p/s :: tengah mencari bookshelf yang cun2 cam ni..agak2 kat KL ni ada jual tak?? Nak yang murah punya..haha
Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts
Wednesday, 6 June 2012
Tuesday, 17 January 2012
Kepenatan
Penat tak terkata
Masih belum la berbayar time rehatnya
Last weekend pindah rumah
Proses perpindahan itu satu hal la
Tapi time tu jugak la kontraktor KC nak siapkan kerja
Time tu jugak la kontraktor grill nak buat finishing
Time tu jugak la nak pasang langsir dan sebagai
Rumah dah bersih sebelum tu bersepah balik
Tak sempat nak bersih balik
Barang2 dah masuk
Rasa sangat tension
Habuk dan berpasir sangat banyak
2 hari cuti mengerjakan rumah jer
Isnin tak apply cuti
So keje cam biasa
Masa dok rumah KJ keluar rumah 7.15am
Kadang2 boleh je keluar 7.25am
Boleh smpi ofis sebelum kul 8.00am
Sekarang 6.45am dah kuar
Jammed kat federal highway tuk sah citer la
Kebas gak kaki2
Smpi ofis sama jer dalam 7.40 am
Sejam nak sampai ofis
Ini baru minggu pertama
Lepas ini ok kot
Alah bisa tegal biasa
Harap cuti 4 hari ini boleh la relax sikit
kaki dan pinggang masih lagi sakit
Itu la padah gemuk sgt..huhu
Harap dgn naik turun tangga ini
boleh la kurus sikit hehe
Ada banyak nak story
Tapi tak sempat la nak fikir dan taip
Internet kat rumah pun dah takde
Kalau ada pun tak kuasa nak bukak
Tilam dan bantal jer rasa sgt best
Kat ofis byk keje
Kalau buka blog
Habis semua kerja tak jalan
Nnt la bila ada kelapangan
Kita story..
Tuesday, 10 January 2012
Baiti Jannati :: Isu Kontraktor Kitchen Cabinet Selesai
Cerita bab rumah belum habis lagi.
Semalam pertemuan 6 mata dengan kontraktor (sbb ada 3 org yang terlibat dlm cerita ini).
Kami, kontraktor KC yg dilantik dan kontraktor yang buat table top.
Kami complaint semua benda yang kami tak puas hati.
Mujur dia boleh accept apa yg di complaint dan berjanji hari ini utk baiki semua defect hari ini.
Mujur juga tiada gaduh2/naik2 suara. Encik B begitu cool (dan mmg cool pun).
Malas juga nak bergaduh dengan kontraktor ini..sbb deposit pun telah bayar dlm amaun yg besar.
50% dari harga quotation.
Takut juga gaduh2..dia buat diam..KC tak dpt..duit pun lesap.
Semlm juga dia dah pasang wardrobe.
Lega sikit hati.
Harap dia boleh siapkan kerja sebelum 14 Jan ni je.
Rasa tak selesa jika dah pindah masih ada lagi kerja2 pemasangan.
Rumah pun dah cuci minggu lepas dah jadi huru hara balik.
Pagi tadi Encik B cakap, hari Jumaat lepas kerja kita kena gi balik rumah utk bersihkan sebelum hari Sabtu angkut barang.
Ok aja..
p/s :: rasa sgt lambat masa minggu ini. Tak sabar nak tunggu raya cina..cuti 4 hari. Dan tak sabar juga nak tggu gaji (dah pokai ini..huhu)
Monday, 9 January 2012
Weekend 1/2012 :: Penat & Gembira
Last weekend mmg busy sesangat..full aktiviti utk hari sabtu & ahad.
1. Pergi pasar tani. Beli bahan2 utk jamuan esok dan beli ubat mak sekali. Breakfast kat pasar tani. Nnt lepas ni rindu la nak gi pasar tani KJ.
2. Pergi kedai hardware kat puchong. Beli barang2 toilet (penyankut baju dan tempat sabun). Utk 4 bilik air, habis RM400 lebih. Ok, masih dlm bajet. Beli ampaian kain.
3. Lps tu pergi kedai lampu kat puchong jugak. Beli karung kaca lampu yang pecah..gara2 Encik B sewaktu membersihkannya. Mujur ada stok..kalo tak tak cantik lampu kelip2 ku.. Kat kedai tu boleh tahan lama sbb nak cari stok. Kitaorg dah nak gi hosp lak ini.
4. Terus pecut ke DEMC. Last registration pukul 12.30pm. 12.10 masih ada lagi di puchong. Encik B bawa kereta sgt laju (tak laju mana pun, kancil je pun..) Smpt sampai hosp 5 minit lagi sblm kul 12.30. Ok la. Jumpa wife syakir...dia dah bersalin sebln lepas. Dpt baby girl..comel sgt.. Wife dia nak jumpa doc zamri jugak. Spt biasa jd patient paling akhir. Tunggu tak la lama sgt, dalam sejam lebih. Jumpa doc, scan..bla bla..settle bayar bil balik.
5. Dah pukul 2 lebih perut pun lapar..gi makan kat nasi ayam pak mal kat shah alam. Seksyen berapa tak tahu. Seksyen 11 kot..
6. Lps makan, terus gi denai. Mandi dan solat. Lps tu sapu, mop dan basuh kat dapur. Supaya esok tak la bersepah sgt. Encik B, pasang la penyangkut2 yang baru beli tu..
7. Lps asar, gi kapar nak cari kat mana tempat sekolah tahfiz. Sbb esok ade akan gi ambil pelajar2 tu. Nak tahu dulu tempat..tak la esok tersesat.. Jumpa la jugak..terpencil sekolah tu..tapi seronok tgk budak2 kecil dah belajar tahfiz.
8. Bila dah jumpa, berhenti makan KFC kat pekan kapar. Makan twister jer..tak lalu nak makan ayam lagi. Kebetulan KFC kapar depan masjid. So solat maghrib kat situ dulu sblm balik denai.
9. Balik denai ambil kereta dan balik KJ. Fuhh penat sgt. Balik mandi, solat dan terus tido..
1. Bangun pagi. Basuh baju. Dlm kul 9 gi breakfast. Beli kuih frozen utk jamuan petang nnt.
2. Balik rumah, keluarkan bahan mee goreng. Potong2 sayur dan sediakan bahan.
3. Dlm kul 12 dah start masak mee goreng. Encik B tolong gorengkan kuih.
4. Pukul 1 siap masak. Buat air. Mandi, solat dan prepare barang2 nak bawa gi rumah denai.
5. Smpi di rumah denai kul 2 lbh. Ade pun dah smpi dgn pelajar2 tahfiz tu. Siapkan tempat untuk mereka dan mereka pun mula mengaji. Kitaorg minta diaorg baca surah Al-Baqarah, Yaasin dan tahlil sedikit. Buat solat hajat. Settle semua dalam kul 4. Sementara nak tggu asar..jemput la pelajar2 tu makan.
6. Dalam menjamu selera, sessi beramah mesra dgn student tu.. muda2 lagi dah belajar jadi tahfiz. Bagus sgt..
7. Dah selesai makan, kitaorg semua solat asar berjemaah.
8. Dlm kul 5, Ade hantar semula student2 balik ke sekolah diaorang. Tinggal saya dan Encik B mengemas rumah lagi.. penat sgt.
9. Kul 6 lbh, balik rumah KJ...rasa sgt tak berdaya...habis tenaga utk aktiviti weekend 2 hari.
Next week lagi penat. Aktiviti pindah rumah lak...huhu. Walaupun penat saya enjoy..
Aktiviti Hari Sabtu

Aktiviti Hari Ahad

Friday, 6 January 2012
Baiti Jannati :: Terkilan Dengan Kontraktor Kitchen Cabinet
Dari minggu lepas lagi sakit hati dengan kontraktor ni...
Tak pasal2 kami suami isteri yang gaduh...
Rasa tertipu betul...
Hingga kini masih belum nampak rupa lagi KC...
begitu juga dgn wardrobe...
Next week dah nak pindah...
Hari ini dah mengarang email yang panjang tuk kontraktor tu...
Biar la dia baca...
Kalo dia nak bengang pun biarkan...
Tak puas hati pos kat sini je la...
Sbb kat FB tu ada dia (ye la isteri dia kawan U sy..)
Mmg tak rekomen betul kontraktor ni...
p/s:: mujur hari ini hari jumaat...ayat pun manis sikit..huhu
Thursday, 8 December 2011
Baiti Jannati :: Impian VS Budget
Bila masuk rumah baru, mmg nak paling perfect dan cantik. Besar pulak kosnya.
Minggu ini baru jer decide utk plaster ceiling, grill, kitchen cabinet & wardrobe. Plaster ceiling & grill within budget. Tp wardrobe & kitchen cabinet dah over budget. Ni ada lagi problem dengan cermin tingkap bilik air..berapa pulak la kos nak gantinya..lampu belum beli lagi dan beberapa barang yg penting. Budgetnya ada..tapi takut sgt terover budget lagi. Dimana nak di cari duit ini. Kalo boleh malas nak pinjam2. Skrg kena manage betul2...nnt takut tak cukup lak..
Disebabkan impian2 yg tinggi vs budget yg terhad ini, ada juga bermasam muka dengan Encik B. Bila dok sorang2 mula la fikir, sebijik peragai mak. Kalo dah kata A..nak A juga. Kalo org bagi idea B..tak nak!! huhu.. Hidup kena realistik...kalo nak berhabisan duit utk 1 perkara sahaja..nnt yg susah saya dan Encik B jugak. So, dalam pasrah terima jugak walaupun tak berapa suka...
Insya Allah, ada rezeki lebih..baru boleh buat yg best sikit... Pekeliling SBPA dah kuar..tapi belum baca lagi...berapa la gaji naik ni??
Wednesday, 23 November 2011
Wordless Wednesday :: Baiti Jannati
wet kitchen ~ ruang yg sangat comel
dry kitchen ~ tak tahu nak buat kabinet cam ne..buntu
Master bedroom ~ Luas & Selesa..
Bathroom utk master bedroom ~ ambik sinki 1 sorang..tak yah nak berebut gosok gigi..
Shower ~ umpama mandi hujan..
Ruang tamu ~ open space..tak tahu nak deco cam ne nnt..
Tengah pening cari kontraktor untuk plaster ceiling, grill dan kitchen cabinet. Ingat nak kasi pecah tembok di antara dry kitchen & wet kitchen..TAPI...
Eeemmm...tgk la apa jadi nnt..hehe
Monday, 14 November 2011
Fella Design - Warehouse Sale
Fella Design ada buat year end sales. Boleh la sape2 yang nak tukar sofa pergi window shopping. Harga dia boleh tahan mahalnya. Walaupun dah diskaun. Tapi ramai yang beli sofa fella ini bagi tau, sofa dia boleh guna lebih daripada 5 tahun. Kalo betul2 jaga, boleh pakai sampai 8 tahun.
Mari kita kira, beli sofa biasa kat kedai biasa dalam lingkungan RM1,000. Bila dah setahun lebih pakai kusyen jadi lembik dah tak best. Bila dah tak best kita beli sofa baru dengan harga yang sama. So dalam tempoh 5 tahun, 3 kali tukar sofa yang harga keseluruhan RM3,000. Adalah lebih baik beli yang berkualiti terus. Harga dalam RM3,000 boleh pakai sampai 5 tahun dan lebih...jimat per. Ini sesuai utk orang yg malas nak beli byk kali dan tak kisah rupa rumah dia sama jer utk tempoh 5 tahun..hehe. Modal awal besar la..
Smlm sempat juga la menjenguk ke show room fella di subang. Tak beli sofa sbb takde dlm bajet rumah baru. Kitaorg beli arm chair jer..harga boleh ok la. Ada banyak corak bunga2. So kitaorg pilih yang kotak2..
Baiti Jannati :: Dah Dapat Clearance Letter
Jumaat lepas, Encik B suh saya call bank tanya bila kitaorg kena start bayar rumah. Bulan Nov & Dec ini kewangan mmg agak meruncing sikit. So pengurusan kewangan mmg perlu dititik beratkan. Tak boleh belanja sesuka hati (tapi terlajak jugak) dan agihkan mana yang paling penting. So saya pun call officer bank tersebut. Dia pun ckp 1/12/2011 dah kena bayar...Alamak..cepatnya..hehe. Saya pun tanya la, bank dah release ke final loan kitaorang. Officer tu ckp, dah pada 9/11/2011. Wah cepatnya.. tarikh surat yang dihantar oleh pemaju pada 24/10/2011. So lebih kurang 2 minggu dah settle pasal loan. Bila loan dah settle, pemaju akan keluarkan clearance letter. Officer bank tu minta saya call pemaju, tanya sama ada pemaju dah terima bayaran tersebut.
Saya pun call pemaju. Call customer service..sbb tu je no yang ada. Pastu customer service pass pada credit dept. Officer tu ckp, diaorg dah terima final payment drpd bank. Surat clearance letter telah pun dihantar ke rumah untuk buat appointment ambil kunci. Bila dah dpt info call encik B nak bagi tau. Call2 tak dapat lak. Rupa2nya Encik B telah pergi temankan kawannya ambil kunci di ofis pemaju. So dia dah ambil fotocopy surat clearance. Nak buat appointment ambil kunci tak boleh sebab officer in charge cuti.
Kitaorg berdua bersyukur sgt..sbb urusan ini dipermudahkan oleh Allah. Kebanyakan orang mempunyai masalah dengan bank. Siap kena call tiap2 hari untuk make sure bank release final payment. Ada kawan encik B siap gi centre untuk push bank buat urusan bayaran kepada pemaju dgn segera. Kitaorg tak sempat nak push...call2 dah settle. Alhamdullillah...
Sekarang ini, tgh membuat bajet untuk renovation. Rasa buat yang penting jer dulu. Grill, lampu, kabinet dapur, plaster ceiling (tak penting tapi perlu dipertimbangkan) dan langsir. Skrg ini tnggu dapat kunci jer..nak ukur2 dan nak mintak quotation. Moga jumpa kontraktor yg boleh bagi harga yg ok dan kualiti yg baik. Keinginan memang tinggi..tapi harus selari dgn kewangan. Yang penting selamat..dan boleh duduk. Nak deco2 yang lebih tu..kena tggu bajet lain la..
| Kabinet dapur kayu nyatoh..idaman la.. Sumber di sini |
![]() |
| Suka syiling ini, ada elemen kayu...Sumber gambar Google |
| Yang ini simple..ok gak la. Sumber gambar Google. |
Wednesday, 2 November 2011
Baiti Jannati :: Yang Ditunggu Telah Tiba
"Abang, bila la rumah kita nak siap yek?" Itu lah soalan yang selalu saya tanya pada Encik B. Soalan itu telah berulang kali di tanya daripada bulan Jun 2011 lagi. Kerana mengikut perjanjian jual beli rumah, tarikh sepatut siap adalah bulan Mei 2011. Sampai bulan Oktober 2011, pemaju diam sahaja. Kitaorg pun relax jer..biarla dulu. Sbnrnya kitaorg tak kisah pun rumah tu siap lambat..lagi lambat lagi bagus. Boleh dpt pampasan. Tapi biasalah orang perempuan cam saya ini mmg tak sabar orang nyer..hehe dan lagi satu bila saya cadang nak beli something kat rumah sekarang, mesti Encik B ckp "tak yah, tunggu rumah baru." Aaarggghhh..tension tul!!
22 Oktober, lepas asar - saya pun ajak Encik B pergi tgk rumah. Saya ckp saje2 nak tgk. Kitaorg smpi sana kawasan rumah di tutup. Kenderaan tidak boleh masuk. Kitaorg pun pergi la kawasan perumahan sebelah. Nampaknya kawasan sebelah telah pun diberi kunci sbb byk rumah under renovation. Kitaorg pun parking dan pergi ke kawasan rumah kitaorg jalan kaki. Kawasan persekitaran dan bersih. Tgk meter elektrik & air dah pasang. Kitaorg pun masuk dlm pagar utk tgk dlm rumah melalui sliding door. Semua dah complete. Pastu saya pun pergi la tgk peti surat..mmg byk iklan2 untuk renovation. Alih2 terjumpa bil air. Bila tgk bil air tu tercatat la nama Encik B. Terus ambil bil tunjuk kat Encik B. Terkejut gak. Sbb kakak kat ofis bagi tahu kalo dah nak siap, pemaju akan beri borang untuk register air dan elektrik. Tp kes kitaorg ni pemaju dah siap2 register. Masa on the way balik rumah, kitaorg berangan mesti dah nak dpt CF ni. Saya pun ingatkan Encik B untuk call pemaju tanya status terkini.
Minggu tu berlalu dgn sibuk sekali. Biasa duduk rumah bertingkat, peti surat di level 1 kat blok sebelah. Tgk peti surat seminggu sekali sahaja. So 28 Oktober, kitaorg keluar makan malam. Dah alang2 kuar ni, nak gi ambil surat la. Saya pergi sorang2 sementara Encik B tunggu dlm kereta. Bila buka peti surat mmg bnyk la surat2 hutang aka bil2 yg kena bayar..tiba2 ternampak la sampul surat logo pemaju. Terus senyum melebar..walaupun tak tahu apa isi kandungannya. Tapi dah boleh agak. Sampai dalam kereta ckp kat Encik B "Abang, ada surat yang kita tunggu." Encik B apa lagi senyum melebar. Hahaha...memang inilah yang kitaorg tunggu. Surat mengatakan rumah dah siap dan sedia untuk dimasuk. Skrg status tunggu clearance letter daripada pemaju. Bank masih belum settlekan bayaran kpd pemaju. Bila dah settle semua baru boleh ambil kunci.
bila la nak dpt clearance letter ni..tak sabar nak tgk kat dalam..
Sebenarnya, saya buat carian nilai pasaran rumah saya (saje takde keje). Nilai pasaran skrg telah naik 75% daripada nilai yang kitaorg beli. Pada awal2 dulu mmg Encik B pernah ckp, kalo harga rumah kitaorg smpi RMx50,000 dia nak jual. Nilai pasaran skrg lagi naik RM100k dari harga siling yang Encik B telah tetapkan. So dia mmg sebut nak jual jer..dan kata2 dia menyebabkan saya bertambah tension dan hampir merajuk. Ditambah pula, ada org sudah siap sedia utk membeli. Saya cakap pada Encik B tersayang, saya bersetuju untuk jual rumah ini sekiranya kita berdua sudah tidak mampu lagi untuk membayar ansuran rumah ini. Selagi kita mampu dan boleh bayar, tak boleh jual. Dia fikir untung jer. Tapi saya fikir, ini adalah 1st house kitaorg, tempat yang strategik sbb boleh tahan dekat dengan ofis saya dan free hold. Nak cari tempat lain tak tahu kat mana. Dgn harga rumah yang sentiasa meningkat dan tak masuk akal. Kerana pada saya rumah ini adalah rezeki perkahwinan kami.
Tidak ada harapan yang tinggi untuk rumah ini melainkan rumah ini menjadi tempat berlindung kami sekeluarga, tempat yang membuatkan kami rasa gembira, tempat yang membuatkan kami merasa bahagia dan tenang, tempat kami beribadat kepada Mu Allah dan tempat yang Engkau berkati. Kerana itu, saya mengharapkan rumah ini adalah BAITI JANNATI kami di dunia ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)