Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

#IVF/ICSIJourney :: Start cucuk & Ujian SST

Assalam semua..

Cepat sungguh masa berlalu. Hari ini sudah hampir ke pertengahan bulan Oktober. 

Hari tu dok citer pasal excited nak jadi mama long.  Dengan rasminya baby alif selamat dilahirkan pada 11 Oktober 2014 jam 10.25am.  Baby alif lahir pada hari sama kelahiran umi dia aka cik misi.  Dengan berat 4.15kg dan panjang 51cm.  Baby alif lahir secara czer kerana baby alif sgt besar dah sihat (masa scan sblm bersalin anggaran berat baby 4.5kg).  Sekarang baby alif sedang berehat di kampung.  Mama long tak dapat cuti lama2 untuk gomol2 baby alif.

Ok sekarang nak story pasal bakal sepupu baby alif...Insya Allah. Pada kul 8.00pm, 11 Oktober 2014 tu hari yang sama kelahiran baby alif, saya pun start suntikan ubat Buserelin sebanyak 0.5ml.  Sehingga malam td, dah 3 kali suntikan.  Sebenarnya saya ada masalah dengan suntikan ini, bila lepas suntik..ditempat suntik akan jadi cam gegata. Seperti kena gigit ngan ulat bulu.  Merah dan timbul.  Dalam 2 - 3 jam lepas tu dia akan surut.  Pd hari pertama suntikan, ingat ia adalah disebabkan oleh salah teknik suntik.  Hari kedua ok sikit. Timbul sikit kesan gegata tu. Tapi hari semalam akan besar kesan gegata tu.  Ingat petang ini nak call klinik tanya apsal jadi cam tu.  Ada tak sesiapa yang pernah terkena kesan sebegitu rupa?  Side effect lain masih belum terasa lagi..

Semalam, 13 Oktober 2014 adalah ujian SST dan ambil ujian darah untuk Encik B.  Dengan agak kejam saya suh dia gi klinik sorang2.  Saya bagi kad appointment saya jer.  Ye la selama ni saya gi sorang takde hal pun. Sbb appointment kali ni mmg untuk Encik B sahaja.  Apa dia buat kat klinik smlm tu takde distory detail.  Yg dibagitau, proses sama spt bagi sperm utk IUI. Pastu nurse ambik darah pastu dia gi bangunan Mara makan. Kos untuk 2 prosedur tu RM238. Next appointment adalah pada 20 Oktober 2014.  

Setakat hari ini belum rasa apa2 sgt.  Entah la mgkn tgh byk fikir benda lain.  Berharap sgt segala proses ini berjalan dengan lancar.  Dan setakat hari ni, saya belum bagitahu kat mak ayah saya lagi.  Even kat keluarga mertua.  Yg tahu cuma adik saya.  Tggu la lepas appointment 20 Okt 2014 ni baru nak bgtahu.  Bukan apa, mak saya tu jenis cepat susah hati..memikir bukan2.  Lagi cepat bagitahu lagi cepat dia runsing.  Baik diam dulu hingga doc cakap pe.

Sekian. Wassalam.

Update : Berkenaan dengan gegata lepas suntik buserlin, doc kata kulit saya alah pada alcohol swab.  Doc suh cari non alcohol swab.  Saya cuba jugak cari di farmasi tetapi tidak berjumpa.  So far, kesan gegata itu akan timbul lepas suntik tapi akan hilang dalam 2 - 3 jam lepas tu..  

Monday, 15 September 2014

Excited Nak Jadi Mama Long

Assalam semua..

Apa khabar semua? Ada lagi ke orang nak baca blog ni? Tuan punya blog ni punya la malas nak update citer..huhu. (Dah malas baik tutup jer!!). Walaupun malas nak menaip entry..tapi tuan punya blog ni hari2 akan buka blog dan akan baca entry kawan2 yang ada dlm list.  Jika rajin bagi jugak komen..jika tak rajin baca jer la (pemalas sgt dah ni!!)

Hari ni ramai orang cuti. Kalo takde keje yang penting pagi tadi..mau jugak cuti hari ini. Hari ni kena prepare barang nak pergi Sabah esok harinya untuk presentation separuh hari je (aaaaggggrrrhhhhh marahnya..membazir masa tul!!!) Kenapa nak marah sgt...sebabnya..orang yang nak dengar presentation tu semua jer dari semenanjung ni ha. Kan lebih mudah buat kat semenanjung ni jer. Tak payah la bersusah payah nak naik flight bagai nak bawa laptop dan dokumen naik flight. Penat weh!!

Ok la..citer kat atas tak de kaitan pun dengan tajuk entry ini..haha. Gini la jadinya bila baru ada idea nak menaip. Sawan taip kot..hihi.

Nak bagitau semua orang yang saya tak lama lagi jadi "MAMA LONG" (tak moh panggil mak long..cam tua ngat..hihi).  Hari Khamis ini baby dan umie akan smpi ke Malaysia.. Mama long tak sabor nak jumpa baby..

Sape lak baby ni?  Baby ni adalah anak adik saya Cik Misi yang sekarang ni berusia 36 minggu dalam perut umie dia. Insya Allah cik misi akan fly balik Malaysia dan akan bersalin di Malaysia.  Pelan asal diaorang nak bersalin di Arab Saudi..tetapi Allah telah merancangkan yang sebaliknya. Ayah suh cik misi balik malaysia..bersalin disini.  Keputusan yang dibuat beberapa minggu lepas.  Sehingga ke hari ni urusannya mudah jer.  Tiket flight ok, cik misi pun sihat. Takde masalah apa2.

Doakan mama long dapat merasakan test sebegini rupa..


Inilah permulaannya. Dalam bulan 2, cik misi bagitau yang dia tak berapa sihat dan period dia dah lewat. So sy suh dia buat urin test. Dia bertahan buat UPT sehingga dia berjumpa dengan suami dia (Cik Misi kat Riyadh. Suami dia kat Jeddah).  Hari yang dia buat UPT tu dia boleh blank. Sedangkan dia seorang nurse. Dia bagi whatsapp gambar ni tanya.."akak kalo cam ni pregnant yek?" Boleh gitu.  Sy dengan confident jer cakap pregnant. Tapi dia cam tak puas hati gi jumpa doc..nak sahkan dia mengandung.  So dah siang sikit diaorg di hospital scan..confirm pregnant.  Cik Misi pun bagi gambor waktu scan tu..itu tu dalam 6 weeks kot.

Bila dah tau..semua orang suka. Dan yang paling suka adalah mak saya aka wan.  Wan dah risau cam ne cik misi nak handle sorang2. Dan bermula la episod Mama Long ni banyak kerja. Mama long kena beli ubat dan vitamin. Kirim gi arab nu. Tak tau la kat arab tak ke vitamin utk org mengandung. Mama long kena kirim bahan makan melalui kawan2 cik misi.  Sbb cik misi tak lalu nak makan makanan arab2. Mama long kena beli baru preggy untuk cik misi. Dan yang terbaru slps raya hari tu mama long kena kirimkan gulai tempoyak ikan patin dan murtabak untuk baby dan umie.  

Tapi mama long tak kisah jer..janji baby kat dalam tu sihat jer.

Bila tau cik misi mengandung..mak saya aka wan pun dah susah hati.  Susah hati sebab mama long ni belum2 lagi mengandung.  Kesusah hati wan tu berjangkit pulak pada mak ne (mak saudara kesayangan saya. Adik mak). Dua orang ni susah hati dan kesian dengan saya.  Sehingga ke satu hari tu, diaorang berdua mencadangkan saya untuk ambil anak angkat.  Bukan saya tak nak..tapi kami berdua blm bersedia secara total.

Cik misi segala mak nenek mmg citer kat saya. Skrg ni pun rajin jer hantar gambor baby bump dia. Mak saya juga tegur dia..jgn la semua citer kat saya..nnt saya kecik hati.  Mak..sesungguhnya anak mak sorang ni sgt la tak rasa kecik hati pun. Rasa gembira ada.  Sbb lepas ni mak takde la rasa sedih lagi bila orang tanya "dah berapa orang cucu?" 

Sehingga ke hari ni mak masih susah hati pasal saya.  Malas nak dilayan sgt.  Mak2 mmg begitu..dia akan fikir pasal anak2 smpi dia meninggal.  Sok saya jadi mak..mgkn jugak begitu.

Ini antara scan yang umie share.  masa ni wan kata tak elok selalu sgt scan.  wan ko ni kan..mak zaman moden tapinya pemikiran masih dolo2.  Lepas pada tu, umie selalu share vidoe masa scan..ada yg clear ada tak nmpk apa2.

Hari Khamis ni..Mama Long cuti sbb nak ambik baby dan umie.  Tak sabar nak pegang perut umie nak rasa baby gerak2.  Umie kata baby aktif sgt bila sorang2 dengan umie.  Tapi bila ada orang lain nak pegang dia..terus dia diam.  Pemalu gitu yek!!

Mama long doa baby selamat smpi ke Malaysia ni..semua orang kat malaysia ni menanti baby dan umie.  Aki, Wan, Mama Long, Papa Long, Cik Wanis dan pakcik pie..menanti.  Mama long sedia jadi driver untuk baby nak makan apa saje sblm keluar ni. Hari tu umie dah bagi sepanjang2 senarai nak makan sebelum deliver.  Baby walaupun awak made in arab saudi..tapi rasa tetap Malaysia jugak..hihi.

Walaupun ada baby baru..yang sorang ni tetapi jadi kesayangan wan.  Kalo tanya 'wan mana, yaya?' nnt dia jawab 'wan dapur'..haha.  Sbb wan memanjang jer dok dapur kan.  Dan yang buat wan lagi sayang kat yaya, simpang jalan umah wan pun yaya dah tau..yang yaya nak balik umah wan!!
Wokeh la..cukup la untuk hari ni..nnt kita up citer bila baby dah kuar yek..

Wassalam

Friday, 14 September 2012

Biarlah Apa Orang Nak Kata


sumber :: fb

********************************************************************************

Susahkan nak puaskan hati orang lain. Itu gambar tu cerita.

Tapi saya pandang dari sudut yang berbeza. 2 mamat kerdil tu sibuk dok mengata sweet couple tu. 2 mamat kerdil tu takde pun rasa untuk merasai apa yang sweet couple tu sdg buat. Tapi yang sweet couple tu, apahal lak ikut cakap 2 mamat kerdil tu. Mgkn sweet couple itu nak jaga hati dan perasaan 2 mamat kerdil. Tapi sebenarnya sweet couple itu terlalu ikut ckp orang. Takut sgt orang kata. Hakikatnya..2 mamat kerdil tu tak habis mengata pun. Ada jer yang tak betul pd sweet couple tu.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Andaikan diri kita 2 mamat kerdil tu. Memanjang kita mempertikai keputusan dan tindakan orang lain bg kehidupan diaorg. Sedangkan keputusan dan tindakan yang diambil tidak menjejaskan langsung diri kita. Cuba kita selami hati dan perasaan sweet couple tu. Kan lebih baik. Jika dirasa keputusan sweet couple tu tak ok, nasihatkan...jgn la komen jer. Bagi panduan...itu lebih baik. 

Sekarang kita andaikan diri kita sweet couple tu. Kenapa kita perlu berubah sbb orang lain kata. Orang lain mmg tak habis kata. Apa saja yg kita buat semuanya tak betul. Kalau kita buat cam ni, dia komen. Kita buat cam tu, dia komen jugak. Mulut manusia tidak akan tertutup dari mengata. Adalah lebih baik kita fokus dan membuat keputusan yang baik utk diri sendiri dan keluarga. Make sure keputusan kita tidak bertentangan dengan hukum Allah. Orang nak kata...kata lah..janji apa yang kita buat itu tidak bertentangan dengan syariat Allah, tidak menyusahkan dan memudaratkan orang lain.  Tetapi jika ada orang bagi nasihat dan pandangan, terima dan pertimbangkan. Dengar dan fikir baik2. Itu lebih baik. Jika keputusan dah ambil, firm la. Jgn la berubah sbb orang ini ckp cam ini, orang tu ckp cam tu. Ini menampakkan kita tidak bermaruah (pandangan saya shj).

Dalam hidup berumah tangga ni, perbincangan antara suami dan isteri adalah lebih penting. Orang lain spt ibubapa, mertua, adik beradik, ipar duai hanya boleh pandangan. Tapi tidak boleh mempengaruhi keputusan dan jangan sesekali komen orang jika kita tidak berada ditempatnya. 

Dalam rumahtangga, suami isteri perlu berbincang dlm semua aspek. Suami adalah ketua. Sebuah kapal tidak akan smpi ke destinasi jika kapten dan anak kapal bergaduh. Bekerjasama dan respek antara satu sama lain itu adalah penting. Jika terlalu memikirkan ckp orang lain..sbb yg tanggung itu kita.

Peringatan untuk diri sendiri..

Sekian.
Salam Jumaat & Hujung Minggu :-)


Tuesday, 12 June 2012

Bulan Jun Pun Busy Gak..

Tajuk - Ntah apa2.. Biasa la kepala pening tak cukup tido (sape suh tgk bola..padan muka!!!)

Ingatkan masuk bulan Jun boleh la relax sikit..takde maknanya..

Penuh ngan aktivitinya...Ini baru aktiviti ofis..

13 - 15 Jun ~ Bengkel kat Melaka
18 Jun ~ Meeting. (Mesti pagi sampai petangnya..)
25 - 29 Jun ~ Kursus. Hari Jumaat siap ada exam lagi. Harap2 boleh jwb.
02 - 03 Julai ~ Conference kat Subang.
21 Julai ~ Dah nak puasa

Aktiviti rumah ada lagi..
16 Jun ~ Ayah ajak balik kg. Tgk nenek.
17 Jun ~ Ada perlawanan bola kejiranan pagi. Yg pompuan kena bawa makanan (pot luck). Picnic tepi padang.
21 Jun - 24 Jun ~ Blk T'ganu. 23/06 tu ada kenduri kat Kuala T'ganu (rasanya tak gi kot)
30 Jun ~ Kenduri kat kg. Harus blk. Mak kena masak. So sy kena tolong.
12 Julai ~ Cik Misi tu blk Malaysia. Harus kena gi ambil di kat airport. barang byk.
21 Julai ~ Dah puasa

Mak aii..busynya saya...
Masalahnya..byk masa takde kat ofis..nnt keje kat ofis sape nak buat..haru jap.  Nak cuti pun takut nak apply..sbb rasa ada lagi keje tak beres ni. Takut boss tak kasi..

Aktiviti rumah pun banyak..mmg ada la bulan Jun ni saya tak mengemas rumah..harunya saya!!
Cam mana nak buat ni!!!

Moga dipermudahkan semua urusan ni. Moga Allah beri kesihatan dan kekuatan.

Orang lain busy tak???

Monday, 4 June 2012

Petua Untuk Mengandung Yang Tak Logik

Pelakon : Akak a.k.a Cik Tipah, Encik B dan emak
Tempat : Kat ruang tamu rumah mak
Masa : tengahari seblm nak gi kuantan tgk cucu

Mak : Orang kata nak mengandung ambil kain lampin orang baru beranak. Akak ambil la kain lampin..mana tahu boleh mengandung.

Akak : Dgn muka agak tension. Mak tak nak la..mengarut2 ni..nnt syirik. Minta doa dgn Allah jer. Nak mengandung, ambil2 barang orang. Nnt lahir anak jadi pencuri lak.

Mak : Nnt dah mengandung bagi tau la orang tu.

Akak : Tak nak. Dosa.

Encik B : yang tgh syok tgk tv menyampuk. Mak skrg orang pakai pampers..takde lampin lagi.

Mak : Eeemmm. (Dah tak boleh ckp pe2 sbb menantu dia bagi alasan paling logik)

Mak,
Akak dan B mmg nak sgt baby. Tau mak ngan ayah pun nak cucu. Tapi jgn la bagi idea cam ni. Tak baik. Harap mak tak kecik hati la. (Rasanya tak..sbb dia ok jer). Nnt mak gi Mekah, mak doakan utk kitaorg yek. Doa mak lebih mustajab. Akak sayang..sayang..sayang sangat mak.

Comelnya Baby Farisha

Kesinambungan daripada entry yang lepas.

Ini la dia baby comel Farisha..


So hari Sabtu tengahari saya, Encik B, ayah dan emak pergi ke kuantan melawat cucu baru. Smpi di kuantan dah kul 4 lebih. So solat asar dulu. Pastu kitaorg gerak sekali dgn mak sedara dan sepupu2 yang lain.

Dalam kul 5 lbh baru la smpi rumah A***l. Keluarga mertua pun ada. Bila dah sampai semua menerkam baby. Baby buat derk je..syok tido. Wan (panggil orang pahang utk nenek) ckp punya kuat, baby tido jer. Baby baru berusia 3 hari. Ada sedikit kuning.

Sepanjang kitaorg beberapa jam kat situ..baby nangis 2 kali jer..tu pun sbb nak minum susu. Satu lagi tu tak tahu kenapa.

Time tu la kelakar..saya kata baby panas..sbb dia berbedung bagai. Encik B kata baby sejuk..kena bedung elok2. Mak sedara yang kat situ..gelakkan kat kitaorg. Patut la takde baby lagi..kalo ada Mama & Papa gaduh dulu..hehe. Pastu wan ambik..masuk dlm bilik..buka bedung, baby suka sgt dah tak menangis lg. Kan betul kata Mama...haha.

Mak suka sgt...tapi cam mana Allah belum nak bagi lagi zuriat utk kami.

Tapi yang sedih...dah 3 hari..baby masih belum diberi susu ibu. Sbb susu ibu masih belum ada.  Encik B kata...kalo saya bersalin, dia akan paksa saya beri susu ibu..dia tak nak anak dia minum susu lembu...huhu...kejamnya!! Mgkn hari ni..A**a gi urut..dah ada susu la...Sian baby farisha.

Apa pun, semoga A***l & A**a jadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak diaorg yang comel tu.

p/s :: kulit baby ini merah..wan kata..baby ni nnt bila dah besar putih melepak. Mmg la..sbb mak dia pun putih..

Thursday, 31 May 2012

Tahniah..

Tahniah di atas kelahiran baby girl adik angkat saya (mak jaga dia dr kecil lg). Semlm petang wife dia selamat bersalin secara normal. Ni mmg bunting pelamin. Bulan 9 kahwin, bulan 10 dah pregnant. Mmg rezeki diaorg..

So, mlm td call la ayah & mak...nak chit chat. Ckp la ngan ayah..

Akak "A***l dah dapat baby." dengan nada suara yang biasa2 jer

Ayah "Eemmm. Akak berdoa la byk2."

Saya cam blank. Tak faham maksud ayah. Tp rasanya, ayah bermaksud 'Akak jgn sedih la..berdoa la..nnt Allah akan beri'.

Pastu..saya tanya "Mak mana?"

Ayah jawab "Mak mandi." Terus je sy kata..nnt saya call balik la.

Lepas beberapa minit, mak call. Mak tak sabar gak nk gi tgk cucu. Masalah, wife dia berpantang jauh. So bila free nnt mak nak gi tgk.

Lepas pada tu, bersembang pulak ngan cik chef. Dia bagitau 'masa A***l bagitau wife dia dah pecah air ketuban, mak dah risau. Kalau Akak yang nak bersalin, agak2 seminggu sebelum tu mak dah tunggu..'hehe. Of course la mak risau..saya kan anak sayang dia.

Semua orang seperti mengharap baby daripada saya. A***l mmg sudah dianggap sebahagian drpd family kitaorg. Kitaorg mmg happy dgn kelahiran baby tersebut. Bertambah meriah la nnt. Tapi kalau yang dpt baby tu saya, lagi2 diaorg semua happy.

Insya Allah, rezeki anak itu akan ada. Bila masa itu..hanya Allah yang tahu.

Saya tak sedih..tapi bila ayah ckp cam tu..terus saya rasa sangat touching. Ayah sangat memahami. Tapi apakan daya..itu semua ketentuan Allah.


p/s :: kami berdua tidak bersungguh2 TTC utk 2 bulan ni..huhu. Macam mana nak ada??

Monday, 28 May 2012

Praktis sebagai Mama & Papa

Minggu ini, saya dan Encik B akan praktis sebagai mama & papa utk 2 orang budak. Bukan sape pun anak kakak. Sorang tahun 5 & sorang tahun 3. Ini kira praktis anak dah besar yek!!

Diaorang sibuk nak bercuti kat rumah baru pak teh aka Encik B. Ibu dia beri keizinan 1 minggu utk duduk kat umah kitaorang. Sabtu minggu ni..hantar balik diorang.

Masalah kitaorg..dua2 orang tak boleh nak cuti. Cam mana nak jaga 2 orang budak ni sementara kitaorg gi keje. Mak aii pening kepala. So kitaorg dah aturkan program seperti berikut :-

Isnin - gi kem solat. Dari pagi smpi petang. OK
Selasa - Ayah chik akan dtg jaga. Cuma kena tinggalkan kereta. OK
Rabu - Tak tahu lagi...
Khamis - pun sama cam hari Rabu
Jumaat - Kitaorg cuti..mgkn gi jalan2 KL.
Sabtu - Hantar balik

So, start semalam, kerja rumah bertambah. Kena settlekan basuh baju hari2. Biasa la budak2 pakai baju byk. Pastu kena sediakan makan minum..huhu.

Kalo hari Rabu & Khamis duduk kat rumah..so kena la bangun awal pagi sediakan makanan utk diaorg. Fuhhh... maknanya masa tidur berkurangan..hehe.

Apa pun kitaorg happy sebab ada ramai kat rumah. Kalo tak berdua + sorang yang jarang bertemu tu. Pak Teh skrg dah jadi sgt tegas..huhu. Sy lak yang takut.

Friday, 25 May 2012

Selamat Hari Lahir Ayah


25 Mei 2012 adalah hari lahir ayah ke-57. Dah setahun ayah memegang status cikgu pencen.

Pagi tadi OTW gi keje call ayah. Wish birthday ayah. Ayah tanya mana kek & hadiah. Ohh..kek kita suh cik chef la buat..hadiah? Tak cari pun lagi..hehe. Teruk punya anak!

Rasa sgt terkilan tak dpt balik kg this week. Terlalu byk program minggu ni..ada yang bertindih2. Kalo tak, akak boleh la buat kek pelangi utk ayah. Kalo malas nak buat..kita beli kek dan masak best2 kat umah..mesti seronok kan!

Akak sayang sangat kat ayah. Akak tak boleh nak bayangkan jika ayah tiada. Semua orang bergantung kat ayah.

Mak - Semua urusan rumah ayah yang settlekan. Beli brg rumah, lauk pauk, bayar bil2. Kalo ayah takde, mak la kena uruskan sorang2 yek..hehe.

Akak aka Cik tipah - Ayah tiap2 bulan pergi bank byrkan duit kereta akak. Dr mula beli smpi skrg. Dah 7 tahun. Roadtax pun ayah uruskan. Ckp jer "Ayah roadtax kereta dah nak mati." nnt ayah settlekan. Walaupun ada Encik B..ayah masih buat kerja tu semua. Kadang2 bila kering2 poket ni..mintak kat ayah. Kalo nak makan lauk best2..request kat ayah. Kalo ayah takde, gigit jari buat sendiri la.

Cik Misi - Sama macam akak. Semua ayah settlekan untuk dia. Termasuklah gaji dia ayah tolong uruskan. Tolong simpankan, tolong laburkan bg byk. Segala macam ayah buat utk dia. Kalo ayah takde, kena buat sendiri la yek..pandai2 la.

Cik Chef - Ini lagi sorang anak dara ayah yang suka merengek kat ayah. Minta semua kat ayah, sure ayah bagi. Ayah adalah penyokong setia cik chef bila cik chef kena marah ngan mak. Ayah akan support cik chef.  Ada masa mak kena marah ngan ayah..sbb selalu sgt marah cik chef..hehe. Ayah mmg tak nak lepas cik chef keje jauh2 ngan ayah. Biarlah ada dpn mata dia. Cukup la Akak dan Cik Misi keje jauh. Kalo ayah takde, sape nak sokong ko adik manis??

Tauke Sayur - Ni anak syg ayah. Anak lelaki sorang. Semua benda ayah buat utk dia sbb ayah mmg tak nak bagi dia kerja jauh. Semua benda ayah tolong planning kan utk adik. Segala idea ayah bagi utk bisnes dia. Kalo ayah takde, sape nak buat utk ko adik??

Saya dan cik misi pernah fikir soalan ini...apa akan jadi kalau ayah takde. Semua orang bergantung sepenuhnya pada ayah. Masa borak2..menangis kitaorang berdua. Tidak boleh dibayangkan.

Sementara ayah ada...kami nak buat ayah gembira, nak bagi ayah happy, nak beri yang terbaik utk ayah, tak nak bagi ayah marah dan semuanya utk ayah.

"Ayah, Selamat Hari Lahir. Akak sayang ayah kerana Allah"  

Wednesday, 9 November 2011

Wordless Wednesday :: Cik Misi Kembali Ke Saudi



Tgk boarding pass. Merenung buah hati yang kena ditinggalkan..

Last bye-bye..sebelum ke bangunan satelit. Kami akan merindui kamu.



Monday, 7 November 2011

Aidiladha :: Sambutan dan Korban

Sampai dari kampung terus melepek kepenatan. Apa taknya daripada malam raya hingga sebelum bergerak pulang ke KL, kaki tangan tak berhenti bekerja. Memasak, mengemas, membasuh pinggan, memotong daging, runner beli barang dan banyak lagi.

Hari sabtu mak masih berniaga. Mak dah masak lauk gulai lemak ayam kampung dan rendang ayam kampung untuk juadah hari raya. Daging2 tak masak sbb esok (hari raya) ada 2 ekor lembu akan dikorbankan di rumah. Seekor untuk keluarga saya dan seekor lagi keluarga ayah arik. Lemang pun beli. Nasi impit ada 2 kampit..itu pun lebihan daripada berniaga. Seperti biasa, bila ada acara korban di rumah, kitaorg mesti siapkan juadah untuk orang2 yang datang tolong melapah dan menyiapkan daging korban. So kitaorg adik beradik, saya, cik misi dan cik chef bertungkus lumus di dapur. Saya buat cream caramel, puding dan cek coklat kukus. Cik chef buat butter cake. Cik Misi tukang menyibuk jer. Kitaorg pulun sampai pukul 12 tgh malam jugak.

salah seekor lembu yang dikorbankan


cream caramel yang sempat snap

Pagi raya mak dah bising suh kemas rumah. Ye la org mesti ramai dtg nak buat kerja. Tambah pulak saudara2 dtg beraya. Kitaorg siapkan breakfast - hidang lemang, rendang, nasi impit. 8.15am bersiap gi masjid. Saya, Encik B, mak & ayah jer gi solat sunat aidiladha. Cik misi dan cik chef dok kemas rumah. Balik dr masjid, ayah sudah sibuk dengan urusan korban. Mak pun sibuk nak memasak tengahari untuk org yang tolong. Saya seperti biasa jadi assistant mak la. Tak hingat mak masak. Gulai lemak ikan, sayur kangkung, ikan masin, sambal belacan dan special request dr cik misi 'mee kari'.

Bila lembu dah dilapah, time memotong daging nak buat lauk utk malamnya (tengahari pun tak sempat nak makan, dah fikir makan malam). Menu malam sup tulang dan bbq. Kerja kena pantas sbb nak marinate daging bbq. Dalam kul 2 pm siap semua. Mujur jugak la pekerja mak datang tolong kat rumah. Ringan sikit beban. Time tu mak dah masak sup tulang. Cik chef dah sediakan rempah marinate. Dalam kul 3 lebih, saya dan encik B gi beraya umah kak ipar. Makan nasi dagang. Pergi raya pun kejap jer, sbb org2 kat rumah dah call suh balik. Dalam kul 6 lebih smpi rumah, terus potong organ2 dlm (hati, perut, limpa) untuk tumis malam tu jugak. Kaum lelaki sibuk pasang api utk bbq.

Dalam pukul 8.30pm tetamu datang. Ayah tang sekeluarg, mak nah sekeluarga, kawan2 tauke sayur dan jiran2. Seronok sangat makan + borak2. Biasa la isu keluarga tak habis2..hehe. Ayah tang dan mak nah dlm kul 10 lebih diaorang semua balik la. Kawan2 tauke sayur kul 12 baru balik. Tauke sayur pun dah kepenatan. Mujur la makan kat luar rumah. Kitaorg pakat tinggal jer..aktiviti cuci mencuci sambung pagi nnt.


tukang membakarnya sorang..yg makannya ramai..ini tak adil

Pagi2 dah bangun. Nak balik kl awal. Encik B kerja malam hari ini. Dan yang paling penting, nak masak daging rendang da. Ni dah janji ngan kawan ofis nak bawa daging rendang mak saya..hehe. Sementara memasak daging rendang tu, aktiviti cuci mencuci bermula. Dari sekecil2 pinggan hingga sebesar2 periuk belanga. Kasi settle semua..nnt mak dan cik chef kemas jer.

Bila rendang dah masak, kerja membungkus pulak. Bungkus untuk saudara mara, pekerja dan jiran2. Kitaorg tak membungkus tapi tapau pakai mangkuk tingkat. Adik beradik mak mmg suka kalo dapat rendang daging. Biasala semuanya malas masak. Mak pulak rajin masak. Nak masak banyak2 takde hal..bahan2 mentah mmg tersedia. Biasa la org berniaga.

masak perut campur2. Tak tahu nama menu tapi yang pasti pedas.


rendang mak

Dalam kul 11.30 am kitaorang berkemas balik kl. Balik lewat2 takut jem. Seronok sangat raya aidiladha ini. Kalau ada keluarga mak ne dan mak su mesti lagi meriah. Tapi nak buat cam ne, masing2 pun sibuk. Mgkn tahun depan jika panjang umur kita berkumpul dan buat la acara korban ini. Aktiviti ni dah sama seperti kenduri kahwin jer...hehe. Walaupun penat tapi hati bahagia jer..