Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

Movie :: Ah Boys To Men 2

Citer ni ada 2 part.  Part 1 tgk di astro first masa bulan Dec. Best gila...tergelak2 dan ada sikit part nangis. Tgk berpuluh-puluh kali.

Bila part 2 kuar kat malaysia..mmg tgk kat wayang la..tak sabor nak tgk sambungan citer. Kitaorg tgk kat Tropicana City Mall. Sbb citer ni tak semua wayang main. Yang ada kat One Utama, Mid Valley dan Tropicana City jer.  Ada pun kat GSC shj.  Masa tgk tu, saya dan Encik B jer orang melayu. Yang lain soheh2 cina. Dan yang gelak paling kuat..kitaorg la..terukkan!!


Sekarang citer ni dah ada kat Astro First.  Bagi sape yang suka tgk movie..subscribe la..tak rugi tengok.

Tapi sebelum nak tgk part 2 ni...kena tgk part 1 dulu. Baru tau citer sepenuhnya.. Ni link dia Ah Boy To Men 1 part 1  dan Ah Boy To Men 1 part 2.

Saya memang gila la tgk citer ni..siap download dalam phone. Bukan setakat citer, soundtrack pun tengok berkali (boleh cari kat youtube). Dia punya behind the scene pun tengok berkali2.

Dalam ramai2 pelakon dalam citer ni, saya suka 2 orang iaitu IP Man dan Sergeant Alex Ong.




sumber : dari instagram Onlynoah & Toshrock

Siap follow diaorg kat Instagram...gilokan!!

Movie ni bercerita pasal National Services di Singapore di Pulau Tekong. Walau dalam gelak2.. ada part sedih. Espcially part Ken dan ayah dia. Dalam gelak2..citer ni ada byk pengajaran terutama dalam kerja berpasukan.  Word yang paling best 'LEAVE NO MEN BEHIND'.  Bila dah ramai tu cam2 peragai la.. Lagi satu yang best citer ni ada pelbagai bahasa.  Bahasa cina, english, melayu dan india.  Dan yang peliknya...masa latihan kawad, diaorang still pakai bahasa melayu.. bangga jap..

Oleh kerana saya suka gila cerita ni..dengan ini saya memberikan 10 bintang untuk cerita ni.  Kalau korang nak tgk citer ni kat Astro First..beli la. Tak rugi. Nnt korang pun boleh ketagih cam saya..haha!!

Sekian.

p/s :: tolong promosi ni dapat komisyen tak??  

Wednesday, 2 May 2012

Movie :: Berani Punya Budak

1 Mei 2012 - cuti hari pekerja. Encik B sibuk ajak tgk wayang. Cadangnya nak tgk Battleship. Nak tgk kat OU. Check GSC OU ada dlm kul 11 pg. Cepat2 bersiap..dalam kul 9 lebih tu dah kuar rumah.

Sampai jer, kat GSC..mak ai punya la ramai yang beratur nak beli tiket. Ada la dalam 1/2 jam jugak beratur nak beli tiket. Masa tu dah kul 10.45 pg. Sampai kat kaunter tu, tanya tiket Battleship tu ada kul 11 tapi seat yang kosong hanya 2 row dr bawah. Giler.. Next show pukul 1.40 petang pun sama jugak. So terus jer decide nak tgk Berani Punya Budak pukul 1 ptg. Time beli tu byk lagi kosong. Ohh..orang semua nak tgk citer orang putih. Citer melayu ni tak berapa laku..hehe.



Kasi baca sinopsis dulu..

Sinopsis movie

Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

Komen Saya

Cerita ni 1 jam 40 minit...terasa sangat la lama. Dari awal sampai habis berlawan jer. Nak kata action takde la best cam KL Gangster. Nak kata lawak takde la lawak mana. Yang menjadi bosan sbb watak orang Thailand tu semuanya miming suara Afdlin.

Cerita yang takde jalan cerita..tak berapa nak ada motif. Rasanya dalam byk2 cerita Afdlin ni Baik Punyer Cilok dan Papadom yang sgt best (tgk banyak kali pun best..especially Papadom). Yang lain ok la. Tapi yang ni mmg tak boleh terima.

Saya bosan jugak tgk..tapi takde la tido..Tapi awek kat kerusi sebelah boleh tido lena. Siap bila wayang dah habis dah bukak lampu..dia tak bangun lagi..siap BF dia kejut baru dia sedar. Kalau tak kejut mesti tak bangun lagi..hehe

So, Encik B punya komen...baik tunggu kat Astro First jer..hehe

Tgk trailer gempak giler..

Saya bagi 2.5 bintang jer.. (lain orang lain pandangan)

Sekian.

Tuesday, 14 February 2012

Movie :: Hafalan Shalat Delisa


Last weekend sempat menontot cerita ini. Sangat menyayat hati. Airmata laju jer mengalir.

Banyak benda yang boleh saya belajar dari cerita ini. 

Part paling sayu "Delisa sayang Umi keran Allah" sambil memeluk ibunya..kepala terus ingat mak. 

Korang tengok la yek!!

p/s :: teringat movie dr Iran bertajuk 'Children From Heaven'. Pelakon utamanya 2 orang kanak-kanak. Cerita penuh dgn pengajaran. Agak2 bila la pembikin filem Malaysia nak buat cerita sebegini rupa. Asyik cerita hantu dan gangster jer...

Tuesday, 13 December 2011

Movie :: Ombak Rindu


Dari hari 1st keluar cerita ini kat panggung..mmg nak sgt tengok. Bagitau Encik B nak tgk. Dia buat dunno jer sbb dia kata rugi cerita begini kat panggung. Tggu je nnt dia download. Pernah baca novel dia..zaman dolu2..cerita kat novel best sgt. So nak la tgk cerita filem lak.

Baca komen2 org mengenai filem ini best sgt. Semua pasti menangis bila keluar panggung. So nak gak nanges..hehe..gatal. Daripada minggu sebelumnya, bercadang nak pergi tgk..cerita ini asyik sold out jer. So cuba lagi minggu ini. Hari sabtu sold out (masa nak beli tu pun dah petang). Hari Ahad, tengahari try sekali lagi nak beli. Alhamdullilah ada. Show pukul 9.30 mlm. Since ada application GSC di iphone ini sgt mudah proses beli tiket. Boleh dtg ngam2 nak tgk wayang jer. Rasanya application ini dah ada kat smartphone lain.

So, 9.30 pm smpi GSC One Utama. Org mmg ramai. Sbb Isnin selangor cuti lagi. Apa yg boleh sy komen pasal cerita ini (dr sudut pandangan mata & perasaan saya la) :-

  1. Cerita dlm novel lagi best...
  2. Cerita ini tak boleh di klasifikasi sebagai U. Ada part2 yang tak sesuai utk tontonan kanak2.
  3. Ada jugak part tak logik. Rumah kat Langkawi. Ofis kat Cameron. Jauh benor pergi balik kerja...
  4. Masa baca novel, sy imagine yg izzah ini baru hbs SPM. Muda. So, sy rasa Maya Karin tu tak berapa sesuai utk watak izzah tu..
  5. Saya sgt lokasi rumah kurungan izzah & rumah harris. Kayu kayan...kalo dapat rumah sebegitu bestnya..
  6. Sy tak suka mak harris lakonan azizah mahzan...tak sesuai langsung...kalo ye pun mak moden...jgn la seksi sgt.
Overall cerita ini ok.

Dipetik dari status FB Ustaz Hasrizal ::

"Adik2, tontotlah Kungfu Panda. Ia jauh lebih membangkitkan iman.
Di dalamnya tiada 'Muslim' tetapi ada banyak islam.
Jangan layan Ombak Rindu.
Di dalam filem itu ada Muslim, namun tiada Islamnya"

p/s :: saya setuju dengan status di atas. Tp sy belum tgk kungfu panda lagi.