Salam semua..
Hari tu dah story pasal reflexology.. Kali ni nak story pasal berurut pulak..
Saya rasa semua yg ttc pernah berurut. Paling kurang sekali mesti cuba..
Kes berurut ni juga galakan daripada kawan2 ofis. Saya sendiri tak rasa mahu nak berurut ni. Tak tahu la kenapa...mgkn sy pernah dgr Dr Adilah menjwb satu persoalan berkenaan berurut di televisyen. (Rancangan apa dan tv berapa saya tak ingat). Org tu tanya pasal, bolehkah rahim dibetulkan dengan berurut (lebih kurang begitula). Doc jawab, sukar untuk rahim dibetulkan dengan berurut. (itu yg sy dengar). So mulai saat itu sy agak kurang yakin dgn urut2 nak betulkan rahim ni..
Masa sy tgk rancangan ni, saya mmg dah tahu sy mengalami retroverted uterus (rahim kebelakang/RU). So sy fikir itu bukanlah punca utama sy tak boleh mengandung. Dan sebenarnya..ramai jer orang boleh pregnant dgn RU ni. Maka ia menguatkan lagi ketidakpercayaan saya kepada urutan2 ni.
Pertama kali sy mengurut dgn sorang makcik di klang. Kawan ofis saya (ia seorang lelaki) yang syorkan. Sbb dulu isteri dia susah jugak nak mengandung. Bila mengandung..gugur. So bila berurut ngan makcik ni Alhamdullilah..dapatlah sorang anak lelaki. Masa sy mengurut, isteri dia pun mengurut jugak. Lenguh2 badan. Dan skrg dia dah ada 2 org anak.
So far makcik tu ok..cuma kena datang 3 hari berturut2 masa datang period. Kena buat 3 kali / 3 cycle. Datang waktu pagi seblm sarapan. Saya rasa sempat buat 2 cycle jer.. tak boleh nak commit. Sbb period bukannya dtg hari cuti..bila period datang nak kena ambil cuti (hr bekerja). So saya rasa cukup la...
Lepas pada tu...sy mmg takde gi mengurut2 rahim ni. Pegi urut badan ada la.
Dan yang terkini, kakak kat ofis suh gi berurut ngan makcik ni. Kak W pun susah nak ngandung. Tapi bila urut ngan makcik ni Alhamdullilah dpt baby. Adik beradik kak W semua urut ngan makcik ni. So sy pun cuba. Urut hari Jumaat, lunch time kat rumah Kak W.
Makcik ni dia bawa pulak kawan dia. Kawan dia ni baru2 nak belajar mengurut. So tengahari tu..ada 2 org yang urut. Makcik ni urut satu badan. Dah la saya ni tak biasa kena urut...yang mengurut sampai 2 orang dalam masa serentak..mmg sangat tak selesa dan sakit. Untuk hari tu ok la..
Nak urut balik kali kedua...memikir 10 kali. Kalau makcik tu sorang2 yang urut sy boleh terima. Tapi bila dah berdua, sy rasa badan saya kena diuli cam tepung nak buat roti..so cancel la nak continue urut..
Smpi skrg saya blm urut2..cukup la. Begini la rupa kalau orang tak biasa urut. Sekali tu dah rasa azab..nak buat kali kedua tu tggu la bertahun mencari kekuatan..hihi.
Sekian.
Showing posts with label rawatan alternatif. Show all posts
Showing posts with label rawatan alternatif. Show all posts
Thursday, 16 May 2013
Friday, 3 May 2013
Rawatan Alternatif #1 (Reflexology)
Salam Jumaat untuk semua..
Sekarang semua citer pasal pilihanraya. Malas nak komen. Apa pun kerajaan kita..yang penting Malaysia Tanah Air kita dan Islam adalah Agama kita. Itu yang paling penting dipertahankan!!
Ok..pagi ni nak share pasal rawatan alternatif. Kebanyakan rawatan alternatif yang kitaorg buat bukanlah sbb kitaorg nak buat sgt. Tapi ada jer dorongan dari orang lain. Sama la juga kes reflexology ni.
Mula-mula citer, jiran belakang rumah (Kak Nn)..whatsapp dia kata ada kawan dia yg kerja kat Qatar balik Malaysia. Kawan dia ni pandai urut. Pakcik..dalam umur 50 thn. Dia blk Malaysia pun sbb kena attend course.
So, habis kerja kak Nn bawa balik rumah Kak Lz. Kak Nn dan Kak Lz ni dok sebelah menyebelah. Diaorg beli rumah sebelah menyebelah dan bestfreind. Suami Kak Lz ni keje sekali ngan Kak Nn. Pakcik ni keje sekali la ngan diaorg..
Maka lepas maghrib, kitaorg gi rumah Kak Lz. Jalan kaki jer..rumah back to back. Kalo biasa tu lalu ikut dapur jer..hihi. Pakcik tu kata dia akan urut dua2 orang..dia tak mau tuduh isteri tak ok atau suami tak ok. Maka Encik B orang pertama kena urut. Pakcik ni urut tapak kaki dan tangan jer. Encik B dah berkerut2 muka tahan sakit. Takde jerit2. Bila dah habis urut tu, Encik B boleh rasa nak pitam. Pakcik tu bagi minum air dah suh rest. Mmg ada yg dia urut, orang tu pengsan. 45 minit jugak dia urut.
Habis turn Encik B..of course turn saya. Masya Allah sangat sakit. Terutama part kepala. Kalau tempat yang dia tekan tu sakit maknanya mmg ada penyakit la kat organ badan kita. Saya mmg ada penyakit migrain yg teruk. Bila pakcik tu tekan jer mmg sakit yang amat sangat. Bila sakit tu, ada la part jerit2, gigit bantal, meloncat2 dan airmata yg meleleh.
45 minit tu rasa bagai bertahun2. Penangan reflexology..sakit esok harinya. Rasa tak bermaya jer.. Rasa cam tu 2 3 hari jer jugak. Mgkn sbb sy tak biasa urut. Kalau yg biasa urut mgkn takde hal. Kak Lz selalu gi urut reflexology pun komen yang pakcik ni urut mmg sakit. Yg biasa dia gi tu..urut2 manja.
Dalam mengurut tu, pakcik tu bagitau nasihat. Pakai la stokin bila tidur malam, kaki jgn kena lantai/tile, pakai selipar, bila duduk2 cuba urut2 tapak kaki. Apa yang sy praktikkan adalah pakai stokin masa tidur. Pakcik tu kata juga, jgn pakai stokin yg ketat..nnt darah tak flow. So cari la stokin yang lama2..yg dah longgar2. Sy pakai stokin Encik B.
Urutan reflexology ni adalah untuk membetulkan perjalanan darah. Bak kata pakcik tu..urut ni nak make sure darah tu smpi ke organ2 badan kita. Bila darah flow dgn baik maka organ akan berfungsi dengan baik.
Pakcik tu pesan, paling elok nak urut reflexology bagi wanita adalah semasa datang haid. Masa sy urut tu saya tak period pun. Dia suh saya gi cari org yg urut..tapi sampai skrg haprak pun tada...hihi. Selain itu, jgn makan 1 jam sebelum urut. Takut muntah kot!!
Overall, pakcik tu mmg best. Nak repeat mmg takut la.. tau dah sakit dia..hihi. Apa pun thanks sgt kat Kak Nn, yg ingat kat sy sdg berusaha utk dptkan baby. Lepas urut, makan malam di umah Kak Lz..best.
Lps urut pakcik tu nak balik ke Qatar semula. Gigih betul pakcik tu!!
Sape nak cuba..boleh cuba. Ini adalah salah satu ikhtiar. Carilah pusat urut yg ok. Jgn main masuk jer...kang benda lain dia urut..haha
Sekian.
p/s : sedang mencari kekuatan untuk sambung urut reflexology ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)
