Assalam..
Masih dalam mood sedih. Sangat sedih rasanya. Bila teringat pasti mengalir air mata. Bila berbicara mengenainya mengalir lagi airmata. Bila berdoa di hadapan Mu Allah..lagi laju airmata ini mengalir. Sedih bukan tidak redha. Sangat redha..tapi aku ini hamba yang lemah..masih terbuai oleh perasaan yang gagal.
Sedaya upaya untuk jadi kuat. Sedaya upaya untuk jadi tenang. Sedaya upaya untuk tidak memikirkannya. Kerana semua ini telah ditetapkan oleh mu Ya Allah.
Ini bukan bad luck. Tetapi ini adalah perancangan terbaik mu.
Aku kan telah berjanji untuk berusaha dan bertawakal dan tidak akan sekali putus asa. Serahkan semuanya pada Allah..agar hati aku tenang menghadapi.
Jangan mempersoal lagi kenapa tak jadi..walaupun embyro gred yang bagus..walaupun dinding rahim cukup ketebalannya dan perfect. Yang menjadikan semua itu hanya Allah. Dia juga yang maha mengetahui apa yang terjadi.
Sekian,
Wassalam.
Luahan hati seorang TTC yang gagal IVF/ICSI dan ET buat kali ke 2
Showing posts with label ivf. Show all posts
Showing posts with label ivf. Show all posts
Thursday, 10 November 2016
Wednesday, 15 June 2016
IVF to IUI
Assalam...
Salam 9 ramadan untuk semua.
Fuhh...agak lama tak update citer berkenaan last treatment. Tengok tajuk dah boleh agak apa ceritanya.
Kita yang merancang.. Allah juga penentu-Nya. Perancangan saya dan doc adalah untuk IVF. Tetapi perancangan Allah adalah IUI. Ini semua kerana ubat yang disuntik selama 10 hari berserta tambahan ubat tidak memberikan respond yang baik. Hanya ada 5 sahaja telur yang besar. Doc tidak mahu meneruskan IVF memandangkan kuantiti yang sedikit dan pada pandangan beliau ovari saya mungkin boleh respond lebih baik pada percubaan akan datang. Doc agak pening jugak kerana saya telah mengambil dose yang agak tinggi iaitu 300 iu. Kemudian ditambah lagi 100 iu.
Masa doc buat keputusan untuk tukar kepada IUI..mmg agak sedih. Puas jugak memujuk hati ini untuk menerima. Duduk diam2..tenangkan fikiran dan tarik nafas. Mungkin ini yang terbaik.
IUI telah selamat dijalankan pada 20 Mei 2016 petang hari jumaat. Prosedur doc kata susah..sbb kemungkinan kedudukan rahim yg tak ok. Pada masa ini telur masih belum ovulasi lagi. Doc kira ada 4 telur yang ok. MC pada hari kejadian. Doc minta bersama pada hari sabtu dan ahad.
Hari isnin doc minta datang appointment untuk scan semula ovari. So doc dapati terdapat cyst dalam ovari dan terdapat sedikit bleeding. So doc bagi saya MC lagi 1 minggu...yuhuuu seronoknya dok rumah. Tapi keseronokan hanya pada hari pertama sahaja. Hari seterusnya jadi bosan sbb tak boleh buat apa2 kerja di rumah. Dok makan, tidur, tengok tv sahaja. Solat pun duduk di atas kerusi.
Appointment berikut adalah pada 30 Mei 2016 hari isnin. Doc nak tengok balik cyst tu. Dah mengecut. Doc minta buat beta HCG. Sebenarnya pada tahap ni saya dah rasa keputusannya. Pukul 4 petang assistant doc call bagi tahu keputusan beta HCG. Resultnya adalah 3 (consider -ve). Doc minta saya buat semula ujian darah pada hari jumaat. Tapi saya tak buat kerana hari Khamis saya dah period dengan jayanya.
Alhamdullilah, telah selamat cycle IUI untuk kali ke-5. Dalam kepala terfikir faktor kegagalan adakah mungkin tiub saya tersumbat. Last buat hsg adalah pada tahun 2010. Sehingga sekarang tidak pernah buat. Ada kemungkinan tiub tersumbat.
Ingat selepas raya nak jumpa doc..sbb ada beberapa persoalan yang perlu diselesaikan sebelum next ivf. Untuk cycle kali ini...banyak sgt penemuan baru yang pada saya perlu diambil perhatian sebelum nak continue next treatment.
Terima kasih atas doa anda semua. Saat paling sedih adalah bila beritahu mak result beta hcg. Mak yang sedih. Kami berdua sudah cukup bersedia dengan apa2 keputusan. Dan yang terkini, mak lagi sedih bila cik misi bagitahu yang dia sedang hamil anak no. 2. Pada saat itu, bukan sahaja mak yang sedih, ayah jugak sedih dan risau. Mak sebak bila bercakap dengan saya "Mak doakan akak tapi kak dila yang dapat baby." Takpe la mak..janji cucu mak makin bertambah. Mak jangan putus doakan akak yek.
Sekian.
Wassalam
Tuesday, 10 May 2016
IVF Kali Ke-2
Assalam semua..
Bersiaran kembali setelah selamat penyata kewangan di hantar ke jabatan audit. Mulai semalam, audit dengan secepat kilat datang ke ofis untuk mengaudit. Fuhh..mmg tak bagi rest langsung. Kali ini audit baru. Semalam datang dengan 7 orang ahli. Sangat ramai jika berbanding team audit sebelum ni. Dulu paling maximum pun 5 orang. Itu pun letih nak melayan diaorang punya pertanyaan. Untuk kali ini...bertabah la. Diaorg pun nak pulun siap sebelum hari raya aidilfitri.
Refer kepada tajuk..bulan ini saya dah start semula treatment fertility. Bulan april 2016 dah jumpa doc untuk proceed ivf bg bulan mei 2016. Alhamdullilah..period datang pada hari jumaat 6 Mei 2016 setelah delay beberapa hari kerana ambil ubat norculat dan progynova. Masa perjumpaan dengan doc pada hari sebelum itu, doc scan dan suspek saya ada endrometriosis. Doc ada suggest untuk ambil lucrin tetapi cadangan terhenti di situ. Tiada perbincangan lanjut. So rasanya doc dah take note. Apa2 keputusan untuk embryo transfer...doc akan maklum pada next appoinment.
Saya dah mula injection pada 8 Mei 2016, pada hari ke-3 period. Ambil ubat pergoveries double dose. Fuhh..berpeluh nak bancuh ubat. Tapi tugas membancuh ubat diserahkan kepada encik b. Untuk injection, sy buat sendiri. Setakat hari ini dah 3 hari ambil injection tu..so far ok la. Next appointment hari khamis.
Untuk IVF kali ini..saya agak terbuka. Saya dah maklum siap2 pada bos saya. Ini bagi memudahkan saya nak ambil cuti tahunan. Saya juga dah maklum pada staff2 di bawah jagaan saya..yg saya akan sentiasa cuti pada bulan mei ini. dan saya juga dah bagitau pada mak, ayah dan family in law status yang sedang kitaorg hadapi. Dan hari ini saya bagitau di sini. Ini kerana setiap orang yg saya bagitahu itu, saya mohon doa daripada mereka. Sbb saya tak tahu..mungkin ada doa antara kita yang mustajab dan Allah akan makbulkan. Insya Allah...
![]() |
| Ini antara motivasi untuk saya terus mencuba... |
Wassalam..
Monday, 1 December 2014
#IVF/ICSIJourney :: Boleh Claim ke?
Assalam..
Just nak update berkenaan dengan tuntutan balik rawatan IVF/ICSI bagi kakitangan kerajaan macam saya.
Baru jer call LPPKN. Bercakap dengan pegawai yang incharge borang tuntutan balik rawatan. Masa buat IUI dulu..semua yang dibayar boleh claim.
Untuk IVF/ICSI ini, segala kos ubat-ubatan, ujian darah, ultrasound boleh claim. Yang tak boleh claim adalah bayaran untuk prosedur OPU, ICSI, Embryo Transfer dan Embryo Freezing.
Maka dalam kes saya ini, separuh daripada kos IVF/ICSI boleh dituntut semula. Ok la..
Borang semua dah siap isi. Resit dah siap kumpul. Cuma takde sape nak gi hantar ke klinik. Tgk la dua tiga hari ni..jika tak busy boleh la roger sekejap!! Kena cepat jugak sebelum akaun tahun 2014 ditutup.
Ok..sekian.
Wassalam.
Wednesday, 19 November 2014
#IVF/ICSIJourney :: Result
Assalam..
Serius menunggu result IVF lebih stress berbanding IUI. Sejak 1st inject setiap saat berdoa dan bergantung harapan sepenuhnya pada Allah. Setiap saat berbaik sangka pada Allah..supaya apa jua keputusan boleh diterima dengan hati yang redha.
Keputusan IVF saya kali ini adalah GAGAL. Start keluar brownish pada petang hari sabtu, betul2 1 minggu selepas ET. Tetapi masa itu saya masih terus makan duphaston. Namun keesokan harinya, browinsh tu makan banyak..segala simpton mak nenek semua dah takde. Lagi mengukuhkan tanggapan saya yang saya akan period. Namun browish tu hilang pada hari Isnin. Sekejap. Dan petang tu period keluar dengan jayanya dan banyaknya.
Pada hari jumaat malam, sebelum keluar brownish tu, ari-ari saya rasa seperti senggugut. Rasa yang sgt kuat dan tak tahan jugak. Saya tanya cik misi kenapa, dia jawab normal dan simpton2 org preggy.
Saya sedar pada waktu nak mandi dan solat maghrib. Rasa belendir jer..ambil tisu dan lap nampak coklat2. Masa tu dah bagitau Encik B. Encik B mandi dan solat. Kemudian saya mandi dan bersiap. Dalam bilik air, airmata saya bergenang. Dalam hati, jangan nangis, jangan nangis. Bila dah siap, saya baring atas katil..sementara Encik B solat maghrib. Saya main game..buat seperti takde apa2. Dalam pada itu, airmata mengalir jugak. Sedih. Encik B selesai solat, baring sebelah saya dengan airmata yang sangat laju dan muka yang merah2. Dia menangis sepenuh hati. Sepanjang perkahwinan kitaorg selama 5 tahun, ini kali kedua saya tgk dia menangis yang teruk. Pertama masa di mekah dan kedua hari ini. Selalunya dia yang akan coolkan saya, tapi kali ini saya yang coolkan dia.
Bukan saya tak sedih. Sedih sangat..tapi setiap hari saya akan berkata yang Allah berikan yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin dengan kata-kata itu buat saya ok.
Kitaorg bersedih 2 hari tu (Sabtu dan Ahad). Hari Isnin, kitaorng pun meninggalkan kesedihan itu dirumah. Dua2 kembali ke ofis dengan kerja yang menggunung. Encik B busy dengan dateline ofis dia yang menggila tu. Dan hari semalam, saya call nurse doctor bagitau yang saya dah period. Semalam jugak saya dah bagitau mak dan ayah saya. Alhamdullillah, saya tenang sewaktu bagitahu diaorg tu. Sebak jer..tapi tak menangis. Dan sesiapa yang bertanya di ofis (sbb ada yang tahu saya cuti panjang) saya dengan tenang bagitahu yang saya gagal. Diaorg semua bagi good support.
Kalo ikut hati, rasanya period kali ini dah nak buat FET (Frozen Embryo Transfer). Tapinya doc dah bagitau kat Encik B, jika gagal dia minta saya rest untuk 3 kali cycle sebelum teruskan treatment. Ok doc.
| Ujian Allah akan buat kita kuat. Dan akan jadi lebih kuat apabila pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah. |
Terima kasih atas doa dan sokongan kawan2 di alam maya ini. Terima kasih juga atas kisah, pengalaman dan cerita daripada kawan2..kerana daripada pengalaman orang lain, saya rasa apa yang saya tempoh ini tidaklah seteruk mana. Ada orang lagi hebat dugaan dan lagi hebat cabarannya dan lagi kuat semangatnya. Saya doakan semoga kita semua akan beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat kelak. Kepada TTC'ian semua, berusahalah dan jangan putus asa.
Tamat sudah, perjalanan IVF/ICSI saya untuk kali pertama. Pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai. Lepas ni saya dan Encik B akan mulakan perjalanan yang baru.
Sekian, Wasssalam.
Tuesday, 18 November 2014
#IVF/ICSIJourney :: Kos Keseluruhan IVF/ICSI/ET/FE
Assalam..
Sebenarnya saya sendiri belum kira kos keseluruhan lagi. So sambil buat entry ni, tgk resit dan tekan calculator. Yang saya tahu, saving yang diperuntukan untuk tujuan ini habis digunakan.
- #IVF/ICSIJourney :: Start cucuk & Ujian SST - RM 534.50 + RM 228.00 = RM762.50 (Kos termasuk ubat buserelin 2 botol, folic acid, ujian darah, ultrasound dan ujian survival sperm test (sst))
#IVF/ICSIJourney : Appointment 2 - RM2,836.10 (kos termasuk ubat puregon 6 box, ujian darah, ultrasound)
#IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 1 - RM497.10 (kos termasuk ubat puregon 1 box dan ultrasound)
#IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 2 - RM83.90 (kos termasuk ubat pregnyl, urine test dan ultrasound)
#IVF/ICSIJourney :: OPU & #IVF/ICSIJourney :: Fertilization / Persenyawaan - RM4,077.60 (termasuk OPU(RM1,500), ICSI (RM2,500), ubat crinone (progesterone gel))
#IVF/ICSIJourney :: Embryo Transfer & Frozen Embryo - RM1,091.80 (termasuk ET(RM500), Embryo Freezing (RM500) dan ubat Duphaston)
Maka setakat hari ini, kos keseluruhan adalah RM9,349.00. Kos ini belum termasuk ujian darah Beta Hcg dan lain-lain kos selepas ini. Kos ini adalah di klinik LPPKN. Mgkn kos ini tidak boleh dibandingkan dengan kos di hospital swasta. LPPKN adalah agensi kerajaan yang mana sebahagian kos mgkn disubsidi oleh kerajaan.
Kos juga akan berbeza diantara pesakit bergantung kepada ubat yang digunakan.
Takde niat nak menunjuk ke apa. Cuma untuk rujukan kepada sesiapa yang ingin mencuba ivf di LPPKN. Blh bajet wang yang perlu dibawa setiap kali berjumpa doktor. Di LPPKN boleh guna kad kredit bagi pembayaran yang melebihi RM100. Untuk OPU, nurse akan beritahu jumlah wang yang perlu dibawa. Masa appointment untuk ambil ubat puregon tu mmg tiada siapa beritahu kos ubat. Masa tu pandai2 bajet sendiri.
Sejujurnya kebanyakan pembayaran saya guna kad kredit. Lebih selamat daripada nak membawa duit yang banyak. Bajet untuk rawatan ini saya simpan di dalam saving account. Bila dah caj kad kredit, beberapa hari lepas tu saya bayar. Ini cara saya. Mgkn ada cara yang lebih baik dari itu boleh dikongsi bersama.
Ok. Setakat ini je la. Hari ni dah catat rekod paling byk entry. Tak pernah terjadi sepanjang menaip blog ni..hihi.
Wassalam.
#IVF/ICSIJourney :: Embryo Transfer & Frozen Embryo
Assalam..
Cuba nak khatam cerita-cerita pasal IVF ni sblm cerita keputusannya. Keputusannya sudah ada ditangan saya..tunggu nak umum jer. Cehh..cam menang anugerah jer..hihi.
Ok, pasal ET..mmg tak mau cerita panjang. Ada kejadian yang tak best berlaku dan rasa paling teruk. Dalam banyak2 prosedur IVF ni, saya rasa ET la part paling sukar bagi saya. Walaupun nurse tu kata prosedur ni takde pe..tapi itu pada dia. Pada saya lain. Cerita ngeri buat saya..huhu.
Prosedur ET pada kul 9 pagi. Nurse suh datang sejam awal untuk persediaan. Untuk ET, pesakit kena full bladder. Untuk tujuan scan dan nmpk embryo tu dipindahkan. Sebelum prosedur, doc bagi tgk embryo yang akan ditransfer. Comel kecik jer..dan 8 cell. Gambor takde..sbb tgk dr mikroskop bilik makmal.
Prosedur ET ni sekejap jer. Dan sejujurnya sy tak nmpk apa pun pada screen walaupun nurse tu tunjuk. Kepala saya mmg tak boleh fokus masa tu. Bertambah pula dengan airmata yang laju jer keluar mengenangkan kejadian yang ntah apa2 tu. Bila dah transfer, nurse suh rest dalam 30 minit atas katil. Prosedur ni dibuat di dalam bilik OT.
Lepas pada tu, tukar baju, buat bayaran dan boleh balik. Alhamdullilah perjalanan pulang ke rumah ok..sbb hari sabtu..kenderaan tak banyak.
Doc beri ubat duphaston untuk tempoh 17 hari. Ujian darah Beta Hcg pada 21/11/2014 dan 24/11/2014 iaitu 2 minggu selepas ET dengan syarat belum period.
Frozen Embryo
Untuk ET, doc ambil embryo dari batch no. 1. Hanya ada 1 sahaja embryo yang ok. Bagi batch no. 2 ada 5 yang disenyawakan. Semalam doc bagitahu ada 2 yang ok. Pagi sebelum ET, ada pegawai makmal bagitahu ada 3 yang ok. Dan bila saya masuk bilik makmal untuk tgk embryo yang akan ditransfer..doc bagitahu ada 4 yang telah dibekukan. Semua berkembang jadi 4 cell. Mmg terkejut sgt.
Masa tu doc bagitahu saya, awak bersalin yang ni cepat2..lepas setahun kita pindah yang dibekukan ni. Saya pun jawab, yang ni belum tentu lagi jadi.
Maka ada 4 frozen embryos. Syukur sangat. Sebelum nak dibekukan, klinik akan sediakan surat perjanjian 2 salinan yang ditandatangani oleh isteri, suami dan doktor. 1 salinan klinik simpan dan 1 lagi simpan kita. Pegawai makmal tu kata, jika berlaku pembubaran kepada perkahwinan dan kematian kena beritahu klinik untuk lupuskan frozen embryo tu. Embryo akan disimpan sehingga 5 tahun sebelum dilupuskan. Dalam surat perjanjian tu, diberi pilihan sama ada untuk dilupuskan atau diberi untuk tujuan penyelidikan. Kitaorg pilih dilupuskan dan diberikan untuk tujuan penyelidikan.
Kos untuk simpanan ini adalah RM500 setahun. Untuk hari tersebut, kitaorg dah bayar untuk setahun.
Nnt saya sambung dengan kos keseluruhan rawatan. Ini bukan untuk tujuan apa2..cuma perkongsian untuk yang mencari info. Kos keseluruhan tidak akan sama antara pesakit bergantung kepada jenis ubat yang diambil dan dos yang digunakan sepanjang tempoh stimulation.
Ok..wassalam.
#IVF/ICSIJourney :: Fertilization / Persenyawaan
Assalam..
Tengok tajuk entry rasa cam dalam kelas sains pulak. Dulu belajar subjek ni masa tingkatan 3. Pastu dalam kelas malu2. Budak2 lelaki dok pandang budak perempuan. Ntah kenapa la diaorang ni. Mujur kelas tak havoc masa belajar subjek ni sbb cikgu sains time tu garang giler.
Melalui saat sebegini, begitu kagum dengan kejadian dan penciptaan manusia. Hebatnya Allah..mencipta manusia dari benih2 yang sngt2 halus. Lepas tu membesar dengan dilengkapi pelbagai anggota yang hebat2. Subhanallah.
Ok, masa OPU doc bagitau ada 8 telur yang diambil. Itu jer doc bgtau. Doc kata akan call esok hari.
06/11/2014 bersamaan hari Khamis. Adalah hari lahir sy yg ke 30an++..dah tua betul. Pagi tu mmg takde apa plan pun. Lepas breakfast bgtau kat Encik B nak blk kg nak celebrate birthday ngan mak ayah. Blk dr breakfast terus pack kain baju. Tunggu kul 10am utk insert ubat pastu balik kg. OTW balik kg tu mak, ayah dan adik2 call wish birthday. Semua tanya buat apa hari ni. Sy jawab gi jalan2. Padahal gi jalan blk kg. bila smpi kat kg semua org terkejut...surprise!!!!
Tunggu doc call rasa cam menunggu bulan jatuh ke riba. Handphone kat tgn jer. Punya la risau. Doc call kul 3 pm. Call sy tak dpt..call handphone Encik B. Berdebar giler time ni. Doc bgtau daripada 8 telur yang diambil..hanya 2 sahaja yang gred 3..yang lain tu gred lg lower. Sedih. Untuk hari semalam (05/11/2014) hanya ada 3 sahaja yang matang dan telah disenyawakan. Daripada 3 tu, hanya 1 sahaja yang ok. Lagi 2 tak ok. Sedih jugak bila dengar berita cam ni. Tapi hati dah redha jer.
Doc sambung lagi..yang lagi 5 tu, makmal tgk hari ni telur2 matang dan pagi tadi telah disenyawakan. So result dia esok baru tahu. Awak ada 2 batch telur yang disenyawakan. Doc akan call semula esok bagi tahu perkembangan terkini dan bila tarikh ET.
Bila dengar tu, hati rasa berbunga kembali. Yang dirisaukan telah beransur kurang. Dalam hati Alhamdullillah semua telur yang diambil disenyawakan. Bermakna semua telur tu ada benih. Alhamdullillah syukur sangat.
Petang tu Encik B belikan kek aiskrim dan malam tu gi makan2 ngan family meraikan hari lahir orang tua...hihi
07/11/2014 bersamaan hari Jumaat. Doc call dalam kul 3 lebih. Masa tu kitaorg dah nak balik ke shah alam. Doc bagitahu batch 1 hanya 1 sahaja yang ok dan akan di transfer esok hari. Manakala batch 2, setakat pagi tadi ada 2 yang ok. Jika ada embryo yg ok dr batch 2, doc cadang untuk dibekukan.
Prosedur ET akan dibuat pada 08/11/2014 bersamaan hari sabtu. Transfer pada Day-3 / 8 cell. Klinik dibuka khas utk kes saya seorang. Terharu jugak dan rasa cam menyusahkan semua orang jer..
Ok. Nnt kita sambung pasal Embryo Transfer (ET) dan Frozen Embryo.
Wassalam..
Monday, 17 November 2014
#IVF/ICSIJourney :: OPU
Assalam..
Sambung ngan OPU lak pada 05/11/2014 bersamaan hari Rabu.
Pepagi buta saya dan Encik B bgn. Lepas jer subuh nak gerak ke LPPKN. Pagi tu kitaorg solat subuh berjemaah dan Encik B memanjangkan doa nyer. Serius masa tu sayu sgt. Saya rasa sesiapa yang melalui fasa ini, akan merasa apa yang saya rasa. Lepas doa, kitaorg salam dan peluk untuk memberi semangat masing2. Time tu airmata pun murah sgt. Laju jer mengalir.
Untuk OPU, saya kena puasa bermula dari jam 12 tengah malam. Kitaorg smpi di Bangunan Mara (kitaorg mmg parking disitu..murah dan dekat nak gi LPPKN) dalam kul 7 pagi. Teman Encik B breakfast. So sy tengok jer la.
Selain daripada kena puasa dr kul 12 tengah malam, untuk pesakit tak boleh memakai sebarang wangian (perfume/deodorant tidak dibenarkan), barang kemas tak boleh pakai, pakai pakaian yang longgar dan tidak memakai kasut bertumit. Mesti datang dengan waris (of course dengan suami).
Sesungguhnya kasut yang saya ada semua bertumit walaupun tak tinggi. Nak beli sandal baru mmg tak sempat. Dalam hati nak pakai kasut sport jer. Mujur keluar rumah pagi tu ternampak crocs buruk. Sarung jer la. Lantak pakai crocs ngan jubah..bukan ada orang nak pandang pun..hihi. Janji kasut flat.
Bila smpi klinik, nurse tanya soalan2 untuk operation. Encik B sign borang. Bila dah selesai, nurse hantar ke bilik operation di tingkat 7. Ada day ward. Nurse suruh salin baju dan tunggu doc datang. Sblm doc dtg, ada pegawai makmal / embryologist datang bagi penerangan yang berkenaan IVF/ICSI.
Untuk hari tersebut, hanya ada 1 kes OPU sahaja iaitu kes saya. Dalam 8.45 am, sy dah masuk bilik OT. Doc anesthetic nak cucuk utk drip. Biasa orang gemuk mmg susah nak jumpa urat. Mula2 dia cucuk sebelah kiri..tak jumpa. Cucuk pulak sebelah kanan. Agak sakit. Tapi ok la. Bila dah inject ubat..lalai dan terus zzzzz tak sedar dunia.
Sedar2 dah atas katil kat day ward mamai2. Rasa sgt dahaga dan sgt sejuk jer. Nurse dah selimutkan saya 2 lapis. Rasa time tu dalam kul 10. Betul2 sedar dalam kul 11 lebih pagi then nurse sediakan milo dan biskut. Sy time tu nak air masak jer.
Dalam kul 12, Encik B kena prepare untuk prosedur pengumpulan sperm. Dia settle dlm kul 1. Dia gi makan dan gi mandi sbb nak solat. Saya rest jer dlm ward tunggu doc smpi. Nak tggu balik rumah baru mandi harus dah habis zuhur. Bila dia dah settle, sama2 menunggu dalam ward tu.
Doc datang dalam kul 2.45pm untuk review. Doc bagitau ada 8 telur yang diambil. Masa tu terkejut jugak, cam ne boleh bertambah 1 ni. Hari tu scan ada 7 je. So doc akan call esok bagi tau status dan bila tarikh untuk transfer. Lepas pada tu, siap2 balik. Doc bagi MC 1 minggu sahaja untuk saya dan MC 1 hari untuk Encik B. Encik B buat bayaran dan ambil ubat, sy gi solat zuhur. Walaupun kepala miong2, solat kena buat jugak.
Balik rumah berehat. So far, pada saya OPU tu ok jer. Alhamdullilah saya tak perlu makan ubat tahan sakit. Selepas hari OPU, saya dengan senang hati boleh balik kg..untuk celebrate birthday saya. Cuma lepas operation ada rasa cam bloated jer. Tapi rasa itu hilang pada petang tu.
Ok. Nnt kita sambung part fertilization/persenyawaan.
#IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 2
Assalam semua..
Hari ni dah masuk ofis. Fuhh..lemau jer rasanya. 2 minggu bercuti. Seronok jer dok makan tidur kat rumah. Bila dah lemau, cuba la nak habiskan update pasal ivf ni. Kiranya entry ni throwback cerita 2 minggu lepas..huhu.
Saje nak buat entry ni, untuk simpanan peribadi. Kekadang tu bila time bosan2 baca balik kisah2 perjuangan ttc ni..akan menaikan semangat sendiri. Terkadang, kagum ngan diri sendiri..kuat jugak aku time ni..perasan sungguh.
03/11/2014 (Isnin)
Lepas ultrasound 1, hanya ada 2 sahaja telur yang melebihi 18mm dan ada 2 telur yang berpotensi untuk besar. So doc minta untuk sambung ubat selama 3 hari lagi. Hari isnin pagi dah pegi ke klinik. Datang awal..ambil nombor cepat sbb nak balik cepat..hihi. Tapi doc datang pun dalam kul 9 lbh. Mgkn sblm tu doc ada buat prosedur kat tingkat lain.
Ultrasound kali ni, Alhamdullilah ok. Ketebalan rahim 11mm dan yang agak mengejutkan ada 7 biji telur yang melebihi 18mm. Ya Allah masa tgh scan..senyum jer. Ok la..daripada 4 sahaja yang dijangka. Tetapi dalam pada tu ada 2 biji telur yang bersaiz 27mm. Gila besar. Masa tu saya tanya doc, ada kemungkinan tak sy akan ovulate sblm OPU. Doc kata ada. Masa tu berdoa jer semua ok sehingga ke hari OPU.
Bila dah siap scan. Doc tetapkan tarikh untuk OPU iaitu pada 05/11/2014 (Rabu) jam 8.30am. Mlm tu pada pukul 10 pm saya kena suntik pregnyl. Dalam pada saya suka sbb bilangan telur tu banyak, doc boleh bagitau sy ada patient dia ada 20 biji telur tapi tak boleh disenyawakan sbb tiada benih. Masa tu jugak sy berdoa moga telur sy yg sedikit ni adalah benih di dalamnya. Kalo tak kira tak boleh nak proceed. Lepas settle ngan doc. Beli ubat dan buat pembayaran. So lepas tu kena jumpa nurse.
So masa ni nurse akan terangkan lebih detail apa yang kena buat. Ada beberapa dokumen kena sign. Sbb prosedur OPU akan dibius sepenuhnya. Kepada yang pernah melalui operation akan tahu ada beberapa form yang kena sign. Nurse ambil berat badan, tekanan darah dan juga air kencing. Semua tu untuk persediaan OPU. Ada 1 form berkenaan dengan IVF, perlu disign oleh suami dan isteri. Oleh kerana saya datang sorang, maka saya sign dulu. Encik B sign pada hari OPU.
Agak lama jugak utk urusan hari tersebut. Sy keluar dr klinik dlm 11 lbh pagi. Balik ofis sambung kerja. Sbb hari selasa dan rabu ada conference di KLCC. Pergi conference hari selasa jer. Rabu dah OPU dan bersambung dgn MC seminggu. Siapkan kerja yang penting2, dah tau tak akan dtg ofis 2 minggu..hihi.
Ok..sambung dengan OPU lak.
Wassalam.
Wednesday, 12 November 2014
#IVF/ICSIJourney :: Selesai..fasa 2ww
Assalam semua.
Maaf lama tak update. Masa betul2 padat. Ingat lepas ultrasound hr isnin nak update (minggu lps). Tapi balik dr klinik terus fokus ngan kerja. Selasa pergi conference. Rabu OPU. Khamis balik kg. Jumaat blk shah alam. Sabtu hari ET. Ahad smpi selasa ada makcik datang rumah. So hari ni baru lapang sikit..
Alhamdullilah, saya selamat menjalani ET pada hari sabtu. Walaupun berlaku kejadian yang tak best tapi sy redha jer. Kesian doc dan nurse yg datang kerja hari sabtu semata2 utk buat kes saya. Pastu cam2 hal. Tak sanggup nak story kat sini. Biarlah jadi ingatan saya da suami jer.
Hanya 1 embryo yang di transfer ke rahim saya. Ok..itu jer rezeki sy pada cycle kali ini. Harap ia membesar menjadi zuriat yg soleh. Skrg dlm tempoh berehat. MC doc bg 7 hari dr tarikh OPU. So smlm last MC. Hari ni cuti sendiri..hihi smpi jumaat. Lantak la ofis tu..haha.
Lepas ET, sy berehat di tingkat bawah jer. Smpi skrg blm cuba naik tangga. Bergerak pun dlm rumah jer. 3 hari jugak solat duduk kat kerusi. Baru smlm solat cam biasa. Bila nak sujud kn betul2 slow. Sbb kat area ari2 rs cramping. Bila nak bangun dr sujud pun slow2. Tak nak bg tekanan pd perut. Bed rest jugak, tapi tak 24jam. Pindah2 jugak tempat baring. Kadang2 kat bilik, kadang2 kat sofa dpn tv, kadang2 berlunjur letak bean bag kat kaki.
Sekarang syok jer dok berehat sbb ada muhammad alif kat rumah. Umie dia nak prepare barang bawak balik arab. Muhammad alif pun akan balik dgn umie dia. Passport, visa semua dah ready.
Ujian Beta HCG pada 21/11/2014 dan 24/11/2014. Kira2 dua mggu lepas ET. Harap semua ok...
Wassalam.
Friday, 31 October 2014
#IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 1
Assalam,
Pagi tadi gi scan untuk kali pertama selepas mengambil injection selama 11 hari. Result agak mengecewakan. Hanya ada 2 telur yang berukuran melebihi 20mm dan 2 telur lagi dalam ukuran 15mm-16mm.
Berdasarkan appointment yg lepas doc nak lebih kurang 10 - 12 telur. Ini adalah untuk memberikan peluang berjaya tu tinggi. Tapi dah cam ni, doc minta sambung lagi injection utk 3 hari lagi dan hari isnin datang semula untuk scan. Doc berharap 2 telur lg itu membesar dan tidak berlaku ovulation.
Respond ubat kali ini sama jer seperti buat IUI. Doc dah pening. Sbb dos dah sekali ganda tinggi daripada last IUI tetapi result tak ok.
Masa kat klinik saya ok jer. Tapi bila dah sampai ofis, saya gi solat dhuha..dalam solat saya dah berjurai. Tak tahu cam ne nak describe perasaan pada masa tu dan pada saat sekarang. Bertawakal sahaja.
Berdoa, berdoa dan terus berdoa semoga perjalanan ini dipermudahkan. Sentiasa ingat Allah akan memberikan yang paling baik untuk hamba-Nya.
Sekian.
Wassalam
Pagi tadi gi scan untuk kali pertama selepas mengambil injection selama 11 hari. Result agak mengecewakan. Hanya ada 2 telur yang berukuran melebihi 20mm dan 2 telur lagi dalam ukuran 15mm-16mm.
Berdasarkan appointment yg lepas doc nak lebih kurang 10 - 12 telur. Ini adalah untuk memberikan peluang berjaya tu tinggi. Tapi dah cam ni, doc minta sambung lagi injection utk 3 hari lagi dan hari isnin datang semula untuk scan. Doc berharap 2 telur lg itu membesar dan tidak berlaku ovulation.
Respond ubat kali ini sama jer seperti buat IUI. Doc dah pening. Sbb dos dah sekali ganda tinggi daripada last IUI tetapi result tak ok.
Masa kat klinik saya ok jer. Tapi bila dah sampai ofis, saya gi solat dhuha..dalam solat saya dah berjurai. Tak tahu cam ne nak describe perasaan pada masa tu dan pada saat sekarang. Bertawakal sahaja.
| Lepas solat saya whatsapp jer kat Encik B. Mujur dia ok dan sangat memberi sokongan padu. |
Berdoa, berdoa dan terus berdoa semoga perjalanan ini dipermudahkan. Sentiasa ingat Allah akan memberikan yang paling baik untuk hamba-Nya.
Sekian.
Wassalam
Thursday, 23 October 2014
#IVF/ICSIJourney : Appointment 2
Assalam semua..
Mesti ramai yang cuti hari ni. Cuti sambung sbb smlm dah cuti deepavali. Saya keje seperti biasa walaupun badan tak berapa sihat. Tak tahu side effect ubat atau salah makan.
20/10/2014 appointment dan review doc. Seblm tu Encik B dah buat test SST. Dan pagi tu saya kena ambil darah untuk cek hormon estrogen.
Kesimpulannya daripada perjumpaan dengan doc tu :-
- Period saya datang pada 19/10/2014. Lewat 3 hari daripada jangkaan biasa. Masa appointment tu dianggap CD2.
- Result SST Encik B agak kurang memberangsangkan. Dalam report tu mmg dicadangkan utk ICSI. Encik B agak sedih pasal perkara tu..tapi saya kata dia ok. Result tu ada kaitan dengan kegagalan IUI yang lepas2.
- Result hormon saya, doc kata ok.
- Bermula 20/10/2014, saya kena ambil 2 suntikan. Buserelin 0.3ml dan Puregon 200iu setiap 24 jam selama 11 hari.
- Selain suntikan, acid folic kena ambil setiap hari.
- Next appointment pada 31/10/2014 untuk ultrasound. Jika semua ok..OPU pada 3/11/2014 dan ET pada 6/11/2014.
Pada 21/10/2014, maknanya baru ambil 1 dos suntikan puregon, saya demam. Suhu badan dlm 37.8 - 38.5 darjah celcius. Agak tinggi. Nak makan panadol takut ada side effect lain. Badan cuma panas, tiada selsema dan batuk. Hari semalam (cuti deepavali) saya mandi dengan basuh kepala dan minum banyak air. Alhamdullilah, malam tu normal. Cuma skrg perut mengalami ci**t-bi**t yang agak teruk. Skrg ni agak lembik jugak sbb masalah itu. Jap lagi nak gi klinik.
Sabtu lepas, 18/10/2014 balik kg sebab kenduri aqiqah Muhammad Alif. Disebabkan semua anak dan menantu ayah ada, maka ayah adakan sessi taklimat aka luahan perasaan. So dikesempatan itu, saya pun bagitau kat semua berkenaan dengan treatment IVF ni. Saya tak nak apa2..cuma doa dan support sahaja dari semua orang. Touching pulak masa bagitau tu. Mujur la ada cik misi yang tolong explain. Ayah ok je..Mak cam susah hati sikit. Tapi mak mmg tak berani nak tanya saya..
Pada saat ini, saya harap saya kuat dan saya redha. Doc ada bagitau, part paling kritikal adalah selepas ET yang mana telur yang disenyawakan itu melekat pada dinding rahim. Doc kata, pada saat itu, tidak ada kaedah perubatan yang boleh kawal. Bermakna itu semua ketentuan Allah. Ada banyak kemungkinan yang akan berlaku, tetapi pergantungan hanya pada Allah untuk mempermudahkan urusan dan memakbulkan doa hamba-Nya ini. Kerana setiap yang berlaku di dalam pengetahuan-Nya.
Sekian. Wassalam
Tuesday, 14 October 2014
#IVF/ICSIJourney :: Start cucuk & Ujian SST
Assalam semua..
Cepat sungguh masa berlalu. Hari ini sudah hampir ke pertengahan bulan Oktober.
Hari tu dok citer pasal excited nak jadi mama long. Dengan rasminya baby alif selamat dilahirkan pada 11 Oktober 2014 jam 10.25am. Baby alif lahir pada hari sama kelahiran umi dia aka cik misi. Dengan berat 4.15kg dan panjang 51cm. Baby alif lahir secara czer kerana baby alif sgt besar dah sihat (masa scan sblm bersalin anggaran berat baby 4.5kg). Sekarang baby alif sedang berehat di kampung. Mama long tak dapat cuti lama2 untuk gomol2 baby alif.
Ok sekarang nak story pasal bakal sepupu baby alif...Insya Allah. Pada kul 8.00pm, 11 Oktober 2014 tu hari yang sama kelahiran baby alif, saya pun start suntikan ubat Buserelin sebanyak 0.5ml. Sehingga malam td, dah 3 kali suntikan. Sebenarnya saya ada masalah dengan suntikan ini, bila lepas suntik..ditempat suntik akan jadi cam gegata. Seperti kena gigit ngan ulat bulu. Merah dan timbul. Dalam 2 - 3 jam lepas tu dia akan surut. Pd hari pertama suntikan, ingat ia adalah disebabkan oleh salah teknik suntik. Hari kedua ok sikit. Timbul sikit kesan gegata tu. Tapi hari semalam akan besar kesan gegata tu. Ingat petang ini nak call klinik tanya apsal jadi cam tu. Ada tak sesiapa yang pernah terkena kesan sebegitu rupa? Side effect lain masih belum terasa lagi..
Semalam, 13 Oktober 2014 adalah ujian SST dan ambil ujian darah untuk Encik B. Dengan agak kejam saya suh dia gi klinik sorang2. Saya bagi kad appointment saya jer. Ye la selama ni saya gi sorang takde hal pun. Sbb appointment kali ni mmg untuk Encik B sahaja. Apa dia buat kat klinik smlm tu takde distory detail. Yg dibagitau, proses sama spt bagi sperm utk IUI. Pastu nurse ambik darah pastu dia gi bangunan Mara makan. Kos untuk 2 prosedur tu RM238. Next appointment adalah pada 20 Oktober 2014.
Setakat hari ini belum rasa apa2 sgt. Entah la mgkn tgh byk fikir benda lain. Berharap sgt segala proses ini berjalan dengan lancar. Dan setakat hari ni, saya belum bagitahu kat mak ayah saya lagi. Even kat keluarga mertua. Yg tahu cuma adik saya. Tggu la lepas appointment 20 Okt 2014 ni baru nak bgtahu. Bukan apa, mak saya tu jenis cepat susah hati..memikir bukan2. Lagi cepat bagitahu lagi cepat dia runsing. Baik diam dulu hingga doc cakap pe.
Sekian. Wassalam.
Update : Berkenaan dengan gegata lepas suntik buserlin, doc kata kulit saya alah pada alcohol swab. Doc suh cari non alcohol swab. Saya cuba jugak cari di farmasi tetapi tidak berjumpa. So far, kesan gegata itu akan timbul lepas suntik tapi akan hilang dalam 2 - 3 jam lepas tu..
Update : Berkenaan dengan gegata lepas suntik buserlin, doc kata kulit saya alah pada alcohol swab. Doc suh cari non alcohol swab. Saya cuba jugak cari di farmasi tetapi tidak berjumpa. So far, kesan gegata itu akan timbul lepas suntik tapi akan hilang dalam 2 - 3 jam lepas tu..
Tuesday, 30 September 2014
#IVF/ICSIJourney :: Appointment 1
Assalam..
Hari terakhir bulan september. Serius rasa masa bergerak sangat la laju. Rasa laju tu sebabnya bulan ini sibuk dengan penyediaan bajet 2015. Tak sabar nak tunggu hari jumaat ini. Last day tuk miting bajet..lepas tu submit then boleh la fokus ivf dan sambutan hari raya haji.
21/09/2014 adalah kali pertama appoinment utk ivf. Pada hari tersebut adalah D5. Asalnya appointmen kul 2.30pm, diawalkan ke kul 10.30am. Nurse doc call sehari sebelum tu. Mujur tidak bertindan dengan mana2 mesyuarat atau perbincangan.
Bila jumpa doc, pertamanya doc flash back perjumpaan kitaorg pada bulan 5. So doc tanya, nak buat ivf/icsi atau nak try IUI lg. Sy jawab nak proceed dengan ivf/icsi. Bila keputusan begitu..doc mula draf chart untuk ubat, prosedur dan next appointment.
| Masa doc explain kat klinik faham jer..bila balik rumah nak explain kat Encik B..terkial2. Lama jugak nak bagi faham. |
Serius, ingat datang appointment hari tu jumpa doc..doc terang apa nak buat pastu ambik ubat dah boleh balik. Rupa2 dah ada prosedur kena buat. Lepas doc dah terang2 apa yang akan terjadi 2 bulan ni (Okt/Nov) doc nak scan. So prepare untuk scan. Sblm scan doc ada buat prosedur utk ukur pjg rahim. Saya tak pernah baca pasal ni. Prosedur ni agak sakit..rasa spt buat HSG. Senak skit. Pastu doc scan spt biasa utk check ketebalan uterus dan ovary.
Untuk fasa pertama ini, doc bagi ubat Buserelin bermula pada 11/10/2014 sehingga next appointment pada 20/10/2014. Ubat kena inject 0.5ml setiap 24 jam. So kalo inject kul 8pm..next day kul 8pm. Begitulah seterusnya.
| Inilah ubatnya. 2 botol. |
| perkakas untuk injection. |
Last part utk hari tu..kena ambil darah. Untuk HIV dan tak ingat lagi 1. Prosedur ini adalah untuk kedua2 suami dan isteri. Disebabkan saya gi sorang..saya buat dulu. Suami saya akan buat pada next appointment.
Appointment berikutnya pada 13/10/2014 untuk Encik B sahaja. Selain ambil darah, dia kena bagi semen untuk ujian SST. Saya tak sure, hospital lain ada buat ujian ini ke tidak. Appointment berikutnya, adalah pada 20/10/2014. Pagi tu saya kena ambil darah utk ujian hormon. Then kul 2.00pm jumpa doc untuk review berkenaan step berikutnya.
Doc dah bagi jangkaan untuk OPU iaitu pada 03/11/2014. Tetapi perjumpaan pada 20/10/2014 penentunya tarikh sebenar.
Setiap usaha itu pasti ada dugaan. Dugaan pertama yang tak berapa nak besar adalah saya tak dibenarkan untuk bercuti selama 28 hari sepanjang bulan Oktober 2014. Ini adalah kerana saya di dalam tempoh pemangkuan bermula 01/10/2014. Pening jugak memikir appointment pada 20/10/2014. Sbb pagi tu kena gi ambil darah. Kul 2 nak gi jumpa doc. Ofis ngan LPPKN agak jauh gak. Nak berulang alik tu agak terbeban jugak la. Tgk la camne nnt.
Untuk appointment hari tersebut, kos adalah RM534.50. Ini termasuk ubat, scan dan ujian darah.
Harap semua berjalan dengan lancarnya..
Wassalam.
Friday, 26 September 2014
#IVF/ICSIJourney :: Dimana??
Assalam semua..
Salam Jumaat dan salam zulhijjah untuk semua. Dah tak lama jer lagi nak raya haji. Tapi tahun ini raya haji hanya di rumah sendiri. Encik B ada kelas yek pada hari raya tu. Kesian kat dia..dan kesian jugak kat saya yang kena raya sorang2..huhu. Tapi tak pe..nnt saya gi la raya rumah jiran2 saya (buat muka tak malu dan sedih..hihi)
So, ini nak sambung citer pasal ivf. Ada yang bertanya buat IVF dimana? IVF kali pertama ini saya buat di LPPKN dengan Doc Ghafar. Doc yg sama semasa prosedur IUI sebelum ini. Sebenarnya, saya dan Encik B berbelah bahagi juga pasal doc dan tempat nak buat IVF. Ye la, duit yang ada bukan la byk sgt..duit yang akan guna banyak..nak mengumpul tu bukan la dengan sekelip mata boleh cukup dana. So pemilihan pusat IVF dan doc ni antara yg diberi perhatian.
Ada satu hari, saya terbaca entry kat blog Dr Adilah berkenaan forum IVF di Hospital Pantai. Forum itu diadakan pada 13 September 2014.
![]() |
| sumber gambar daripada blog Dr Adilah |
Lepas jer baca saya pun call, book tempat untuk datang dengar. Tujuan datang forum tu nak dapatkan input dr doktor sendiri. Cadang nak datang ngan Encik B. Atleast Encik B tau la apa yang akan terjadi waktu IVF nnt.
Bila tiba hari kejadian, Encik B tak boleh ikut sebab kena gi kelas. Nak suh ponteng pun tak dapat. So saya gi la sorang2. Forum tu dalam tempoh sejam lebih sahaja. Doc pun cerita prosedur IVF di hospital pantai dan cerita2 pesakit ivf yang telah berjaya.
Masa dengar forum tu saya dah berbelah bahagi antara LPPKN dan Hospital Pantai. Kedua-dua ada pro dan cons. Bila balik rumah cerita la kat Encik B. Minta pandangan dia samada nak buat kat LPPKN atau Hosp Pantai. Pada dia, mana2 pun tak kisah. Dia suh saya tanya dulu pasal hosp pantai dan Doc Adilah. Maka saya contact sweet tooth untuk dapatkan info yang berkaitan.
Bila dalam situasi sebegini, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Macam2. Nak taip kat sini, tak terluah. Dah dapat info skit, kami berbincang semula. Tambah tolak darab bahagi...akhirnya saya dan Encik B membuat keputusan untuk teruskan rawatan dan prosedur IVF di LPPKN.
Alasan utama saya masih meneruskan rawatan IVF di LPPKN kerana doc dah tahu ubat apa yang sesuai dengan saya. Segala rekod perubatan saya dan suami semua dah ada. Maka lebih senang untuk teruskan di sini sahaja. Mungkin dari segi rekod kejayaan tidak dinyatakan tetapi saya yakin ada yang terbaik untuk kami disitu.
Pelbagai cadangan dan pandangan orang bagi yang kami ambilkira. Tetapi keputusan antara kami adalah lebih penting dan utama.
Appointment pertama untuk IVF pada 25 September 2014. Nnt saya story di entry yang lain.
Untuk pengetahuan, kos ivf akan berbeza antara seseorang. Di pantai kos prosedur IVF beharga RM11 ribu +- , tidak termasuk ubat, ujian darah, scan dan lain-lain. So kos keseluruhan lebih kurang RM16 ribu +- tidak tidak melebihi RM20 ribu +-. Di LPPKN juga sama, kos untuk prosedur jugak dlm RM9 ribu+- dan mungkin lebih. Kos termasuk ubat, ujian darah dan scan. Maka untuk persediaan kena sediakan lebih kurang RM20,000. Kos ubat adalah tidak sama antara seseorang kerana keperluan ubat adalah bergantung dos yang digunakan untuk stimulate telur.
Ok smpi kat sini jer dulu..
Wassalam.
Monday, 22 September 2014
#IVF/ICSIJourney
Assalam semua..
Dah lama betul tak citer pasal TTC. Ini baru nak buka citer semula..
Last IUI adalah pada bulan Oktober 2013. Resultnya adalah tidak berjaya. Walaupun mempunyai 4 biji telur yang agak baik. Belum rezeki. Masa sy buat treatment di LPPKN, doc bagi sy percubaan IUI hanya 2 kali. Sbb saya dah pernah buat IUI di DEMC sebanyak 2 kali. Doc nasihat jika IUI kali ini tidak berjaya, doc suggest utk buat IVF.
Bulan 5 saya pergi jumpa doc, untuk review result IUI saya. So doc dah citer panjang jugak masa tu. Doc pun kata, jika saya nak buat IUI lagi pun boleh..nak buat IVF pun boleh. Dia minta saya discuss dengan Encik B sama ada nak buat IUI kali ke-3 atau IVF.
| Beberapa bulan dok menengok apa yang doc tulis ni. Simpan kemas dalam beg. |
Doc kata kalo nak buat IVF jgn la lmbt sgt..hujung tahun lab dan OT akan tutup.
Balik tu bincang ngan Encik B. Kitaorg putuskan untuk buat IVF selepas selesai keje2 kat ofis dan sebelum hujung tahun.
Saya cadang nak buat IVF pd bulan Oktober 2014. Doc suh dtg sebulan sebelum IVF. So start cycle September 2014 ni saya perlu jumpa doc.
Hari semalam 21 September 2014, CD1. Maka dengan ini bermulalah perjalanan IVF saya. Moga dipermudahkan segala urusan. Bukan mudah untuk kami membuat keputusan ini. Tetapi saya yakin setiap yang berlaku itu ada hikmah-Nya.
Untuk sahabat yg membaca, saya minta tlg share link blog2 sahabat yang sama2 menjalani IVF terutama dari Malaysia. Yg dari oversea mmg byk pun. Bukan tak nak follow, tetapi persekitaran dan pemakanan kita tak sama..so agak susah skit nak ikut.
Cukup la..nnt kita sambung lagi. Kita hanya merancang, Allah jua penentunya.
Wassalam.
Monday, 8 October 2012
Hanya Untuk 2 Kali Percubaan IUI
Salam Isnin semua,
Hari ni mood ke laut sikit. Sbbnya..hari ni sakit perut..huhu gara-gara nak habiskan kari kepala ikan.
Saje jer nak buat tajuk post gempak2 kan!! tapi ceritanya biasa jer..hehe.
Ok..last friday bersamaan 5 Oktober 2012, kami (saya + Encik B) ke LPPKN. Appoinment kul 11 pg. Ini adalah pertemuan pertama dengan Doc Ghafar. Pertemuan ini adalah untuk penerangan lanjut ujian semen, ujian darah CD2-CD5 dan ujian darah CD21 dan apa yang doc akan buat..
Keputusan ujian,
Saya (Isteri) - Hormon FSH, LH dan progestron berada di dalam lingkungan (makna ada ovulasi scr natural). Mmg ada PCOS, sbb hormon FSH tak sama dgn LH. So doc kata..ada 2 kemungkinan akan terjadi apabila sy ambil ubat hormon.. 1) ovari sy tak akan respond dan 2) ovari sy terlebih respond.
Encik B (Suami) - Bilangan sperma melebihi sepatutnya/banyak. Pergerakan sperma agak rendah. Rupa bentuk sperma yang normal ok..berada di dalam lingkungan. So doc akan monitor dari semasa ke semasa.
Kesimpulan,
Doc suggest supaya kami cuba IUI untuk 2 kali shj. Sbb sblm ni saya dah buat IUI 2 kali jugak. So total sepanjang TTC...4 kali IUI. Sekiranya tak berjaya, Doc akan move to the next step IVF.
Pada saat ini, saya dan Encik B redha. Ini adalah takdir yg Allah dah tentukan. Untuk IVF kami dah sepakat untuk mula menyimpan duit. So duit bonus 1 bulan yg akan terima..simpan utk IVF yek!! No enjoy2.. Tapi sebelum IVF, kami akan cuba sedaya upaya semasa IUI nnt. Moga saya dan suami tabah dalam mengharungi rawatan ini. Dan jika blm rezeki untuk saya..saya terima dgn hati terbuka. Apa pun terjadi..ia sudah ditentukan. Saya mohon supaya Allah lapangkan dada saya seluasnya..besarkan hati saya sebesarnya..supaya saya tidak berkecil hati dgn ujian ini.
sumber :: fb
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)

