Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Wednesday, 31 October 2012

WW :: Masak2 & Makan2

nasi ayam + ayam bakar black pepper + tauge sos tiram


Tuna Melt guna french toast


Tuna Melt roti sandwish biasa. Sedap dimakan waktu panas2.


1st mini pavlova

p/s :: banyak lagi masak..tapi tak sempat nak capture..dah masuk mulut dulu..hehe

Thursday, 10 May 2012

Air Tangan Part 2

Sekarang saya dilanda mood utk memasak jer. Tak kisah dok kat dapur lama. Saya masak yg simple2 jer.  Ini akibat tekak saya seperti tidak boleh menerima sangat makanan luar. Entah mengapa. Apa2 yg dimakan diluar semua rasa tak sedap. Tapi bila kat rumah, masak nasi goreng sardin pun rasa sgt sedap.

Mood memasak lebih kepada baking. Kalah la cik chef lepas ni...haha. Yang bestnya..setiap kali masak, ambik gambar, pastu mms kat dia. Cik Chef spt juri dlm Masterchef jer..ada jer komen. Kek ko warna tak cantik la, roti ko kedut la..hehe. Apa pun saya sgt suka aktiviti ini.

Ini adalah sebahagian output drpd aktiviti saya..

Menu :: Kek Batik Arora
Sumber :: klik disini
Kek ini dibuat petang Ahad. Encik B sibuk cuci motor..sy sibuk memutar butter. Kek ini paling best time membakar. Wanginya sampai bau 1 rumah. Harap2 tak berbau ke rumah sebelah. Sy suka kek ini tapi Encik B kurang suka sbb tak berapa gebu. Dia nak kek yang moist cam kek coklat. Nnt isterimu ini buat yek!!

 


Menu :: Bun
Sumber :: klik disini
Bun ini dibuat pada hari Jumaat sempena cuti saje2. Resepi asal menggunakan wholemeal flour. Tapi bila gi kedai Bagus takde lak wholemeal flour. So beli tepung roti jer. Ini first time buat roti. Rupa mmg tak menarik dan tekstur pun agak keras (uli guna tangan loo). Cik Chef kata bun kedut2..haha. Resepi ni dpt la 5 biji bun. Bun ini jadi menu sarapan pagi Sabtu. Just letak inti sardin, timun dan tomata. Kira2 cam sandwish la tapi versi bun.


Menu :: Roti/Bun Manis
Sumber :: Klik sini
Oleh kerana tak puas hati dgn bun di atas, sekali lagi menguli roti. Kali ni cari resepi lain. Yang pasti menggunakan apa2 bahan yg ada di rumah.  Hasil kali ini lebih baik. Tekstur lebih lembut. Menjadi bekalan sy dan Encik B untuk 2 hari. Rasa tak berapa manis kerana sy tak mixed dgn benda lain. Kalau cicah ngan air milo ok jer. Ni pun uli pakai tangan. Berpeluh2..hehe. Tapi tak la sampai menitik kat roti..haha. Rupa masih kedut2 sbb tak berapa pandai utk membentuk. Ini pun kira ok la utk makan sendiri.

Menu :: Ayam masak kicap
Sumber :: Ibunda
Ayam digoreng terlebih dahulu. Sy goreng tidak terlalu garing yang pasti masak. Bawang besar, halia dan bawang putih dimayang. Bila dah disiap goreng ayam, tinggalkan sedikit minyak utk menumis kuah kicap. Tumis bahan2 yg dimayang td. Bila dah naik bau masukkan sedikit air asam jawa (jgn terlalu byk..takut masam sgt) dan tambah sikit air (sukatan air ikut citarasa sendiri. Sy letak byk sbb suami sy suka kuah). Letak sedikit garam, gula, sos tiram dan kicap kemudian masak hingga kuah pekat. Nak pekat boleh letak bancuhan tepung jagung (sy tak letak pun). Boleh letak tomato, daun bawang, lada bangla, lada merah (ikut suka). Kemudian masuk ayam yang telah digoreng ke dalam kuah kicap..gaul rata. Bila dah rata boleh angkat..dan hidangkan. Mudah dan ringkas. Ini adalah sebahagian idea memasak utk mereka2 yg bz spt saya..tak sempat nak buat lauk kari kepala ikan.

Sekian.

p/s :: mood nak memasak masih tinggi tapi lately ni..bila balik rumah, aura katil lebih hebat daripada aura dapur. bagaimana tu??


Monday, 30 April 2012

Air Tangan Part 1

Oleh kerana hari ini, takde mood nak buat kerja.. so kerja saya update blog..haha.

Saya suka memasak. Ini adalah sebahagian masakan yang saya hasilkan dari air tangan saya untuk keluarga tercinta..Gambar2 ni dah lama..tapi takde idea nak buat entry..so kali ni..sy post jer sbg kenangan utk saya sendiri (kira syok sendiri la yek).


Menu : Nasi Ayam. Ayam Bakar
Menu ni disediakan masa mak saudara datang ke rumah. Resepi asal tentunya dari ibunda. Tapi part ayam bakar tu..idea yang dibelasah sendiri. Ayam tu saya rebus dulu. Kemudian perap dengan kicap, sos tiram, minyak bijan, bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Pastu masak di dalam oven hingga masak. Bagus utk diet kerana kurang minyak ok.


Menu : Puding roti
Ini kes sbb roti dah nak expired..haha. yang tinggal pun beberapa keping jer. So ia tidak mengikut sukatan sebenar resepi yang diambil. Yang kelakar, resepi ini guna susu. Malas nak beli susu HL sbb rasa membazir, nak guna sikit jer..so sy gunakan susu anlene..hahaha(suka hati la..atleast boleh menjaga tulang). Biasa la..campur sana sikit..sini sikit..jadi la. Dan ia mmg sedap. (ohh puji diri sendiri nampak).. Habis licin tau!!


Menu : Mee Hon Sup
Ini menu breakfast. Yang syoknya..pagi tu hujan lebat dan suasana sgt sejuk. So bila kenakan sup sungguh segar. Sup sempoi jer..ayam dan sayur. Mee Hon sajer gatal nak bagi warna kuning sikit. Cam sup utara lak. Sumber resepi adalah dari ibunda + idea sendiri.


Menu : Cucur udang
Menu ni biasa sgt buat time bulan puasa. Tapi saya tak pernah buat utk Encik B. Satu hari petang Isnin, Encik B call tanya nak makan pe. Dua2 orang pun buntu tak tahu nak makan pe. Dlm kepala buat cekodok ikan bilis jer la. Tiba2 dapat idea nak buat cucur udang. Terus pecut ke kedai runcit beli bahan. Sampai di rumah dah Maghrib. Bancuh2..lepas solat buat. Tepung pun tak berapa kembang lagi. Sbb letak mauripan. Apa2 pun best jugak. Dapat pujian gila2. Sos kat sebelah tu buat sendiri. Encik B mmg gila sos. Sumber resepi tentunya dari ibunda tercinta.


Menu : Kek Karamel
Selalu jer dlm facebook, ada member pos gambar kek karamel. Pastu tgk blog kakak ni, dia cerita cam best jer. Tapi banyak lak stepnya. So last week balik kampung terus plan dgn cik chef nak buat kek ini. Dia kan ada ilmu bab kek ni..so kalo tak pasti boleh la tanya dia. Mula2 buat..gula sudah hangus..haha. pastu basuh bekas, buat balik semula. Alhamdullilah jadi..cuma air gulanya banyak dan meresap ke kek. Bila baca balik komen2 kat entry tu..bila dah telangkupkan kek tu..kena cpt2 lap air gula tu..ok..next time kena berhati2. Apa2 pun kek ni mmg sedap dan sgt best.

Menjadi satu kepuasan apabila makanan yang kita sediakan dimakan dgn rasa gembira oleh ahli keluarga. Rasa yang sedap itu timbul apabila kita ikhlas. Yang penting sebelum masak kena baca bismillah, semoga kerja memasak itu menjadi ibadat dan dpt pahala. Dan yang makan, dpt tenaga dan buat perkara yang baik.

Sekian.