Showing posts with label harapan. Show all posts
Showing posts with label harapan. Show all posts

Monday, 8 April 2013

Terharu..Sebak..


Terharu dan sebak sebab dia jumpa blog saya
Sebak sebab ada sahabat yang menanggung kesakitan yang sama
Terharu sgt sbb blog ni dapat juga memberi kebaikan
Terharu juga..sbb sahabat ni boleh tau lak itu saya..

Untuk SH..moga kita sama2 dikurniakan zuriat yang soleh
Moga kita diberikan kekuatan utk menempoh ujian ni
Moga airmata kesedihan kita akan dibalas dengan airmata kegembiraan
Dan percayalah, setiap takdir yang ditetapkan oleh Allah itu ada baiknya..





Monday, 31 December 2012

Goodbye 2012, Welcome 2013


Kepada semua rakan blogger

Selamat Tahun Baru 2013
Moga Allah merahmati kita semua

Tiada beza pun 2012 dan 2013
Masa akan sentiasa ke hadapan
Tidak akan mengundur
Oleh itu, guna dan nikmatilah masa yang ada dengan manafaat
Moga kita semua tidak menyesal di sana nanti


Wassalam..

Wednesday, 22 February 2012

CD 2 :: Tiada Lagi Ubat Kesuburan dan Emosi

Walaupun hari ini - hari kurang kata2..tapi saya tetap nak kata2 juga..

Semlm saya jumpa doc, sbb dah period. Doc pun bila nampak muka saya jer...dia pun tanya saya period ker? Jawapannya of course la. So last IUI tak menjadi.

Utk cycle ini, doc dah tak bagi lagi ubat kesuburan..memandangkan saya telah ambil untuk 4 cycle yang lepas. Maka doc hanya beri ubat yang biasa Dexa dan Metformin berserta 1 supplement Dhea 25.

Bertanya mengenai masalah hubby saya, doc kata kita tgk dulu. Doc nasihat minta Encik B makan supplement zink atau multivitamin utk improve kualiti sperm dia.

Bila balik dari jumpa doc, saya menangis bersendirian dalam kereta.  Masih lagi emosi pasal IUI..sedangkan saya sudah redha..

Sampai ofis, saya google pasal Dhea 25 tu. Bila baca artikel ini saya jadi lagi sedih. Tapi saya harus percaya doc saya. Tidak mungkin dia memberikan ubat tanpa pengawasan.

Balik rumah, saya bagitau Encik B pasal kerisauan saya..Encik B nasihatkan saya, kita follow apa doc ckp dan kita mohon supaya Allah berikan jalan yang betul kepada kita. Bila cam tu saya menangis lagi. Time nak makan ubat, Encik B pujuk lagi...dgn bacaan selawat dan doa tawakal..saya makan juga Dhea 25. Harap sgt tidak memberi kesan yang buruk pada tubuh badan ini.

Pagi ini, dalam bersiap pergi keje..saya tunggu Encik B selesai solat subuh. Saya duduk sebelah dia slps solat. Saya salam dia dan peluk dia..airmata saya mengalir lagi. Dia ckp jgn la sedih2..Dia akan sentiasa ada utk saya. Kita buat ini semua ikhtiar kerana Allah. Bukan saya, bukan dia dan bukan doc yang memberikan kita zuriat tetapi Allah. Kita boleh cuba saja..

Saya bagitau Encik B, melalui proses ini memang memberikan tekanan. Sama ada tindakan yang kita ambil ini baik atau tidak utk kita..kita tak mengetahui. Tak semua cerita TTC ini boleh kita share dgn semua orang termasuk la ahli keluarga sendiri. Ada yang tidak memahami. Sejujurnya semenjak memulakan semula rawatan ini, saya hanya berkongsi cerita TTC secara detail dengan 3 orang iaitu Encik B dan 2 orang kawan di ofis (sbb mereka melalui apa yang sdg saya lalui) dan juga di blog ini. Selain drpd itu, saya ckp pergi hosp jer jumpa doc..itu sahaja.

Saya rasa saya cukup kuat utk tempoh semua ini..tapi pada saat ini saya seperti sayur yang dah lembik...terkulai layu..

Ya Allah, aku redha dengan ketentuan Mu..berilah kami kekuatan untuk menempuh hari-hari kami. Kau berilah petunjuk dan jalan yang sebenar-benar kepada kami supaya kami tidak sesat.. Semoga apa pilihan dan keputusan kami adalah tepat..

Tuesday, 3 January 2012

Kesedihan Tahun Baru

Minggu tahun baru ini sungguh sibuk menguruskan rumah baru. Kepenatan teramat sangat hingga malam tahun baru berlalu begitu sahaja seperti hari-hari yang lain.

Seharian hari Sabtu mencari langsir utk rumah baru bersama mak ne. Sempat ke ikea dan makan steak jer. Balik rumah terus pengsan.  Terkejut dari lena bila dengar dentuman bunga api.  Hari Ahad dan Isnin, seharian di rumah baru mencuci dari atas sampai ke bawah. Dari depan sampai ke belakang. Bertungkus lumas saya, suami dan adik-adik. Mujur jugak ada tenaga kerja dari orang lain. Tq tie, de dan aqilah.

Hari semalam, siap mencuci rumah awal juga. Petang balik rumah KJ, menguruskan kain baju pulak.  Jika dibiarkan dalam bakul, lagi sakit mata.  Walaupun penat, gagahkan juga melipat dan menggosok baju. 

*

Seperti biasa saya dan Encik B, akan solat berjemaah.

Usai solat, kami pun berdoa. Dan seperti biasa, selepas doa kami akan bersalam, cium dan berpeluk. Itu adalah rutin kami.

Tetapi semalam, masa berpeluk airmata saya mengalir.  Rasa sangat sedih.

"Kenapa ini?" tanya Encik B

"Sedih la abg. Kita masih belum ada baby. Umur pun dah 30-an.  Sempat ke kita nak ada baby."

"Ijan jgn la sedih. Syukur dengan apa yang ada. Ada kawan-kawan ijan, masih belum berkahwin pun. Usah nak fikir pasal anak, suami pun belum ada.  At least ijan ada abg." kata-kata Encik B membuatkan saya lagi sayu.

Saya peluk dia.."Ijan syukur Allah beri abg pada ijan. Ijan sayang abg."

"Kita usaha selagi boleh." kata-kata semangat dari Encik B.

*

Saya cuba untuk kuatkan semangat.  Dan harus lebih kuat lagi. 

Bersyukur dengan apa yang dimilik sekarang adalah lebih baik.  Jgn pandang ke atas tapi pandanglah ke bawah. Supaya kita rasa, kita adalah hamba Allah yang paling bertuah.

Friday, 30 December 2011

Kenangan 2011..Harapan 2012

Hari ini mgkn post terakhir utk tahun 2011. Slps ini dah byk hal. Yang paling penting, nak clearkan semua fund transfer sblm masuk detik 2012.  Biasa lah...ini la tugas hakiki orang akuan.. (sape suruh jd org akaun)



 
Nak review kenangan utk tahun 2011 ni ::

 
1.   Dapat menunaikan ibadat umrah dgn Encik B dan my MIL.  Walaupun ada byk rintangan tapi akhirnya berjaya jugak menjejak kaki di rumah Allah.  Ada kenangan yg sgt best yg tak boleh lupa pada malam slps umrah pertama. Biarlah ia menjadi kenangan di dalam kepala otak saya & Encik B sahaja...hahaha. Tapi ada jugak kenangan tak best, time hilang dgn Encik B sewaktu umrah kedua.  Ohhh..time tu rasa bersalahnya pada Encik B.

2.   Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk pertama kalinya. Tak sangka bos begitu baik hati beri saya APC.  Sy baru 4 tahun berkhidmat dlm sektor kerajaan ini.  Saya bukanlah kakitangan yg cemerlang mana pun..tp rasanya saya mmg tiada masalah kot...(sy menurut perintah)..hahaha

3.  Setelah 4 tahun menjaga akaun ini, untuk penyata kewangan 2010 dapat sijil audit dgn teguran. Hanya kerana kes hartanah yang over stated ni lebur jugak sijil audit bersih utk 6 tahun berturut2.

4.  Yang paling ditunggu utk tahun 2011 adalah 'Baiti Jannati'.  Ikut S&P sepatutnya siap bulan Mei. Pastu pemaju diam jer. Akhirnya pada bulan November, kitaorg dpt kunci dan pemaju kena byr LAD utk tmph yang delay tu.. So new year rumah baru. Bayar htg bank lak...takde sewa2 lagi.

5.   Encik B tukar kerja lain. Mula2 saya rasa berat hati bila Encik B pergi interview kerja ini. Dalam hati berdoa biarlah dia keje kat ofis lama. Blh la nak gi Turki ke New Zealand ker..(banyak sangat ke duitnya nak gi jalan2) tapi akhirnya saya redha jika kerjaya baru ini terbaik utk dia. Ini adalah salah satu doa Encik B di hadapan kaabah. Allah dah makbulkan. Semoga Encik B lebih berjaya..

5.  Isu keluarga mmg tak hbs. yang paling kenangan adalah kisah kereta bluebird idaman tauke sayur..penuh dgn drama. Pening kepala ini memikirkannya. Akhirnya, burung biru idaman hati itu tiba jua di rumah temin.

6.  Gi jalan2 USS ditaja separuh oleh Cik Misi dan Encik B. Seronok sangat. Rasa nak pergi lagi. Tapi kali ini planning nak tido kat S'pore. Baru puas jalan.

7.  Berjaya mengharungi laps ovarian drilling...Insya Allah adalah kesudahan yg baik.

Ini adalah impian tahun 2012 ::

1.  Dikurniakan zuriat yang baik, soleh, sempurna..pelengkap hidup ini.

2.  Kereta baru. Nak pakai kereta auto. Memandangkan mulai 2012 dah duduk rumah jauh dari ofis, perlu pakai kereta auto. Tak la sakit sgt kaki time jammed2.

3.  Nak kurangkan hutang PTPTN...huhu..bila la nak dpt duit bergolek ini. Boleh kasi settle terus.

Ni apa yang diimpikan dlm bentuk fizikal. Dalam bentuk yang lain pun nak jugak spt kesihatan yang baik, hati yang bahagia, rumahtangga yang aman damai dan kemesraan ikatan kekeluargaan.

Goodbye 2011....Welcome 2012

Soalan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya ... Apakah benda yang paling jauh? Jawapannya adalah masa lampau.  Kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.

Wednesday, 28 December 2011

Penutup Tahun 2011 :: Clomid & Pengharapan

Semalam day 3..so dah routine utk jumpa doc. Hari smlm planning mmg baik. Kuar dr ofis kul 4 ptg. Sbb dah tahu, kalo gi awal pun..mesti last jugak..sbb tak buat appointment.

Smpi DEMC kul 4.20 petang (lebih kurang)..lmbt jugak sbb kena beratur panjang bayar toll.

Ambil no..tunggu giliran. Mmg dah tahu jd patient paling akhir..so relax jer. Masuk bilik doc dlm kul 5.30 ptg.  So doc pun dah tau..kalo datang ini mesti period..haha. Untuk cycle kali ini, doc bagi clomid 100mg utk 5 hari. Ubat tambahan spt biasa metformin. Dalam kul 6 balik terus rumah.

Jumpa balik doc pada day 14 jatuh pada 7 Jan 2012 hari Sabtu. Alamak....rasa sgt serik utk dtg pd hari Sabtu. Sudah tahu betapa ramainya orang nak jumpa doc. Appointment dah penuh..so kena tunggu giliran. Biarkanlah...malas nak fikir skrg. Biarlah Allah yang tentukan. Semoga dipermudahkan jer.

So ini adalah clomid terakhir utk tahun 2011.  Sungguh tak sangka, sy boleh mengharungi setengah tahun ini dgn pelbagai ubat dan treatment dr doc. Bila ingat balik, masa tahun 2010..mampu berusaha 3 bulan jer..lepas tu fed up dan rasa mual dengan ubat2 doc. Badan pun time tu spt sukar utk terima. Tapi utk tahun 2011, berlainan betul.   Bermula semula treatment slps balik umrah. Mgkn itu petunjuk Allah beri pada saya utk teruskan treatment ini. Mgkn kerana doa jugak, saya boleh bertahan dgn pelbagai ubat yg doc bagi. Dan yang paling penting, sy boleh bertahan sakit kerana laps ovarian drilling. Sakit mmg sakit..tapi Allah beri saya kekuatan utk tempoh semua ini.

Setiap org yang beriman akan diuji. Tapi ujian Allah berdasarkan kepada kemampuan hamba-Nya.  Berubat dgn doc bukanlah jaminan/pasti kita akan ada baby. Sebagai hamba, saya harus berusaha. Yang selebihnya biarlah Allah yang tentukan.  Kata-kata semangat saya adalah "Allah tahu apa yang terbaik utk saya". Dan kata2 ini jugak la saya selalu ckp dengan Encik B.

Harapan utk tahun 2012, semoga kami beroleh zuriat yang sempurna dan yang soleh.