Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Tuesday, 8 October 2013

WLC :: Review Minggu Kedua

Assalam semua..

Update untuk minggu kedua..
Petang nnt nak timbang untuk minggu ke-3 lak..


Naik 800 gram..gilo byk..
Tak memasal kena denda RM5..
Sebabnya..3 hari cheat day..
Jumaat miting kat putrajaya pepagi dah gi..mmg tak minum la herbalife. 
Sabtu gi kuantan..kenduri sepupu. Masa kat temerloh diaorg kat kuantan dah call nak ajak breakfast sekali. Bila dah smpi kedai mamak apa lagi belasah roti telur ngan kari kambing. 
Acara akad nikah kul 10..lepas tu melantak lagi..time tu ramai2 berkumpul sedap jer makan kongsi2..
Malam tu majlis resepsi kat hotel..harus la desertnya sgt best.
Dan hari ahad..makcik beli nasi minyak yang sangat sedap. Apa lagi belasah lagi..

Exercise takde..sbb busy ngan keje ofis..
balik dah penat..tido jer..

Tapi paling tak puas hati Encik B boleh turun 0.8kg
Apa dia pindah lemak2 pada saya ker?
Padahal dia lagi la melantak cam apa..
mmg tak puas hati..

So setakat minggu kedua dah turun 1.2kg..
Ada lagi 4.8kg nak turun..
Rasa2 mampu ke?..hahaha..

Harus berusaha lebih kuat ni!!

Sekian
Wassalam




Thursday, 26 September 2013

WLC :: Review Minggu Pertama

Assalam semua..

Quick update pasal weight loss challenge untuk minggu pertama.


Oleh kerana saya peratus penurunan saya paling banyak..saya diumumkan sebagai 'Winner Of The Week'

Sukanya!! Tak sangka boleh turun begitu banyak..Kagum jap dengan diri sendiri..hihi. Biasa nak turun 100gram pun payah benor. 

Dan mgkn minggu ini ramai tak dpt hadir sessi timbang (jammed gile time tu)..so boleh la menang.

Yang penting saya masih makan nasi dengan lauk2 dan masih pergi party2.  Minum shake herbalife untuk breakfast sahaja.Cuma yang add on sikit..bersenam dan tidak minum air manis.

Moga minggu kedua ni adalah penurunan sikit. Tak harap menang.  Sbb weekend minggu ini akan menghadiri kenduri kahwin sepupu. For sure penuh dengan sessi makan2..

Sekian
Wassalam





Wednesday, 18 September 2013

WW :: Weight Loss Challenge

ehsan oleh pakcik google


untuk tempoh 6 minggu aka 42 hari
(17 September 2013 - 29 Oktober 2013)
ada 11 peserta, 2 lelaki 9 perempuan
Hadiah utama 50% daripada fee yang masuk aka RM550

Ini adalah cabaran untuk diri sendiri !!

Target untuk 6 minggu ini nak turun sebanyak

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

6 kg

Selamat maju jaya untuk diri sendiri..hihi

wassalam


Friday, 28 September 2012

Kurus Badan :: Reveiw Untuk 2 minggu

Cehhh..
sampai nak berreveiw pulak..sebenarnya saje jer. Dah takde idea nak taip kan..hehe

Kesinambungan daripada entry ini..untuk tempoh 2 minggu ni saya berjaya untuk tidak minum TEH TARIK minum feverat sy tu. Dan yg bestnya, sy juga berjaya tidak mengambil KAFEIN dalam tempoh yg sama.

So berat badan, lebih kurang jer..sbbnya tak exercise. Balik keje pun dah malam. Bila masa nak berjalan2 kat taman kan..huhu.

Ok cabaran akan disambung lagi utk 1 minggu lagi. Skrg minum air suam berperisa lemon 1.6 l sehari..hoho

agak-agak boleh ke turun berat sampai cam ni sekali?? angan2 saje..

ehsan :: google

tak boleh taip lama2..keje banyak menanti ni. 

Salam jumaat dan hujung minggu utk semua dan selamat mendengar Bajet 2013 yek!!

Sekian.

Monday, 24 September 2012

Kurus Badan :: Air Suam Berperisa Lemon


Biasanya minum air suam jer..tapi hari ni kita bagi perisa lemon sikit..hehe
Sbb ada lemon lebih kat rumah
Minum air lemon ni boleh kurus badan dan mengurangkan asid dlm badan
Kita try..mana tahu berhasil..hehe

p/s :: abaikan tempat bersepah tu yek!!

Tuesday, 18 September 2012

Kurus Badan :: Control Makan!!

Salam..

Takde mood sungguh pagi ini. Biasa la cuti lama..plak tu cuti penuh dgn aktiviti. Aktiviti yg paling byk adalah aktiviti makan. Jemputan rumah terbuka, kenduri kahwin, makcik bawa lauk, jiran tetangga panggil makan, jiran bagi makanan, bakal adik ipar bawa makanan. Penuh dgn makan. Peti ais pun penuh disumbat dgn makan yg tak hbs..huhu.

Pasal tu la pagi ni nak citer pasal kurus...haha. Dah makan byk baru la insaf nak kurus kan!!. Hahaha

Gilakan..bulan puasa hari tu turun 4 kg..raya jer dah naik balik. Ingatkan boleh la maintain smpi bila2. 

Kenapa bulan puasa boleh turun berat badan? Sepanjang bulan puasa..mkn nasi sekali sehari jer..waktu berbuka jer. Buka puasa minum air masak jer. Bersahur minum susu kambing dan kurma jer. Teh tarik ada la minum sekali dua jer. Dan semua makanan, saya masak sendiri. Takde pasar ramadhan.

Untuk itu, mulai hari ni..tak boleh minum TEH TARIK walaupun ia adalah minuman paling disukai!! Pantang untuk seminggu ni dulu. Tgk berkesan ke tidak??

Part nasi pulak..kita makan sekali sehari..seperti yang diamalkan dlm bulan posa. So nnt kita tgk berjaya atau tidak? huhu

Semoga berjaya untuk diri sendiri.

Sekian.

p/s :: untuk pagi ni berjaya untuk tidak minum teh tarik atau minuman manis seangkatan dengannya.