Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Hadiah GA

Assalam..

Dah bersawang blog ni. Mohon ampun dan maaf la..tuan blog sibuk sesangat. Hal kerja, hal rumah dan sedikit hal kesihatan.  So masa yang ada digunakan untuk menguruskan hal yang penting..so blog ni sipi2 maka ditinggalkan dulu.

Alhamdullilah pada 16 Julai 2013 saya telah pun terima hadiah GA yang pertama2 kalinya. (terharu sesangat)


Terima kasih pada Nina Sweet Tooth yang sudi memilih saya sebagai pemenang.

Bila bawa balik rumah, Encik B tanya dapat dari mana hadiah? Saya kata menang kat blog. Dia mmg tak percaya gile. Pastu sibuk dia ngorek citer cam mana boleh menang. So saya citer la menang pasal cerita kenangan bulan puasa.  Dia dah dpt agak mesti saya citer pasal berbuka di Masjid Negeri. Saya kat yup.  Sejujurnya, Encik B mmg tak tahu aktiviti blog saya. Dia tahu saya ada blog tapi dia tak pernah baca. So biarlah dia tak baca..nnt byk lak komen dia..hihi.

Kisah berbuka di masjid itu hanya 1 kenangan daripada berpuluh2 kenangan saya di bulan puasa.  Cam2 kenangan bulan puasa antaranya citer pasal terawih masa sekolah, citer pasal mangkuk tingkat masa kat rumah bujang, citer pasal berniaga di bazar ramadhan masa sekolah, citer pasal tak puasa sbb ambil lesen kereta dan banyak lagi.  Semua itu masih lagi segar di dalam kepala ini..dan bila masuk jer ramadhan teringat kenangan2 tersebut. Kalo citer mesti korang pening bacakan..hihi.

Apa pun yang kita lakukan di dalam bulan ramadhan ini moga2 dapat balasan dari Allah.

Sekian, Wassalam.

p/s :: pada kala ini saya rindu pada mangkuk tingkat masa rumah bujang. Syoknya time tu tak payah fikir nak makan/masak apa.  Makan jer apa yang makcik masak...hihi.




Wednesday, 19 June 2013

1st Entry GA untuk Dessert Of Life 1st GA

Assalam..

Ini adalah kali pertama saya sertai GA sejak sudah berblog sekain lama. Pernah juga try2 nak masuk tapi cam blank jer. Bila Nina Sweet Tooth melancarkan 1st GA, rasa cam boleh masuk jer. 


Hadiah pemenang GA disponsor Nia Souq.  Tq. 

Bila masuk ramadhan, ada banyak kisah terjadi pada saya. Dari kecil sampai la sekarang ni. Yang manis, yang pahit, yang kelat cam2 rasa ada. Tapi yang saya akan coretkan ini, kisah ramadhan yang paling menyentuh jiwa saya. 

Tahun terjadi tak berapa ingat sama ada 2010 atau 2011. Hari kejadian adalah hari Sabtu.

Sepanjang saya hidup sehingga tarikh kejadian saya tak pernah berbuka puasa di masjid. Biasanya saya berbuka puasa di rumah atau kedai bersama family dan kawan-kawan.  Beberapa hari sebelum hari kejadian saya beria-ia sangat mengajak Encik B berbuka puasa di masjid.  So Encik B bersetuju dengan idea saya tu.

Kitaorg memilih untuk berbuka puasa di Masjid Negeri Shah Alam. Kebetulan hari Sabtu tu Encik B kerja, dia balik kerja pukul 4.  Bila Encik B balik jer saya suruh dia siap cepat. Dia kata kat saya, tak yah nak tergopoh2..ada byk makanan pun kat masjid tu. Dia mmg dah biasa buka kat masjid..maka dia berckp melalui pengalaman dia.

Saya push lagi..so dia yg kepenatan ikut sahaja arahan isteri.  Masa tu dok di Kelana Jaya. Kuar rumah dari Kelana Jaya dalam kul 5 lebih. Kuar2 rumah..seperti biasa jammed. Masa otw ke Masjid tu saya tanya Encik B, kita tak nak bawa makanan sikit ke? Dia kata...tak yah..makanan banyak la kat masjid. Dia berckp melalui pengalaman dia lagi.  Sebagai isteri saya mengikut kata dan orang tak pernah berbuka di masjid.

Sampai jer di Masjid dalam kul 6. Masya Allah banyaknya kereta..nak cari parking pun susah. Bila dah dapat parking tu..kitaorg pun cepat2 la gi tingkat bawah masjid.  Masa sampai tu ada program Gaza...ohhh..patut la ramai. Dan masa kitaorg sampai tu, sudah ada orang dah siap dok atas hamparan bersama makanan. Cepatnya.

Kitaorg pun beratur la nak ambil makanan. Tgh beratur tu, ada org pengsan. Dlm hati, org ni mesti tak sahur. Barisan sgt panjang. Kitaorg org tgh2 dlm barisan.  Org depan beritahu makanan dah habis. Alamak.. tapi kitaorg relax jer..bila sampai kat depan..ada orang bagi air. Dia bagi air teh o ais. Org tu bagi air separuh cawan jer. 

Dia kata, sorry..air dah tinggal sikit..so bagi sikit sorang. Saya dapat separuh..Encik B dapat separuh. Barisan masih lagi panjang.  Masa tu dah start rasa sedih. Sbb saya beria nak bawa makanan, Encik B tak bagi. Ok la. Tapi yang peliknya, kitaorg tak beli pun makanan..sbb di dalam area masjid ada jer org jual makanan ringan..cam kuih, burger.. tak tau kenapa kitaorg takde hati nak beli..

Kitaorg berdua dok di tepi dinding. Depan kitaorg ada sekumpulan kanak2 bersama ustaz diaorg. Meriah sgt. Diaorg dah siap duduk sebaris bersama nasi masing2. Sekejap2 tanya ustaz..bila boleh makan ni. Ustaz kata tunggu azan.  Bila dah azan, kitaorg pun berbuka dengan separuh gelas air teh o ais. Budak2 berbuka dengan makanan diaorg. 

Masya Allah masa itu, saya rasa sangat sayu.  Ye saya dilahirkan di dalam keluarga yang senang. Dari kecil sampai besar, makanan berbuka saya sgt meriah.  Cam2 ada.  Tetapi hari tersebut saya hanya berbuka dengan air teh o ais separuh gelas. Saya tgk budak2 dihadapan saya ada makanan...seronoknya mereka. Ya Allah, beginilah rasanya perasaan orang miskin.  Masa minum air tu, airmata saya laju jer keluar.  Pengajaran yang sangat berharga pada ketika itu.  Biasa kita dgr ustaz kata..hikmah puasa ini Allah nak ajar bagaimana hidup org susah takde makan. Setiap tahun saya dgr..tapi saya tak rasa pun.  Bila Allah bagi pengalaman ini, saya dah tahu apa itu hikmah daripada Puasa..

Encik B kata, nnt kita gi makan lepas terawih. Habis minum, kitaorg gi solat maghrib, solat isyak dan terawih. Habis tu, kitaorg gi makan di Seksyen 11. Masa makan tu, saya masih menangis. Walaupun saya dah dapat makan, tapi perasaan masa berbuka tu masih terkesan di hati ni.

Pengajaran Ramadhan yang sangat indah buat saya dan menjadi ingatan buat saya.  Pada tahun selepas kejadian tu, saya dan Encik B mmg suka berbuka puasa di masjid/surau.  Suasana berbuka sangat berbeza dengan berbuka puasa di rumah. Sgt2 meriah. 

Dan setiap kali kitaorg bercadang berbuka puasa di masjid, saya pastikan membawa sedikit kurma dan kuih2...supaya saya ada la makanan. 

Ramadhan itu adalah bulan pengajaran.  Pelbagai pengajaran..secara langsung atau tidak langsung.  Moga kita terus belajar daripada Ramadhan..

Moga dapat bertemu Ramadhan kali ini..

Sekian..
Wassalam..