masalah hubby saya, doc kata kita tgk dulu. Doc nasihat minta Encik B makan supplement zink atau multivitamin utk improve kualiti sperm dia.

Bila balik dari jumpa doc, saya menangis bersendirian dalam kereta.  Masih lagi emosi pasal IUI..sedangkan saya sudah redha..

Sampai ofis, saya google pasal Dhea 25 tu. Bila baca artikel ini saya jadi lagi sedih. Tapi saya harus percaya doc saya. Tidak mungkin dia memberikan ubat tanpa pengawasan.

Balik rumah, saya bagitau Encik B pasal kerisauan saya..Encik B nasihatkan saya, kita follow apa doc ckp dan kita mohon supaya Allah berikan jalan yang betul kepada kita. Bila cam tu saya menangis lagi. Time nak makan ubat, Encik B pujuk lagi...dgn bacaan selawat dan doa tawakal..saya makan juga Dhea 25. Harap sgt tidak memberi kesan yang buruk pada tubuh badan ini.

Pagi ini, dalam bersiap pergi keje..saya tunggu Encik B selesai solat subuh. Saya duduk sebelah dia slps solat. Saya salam dia dan peluk dia..airmata saya mengalir lagi. Dia ckp jgn la sedih2..Dia akan sentiasa ada utk saya. Kita buat ini semua ikhtiar kerana Allah. Bukan saya, bukan dia dan bukan doc yang memberikan kita zuriat tetapi Allah. Kita boleh cuba saja..

Saya bagitau Encik B, melalui proses ini memang memberikan tekanan. Sama ada tindakan yang kita ambil ini baik atau tidak utk kita..kita tak mengetahui. Tak semua cerita TTC ini boleh kita share dgn semua orang termasuk la ahli keluarga sendiri. Ada yang tidak memahami. Sejujurnya semenjak memulakan semula rawatan ini, saya hanya berkongsi cerita TTC secara detail dengan 3 orang iaitu Encik B dan 2 orang kawan di ofis (sbb mereka melalui apa yang sdg saya lalui) dan juga di blog ini. Selain drpd itu, saya ckp pergi hosp jer jumpa doc..itu sahaja.

Saya rasa saya cukup kuat utk tempoh semua ini..tapi pada saat ini saya seperti sayur yang dah lembik...terkulai layu..

Ya Allah, aku redha dengan ketentuan Mu..berilah kami kekuatan untuk menempuh hari-hari kami. Kau berilah petunjuk dan jalan yang sebenar-benar kepada kami supaya kami tidak sesat.. Semoga apa pilihan dan keputusan kami adalah tepat..

Monday 20 February 2012

CD 1 :: Cycle ke 5 Slps OD :: IUI Failed

Gagal ...

Sedih tak?? Sangat sedih

Putus asa?? Belum lagi...masih perlu lebih usaha

Nak cuba IUI lagi?? Nak..tapi kena dgr nasihat doc dulu

Ini ketentutan Allah dan rezeki Allah...
Biarlah Allah yang tentukan mana yang lebih baik untuk saya...

p/s :: Encik B cepat la dapat lesen B full...tak sabar nak gi jalan2 ngan motor besar...hehe.

Terima kasih doa dan kata2 semangat kalian semua..saya sangat menghargai..

Friday 17 February 2012

CD 27, 14 DPIUI :: Takut Nak Buat UPT

Hari ini genap 14 hari selepas prosedur IUI. Kalo ikutkan 2WW dah sampai tempoh matang la. Tapi saya belum bersedia lagi untuk buat ujian UPT. Saya telah berjanji pada diri ini akan tunggu period sehingga ke tarikh 21 DPIUI iaitu pada hari Jumaat akan datang. So jadi 3WW..hehe

Sejarah period saya mmg on time. Selepas laps OD hari tu..period mmg ngam sampai pada CD26 dan CD28. So CD28 tu esok..maka kita tunggu jer. Dalam sejarah selepas kahwin, period paling lama delay pun 3 hari. So tarikh hari Jumaat depan itu adalah bersesuaian untuk buat ujian UPT jika period belum datang. 

Pada saat ini saya mmg sangat takut. Bohong la kalo saya kata saya tak mengharap. Pengharapan itu mmg sangat tinggi. Tapi saya tiada kuasa yang lebih tinggi daripada kuasa Allah swt. Saya mmg berlapang dada menerima ketentutan. Jika period, saya akan jumpa doc dan ulangi proses yang sama dan tgk apa nasihat doc.

Saya terima nasihat seorang staff di jabatan saya. Saya berbual dgn dia hari Selesa yang lepas. Dia bagi nasihat jangan putus berusaha dan berdoa. Ingatlah anak ini saham kita di dunia dan akhirat. Saya kagum dgn kakak ini. Dia juga mempunyai masalah kesuburan spt saya. Kahwin bertahun2..baru dpt seorang anak. Nak anak sorang lagi..berusaha bertahun2 juga. Masuk kuar wad mmg lumrah bagi dia. Tapi semangat dia mmg kuat. Walaupun orang kata cukup la dah ada sorang, tapi dia tetap berusaha jugak. Dengan semangat dia, saya harap kekuatan saya juga seperti dia.

Apa pun jua keputusan sama ada +ve atau -ve saya dan suami akan terima seadanya.  Saya akan fikir belum tiba masa saya lagi dan Allah aturkan yang paling baik utk saya.


Thursday 16 February 2012

Garret Popcorn

Hari tu terbaca blog Memi Khalish cerita pasal popcorn cam best jer..pulak tu dah ada kat OU.

Sabtu lepas, pergi la OU sbb nak cari baju keje Encik B. Dalam kepala mesti beli popcorn ni. Nak rasa jugak. Masa sampai OU, pergi new wing. Planning nak gi redeem treat point maybank kat parkson. So boleh terus shopping kat sana. Sampai je kat Parkson, tgk sekali service utk redeem tu offline. So pegi jugak tempat baju lelaki tu..tp Encik B tak berkenan.

Pastu decide nak gi Jusco. Jusco kat old wing. Mak ai jauhnya nak jalan. So ambil keputusan keluar parking new wing pergi parking kat old wing. Tak pasal2 rugi RM2. Malas punya pasal. Sampai kat jusco, tgk2 la tmpt baju tu..takde lak Sales. Semua harga normal price. Encik B kata tak yah la..kita beli time Sales la.

Bila tujuan asal selesai, saya pun cakap la nak beli popcorn. Encik B kata pe kes nak makan pop corn lak ni. Saya kata nak beli jugak. Skrg kita cari kat mana tempat jual pop corn tu..hehehaha.

OU old wing dah banyak perubahan..sampai sesat2 kitaorg mencari. Kedai pun dah banyak berubah. Punya la lama tak gi shopping..huhu.

Akhirnya jumpa jugak kedai jual pop corn, di tingkat bawah laluan nak ke new wing. Beratur la.. Pilihan pop corn pun dah banyak habis sbb time tu pun dah pukul 9 lebih. Bila dah beli..gembiranya..

ini la kedainya. Tak boleh ambil gambar..kena tegur ngan guard. Tapi camera ini sempat juga capture..hehe


ini hasil tangkap..caramel crisp saiz jumbo..mmg dasar tamak..haha


ini rupa dalamnya..berwap..agaknya baru masak kot..


tgk la pop corn dia kuning keemasan. Gula mmg kaw. Manis sgt..


Pastu letak dlm bekas comel ni..makan sambil tgk tv..

Sehingga ke hari ini, masih ada la 1 balang. Tu la dasar tamak haloba..huhu. Yang dibeli ini sangat manis..so tak boleh makan banyak2 sgt..nnt kencing manis.


Tuesday 14 February 2012

Movie :: Hafalan Shalat Delisa


Last weekend sempat menontot cerita ini. Sangat menyayat hati. Airmata laju jer mengalir.

Banyak benda yang boleh saya belajar dari cerita ini. 

Part paling sayu "Delisa sayang Umi keran Allah" sambil memeluk ibunya..kepala terus ingat mak. 

Korang tengok la yek!!

p/s :: teringat movie dr Iran bertajuk 'Children From Heaven'. Pelakon utamanya 2 orang kanak-kanak. Cerita penuh dgn pengajaran. Agak2 bila la pembikin filem Malaysia nak buat cerita sebegini rupa. Asyik cerita hantu dan gangster jer...

Friday 10 February 2012

Rezeki Yang Tiba-tiba

Dulu pernah story pasal rezeki yang tiba-tiba
Sbb bila kita buat benda baik, pasti Allah akan balas yang baik juga

Saya rasa apa yang saya lalui ini mesti pernah dilalui oleh orang lain jugak
Last week, saya dan Encik B balik kampung
MIL saya ini ibu tunggal
Tinggal sorang2 kat kampung
Tapi ada SIL yang jaga la
Kat tepi rumah MIL ada tanah yang luas jugak la
Boleh la mak bercucuk tanam
Yang menjadi masalah rumput sgt panjang
Disebabkan itu, Encik B pun beli la mesin rumput
Harga pun RM200 lebih

Cuti 4 hari dikampung
Menguruskan rumput dan lalang2 yang panjang
Dari semak samun jadi la terang benderang
Sejuk sikit mata memandang
Risau juga kalau dibiarkan
Takut ular atau binatang berbahaya

Semenjak pindah rumah ini
Belanja mmg banyak
Kami dua2 kerja jauh
Kos Encik B nak gi kerja pun banyak
Dengan membayar 2 rumah lagi
Kewangan kami mmg semput sgt
Bajet balik kampung pun sikit2
Dgn duit yg semput2 tu
Encik B belikan juga mesin rumput tu
Boleh imagine kan..bagaimana nak meneruskan kehidupan di KL ini
Dengan duit dlm bank yang makin susut
Nak gaji dalam 20 hari lagi
Mengurut dada
Tapi kitaorg tawakal jer

Dan semalam
Saya mengeledah satu kotak rahsia dibilik kami
Kotak tu simpan benda2 penting jer
Dalam kotak tu ada banyak sampul duit raya
Tiba-tiba dalam salah satu sampul tu
Ada duit berjumlah RM***
Kitaorg mmg terkejut sgt
Duit siapa??
Dua2 pun tak tahu
Bila tak tahu tu
Ambil keputusan guna la duit tu buat belanja
Rezeki yang tiba-tiba

Beli mesin rumput tu baru RM200 lebih
Tapi dapatnya berganda2
Betul lah ustaz kata
Bila kita buat sesuatu yang baik
Allah akan gandakan kebaikan kita tu

Cerita ini bukan nak bangga diri ke apa
Tapi sebagai ingatan pada diri sendiri
Sentiasa berniat baik dan buat kerana Allah
Insya Allah balasan yang diterima lebih besar daripada apa yang kita kerjakan

p/s :: korang pernah terjadi tak kes cam ni??

Tahniah & Takziah

Semalam dapat 2 berita
Satu berita gembira
Satu berita duka
Dua2 berkaitan dgn zuriat

Tahniah utk kak pat (tak mungkin kak pat baca..hehe)
Atas kelahiran baby boy
Anak yang ke-6
Murah betul rezeki anak
Sebelum ini dpt baby kembar
Tapi salah sorang kembar meninggal
Moga dgn kehadiran baby yang comel
Akan lebih membahagiakan akak

Takziah untuk anne
Semlm dia pos kat fb
yang dia baru selesai D&C
Ini bermakna dia keguguran
Sedih sgt mendengarnya
Anne pun salah seorg shbt yang sama2 TTC
Mmg dh lama tak ym tanya khabar
Sebelum puasa dia dah operate
Sbb doc kata ada cyst
Slps pada operation tu tak sempat nak tanya pasal TTC dia
Semoga anne tabah menerima ujian ini
Insya Allah ada yang terbaik untuk korang berdua

Dalam hidup ini ada yang suka dan duka
Dalam hidup ada tinggi dan rendah
Dalam hidup ada atas dan bawah
Dalam hidup ada baik dan buruk
Kenapa semua ini ada??
Sbb dengan semua ini kita akan belajar menghargai kehidupan yang kita ada 

Wednesday 8 February 2012

Rezeki

Dapat kembar empat selepas tiga tahun menanti





MUAR 7 Feb. - Penantian sepasang suami isteri, Norbazilah Amin, 27, dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, untuk memiliki cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan kembar empat pada 14 Oktober lalu.

Kembar empat tidak seiras itu, terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat mereka, Norbazilah, yang bekerja sebagai jururawat di PPUM terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.

"Ini kerana kesihatan yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya sering berulang-alik ke PPUM untuk mendapat pengawasan rapi daripada doktor.

"Saya tidak boleh makan dan hanya minum untuk mengalas perut yang lapar. Akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar empat itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas, di sini semalam.
Menurutnya, kesukaran bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan semua anaknya.

"Meskipun pada mulanya agak kelam-kabut kerana anak-anak saya akan terjaga selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu, tetapi sekarang sudah biasa ditambah pula suami banyak membantu," katanya.
Mereka memperoleh empat bayi sekali gus selepas menjalani rawatan permanian beradas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, doktor memberitahu bahawa potensi untuk hamil dengan cara itu hanya 10 peratus tetapi dia amat terkejut selepas usia kandungan mencecah lapan minggu apabila dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.

Pasangan berkenaan bersyukur dikurniakan empat cahaya mata yang mempunyai karakter berbeza dan kini menjadi penyeri rumah tangga mereka.

Norbazilah dan suami yang menetap di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor terpaksa membawa empat bayi tersebut ke kediaman bapanya, Amin Zainal Abidin, 62, dan ibu, Rohana Sintal, 55, untuk dijaga oleh mereka.
"Saya tidak punya pembantu rumah dan terpaksa membawa semua bayi saya ke kampung supaya ibu bapa saya dapat membantu menjaganya," katanya.

sumber : Utusan Online

p/s :: Kalau dapat satu pun rasa sangat bersyukur...ini kan pula 4 orang..

NORBAZILAH Amin (kiri) dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal gembira memangku empat anak kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar, Johor, kelmarin.

Friday 3 February 2012

CD 13 :: Cycle ke 4 Slps OD :: Prosedur IUI

Dari malam tadi tak boleh nak tido
Memikirkan pasal IUI ni
Ntah la..sukar untuk digambarkan perasaan yang sebenar

Bangun awal pagi
Sedangkan prosedur pukul 9 - 10 pagi
Nurse cakap smlm
Doc kalau boleh nak sperm dalam lingkungan 1 jam sblm prosedur

Memandangkan rumah denai dekat dgn hosp
Jadi kami proses pengeluaran sperm tu dibuat dirumah
Slps itu dibawa ke hospital terus ke Day Care
Tempoh perjalanan pun tak sampai 20 minit
Mmg tak jammed
Sbb semua orang dah masuk keje

Sampai hosp, terus ke Day Care
Tggu doc
Dalam pukul 9 lebih doc masuk lab
So tgk dulu sperm yang ada
Agak sedih jugak bila doc ckp sperm low motility
Sperm ada banyak..tapi yg bergeraknya sikit
kitaorg pun tgk sekali
Mmg betul

Walau cam mana pun, doc proceed juga
Encik B agak rasa down bila tahu tu
Ye mmg sblm ini dia tak tahu
Sbb doc fokus pada saya jer
Saya ada PCOS
Encik B mmg tak pernah buat sperm count
Sejak kami buat rawatan ini
Doc tak pernah minta utk berbuat demikian
Mgkn pada doc bila prosedur IUI
Kita boleh tahu

Bila ready
Nurse panggil masuk dalam lab
baring dan ditutup lampu
Doc inject dlm rahim
Prosedur sangat sekejap
Tak sampai 10 minit pun
So lepas tu rest kat 45 minit kat day care

Lps prosedur Doc bagitau
Semua ok
Laluan ke rahim ok takde tersangkut
Tapi saya tak tahu adakah sperm yang ada
boleh berenang menuju ke telur
dan akhirnya disenyawakan
Kaedah paling baik untuk masalah spt ini adalah IVF

Saya diam jer
Bagi saya, doc terang berdasarkan pengalaman kes2 yang dihandle
Tapi kuasa Allah boleh mengatasi segalanya
Sblm saya datang buat IUI
Saya dah bulatkan hati saya
Ini semua kerja Allah
Andai Allah izinkan ia akan terjadi
Jika Allah tak izinkan, cammn sekali pun kita buat mmg tak jadi

Saya pun minta Encik B berdoa banyak2
Jangan sedih sangat
Ini ujian Allah untuk kita
Kita akan tempuh sama2

Balik rumah saya pun search pasal
Ada orang berjaya dgn IUI walaupun low sperm motility
Boleh baca kat sini

Malam tadi sempat jenguk blog Lady Mira
Cari tips utk IUI
Pasal doa Nabi Yunus mmg berkesan
Sepanjang prosedur saya baca
Dan mmg tiada rasa sakit
Tiada rasa senak2
Bagus utk diamalkan

2WW
Mmg menakutkan
Mohon berlapang dada sahaja
Terima ketentuan yang ditetapkan
~~~~~~~~~

Thursday 2 February 2012

CD 12 :: Cycle ke 4 Lps OD :: TVS dan Proceed IUI

02.02.2012
Appointment pada hari ke 12
Biasanya doc akan buat tvs
Nak check telur ok ke tak.

So scan..
Ada 3 telur
2 besar, 1 kecil jer
Yg besar tu ukuran 24 x 22mm dan 18 x 16 mm
Yg kecil doc tak ukur pun
Lining pun doc tak ukur
Mgkn nak cpt..sbb dah petang

Bila tgk telur yang ok
Doc tanya nak proceed IUI ker?
Saya ok jer..
So doc bagi injection
Utk mematangkan telur
Sok pagi kita buat IUI


Moga Allah permudahkan semuanya
Moga berkat pada hari Jumaat
Moga berkat bulan kelahiran Nabi
Berharap sangat Allah makbulkan doa kami
Harapan tinggi melangit
Apa pun terjadi ia adalah ketentuan Allah
Usaha, Doa dan Tawakal
Itu yg saya mampu buat
Jika masih belum berjaya
Saya akan cuba lagi
dan saya harus lebih kuat lagi
Jangan putus asa
kerana rahmat Allah tidak pernah putus

~~~~~~~~




Wednesday 1 February 2012

Wordless Wednesday :: Selamat Hari Wilayah 2012


KL adalah tmpt pertama mencari rezeki. Tempat yang sgt happening dan banyak makan yang best-best. Tahun 2007 telah membawa diri ini ke Selangor dan mungkin selamanya di Selangor..

Apa pun KL best!!