Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts

Thursday, 16 August 2012

Selamat Tinggal Ramadhan..Selamat Datang Syawal


YA ALLAH, MOGA KAMI SEMUA DAPAT BERTEMU SEMULA DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG. PANJANGLAH USIA KAMI DENGAN PENUH BARAKAH, KAU PERKENANKAN DOA-DOA KAMI,  TINGKATKANLAH IMAM KAMI DAN KAU AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI. MOGA KAMI SEMUA DI DALAM LINDUNGAN MU YA ALLAH


SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA DI ALAM MAYA INI. MOHON AMPUN & MAAF JIKA ADA PENULISAN, KOMEN YANG MENYINGGUNG PERASAAN. SEMOGA AIDILFITRI MEMBERIKAN SEMANGAT BARU UNTUK KITA SEMUA.



p/s :: malas nak taip..harap selepas ini lebih rajin..yuhuuu

sumber gambar :: google

Tuesday, 31 July 2012

Ramadhan ke-11 = CD1

Salam semua..

Fuhhh..lama betul tak menaip. Byk cerita tetapi masa tiada. Banyak sungguh keje di ofis yang perlu diselesaikan sebelum cuti raya.

Hari ni 1st day period. Semlm dah spotting. Smlm dah tak puasa. Refer balik cerita 1st Appointment di LPPKN <tekan sini>  sepatutnya CD2 kena buat blood test. Memandangkan CD21 tu jatuh time hari raya..maka blood test sy akan dibuat pd cycle akan dtg. Ok la..malas nak rush2..nak relax bulan puasa ni tanpa memikirkan TTC.

Last cycle sy 27 hari. Rasa dah makin cepat. Takde rasa pun nak period..tgk2 dia dtg jer. Mgkn juga sbb sy tak menunggu dia.

*************************************
perkongsian ilmu..
Sumber :: Ceramah sblm terawih. Nama ustaz tak tahu. Tafsir berkenaan dgn surah Al-Imran

Allah akan makbulkan doa hamba-Nya dengan 3 cara :-

i. Allah makbulkan doa hamba-Nya seperti yang dimohon dengan cepat
ii. Allah makbulkan doa hamba-Nya seperti yang dimohon tetapi lewat sedikit
iii. Allah makbulkan doa hamba-Nya bukan seperti yang dimohon tetapi menggantikan yang lebih baik utk hamba-Nya.

Berdoalah sebanyaknya sempena bulan yang penuh barakah ini..

jgn berhenti berharap dan berdoa..

Tuesday, 24 July 2012

Kenangan Terawih Masa Zaman Sekolah

Setiap kali tiba bulan ramadhan..memang teringat kisah ini. Bila difikirkan bodohnya saya & kawan saya tu. Kalau solat kan dpt pahala.

Masa tu tingkatan 2 kot. Tak pun tingkatan 1. Saya dulu sekolah agama. Maka solat terawih ni mmg aktiviti wajib bulan puasa. Ye la zaman budak2 rasa mmg terseksa kena solat banyak2 ni. Sbb tak tau pun apa fadhilatnya. Lagipun rasa ini adalah arahan. Nak tak nak kena ikut.

Kitaorg pun solat. Port kitaorg mmg tepi dinding la. Ingat lagi surau tu surau kayu. Dan spt biasa junior2 mesti dok kat depan2. Senior2 dok kat belakang. Nak memantau adik2.

Sampai satu masa tu..saya ckp kat kawan saya yang saya tak nak solat terawih. Kawan saya pun kata dia pun malas jugak nak solat. Tapi kitaorg tak boleh keluar...sebab di dalam tengah2 jemaah. Kalau keluar mesti ada sebab..batal wudhuk ker. Kalau nak duduk mesti senior nampak. Nnt kena soal.

Bila semua orang bangun..kitaorg pun bangun. Angkat takbir cam biasa. Bila dah solat..saya siku kawan saya. Kawan saya siku saya balik. Saya tanya dia solat tak? Dia jawab tak solat. So kitaorg tak solat tapi berlakon cam solat.

Habis solat tu..ada sorang geng kat saf depan..dia dgr kitaorg berckp. Dia tanya...korang berdua ni tak solat ke? Kitaorg dengan jujur kata tak solat. Tapi kitaorg ikut orang solat..hahaha

Tengok betapa bodohnya kitaorg berdua. Bila difikirkan mmg gelak besar. Tapi jauh disudut hati..pasal la tak solat jer..dapat jugak pahala. Ini penat badan jer berlakon solat tp tak dpt pahala..haha.

Mujur dua orang budak nakal ni (saya dan kawan saya) jadi orang. Syukur Alhamdullilah...

Sekian.

p/s :: ada memori tak masa bulan puasa ni??


1 - 3 Ramadhan :: Penuh Dengan Dugaan

Salam..

Dah 4 hari berpuasa. Serius sungguh malas nak jenguk blog ni. Nak baca pun tak lalu (penat puasa la tu). Biasa buka blog pagi2..tgk banyak entry makan-makanan..so tak bukak la.  Nnt takut makruh pagi2 lagi dah tgk makan..fikir pasal buka menu buka puasa..hehe. Tapi korang boleh jer post pasal masak2..boleh gak cari idea nak makan apa.

Dugaan betul awal puasa ni untuk kami suami isteri..

1 ramadhan saya diserang migrain yang agak teruk. Berdenyut giler kepala..sampai rasa nak terkeluar biji mata sebelah kiri. Adik-adik, makcik2..semua suh buka puasa. Hari tu gi melawat pakcik kat ICU. Soalan paling best dari orang sekeliling bila saya berkeadaan tidak sihat ni adalah  "Ada apa2 ke..??" Saya jawab "Tolong la doakan untuk saya bulan posa ini..mana tau dimakbulkan." Mujur boleh bertahan..hingga berbuka.

2 ramadhan Encik B pula kena sakit perut, cirit-birit. Kesian sgt. Ada la 4 - 5 kali dia ke toilet sepanjang puasa. Kalau tak ok..mmg kena gi klinik la. Ini gara2 bersahur sambal sardin mak la. Dia sorang jer yg makan pagi tu..orang lain tak sentuh pun. Kesian suamiku. Mak pun rasa bersalah jugak. Malam tu lepas balik terawih saya buatkan dia madu + cuka epal untuk bagi kurangkan sebu. Mujarab jugak. Pagi esoknya..ken*u*2 jer..hehe

3 ramadhan paling haru. Pergi kerja jammed. Sampai ofis lg 5 minit kul 8.00am. Sempat thumb print. Balik kerja jammed teruk. Kuar ofis kul 5.05pm, smpi rumah pukul 6.20pm. Cam lipas kudung memasak. Dan yang paling haru..buat gulai lemak sayur kobis tak isi garam. Bila nak makan rasa tawar jer. Nak masuk garam Encik B kata tak yah..so makan jer la sayur lemak tawar.

Untuk hari ke 4 ramadhan..ia bermula dengan baik. Harap ia akan baik untuk selamanya..

Sekian..

Wassalam