Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

Bulan September :: Bulan Sibuk Sesangat..

Assalam semua..

Dah lama tidak mencoret sesuatu di sini. Biasala..dah masuk bulan banyak keje.

Sekarang sibuk menguruskan..

sumber :: google

Selaku urusetia..banyak la kerjanya.

Dan pada bulan ini juga ada 2 orang sepupu yang akan melangsungkan perkahwinan. Lagi la terasa padat jadual. Tak sempat nak enjoy..

Untuk akhirnya tahniah bagi sahabat ttc yang telah berjaya preggy. Yang belum lagi..jangan putus asa...teruskan usaha. Saya juga masih berusaha. Ingatlah rezeki ini ketentuan Allah. Usaha itu asbab utk kita mendapatkan rezeki tersebut. Sama seperti knp kita kena kerja..sbb asbab utk Allah bagi kita rezeki kewangan utk kehidupan kita.  

Sebelum bye..sedikit semangat utk semua..

:: tak perlu bertanding antara kita, kerana Allah menjadikan setiap manusia ada keunikan masing-masing::

Ok..tak boleh mengadap lelama sgt blog ni..ada lagi kerja yang lebih penting!!

Wassalam.

Friday, 10 May 2013

CD13 :: TVS KE-2 #2013 #1st Treatment

Salam Jumaat.  Jumaat yang penuh barakah..

Pagi tadi selamat membuat scan untuk kali ke-2.  Appointment pukul 8.00 am. Alhamdullilah segalanya selesai dalam pukul 9.15am.  Pukul 10 am dah ada kat ofis.  Semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Hari rabu lepas sy dah scan utk pertama kali. Doc minta sy inject 100iu puregon pada hari Khamis malam.

So resultnya sgt memberansangkan. Ketebalan rahim masih lagi 6mm. Ok.

Ovari sebelah kiri ada 3 biji telur dgn ukuruan 22 x 23, 15 x 12 dan 14 x 11.

Untuk ovari sebelah kanan ada 6 biji telur 12 x 12, 11 x 10, 16 x 16, 20 x 14, 24 x 23 dan 16 x 11.  So yang sy highligt merah tu dah boleh diterima untuk proceed IUI.   Dan warna biru tu masih boleh dipertimbangkan.  Kemungkinan telur itu akan membesar sehingga ukuran 18mm.

Doc menetapkan prosedur IUI pada hari Isnin 13 Mei 2013 (harapan janganlah berlaku apa2 yang tak diingini).  Sy perlu ambil suntikan Hucog sebanyak 5000iu pada 11 Mei 2013 jam 8 malam.

Baru hari ni ari2 sy rasa cramp.  Tapi masih boleh bertahan. Tiada apa yang saya mohon hanya dipermudahkan semuanya oleh Allah.

Mulai hari ini..saya tak nak fikir pasal IUI..saya nak enjoy jer!!!  Rasa nak gi shopping cari kasut..

Sebelum bye-bye...satu motivasi utk semua..


Setiap kesusahan yang kita tempuhi akan memberikan kita lebih ilmu, kekuatan dan meningkatkan nilai kesabaran.  Semua ini adalah pengalaman yang terindah dalam hidup ini!!

Sekian. Wassalam.


Thursday, 2 May 2013

Treatment Pertama Utk 2013

Hari ini appointment dgn Doc Ghaffar pada CD5.

Setelah lama berehat, cycle ini saya menyambung balik treatment dgn LPPKN.  Mmg lama tertangguh. Sebenarnya bulan Januari 2013 ada call utk continue treatment tapi pada masa call, nurse bagitau diaorg tak ambil kes sbb klinik tengah renovate.  Bulan Februari, Mac dan April mmg sibuk dengan financial report..maka segala bagai treatment ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Review dulu last treatment. Clomid 100mg utk 5 hari. Makan setiap 24 jam. Suntikan Gonal-F 75iu untuk 3 hari. Inject setiap 48 jam. Resultnya, ada 2 biji telur yg matang. Tak cukup syarat nak buat IUI. Try naturally. Detail story disini.

Review treatment utk kali ini. CD1 pada hari ahad 28 April 2013. So ngam2 26hari. Tepat. Nurse bagi appointment hari ini bersamaan CD5.  Untuk cycle kali ini, doc bagi ubat Clomid 100mg untuk 5 hari. Ambil setiap 24 jam.  Suntikan puregon 100iu untuk 3 hari. Inject setiap 48 jam.  Scan pada 8 Mei 2013 jam 11 pg. Doc up kan dos puregon sbb masa last treatment tu cam tak cukup 1 biji telur lagi untuk buat iui. Doc harap dgn dos sebegini rupa boleh dpt seperti yang diharapkan.

Selain daripada ubat di atas doc suh makan asid folic 5mg setiap hari.  Untuk ini, saya dah start makan dari bulan April lagi.  Saya ambil bersama fish oil dan EPO.  Sebiji sehari (1000mg).  Encik B pula ambil supplement zinc (dos tak ingat).  EPO saya ambil sehingga hari ovulation sahaja, lebih kurang sehingga hari ke-14.  Selepas tu saya ambil flexseed oil. 

Secara jujurnya...saya ok jer. Saya usaha dan doa. Selebihnya biarlah Allah tentukan. Dan kali ini saya tak mau stress2.  Nak kasi big smile kat semua orang setiap hari...(boleh ke??) Kerana bila gembira hormon pun lebih stabil..hihi.. 

Motivasi utk semua TTC yang membaca...

kura-kura pun bagi big smil :-)

Sekian..




Tuesday, 31 July 2012

Ramadhan ke-11 = CD1

Salam semua..

Fuhhh..lama betul tak menaip. Byk cerita tetapi masa tiada. Banyak sungguh keje di ofis yang perlu diselesaikan sebelum cuti raya.

Hari ni 1st day period. Semlm dah spotting. Smlm dah tak puasa. Refer balik cerita 1st Appointment di LPPKN <tekan sini>  sepatutnya CD2 kena buat blood test. Memandangkan CD21 tu jatuh time hari raya..maka blood test sy akan dibuat pd cycle akan dtg. Ok la..malas nak rush2..nak relax bulan puasa ni tanpa memikirkan TTC.

Last cycle sy 27 hari. Rasa dah makin cepat. Takde rasa pun nak period..tgk2 dia dtg jer. Mgkn juga sbb sy tak menunggu dia.

*************************************
perkongsian ilmu..
Sumber :: Ceramah sblm terawih. Nama ustaz tak tahu. Tafsir berkenaan dgn surah Al-Imran

Allah akan makbulkan doa hamba-Nya dengan 3 cara :-

i. Allah makbulkan doa hamba-Nya seperti yang dimohon dengan cepat
ii. Allah makbulkan doa hamba-Nya seperti yang dimohon tetapi lewat sedikit
iii. Allah makbulkan doa hamba-Nya bukan seperti yang dimohon tetapi menggantikan yang lebih baik utk hamba-Nya.

Berdoalah sebanyaknya sempena bulan yang penuh barakah ini..

jgn berhenti berharap dan berdoa..

Wednesday, 4 July 2012

WW :: Motivasi Untuk Diri Ini





 p/s :: mendengar perkhabaran baik utk orang lain.membuatkan diri ini sedikit menderita.
Ketentuan Allah adalah yang terbaik.

sumber ini semuanya dari FB.


Tuesday, 29 May 2012

Jentikan Kasih

Buat sahabat TTC & mereka2 yang sedang diuji....

Dikongsi dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi

*********************************************************************************

JENTIKAN KASIH…

Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan.
 
Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?

Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.

Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?

Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”  Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi  ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.

Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!

Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’

Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya.  Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.

Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!

*********************************************************************************

p/s :: Allah aturkan yang terbaik untuk kita..

Tuesday, 8 May 2012

Sensitif Pasal Anak

Lately ini entry saya berkisar pasal ofis dan masakan. Sememangnya sekarang saya tidak memikirkan pasal anak disebabkan keputusan saya untuk menangguhkan treatment dgn Doc Zamri. Oleh itu, tiada entry berkenaan TTC ni. Walau bagaimana pun, kami suami isteri tetap berusaha tetapi sekadar melepaskan batuk ditangga. Tidak bersungguh-sungguh. So malas la nak buat entry pasal TTC.

Kali ini saya ingin story berkaitan dengan emosi yang dialami oleh kami suami isteri.  Saya memang sensitif pasal anak. Pada usia yang sudah 30-an lebih ini dan usia perkahwinan yang akan menginjak ke tahun ketiga, saya mmg sangat sensitif bila bicara pasal anak dan zuriat.  Saya memang ingin memiliki zuriat sendiri.

Pada cycle ini, saya banyak menangis. Tidak semena-mena saya mengalirkan air mata. Tgh drive saya menangis, dalam solat saya menangis, selepas solat sy menangis, bila duduk sorang2 saya menangis. Boleh dikatakan setiap masa sy menangis. Encik B dah tak kuasa nak memujuk saya. Saya sgt sedih bukan kerana tidak boleh menerima ketentuan Allah tetapi...(susah saya nak terangkan dgn kata2).

Oleh kerana saya terlalu sensitif, saya tidak akan komen/beri ucapan tahniah kepada kawan-kawan saya yg baru menerima cahaya mata ataupun annouce dia preggy di FB. Terukkan saya?? Tetapi saya pun tidak menulis apa2 status di FB dan komen apa2 di status orang lain. Ia umpama saya tidak menjenguk FB sedangkan saya senantiasa membaca apa yang dipost di FB. Saya mmg psycho. Itu saya..sbg seorang perempuan yang memang diketahui tahap sensitif sangat tinggi.

Tetapi dalam saya tidak sedar, suami saya Encik B juga terlalu sensitif pasal zuriat.  Pada mulanya saya rasa dia kuat tetapi tidak. Tahap sensitifnya juga tinggi seperti saya. Berikut beberapa kisah sensitif Encik B yang mempunyai rasa sensitif spt saya.

Kes 1

Ex-coursemate cum Ex-ofismate dia baru dpt baby boy. Kawan Encik B lelaki. Kawan dia juga ada dlm freindlist FB saya. Encik B mmg jarang tgk FB.  Mereka mmg kawan tapi ofis masing2 jauh. So jrg jugak berjumpa. Sy tlh tahu yang kawannya akan mendpt baby tetapi saya diamkan sajer.  Sehinggalah 1 hari kawan dia tu postkan gambar baby dia yg baru lahir. Dan kebetulan hari yang sama Encik B tertgk FB.

Balik jer rumah Encik B beri tahu saya..yg kawan dia tu dah dpt baby. Encik B mmg terkejut..entah bila isteri member dia tu preggy. Saya pun jawab dah lama sy tahu. Pas tu sy bg tau Encik B, yang saya tidak wish congrats pun kat member dia tu. Encik B pun ckp dia pun tak wish jugak.

Sy mmg terkejut dgn tindakan Encik B...dia sama seperti saya..sensitif!!

Kes 2

Encik B kena pergi 1 course di Ipoh. Semasa course tu, semua orang kena buat presentation. Oleh kerana course itu bercampur pelbagai bidang, maka presentation pelbagai tajuk.

Peserta dlm presentation tersebut ramai terdiri daripada kalangan doktor dan jururawat. So bila part presentation jururawat itu, byk berkaitan dengan baby dan ibu mengandung.

Balik jer dari course tu, Encik B excited bercerita pasal presentation dia dan kawan2 dia.  Bila dah habis cerita tiba-tiba Encik B kuar ayat "Abang rasa touching la."

Saya pun tanya kenapa. Encik B jawab "Ye la kita belum ada baby. Kalau tak kita boleh la praktis apa ilmu yg abang dapat."

Saya terus terkelu. Saya pun jawab "Takpe la..papa dah ada ilmu..nnt bila dah ada baby kita boleh la praktis." Encik B diam sajer.

Ohh...sensitifnya suami saya..

Kes 3

Kes ni mmg sgt sensitif dan sedih.

Satu petang cuti hujung minggu, saya dah bosan dok rumah..saya ajak Encik B pergi keluar jalan2 di taman kawasan perumahan kami. Encik B kata malas sambil duduk menghadap komputer. Dia kata nak tunggu kawan dia si Jul (kontraktor) janji nak dtg rumah bagi katalog pagar. Sbb Si Jul tu sdg nego dgn sorang lagi kwn Encik B, Si Rol yang sama2 tinggal di dalam kawasan perumahan dengan kami.

So sy pun ckp, saya nak main basikal (ohhh..cam budak). Nnt saya intai sekali kalo si Jul tu ada kat rumah si Rol. Saya pun keluar, ambil basikal pusing2. Sampai la kat rumah si Rol tu, sy tgk takde orang pun. Mesti si Jul ni dah balik. Saya pun balik rumah bagi tau Encik B yang si Jul tu takde. Saya push jugak dia utk berjalan ditaman.

Dgn keterpaksaan, Encik B ikut jugak cdgn sy dgn muka yang tak berapa nak senyum. Bila smpi kat taman, Encik B terus lepak kat pangkin dan baring. Bila dlm keadaan itu, saya jd kecik hati dan ajak dia balik rumah. Saya dah mula merajuk. Encik B panggil2 saya buat bodoh jer.

Tetapi bila dia dah paling banyak kali..sy pun turutkan jer. Sambil berbaring depan tv, Encik B suh saya baring disebelah dia, atas lengan dia. Dia pun ckp "Abang tak nak gi taman tu, sbb abang takde anak nak bawa main."

Dalam hati saya, Ya Allah sampai begitu sekali dia fikir dan rasa. Mmg sgt sedih. Saya tidak berkata apa2. Tapi sy tetap jugak merajuk smpi hari Isnin pagi.

Sepanjang drive nak gi kerja tu saya menangis. Menyesal pun ada sbb merajuk. Kalau la apa2 jadi kat suami saya sepanjang hari ini, mesti saya menyesal tak sudah. Smpi jer ofis, sy terus sms Encik B, minta maaf. Dan saya ckp sementara kita berdua ni kita enjoy la sepuasnya..tak nak sedih2.

Suami saya sangat sensitif pasal zuriat..yang kadang2 sensitifnya tidak dijangka2.

Selepas pada kejadian itu, saya agak berhati2 untuk membicarakan soal zuriat dgn Encik B. Dan saya dah tak paksa dia nak gi taman. Biar la dia pergi dengan rela hatinya.

Mgkn kita sudah lali bila dgr isteri yang sensitif pasal zuriat. Tapi hati yang Allah cipta mempunyai sama jer. Saya rasa suami2 TTC juga sensitif bila berbicara pasal zuriat. Mgkn luaran kita nampak cool jer..tetapi di dalam hati siapa yang tahu.

Saya pernah bertanya pada Encik B satu soalan.  Soalannya sebegini rupa, bagi pasangan yang telah berkahwin belum ada zuriat, adakah ia dugaan untuk pasangan itu atau Allah belum beri rezeki anak utk pasangan tersebut??  Encik B jawab, Allah belum beri rezeki anak kpd pasangan itu. So pada saya rasa, anak itu rezeki, kita kena usaha untuk mendapatkannya. Tetapi ketentuan rezeki itu hanya ada pada Allah.

Sekian.

p/s :: Fikir dari sudut positif ~ Allah memberi nikmat masa yg terluang kepada kita warga TTC.  Gunakanlah sebaik mungkin.



Tuesday, 6 March 2012

Masalah Kita Hanya Segenggam Serbuk Kopi

Nak juga buat entry, walaupun bz..hehe.

Sebenarnya dah lama saya nak share benda cerita ini di dalam blog. Tapi tak berkesempatan nak taip. Takzirah ini saya dengar daripada radio IKIM. Disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin.  Kebetulan kita berada di dalam situasi sebegini. Boleh la menjadi iktibar.

(apa yang disampaikan disini adalah daripada pemahaman saya sendiri..)

Begini kisah..


Ada seorang pemuda, datang berjumpa seorang ulama. Pemuda itu memberi tahu kepada ulama ini yang dia mempunyai masalah. Masalah dia sangat berat. Dia meminta ulama ini untuk membantunya.  Kerana masalah itu dia berasa sangat tertekan.

Ulama itu pun bawa kepada pemuda itu serbuk kopi dan segelas air kosong. Dia meminta pemuda tersebut untuk mengambil segenggam kopi dan dimasukkan di dalam segelas air kosong. Dia kacau serbuk kopi tu di dalam segelas air. Dan ulama itu meminta pemuda tersebut meminum air tersebut. Pemuda tersebut pun minum air bancuhan kopi tu. Rasanya sungguh pahit. Ulama itu bertanya kepada pemuda tersebut "Apakah rasa air ni?". Jawab pemuda tersebut "terlalu pahit".

Selepas itu, ulama itu membawa pemuda ini keluar dari rumah menuju ke telaga. Ulama membawa serbuk kopi. Ulama tersebut meminta pemuda tersebut, mengambil segenggam serbuk kopi dan dicampakkan ke dalam telaga. Pemuda itu menurut perintah ulama. Setelah selesai, Ulama itu mengambil air daripada telaga dan diberikan kepada pemuda itu. Ulama meminta pemuda itu meminum air telaga tersebut. Selapas itu ulama bertanya "Apakah rasa air ini?". Jawab pemuda tersebut "tiada rasa. Tawar".

Ulama itu pun memberitahu, apakah signifikan di antara segenggam kopi dengan sebuah masalah yang dihadapi oleh pemuda tersebut.

Masalah yang kita hadapi hanya sebesar genggaman kopi. Ia tidak akan lebih dan ia tidak akan kurang. Sukatan itu tetap sama.  Tetapi yang membeza kita adalah, penerimaan kita ke atas masalah tersebut.  Jika kita terima masalah dengan hati yang tertutup, meratapi masalah tersebut, tidak berfikiran terbuka, kita akan merasakan masalah itu sangat pahit dan membebankan.

Tapi jika letakkan masalah itu di dalam hati yang terbuka, menerima dengan fikiran terbuka, kita akan merasakan masalah itu tidak ada kesan kepada kita.  Kita akan lebih berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Saya saya terkesan dengan kisah ini. Mengapa?

Sbb selalu terjadi dalam hidup saya. Masalah yang remeh pun saya rasakan susah. Padahal tidak ada pun yang susah. Kadang2 masalah kecil pun boleh jadi isu. Bila dgr motivasi ini, saya rasa masalah itu tetap sama tetapi yang membezakan bagaimana kita menerima masalah dan cuba menyelesaikannya adalah lebih penting.  Selepas dgr motivasi ini, saya mula anggap semua masalah boleh diselesaikan dan ia mudah utk diselesaikan. Di dalam keadaan begitu, fikiran kita akan jadi lebih rasional dan akan timbul idea2 yg bernas untuk mengatasi masalah.

Ada pepatah yang saya jumpa di dalam FB sahabat saya..

Kadang-kadang kita berdoa untuk jadi kuat
Tapi banyak pula dugaan yang datang

Kadang-kadang kita berdoa minta cerdik
Tapi banyak pula masalah yang bertandang

Kadang-kadang kita berdoa minta kebahagian
Tapi huru hara pula yang menjelang

Setiap dugaan itu menjadikan mental kita kuat
Setiap masalah itu menjadikan kita berfikir
Setiap hura hara itu menjadikan kita tabah

Subhanallah betapa hebatnya Allah
Semua aturannya ada hikmah tersembunyi

Kesimpulannya, badan kita ada 3 part yang penting. Yang pertama fikiran, yang kedua emosi dan yang ketiga tindakan.  Orang yang normal akan berfikir dulu, baru timbul emosi dan akan bertindak.  Tapi kebanyakan orang sekarang lebih emosi, terus bertindak melulu dan selepas itu baru berfikir.  Oleh itu, gunakan fikiran yang kita ada untuk membentuk emosi yang baik dan akhirnya menghasilkan tindakan yang berkesan.


Monday, 5 March 2012

CD 13 :: TVS..Dah Ovulasi

Sabtu lepas 3 Mac 2012 ada appointmen dgn doc. Buat TVS..nak check sama ada telur ok ke tak?

Hasil TVS..saya dah ovulasi. So, doc suh try naturally. Dah berapa lama dia ovulation pun tak tahu.  Doc bagi ubat Duphaston dan Tribestan utk Encik B. Doc ckp jumpa next period. 

Rasanya bulan ni tak berjaya lagi. Menyerah sebelum kalah..haha. Ye la sbb kami pun kurang ber'BD'.

Tapi saya rasa sgt syukur, walaupun saya seorang PCOS..period saya on time. Walaupun saya tak ambil clomid, ovari saya mampu untuk menghasilkan telur dan matang. Walaupun ambil clomid dlm tempoh yang lain, ketebalan rahim saya normal (sbb ambil clomid untuk tempoh lama, boleh menyebabkan lining rahim menipis).  Bila memirikan semua ini..saya rasa saya boleh mengandung. Benarlah Allah yang menentukan segalanya. Mgkn belum masanya lagi..

Oleh itu, utk next cycle saya akan berehat sebentar untuk jumpa doc. Mgkn untuk 2 cycle @ 3 cycle. Ni berikutan nasihat cik misi untuk saya stop seketika daripada mengambil sebarang drug. Dia minta kitaorg untuk beralih kepada semulajadi. Bukan bermakna saya tak jumpa doc, saya akan melupakan usaha TTC ni.

Sekarang ni pun saya dan Encik B mengamalkan 1 petua yang diberi oleh anne. Bangun pagi, minum air masak 600 ml (tapi saya minum sekadar yang boleh sahaja). Ambil 1 sudu minyak zaitun, 1 sudu madu habatussauda dan 1 sudu pati delima gulsan. 2 jam selepas tu baru breakfast. Anne minta tambah makan pil habatussauda. Tapinya belum jumpa lagi.  Alhamdulillah..sejak amalkan makanan sunnah ini badan jadi bertenaga. Takde la pagi2 dah mengantuk. Selain dari tu, saya masih ambil asid folik, EPO/Flexseed oil, minyak ikan dan multivitamin.

Yang penting usaha harus berterusan.

Untuk akhirnya, baca artikel ini. Ia akan memotivasikan diri sendiri yang sedang dilanda ujian. Klik disini.

p/s :: masa raya puasa dulu, ada seorang abang bawa saya berurut dgn seorg nenek dikampung. Habis urut nenek bagi 3 helai daun sireh siap dgn gambir dan pinang utk dimakan. Nenek tu kata, datang urut lagi bila period. Tapi lepas tu tidak berkesempatan. Baru2 ni, nenek tu bagitau kat abang tu suh saya datang urut. Hebat tul nenek tu boleh ingat lagi saya. Harus diusahakan ini..hehe

Thursday, 23 February 2012

Motivasi untuk Hari ini


p/s :: ingat pesan anne semalam..orang nak mengandung kena senyum sampai telinga.
Hari ini saya dah tersenyum tapi belum sampai teling lagi.