Showing posts with label lppkn. Show all posts
Showing posts with label lppkn. Show all posts

Monday, 1 December 2014

#IVF/ICSIJourney :: Boleh Claim ke?

Assalam..

Just nak update berkenaan dengan tuntutan balik rawatan IVF/ICSI bagi kakitangan kerajaan macam saya.

Baru jer call LPPKN.  Bercakap dengan pegawai yang incharge borang tuntutan balik rawatan.  Masa buat IUI dulu..semua yang dibayar boleh claim. 

Untuk IVF/ICSI ini, segala kos ubat-ubatan, ujian darah, ultrasound boleh claim.  Yang tak boleh claim adalah bayaran untuk prosedur OPU, ICSI, Embryo Transfer dan Embryo Freezing.  

Maka dalam kes saya ini, separuh daripada kos IVF/ICSI boleh dituntut semula.  Ok la.. 

Borang semua dah siap isi. Resit dah siap kumpul.  Cuma takde sape nak gi hantar ke klinik.  Tgk la dua tiga hari ni..jika tak busy boleh la roger sekejap!!  Kena cepat jugak sebelum akaun tahun 2014 ditutup.

Ok..sekian.

Wassalam.

Tuesday, 18 November 2014

#IVF/ICSIJourney :: Kos Keseluruhan IVF/ICSI/ET/FE

Assalam..

Sebenarnya saya sendiri belum kira kos keseluruhan lagi.  So sambil buat entry ni, tgk resit dan tekan calculator.  Yang saya tahu, saving yang diperuntukan untuk tujuan ini habis digunakan.
  1. #IVF/ICSIJourney :: Start cucuk & Ujian SST - RM 534.50 + RM 228.00 = RM762.50 (Kos termasuk ubat buserelin 2 botol, folic acid, ujian darah, ultrasound dan ujian survival sperm test (sst))
  2. #IVF/ICSIJourney : Appointment 2 - RM2,836.10 (kos termasuk ubat puregon 6 box, ujian darah, ultrasound) 

  3. #IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 1 -  RM497.10 (kos termasuk ubat puregon 1 box dan ultrasound)

  4. #IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 2 - RM83.90 (kos termasuk ubat pregnyl, urine test dan ultrasound)

  5. #IVF/ICSIJourney :: OPU & #IVF/ICSIJourney :: Fertilization / Persenyawaan - RM4,077.60 (termasuk OPU(RM1,500), ICSI (RM2,500), ubat crinone (progesterone gel))

  6.  #IVF/ICSIJourney :: Embryo Transfer & Frozen Embryo - RM1,091.80 (termasuk ET(RM500), Embryo Freezing (RM500) dan ubat Duphaston)

Maka setakat hari ini, kos keseluruhan adalah RM9,349.00.  Kos ini belum termasuk ujian darah Beta Hcg dan lain-lain kos selepas ini.  Kos ini adalah di klinik LPPKN.  Mgkn kos ini tidak boleh dibandingkan dengan kos di hospital swasta.  LPPKN adalah agensi kerajaan yang mana sebahagian kos mgkn disubsidi oleh kerajaan.  

Kos juga akan berbeza diantara pesakit bergantung kepada ubat yang digunakan.

Takde niat nak menunjuk ke apa. Cuma untuk rujukan kepada sesiapa yang ingin mencuba ivf di LPPKN.  Blh bajet wang yang perlu dibawa setiap kali berjumpa doktor.  Di LPPKN boleh guna kad kredit bagi pembayaran yang melebihi RM100.  Untuk OPU, nurse akan beritahu jumlah wang yang perlu dibawa.  Masa appointment untuk ambil ubat puregon tu mmg tiada siapa beritahu kos ubat.  Masa tu pandai2 bajet sendiri.

Sejujurnya kebanyakan pembayaran saya guna kad kredit.  Lebih selamat daripada nak membawa duit yang banyak.  Bajet untuk rawatan ini saya simpan di dalam saving account.  Bila dah caj kad kredit, beberapa hari lepas tu saya bayar.  Ini cara saya.  Mgkn ada cara yang lebih baik dari itu boleh dikongsi bersama.  

Ok. Setakat ini je la. Hari ni dah catat rekod paling byk entry.  Tak pernah terjadi sepanjang menaip blog ni..hihi.  

Wassalam.

Friday, 26 September 2014

#IVF/ICSIJourney :: Dimana??

Assalam semua..

Salam Jumaat dan salam zulhijjah untuk semua.  Dah tak lama jer lagi nak raya haji.  Tapi tahun ini raya haji hanya di rumah sendiri. Encik B ada kelas yek pada hari raya tu. Kesian kat dia..dan kesian jugak kat saya yang kena raya sorang2..huhu. Tapi tak pe..nnt saya gi la raya rumah jiran2 saya (buat muka tak malu dan sedih..hihi)

So, ini nak sambung citer pasal ivf.  Ada yang bertanya buat IVF dimana? IVF kali pertama ini saya buat di LPPKN dengan Doc Ghafar. Doc yg sama semasa prosedur IUI sebelum ini. Sebenarnya, saya dan Encik B berbelah bahagi juga pasal doc dan tempat nak buat IVF.  Ye la, duit yang ada bukan la byk sgt..duit yang akan guna banyak..nak mengumpul tu bukan la dengan sekelip mata boleh cukup dana. So pemilihan pusat IVF dan doc ni antara yg diberi perhatian.  

Ada satu hari, saya terbaca entry kat blog Dr Adilah berkenaan forum IVF di Hospital Pantai.  Forum itu diadakan pada 13 September 2014. 

sumber gambar daripada blog Dr Adilah

Lepas jer baca saya pun call, book tempat untuk datang dengar.  Tujuan datang forum tu nak dapatkan input dr doktor sendiri.  Cadang nak datang ngan Encik B. Atleast Encik B tau la apa yang akan terjadi waktu IVF nnt. 

Bila tiba hari kejadian, Encik B tak boleh ikut sebab kena gi kelas. Nak suh ponteng pun tak dapat. So saya gi la sorang2.  Forum tu dalam tempoh sejam lebih sahaja.  Doc pun cerita prosedur IVF di hospital pantai dan cerita2 pesakit ivf yang telah berjaya.  

Masa dengar forum tu saya dah berbelah bahagi antara LPPKN dan Hospital Pantai.  Kedua-dua ada pro dan cons.  Bila balik rumah cerita la kat Encik B.  Minta pandangan dia samada nak buat kat LPPKN atau Hosp Pantai.  Pada dia, mana2 pun tak kisah.  Dia suh saya tanya dulu pasal hosp pantai dan Doc Adilah.  Maka saya contact sweet tooth untuk dapatkan info yang berkaitan.

Bila dalam situasi sebegini, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.  Macam2. Nak taip kat sini, tak terluah.  Dah dapat info skit, kami berbincang semula.  Tambah  tolak darab bahagi...akhirnya saya dan Encik B membuat keputusan untuk teruskan rawatan dan prosedur IVF di LPPKN. 

Alasan utama saya masih meneruskan rawatan IVF di LPPKN kerana doc dah tahu ubat apa yang sesuai dengan saya.  Segala rekod perubatan saya dan suami semua dah ada.  Maka lebih senang untuk teruskan di sini sahaja.  Mungkin dari segi rekod kejayaan tidak dinyatakan tetapi saya yakin ada yang terbaik untuk kami disitu.

Pelbagai cadangan dan pandangan orang bagi yang kami ambilkira.  Tetapi keputusan antara kami adalah lebih penting dan utama.  

Appointment pertama untuk IVF pada 25 September 2014.  Nnt saya story di entry yang lain. 

Untuk pengetahuan, kos ivf akan berbeza antara seseorang.  Di pantai kos prosedur IVF beharga RM11 ribu +- , tidak termasuk ubat, ujian darah, scan dan lain-lain.  So kos keseluruhan lebih kurang RM16 ribu +- tidak tidak melebihi RM20 ribu +-.  Di LPPKN juga sama, kos untuk prosedur jugak dlm RM9 ribu+- dan mungkin lebih. Kos termasuk ubat, ujian darah dan scan. Maka untuk persediaan kena sediakan lebih kurang RM20,000.  Kos ubat adalah tidak sama antara seseorang kerana keperluan ubat adalah bergantung dos yang digunakan untuk stimulate telur.

Ok smpi kat sini jer dulu..

Wassalam.



    


Monday, 21 October 2013

Update 2nd Treatment Utk Tahun 2013

Assalam..

Alhamdullilah hari ini 10dpIUI. Prosedur IUI selamat dijalankan pada 11 Oktober 2013.

9 Oktober 2013, pepagi saya jumpa doc utk tvs. Dan sangat memberansangkan ketebalan rahim 7mm..baik utk IUI. Dan masa scan tu ovari sebelah kiri ada 1 telur yg saiznya 20mm ke atas. Dan sebelah kanan ada 3 lagi yang saiznya melebihi 18 mm (Detail berkenaan ini tak dpt sbb doc tak bagi salinan).  So total telur utk IUI ni ada 4 biji. Cukup syarat nak buat IUI.  

Sebenar saya sgt terkejut dengan ransangan ovari saya terhadap ubat clomid dan puregon tu.  Seriusly semasa ambil ubat2 saya takde rasa apa. Dan pada sy mgkn takde telur yg ok. Sekali scan byk begitu.  Compare last IUI, cuma ada 3 biji telur yg ok.  Sy pun tanya doc, kenapa saya takde rasa apa. Doc kata bagus la..awak takde rasa side effect ubat.  Doc mmg nak kurangkan side effect ubat. Ok..

Maka IUI ditetapkan pada 11 Oktober 2013.  Balik dr scan mmg berdebar2 cam ne nak ckp ngan bos pasal semua ini. Sepanjang perjalanan balik ke ofis sy berdoa. Smpi ofis terus siapkan utk miting. Ingatlah Allah itu Maha Mendengar keluhan hamba-Nya, maka pada hari Khamis lebih kurang jam 11 pagi, PA tuan pengerusi call sy bagitau yang tuan pengerusi tak sihat dan nak cancel miting sok. Apa lagi bersyukur sesangat. So dlm petang tu saya gi jumpa bos bagitau pasal treatment. Dan esok (11 Oktober 2013) sy akan MC. So dia ok la..since miting dah takde.  Miting tu smpi sekarang belum buat2 lagi..haru betul.

11 Oktober 2013 saya dan encik B pepagi lagi dah ke LPPKN. Parking kat bangunan mara. Pastu gi breakfast dulu. Utk hari itu...prosedur IUI berlangsung sgt cepat. Dlm kul 9 dah settle. Yang pertama kali tu..dalam kul 10 lebih baru siap.  Dah siap awal tu..dan dua2 org MC..kitaorg gi survey sliding door. Gi lunch. Balik rumah..saya tidur tengahari tu smpi Encik B balik solat jumaat.

Utk IUI kali ini, hari sebelum tu saya dah bagitau emak saya. Sblm2 ni buat apa2 mmg tak bagitau dia. Ntah la..bukan tak suka dia tahu tapi..susah nak ckp. Hari prosedur tu..pepagi tu call lagi..suh dia doa. Lps prosedur mak call tanya..saya kata ok tak sakit pun. Then dia pesan jgn buat kerja berat.

Sepanjang 10 hari selepas IUI ni, sy cuma rasa cramp kat ari2 pada malam tu. Pulak tu kat kelas ngaji. Ya Allah sakit sgt dan tak selesa. Lepas pada tu tak rasa apa2. Dan saya sgt confuse kenapa saya tak rasa apa2. Sedangkan saya tau ubat duphaston tu akan memberikan rasa yang pelik2. Disebabkan saya tak rasa apa2..saya mula tak sabar nak buat UPT. Dan yang paling teruk..sy bgtau adik saya yang saya nak check darah Beta HcG. Biar cepat sikit tau. Marah la Cik Misi kat saya...hihi. (Saya mmg keturunan yang kurang sabar...haha!!)

2ww berbaki lagi 4 hari. Saya dah berjanji ngan diri saya tak akan buat UPT sampai hari appointment ngan doc pada 1 November 2013.  Kalo dah period sebelum tarikh tu..makna IUI kali ni failed.

Apa pun sekarang ni mampu berdoa dan bertawakal jer. Saya tak tahu apa yang Allah rancangkan utk saya. Dengan perasaan saya sama sekali berbeza dengan IUI yang pertama dulu..saya mengharapkan saya kuat utk menghadapinya.

Yang paling penting dalam hidup ini...bersyukur dengan apa yang ada.  Setiap hari hitunglah apa yang kita ada..bukan setakat duit ringgit..tapi kesenangan, kebahagian, kesihatan, keluarga, kawan2, pekerjaan dan semua yang kita ada. Terlalu banyak yang baik2 Allah telah berikan.  Andai kata Allah lambatkan lagi rezeki anak utk kita (TTC'ian) bersabarlah..kerana yang kita telah nikmati pada saat ini sudah pun berlebih2an.  Lapangkan dada..

Sekian..
Wassalam..

Tuesday, 8 October 2013

2nd Treatment untuk 2013

Assalam semua..

Setelah lama tak mengupdate blog berkenaan TTC hari ni berjaya jugak nak update. Hari ni free sikit sbb EL tunggu rumah yang tgh renovate.  Renovation sikit jer..dah nak 2 minggu. Rumah berhabuk tahap gaban + dapur tutup sejak sabtu lalu. Makan kat luar jer...

Untuk entry kali ni nak cerita pasal 2nd treatment untuk thn ini di LPPKN.  1st treatment pada bulan Mei yang lalu.  Lepas tu mmg nak pergi sambung balik treatment tetapi bulan jun bilik OT LPPKN tgh renovate, bulan julai dah nak bulan puasa, bulan ogos hari raya, bulan september bulan buat bajet. Maka bulan Oktober ni ada la sikit masa..itu pun tak berapa nak terluang sangat..hihi

Hari jumaat 27 September 2013 ada kuar darah setitik je.  Hari tersebut CD23..saya dah berbelah bahagi nak call tak LPPKN utk appointment.  Kalo nak tggu betul2 period kuar mgkn hari sabtu atau ahad..hari isnin baru boleh call. Tp Isnin petang ada miting.  Bila masa nak call..

So petang jumaat tu..call je LPPKN. Dengan sekali call terus cakap ngan nurse doc Ghaffar (biasanya kena call banyak kali baru dapat..) so ckp kat nurse tu yg ptg ni sy baru kuar darah setitik jer. Sy nak buat appointment. Nurse tanya biasa period akan keluar byk lepas tu? Sy ckp biasanya 1 hari spotting..next day akan period betul. Masa tu dlm hati jgn la dia bagi appointment hari Isnin sbb isnin tu miting penting.  Kalo nurse letak appoitment hari isnin nak mintak tukar..kalo tak boleh mmg cancel terus la appointment tu.  Alhamdullilah nurse bagi appointment hari selasa. Kalo ikut perkiraan dari hari spotting, hari selasa tu CD5.  Last day untuk ambil ubat.

Period kali ni mmg gila sikit..hari jumaat tu dia spotting petang tu jer. Malam tu clear. Dalam hati takpe tunggu sok.  Sabtu tu pun sama spotting sikit jugak. Dalam hati dah cuak..cam kalo period mmg tak kuar2.  Mgkn preggy ke? hihi.. Sy kata tak pe la tunggu lagi hari ahad. Hari ahad baru la period keluar. Itu pun darah coklat2 jer..byk sikit dari spotting.  Hari isnin baru flow yang betul2 banyak.

So hari isnin tu miting cam biasa.  Bila petang tu..jumpa bos bagi tau sok pg selasa sy nak gi LPPKN nak gi jumpa doc.  Bos boleh ckp.."time2 sibuk cam ni awak nak gi jumpa doc".  Masa tu rasa bersalah sgt kat dia. Petang tu saya stay kat ofis untuk siapkan pindaan lepas msyrt. Pepagi selasa tu sy gi LPPKN dgn berkira2 bila la next appointment utk scan.  Kalo scan tu jatuh 7 Oktober 2013, sy akan ckp dgn doc sy tak nak ambil ubat..dan postponed treatment next time.  Sbb 7 Oktober 2013 miting lagi besar dan sy urusetia. 

Bila smpi turn jumpa doc..discuss pasal last IUI.  So far doc sgt berpuas hati..cuma kuantiti sperm Encik B kurang sikit jer.  Doc berjaya masukkan 10juta.  Doc kata kalo boleh dia nak 20juta.  Doc pun bagi tau ini mgkn last IUI saya.  So lepas ini kena proceed IVF.

So doc tanya period bila. Sy bgtau sy start spotting hari jumaat dan sabtu. Betul2 period hari ahad. Sy tanya doc dari mana nak kira ini.  Doc tanya saya balik..awak rasa spotting hari jumaat tu period ke tak? Saya jawab..hari jumaat tu saya dah tak solat. Doc pun gelak..so kita kira spotting tu CD1.

Maka doc bagi ubat sama seperti last IUI.  100mg clomid untuk 5 hari dan puregon 100iu untuk 4 kali.  So datang balik scan pada 9 Oktober 2013.  Apa lagi...happy gila time tu. Sbb tak kena time 7 Oktober 2013.  Doc kata lagi kemungkinan besar IUI pada 11 Oktober 2013 hari jumaat.  Minggu berikut tu dah nak raya haji.  Masa tu tak terfikir yang 11 Oktober 2013 ada miting yg sy jadi urusetia dan semua report sy buat.  Mati lagi la nak bagitau bos ni...

Ubat ambil cam biasa.  IUI pertama saya ambil pukul 10 mlm.  Yang kali ini saya ambil kul 8 mlm.  Senang sikit.  

Sok nak gi scan.  tak tahu apa cerita.  Setakat hari ini, ok jer..takde pulak rasa pe2..mgkn dah immune dgn drug2 ni..hihi.  Jika jadi la IUI hari jumaat tu cam ne nak gi ckp ngan bos ni. Daripada saat terperasan bertindih ngan miting, hari2 berdoa moga2 dipermudahkan dan miting tu cancel..pinda hari lain.  Tapi sehingga hari ni..miting tu on jer. Skrg pun dah gelabah buat semua report. Yang penting prepare semua benda untuk miting. Kalo dah settle..mgkn bos tak marah sgt kot.. Cam ne pun kena face to face ngan dia.  Dia nak marah tu dia punya pasal la..tapi yang penting jgn berbohong..huhu

Dugaan betul...harap semua ok la.

Untuk semua ttc'ian, berusaha dengan apa cara sekali pun (yang pasti halal) untuk mendapatkan zuriat ini. Kerana dengan usaha itu, asbab untuk Allah bagi rezeki zuriat.  Rezeki Allah ini kita kena cari.  Sebagai contoh, kenapa kita kena kerja. Pergi pagi balik petang.  Sbb nak dpt duit kan.  Duit itukan rezeki dari Allah.  Dengan sbb kita kerja kita dapat rezeki wang.  Begitu juga dengan usaha kita nak dapatkan zuriat..tak kisah la makan supplement ke, minum susu kambing ke, berurut ke, jumpa doc ke..yang penting kita usaha.  Dengan usaha itu..Insya Allah akan disalurkan rezeki yg kita semua tunggu.  Bila kita dah berjaya mengandung..usaha kita itu adalah asbab untuk kita dapat rezeki dr Allah.  Bukanlah ubat, supplement, IUI/IVF yg memberikan kita zuriat.  Peringatan ini untuk diri sendiri dan mereka yang membaca.  Dan niatlah kita nak zuriat ini kerana Allah dan Rasulllah.  Bukan kerana manusia yang selalu mengata/bertanya.  

Sekian. Wassalam.


Thursday, 30 May 2013

16dpiui = CD1 :: IUI Failed #2013 #1st Treatment

Assalam dan selamat pagi semua..

Setelah 4 hari mengalami spotting, akhirnya Cik P telah datang dengan jayanya petang semalam.  Alhamdullilah...

Maka, IUI kali ke-3 ini tidak berjaya..

Untuk IUI kali ini, saya berjaya utk mengawal diri saya dari kesedihan yang terlampau.  Mengenangkan pada IUI pertama dan IUI kedua, bila period jer bengkak jugak la mata ni menangis.

Bukan tak sedih, tapi dari awal lagi saya dah bina kekuatan diri utk menerima apa jua ketentuan Allah.  Bukan bermakna saya tidak mengharap, sangat2 mengharap tetapi sebagai seorang Muslim, saya telah berusaha, berdoa dan bertawakal.  Saya redha..

Saya mmg nak continue treatment, tetapi hari yg saya call LPPKN, nurse beritahu bahawa bilik OT ditutup 2 minggu utk kerja penyelenggaraan.  So diaorg tak ambil kes. Tggu next period. Tapi tak mgkn juga diaorg akan ambil kes, kerana terlalu hampir dengan bulan ramadhan.  Berkemungkinan treatment akan bersambung selepas hari raya.

Untuk tempoh bertenang ni, saya tetap akan meneruskan usaha TTC dengan kaedah2 alternatif dan supplement2 sedia ada.  Program penurunan berat badan akan diteruskan (berat dah naik sbb tak berapa control makan). Jgn cepat mengalah...sbb rezeki itu adalah rahsia Allah..

Untuk TTC'ians, terima kasih atas sokongan kamu semua.  Walaupun kita bersua di alam maya, tetapi keprihatian dan doa kalian amat dirasai dan dihargai (rasa nak peluk korang semua).

Sekian. Wassalam..




Monday, 27 May 2013

14dpiui :: Spotting..

Assalam..

Hari ni genap 14dpiui.

Blm buat UPT lg. Dah niat nak buat UPT bila habis makan ubat Duphaston tu. Tapi start Asar hari semalam dah spotting.

Duphaston tu masih lagi berbaki 2 hari (hari ini dan esok).

Hingga pagi ni pun masih spotting. Fresh blood masih belum keluar. Dan saya masih terus ambil duphaston atas nasihat cik misi.

Blm boleh disahkan IUI ni failed.  Sbb cik misi kata makan jer ubat tu smpi habis dan tgk kauntiti darah yg kuar. Siap dia cakap "Akak ada jer org mengandung period pada awal preggy. So kita tgk dulu." Positif sungguh adik aku. Kakak dia awal2 lagi dah mengalah..

Sekarang, tggu dan lihat jer.

Sekian. Wassalam..

p/s :: sedang berlapang dada..

Monday, 13 May 2013

CD16 :: IUI #2013 #1st Treatment

Assalamualaikum dan Salam Isnin.

Alhamdullilah, hari ini CD16 saya selamat menjalani prosedur IUI kali ke-3.  Tetapi IUI ni kali pertama di LPPKN. Semua berjalan dgn sgt lancar dan mudah.

Appointment pukul 7.30am. Segalanya selesai pukul 11am.  Nampak cam lama...tapi kami enjoy sahaja masa menunggu.  Laki bini dok gelak2 main Candy Crash Saga...hihi.

Sy menjadi patient terakhir utk IUI walaupun nama saya paling atas dan Encik B bagi sampul utk collect sperm tu antara yg awal. Tak tahu kenapa. Tapi kami berdua redha jer..ini ketentuan Allah. Selesai jer IUI, kami gi PJ nak settlekan urusan bank. Then lunch balik rumah. Sekarang masa berehat di rumah.  Encik B sedang enjoy main PS2 dan saya enjoy dok dalam bilik berbaring2..hihi.  Saya enjoy setiap apa yang berlaku hari ini.

Soal rezeki kami tak nak pening2. Biarlah Allah yang tentukan. Kami dah berusaha. Dan sekarang ada masa utk bertawakal kepada-Nya. Tak mau stress dlm tmph 2ww ni.

Terima kasih atas doa kalian semua. Saya juga mendoakan kepada semua TTC moga Allah diberikan rezeki anak utk kita semua. Amin.

Sekian. Wassalam.





Friday, 10 May 2013

CD13 :: TVS KE-2 #2013 #1st Treatment

Salam Jumaat.  Jumaat yang penuh barakah..

Pagi tadi selamat membuat scan untuk kali ke-2.  Appointment pukul 8.00 am. Alhamdullilah segalanya selesai dalam pukul 9.15am.  Pukul 10 am dah ada kat ofis.  Semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Hari rabu lepas sy dah scan utk pertama kali. Doc minta sy inject 100iu puregon pada hari Khamis malam.

So resultnya sgt memberansangkan. Ketebalan rahim masih lagi 6mm. Ok.

Ovari sebelah kiri ada 3 biji telur dgn ukuruan 22 x 23, 15 x 12 dan 14 x 11.

Untuk ovari sebelah kanan ada 6 biji telur 12 x 12, 11 x 10, 16 x 16, 20 x 14, 24 x 23 dan 16 x 11.  So yang sy highligt merah tu dah boleh diterima untuk proceed IUI.   Dan warna biru tu masih boleh dipertimbangkan.  Kemungkinan telur itu akan membesar sehingga ukuran 18mm.

Doc menetapkan prosedur IUI pada hari Isnin 13 Mei 2013 (harapan janganlah berlaku apa2 yang tak diingini).  Sy perlu ambil suntikan Hucog sebanyak 5000iu pada 11 Mei 2013 jam 8 malam.

Baru hari ni ari2 sy rasa cramp.  Tapi masih boleh bertahan. Tiada apa yang saya mohon hanya dipermudahkan semuanya oleh Allah.

Mulai hari ini..saya tak nak fikir pasal IUI..saya nak enjoy jer!!!  Rasa nak gi shopping cari kasut..

Sebelum bye-bye...satu motivasi utk semua..


Setiap kesusahan yang kita tempuhi akan memberikan kita lebih ilmu, kekuatan dan meningkatkan nilai kesabaran.  Semua ini adalah pengalaman yang terindah dalam hidup ini!!

Sekian. Wassalam.


Thursday, 9 May 2013

CD11 :: TVS #2013 #1st Treatment

Salam Khamis..

Semalam 8 Mei 2013 adalah CD11. Bila dah makan ubat & inject, memastinya kena check telurkan. Ada berapa biji, saiz dia..untuk doc proceed next step.

Appointment sy pukul 11 pg. Disebabkan cuti..saya pergi dari rumah. Kuar rumah kul 9.50 pg. Smpi area jln TAR tu dlm kul 10.40pg. Parking di Maju junction.

Di LPPKN mmg tak ramai org. Sgt cepat. Dlm 30 minit settle semua.

Result scan ketebalan rahim 6mm. Doc kata ini ketebalan paling mininum yg boleh diterima. Ok. Ovari sebelah kiri ada 2 biji dengan ukuran 11 x 10 dan 18 x 17.  So doc kata 1 biji dah boleh terima (18 x 17). Untuk ovari sebelah kanan ada 3 biji dengan ukuran 12 x 11, 14 x14 dan 16 x 18.  Doc kata ada 2 biji yg boleh diterima (14 x 14 dan 16 x 18).  Untuk telur yg saiz 14 x 14 tu doc nak monitor lagi jumaat ini.

So untuk itu, doc suruh inject lagi pada malam ni 100iu puregon. Pagi jumaat jam 8.00 pg doc akan scan semula. Dgn harapan yang 14 x 14 itu membesar sehingga ke 18mm.  Ok!!

Sebenarnya saya pelik sikit, 1st day period saya yg doc kira dari hari Ahad iaitu 28 April 2013.  Tapi hari itu, hanya spotting je yg kuar. Darah yg kuar betul adalah pada 29 April 2013 hari Isnin.  Kalau ikutkan doc Zamri, 1st period dikira dari tarikh fresh blood.  Spotting2 tu tak kira.  Bila dgn doc Ghaffar dikira dari tarikh spotting. Agak pening sikit la..tapi not much different pun.

So dengan saiz telur sebegitu rupa sy rasa, cycle day 1 patut lewat 1 hari. Sbb sy berharap juga telur yg 12 x 11 tu boleh membesar dengan ukuran yg sepatutnya. Dan boleh dikira semasa buat IUI nnt..

Apa pun saya follow apa yang doc suruh. Sy continue ambil folic asid, fish oil dan EPO setiap hari. Dan selebihnya biarlah Allah yang tentukan.

Sekian.

p/s :: saya kembali ketagih kafien!!! tolong la saya!!




Monday, 7 January 2013

Review Cycle Dec 2012

Assalam..

Happy New Year untuk sahabat-sahabat di alam maya ini. Masya Allah sudah berlalu 7 hari tahun barunya. Tapi tak kisah la. Sbb skrg ada lagi org masih blur. Time tulis tarikh, dia pakai tahun 2012 lagi..hehe.

Mmg lama benor tak buat entry pasal TTC. Masya Allah pemalas sungguh tuan badan ni.. >_< Kemalasan yang melampau. Rasanya nak jer cari gadget yg boleh scan kepala otak ni..terus jd entry dan terus publish..hohoho! Ada tak??

So, 1st entry untuk tahun 2013 nak story balik pasal cycle Dec 2012. Hari tu saya dah maklumkan bahawa bulan Dec 2012 saya telah memulakan semula treatment fertility di LPPKN. Boleh baca entry ini. Untuk cycle ini, Doc bagi ubat Clomid 100mg untuk 5 hari (setiap 24 jam) dan Suntikan Gonal-F 75 iu untuk 3 hari (setiap 48 jam). Makan Clomid mmg takde masalah. Sbb dah biasa. Tetapi suntikan Gonal-F tu mmg masalah. Kerana inilah pertama kali dalam saya ber TTC nak suntik sendiri.

Mmg menjadi kenangan terindah la buat saya hari tu. Saya dah set nak suntik pada pukul 10.15 pm. Masa nurse terangkan ok jer. Dan masa terangkan tu ada Encik B. Kebetulan hari pertama nak suntik tu, saya keseorangan di rumah. Encik B kena jaga exam dan balik lewat. Cik Misi pulak time tu balik kampung, sbb dia bercuti. Mmg menggeletar tangan2 ni.. Disebabkan gelabah sangat..penutup needle tak boleh bukak. Dah la ada 2 needle. Satu needle pun tak ok. Siap call Cik Misi kat kampung nak mintak pertolongan. Rupa-rupanya saya masukkan needle tu terlalu ketat..so susah la nak buka penutup dia. Dalam 5 minit jugak panik..akhirnya saya berjaya juga bancuh ubat..dan suntik diri sendiri seorang diri malam tu. Pada malam2 yang lain, Encik B ada..ok la sikit..hehe.

Maka appointment berikutnya pada 12.12.12 iaitu pada hari ke-10 (CD-10). Hari yang penuh dengan dugaan walaupun tak besar mana pun. Appointment pada pukul 11 pg. Spt biasa dalam kul 10 am sy kuar dari ofis. Hari tu pulak nak kena submit kertas kerja untuk Mesyuarat Jawatankuasa. Satu hapa pun tak review lagi. So saya cakap la kat penolong saya yg saya gi klinik jap. By lunch saya balik. Kebiasaannya begitu. Tetapi hari tu betul2 lain. Sehingga pukul 12 lebih tghhari sy blm buat scan lagi. Ramai sgt patient. Saya sabar jer menanti. Akhirnya saya scan dalam kul 1 pm.

Keputusannya ada 2 biji telur. Sebelah kiri 1 (21 x 23) dan sebelah kanan 1 (20 x 18). Untuk proceed IUI doc perlukan 3 biji telur. So doc suh try naturally.  Time tu sedih gak sbb berharap sgt utk IUI. Disebabkan habis scan waktu lunch hour..maka farmasi dan kaunter pembayaran tutup. Kena tunggu pukul 2.  Masa tu gelabah giler. Dan masa tu jugak, penolong call kata Bos Besar nak report kerana sok ada kelulusan paper bajet 2013. 1 lagi!! Tapi wat2 relax jer gi makan.

Kul 2 gi balik klinik ambil ubat. Kaunter pembayaran pulak takde orang. 15 minit gak tunggu. Masa tu kat luar sudah gelap gelita. Bila dah bayar semua, pergi lak kat nurse untuk bagi penerangan tentang suntikan pregnyl. Kuar dari LPPKN tu dah kul 3pm. Dah hujan pun. Masya Allah cam na nak gi lrt. Payung takde. Dengan nekad sbb tak solat lagi dan macam2 hal kat ofis..redah hujan dari LPPKN ke LRT bandaraya tanpa payung atau apa2. Dlm meredah hujan..air mata pun berjurai la sikit..huhu.

Dr LRT Bandaraya ke LRT Taman Jaya makan masa lebih kurang 50 minit la. Smpi jer kat PJ, masih hujan dan masa tu dah nak dekat kul 4 ptg. Teksi la takde time tu. Lama gak tunggu..pastu ada lak orang potong2 Q. Rasa mmg down btul time tu. Smpi ofis dah 4 lebih..apa2 gi solat dzuhur dulu. Pastu siapkan report untuk Bos Besar. Review kertas kerja sambung sok. Mujur urusetia tak marah..hahaha.. Masa kejadian tu Encik B mmg tak follow. Dia asyik call jer..tanya ok ke tak. Bila difikirkan balik..takde la teruk sgt. Mgkn sorang2 time tu..rasa down sgt.

Untuk suntikan pregnyl, kena ambil pada pukul 10am 13.12.12.  Masa jumpa Bos Besar, dia suh saya hadir bersama time meeting.  Kebetulan minggu tu bos betul saya a.k.a Ketua Jabatan saya bercuti seminggu. Kalau tak bos saya la kena gi meeting. Meeting kul 10.30am kat Shah Alam. Dari PJ ke Shah Alam tu tak jauh mana pun, tapinya jem. Tepat kul 10am saya suntik pregnyl di ofis. Kunci pintu..dok diam2 bawah meja dan inject..haha. Janji matlamat tercapai. Siap. Dah terror.. 10.05am gerak gi Shah Alam.

Pregnyl adalah ubat untuk memecah telur. Ia bertindak dalam tempoh 36 jam. So doc suh intercourse selepas 36 jam iaitu hari Jumaat jam 10 malam. Tapi kitaorg sudah langgar ckp doc. Hari Khamis mlm jumaat tu kitaorg dah bersama. Dlm kepala lantak la..doc tak tau pun..hehe. Doc kata bersama la sebanyak mgkn dlm tempoh 48 jam selepas 10 mlm hari Jumaat tu. Sabtu Ahad..kitaorg gunakan sebaik mgkn.

Maka, hari Isnin bermulalah 2ww. Doc bagi ubat duhapston untuk dihabiskan dlm masa 2 minggu. Sebiji pagi sebiji malam.  Masya Allah..yang paling saya ingat adalah rasa cramp di ari2. Seminggu lebih. Sekejap-sekejap dia datang. Tapi saya diam dan buat tak tau. Ni semua pengaruh ubat. Dalam tempoh 2ww pun saya minum sangat herbalife. Stop jap. Tapi beberapa hari seblm period saya belasah juga shake. Tea dan aleovera tak ambil sehingga saya betul2 period.

Setiap kali buat treatment mmg mengharap sangat2. Dan setiap hari saya pegang perut saya dan berdoa..kalau ada baby dalam perut ini kekallah ia selama 9 bulan di dalamnya. Minggu2 nak period tu saya dah dpt agak saya akan period. Takde sikit pun tanda preggy. Pada pagi 29.12.2012 telah kuar spotting. Saya mmg menangis la dlm bilik air. Kuar bilik air buat2 ok. Bgtau Encik B sy dah period.

Encik B yg mamai2 baru bgn tido..peluk saya. Time tu air mata pun laju jer. Encik B pun mengharap jugak tapi dia redha mgkn blm tiba masanya lagi.  Untuk next treatment ni..dia serahkan sepenuhnya kepada saya. Sbb pada dia, yg nak kena makan ubat tu saya, nak kena cucuk tu saya, nak kena scan tu saya dan byk treatment pun pada saya. So jika saya nak teruskan treatment dia akan sokong. Kalau saya nak hold pun dia tak kisah. Dia akan sokong apa jua keputusan saya. Masa tu lagi la berjurai airmata ni. 

Dan saya mengambil keputusan untuk teruskan treatment ni. Takkan la gagal sekali dah mengalah..hehe

29.12.12 dan 30.12.12 hanya spotting. 31.12.12 hari terakhir 2012 baru la period betul2. 

Walaupun Allah belum beri kami rezeki zuriat..pada hari yang sama (29.12.12) Allah beri kami rezeki yang lain yang juga sgt hebat. Subhanallah..Alhamdullilah.. Saya jadi ratu air mata pada hari tersebut..hehe

Untuk Jan 2013 klinik LPPKN tak ambil patient kerana ada kerja2 penyelenggaraan (tapi skrg sy tak tahu la). Maka rawatan saya akan bersambung pada bulan Mei 2013. Bagi siap dulu keje2 penting..nnt nak treatment pun hati tenang sikit..haha.

Sekian.

Wassalam

** entry ni takde gambar..sbb tak boleh upload.


Wednesday, 5 December 2012

Dec :: Start Balik Treatment

Assalam..

Dah dec. Tak suka..tak suka..tak suka. Sbb bulan Dec la byk keje..nak closing account. Byk nak buat pelarasan!! tak suka..tak suka..tak suka. Tapi kena tempuh jugak.

So utk dec ni..sy dah start balik treatment. Hari ni start clomid 100 mg utk 5 hari dan Gonal - F 75 iu utk 3 hari. In Shaa Allah 12 Dec appointment utk tvs dan jika diizinkan Allah 14 Dec IUI utk kali ketiga. 

Ini adalah treatment pertama di LPPKN. Mmg agak lambat. Last jumpa doc bulan September 2012. Tapi dec baru diizinkan.  Allah punya perancangan terbaik.

Harapan menggunung tinggi...tapi yang terbaik hanya Allah tentukan. Apa pun kami redha.

Moga penghujung tahun ini memberi khabar gembira utk kami!!

****************************************************************

Ada banyak story nak update kat sini..tapi mode M besar sgt. Especially pasal DIET...hahaha.

BW ada jugak..tapi tak tinggal komen pun..huhu..jgn sedih yek!!

Blog sendiri pun dah terabai..byk benda tak update..teruk betul tuan dia ni..

Selamat hujung tahun utk semua..

Wassalam


Monday, 8 October 2012

Hanya Untuk 2 Kali Percubaan IUI

Salam Isnin semua,

Hari ni mood ke laut sikit. Sbbnya..hari ni sakit perut..huhu gara-gara nak habiskan kari kepala ikan.

Saje jer nak buat tajuk post gempak2 kan!! tapi ceritanya biasa jer..hehe.

Ok..last friday bersamaan 5 Oktober 2012, kami (saya + Encik B) ke LPPKN. Appoinment kul 11 pg. Ini adalah pertemuan pertama dengan Doc Ghafar. Pertemuan ini adalah untuk penerangan lanjut ujian semen, ujian darah CD2-CD5 dan ujian darah CD21 dan apa yang doc akan buat..

Keputusan ujian,

Saya (Isteri) - Hormon FSH, LH dan progestron berada di dalam lingkungan (makna ada ovulasi scr natural). Mmg ada PCOS, sbb hormon FSH tak sama dgn LH. So doc kata..ada 2 kemungkinan akan terjadi apabila sy ambil ubat hormon.. 1) ovari sy tak akan respond dan 2) ovari sy terlebih respond.

Encik B (Suami) - Bilangan sperma melebihi sepatutnya/banyak. Pergerakan sperma agak rendah. Rupa bentuk sperma yang normal ok..berada di dalam lingkungan. So doc akan monitor dari semasa ke semasa.

Kesimpulan,

Doc suggest supaya kami cuba IUI untuk 2 kali shj. Sbb sblm ni saya dah buat IUI 2 kali jugak. So total sepanjang TTC...4 kali IUI. Sekiranya tak berjaya, Doc akan move to the next step IVF.

Pada saat ini, saya dan Encik B redha. Ini adalah takdir yg Allah dah tentukan. Untuk IVF kami dah sepakat untuk mula menyimpan duit. So duit bonus 1 bulan yg akan terima..simpan utk IVF yek!! No enjoy2.. Tapi sebelum IVF, kami akan cuba sedaya upaya semasa IUI nnt. Moga saya dan suami tabah dalam mengharungi rawatan ini. Dan jika blm rezeki untuk saya..saya terima dgn hati terbuka.  Apa pun terjadi..ia sudah ditentukan. Saya mohon supaya Allah lapangkan dada saya seluasnya..besarkan hati saya sebesarnya..supaya saya tidak berkecil hati dgn ujian ini.

sumber :: fb


Sekian.






Thursday, 13 September 2012

CD21 :: Ambil Darah Lagi

Ntah mood pe yg rajin minggu ni. Walaupun busy ada lak masa nak menaip..hehe.

Hari ni CD21. Dan telah dijadualkan sesi ambil darah hari ni. Cuma untuk isteri sahaja. Suami tak perlu. Maka saya seorg diri ke LPPKN tu. Kejap je ambil darah tu. Hari ni nurse pompuan yg buat..kejap je..tak sakit pun. Pas ambil darah, kena tunggu nurse doktor. Dia nak bagi appointment jumpa doc. So appointmentnya pada 5 Oktober 2012. Time ni doc nak terang segala result ujian yg telah dibuat.

*******************************************************************************
"Citer lain..tak berapa nak berkaitan"

Satu maghrib sdg buka puasa, ayah call cik misi. Time tu kitaorg tgh makan. Sy berbuka puasa. Pastu mak nak ckp dgn saya.

Mak : Akak, td kan mak jumpa anak cina ain. Dia pregnant. Dia tu dah lama kahwin. Mak tanya la pe dia buat. Dia kata dia buat treatment tu, kos dia RM12,000. (sbnrnya sy tak kenal pun anak cina ain tu. Kenal cina ain jer..dia jual sayur)

Saya : Eeemmm..dia buat IVF la tu.

Mak : IVF tu pe? Akak kalau awak nak buat, mak boleh bagi duit.

Saya : Eeeeemmmm..

Saya diam dan terus tukar citer lain.

Lepas buka puasa, solat maghrib. Time nak tunggu isyak..borak2 ngan Encik B.

Saya : Abang, mak nak bagi duit kalau nak buat IVF.

Encik B : Tak yah la. Kalau tak jadi cam ne?

Saya : Ok. Kita guna duit sendiri la..hehe

Saya tahu, Encik B mmg tak nak guna duit mak ayah saya. Bukan dia sombong, tapi dia tak suka menyusahkan orang. Dan emak saya pula, tak kisah nak bagi duit kat anak2 dia. Even adik beradik dia pun dia senang jer nak bagi. Mak saya mmg murah hati. Tapi bila memikirkan kesian dia cari duit..biarlah duit itu bermanafaat utk diri dia.

Jika betul kena buat IVF, kitaorg berdua kena kumpul duit sendiri yek!!..korek la mana ada..

p/s : kalau boleh nak pregnant naturally..tapi apa pun terjadi itu sudah ditentukan oleh Allah.

Monday, 27 August 2012

Cek Darah

Assalamualaikum...
 
Fuhh semua orang dalam mood raya lagi. Saya dah berkurang mood raya...hehe (berlagak sungguh!!) sebabnya..hari sabtu dah dok kat kl..hari ahad seharian bermood bermalasan. So hari ni..dah hilang sikit mood raya. Sbb esok dah mood naik flight. Fuhh penuh aktiviti minggu ini.
 
Tak mau citer pasal raya..sebab raya biasa sajer..Penuh isu kontraversi sepupu sepapat yang tak sedar diri. Soalan cepu emas untuk tahun ni tak lebih dari 1 soalan sajer..sepupu sorang tu jer bertanya. Boleh dimaafkan sbb mmg lama tak jumpa dia. Bila dtg umah mak dia..memanjang jer dia takde dan tak bersua. Rasanya sepanjang 3 thn kawen ni..tu la kali pertama bertemu dan berborak2..
 
Sebelum raya post pasal entry ini.  Ok.. Allah makbulkan doa saya supaya period saya datang awal. Hari jumaat dia datang dengan hebatnya. Sebelum tu cuma spotting jer. Maka hari ini hari ke-4 period. Dengan itu, saya berjaya juga buat blood test pagi ni. Ini semua dengan izin Allah. Dan yang paling penting..CD21 jatuh pada hari Khamis..yang mana dalam jadual saya masih lagi kosong. So takde hal la nak gi LPPKN tu. Moga dipermudahkan!!
 
Next period, Insya Allah jumpa doc. Berharap sangat usaha ini membuahkan hasil..
 
p/s :: berjaya turun 4kg sepanjang ramadhan ini...harap2 boleh turun lagi!!

Tuesday, 31 July 2012

Ramadhan ke-11 = CD1

Salam semua..

Fuhhh..lama betul tak menaip. Byk cerita tetapi masa tiada. Banyak sungguh keje di ofis yang perlu diselesaikan sebelum cuti raya.

Hari ni 1st day period. Semlm dah spotting. Smlm dah tak puasa. Refer balik cerita 1st Appointment di LPPKN <tekan sini>  sepatutnya CD2 kena buat blood test. Memandangkan CD21 tu jatuh time hari raya..maka blood test sy akan dibuat pd cycle akan dtg. Ok la..malas nak rush2..nak relax bulan puasa ni tanpa memikirkan TTC.

Last cycle sy 27 hari. Rasa dah makin cepat. Takde rasa pun nak period..tgk2 dia dtg jer. Mgkn juga sbb sy tak menunggu dia.

*************************************
perkongsian ilmu..
Sumber :: Ceramah sblm terawih. Nama ustaz tak tahu. Tafsir berkenaan dgn surah Al-Imran

Allah akan makbulkan doa hamba-Nya dengan 3 cara :-

i. Allah makbulkan doa hamba-Nya seperti yang dimohon dengan cepat
ii. Allah makbulkan doa hamba-Nya seperti yang dimohon tetapi lewat sedikit
iii. Allah makbulkan doa hamba-Nya bukan seperti yang dimohon tetapi menggantikan yang lebih baik utk hamba-Nya.

Berdoalah sebanyaknya sempena bulan yang penuh barakah ini..

jgn berhenti berharap dan berdoa..

Thursday, 12 July 2012

Perkara Yang Saya Buat Sebelum/Semasa di LPPKN

Ni kira tips la.. Mana tau boleh bantu sesiapa yang baru nak start TTC.

1. Call LPPKN (Jln Raja Laut). No. telefon 03-26937555. Untuk set appointment. Nurse kat situ dah siap warning, make sure tarikh yang dipilih tu kita mmg takde hal. Tiada tak digalakkan tukar2 tarikh cam hospital swasta yek. Bila dah set date..minta cuti dgn ofis. Sbb untuk appointment yang pertama ni dia tak bagi MC atau time off.

2. Kalau boleh set date tu tarikh period kita dalam tempoh CD2 - CD5. So boleh terus proceed ujian darah. Date yg saya set tu mmg dijangka period..tapi tak sangka periodnya awal sikit. Hari sy pergi tu dah CD6. So ujian darah tak boleh buat. Nak tukar date lain takut la kena marah..hehe.

3. Bila dah set date tu..make sure kita tak bersama dgn suami dalam tempoh 3 - 5 hari. Dan pastikan suami kita tu tak terkeluar semen dia dalam tempoh tu. Hari2 kena reminder..

4. Siapkan surat2/laporan yang berkaitan dgn rawatan terdahulu. Spt laporan x-ray HSG. Sy mmg berdoa tidak dibuat ujian ini sekali lagi..serik wooo. Laporan yang dibawa nurse boleh simpan dlm file kita utk rujukan doc. Original report dan film akan dibawa masa jumpa doc.

5. Kalau berkesempatan breakfast la dulu. Supaya kita ada tenaga. Buatnya kena tunggu lebih lama cam ne. Sy mmg makan jenis BF pukul 8am. So, siap2 makan walaupun hanya dengan 2 keping roti. Rancang perjalanan bagi rumah jauh dr tempat rawatan. Supaya tak la kelam kabut. Nnt kesian kat suami stress dia.

6. Data2 kesihatan yang lepas perlu tahu. Contoh soalan untuk suami saya, masa kecil pernah kena beguk tak? Yang ni kena tahu..dan tanya la mak ayah kita. Soalan lain, pernah buat operation tak? Kena tahu tarikh bila buat tu. Kalau dah lama2 mana nak ingat time tu. Penyakit mak ayah kita kena gak tahu. Kumpulan darah pun kena gak tahu.

7. Disebabkan buat semen analisis..standby la tuala dan pakaian lain utk suami kita. Mana tahu kes kita hbs lewat..nnt cam mana nak solat zuhur. Kalau standby tu boleh la singgah masjid ker..or rumah sedara mara or rumah kawan2 nak mandi wajib (Ini hanya utk kaum lelaki yang beragama Islam sahaja).

8. Di LPPKN kena complete dulu buat ujian baru jumpa doc. Biasa next cycle lepas ujian tu..pada CD2 - CD5 boleh call untuk set appointment dgn doc. Rasa prosedur ini sama sahaja di hospital swasta.

9. Kadar bayaran..utk visit - RM40. Semen analysis RM50.  Untuk ujian darah CD2 dan CD21 berjumlah RM110.  Bayaran yang bawah RM100 - tunai shj. Bayaran lebih RM100 boleh buat via kad kredit. Bagi saya yang suka kumpul point ni..prefer byr guna kad kredit. Tapi kena standby RM200 yek!! Pada kakitangan kerajaan yang boleh claim..sila pastikan balik jer rumah simpan resit elok2. Nnt bila dah hbs prosedur boleh sumbit ke LPPKN utk pengesahan dan hntr ke ofis untuk tuntutan balik.

10. Bawalah majalah ke, buku ke, Ipad ke atau apa2 yang boleh dimanafaatkan sementara menunggu keputusan semen tu. Nak pergi SOGO boleh jer..tapi suami sy malas nak jalan2 so tunggu je la kat situ smpi dipanggil.

Harap boleh membantu.

Ini adalah berdasarkan apa yang saya lalui. Jika berlainan sila rujuk kepada yang pihak berwajib.

1st Appointment di LPPKN

Appointment pagi tu pukul 8 am. Memandangkan rumah jauh..so kuar awal. 6.30am dr Shah Alam ke KL. Plan asal nak naik lrt. Tetapi tak jadi sbb lepas tu nak gi keramat hantar barang. So lebih baik bawa kereta sendiri.

Sampai KL kul 7.15am. Tak berapa jammed. Cari parking. Mula2 masuk parking sebelah LPPKN. Mahal ya amat. 1 jam pertama RM4. Jam berikutnya RM3. Kalau lama kat sana mau RM50 kena bayar. So, kitaorg cari parking dpn Campbell. Murah sikit. Early bird RM6.50 flat rate. Rasa naik lrt lg murah.

Awal lagi, gi breakfast kat bangunan Mara. Pastu smpi LPPKN..nak naik atas..lif rosak. So, dari menunggu lif..kitaorg panjat tangga ke tingkat 6. Exercise sungguh pagi tu.

Bila dah sampai tu..

1. Register dulu. Dua2 org bagi IC. Detail lain yg diperlukan..alamat rumah, no telefon, pekerjaan, gaji dan kumpulan darah. Kitaorg tak ingat kumpulan darah..tak bgtau la.  Nnt dia akan check. Kumpulan darah tu kena tepat yek. Pada yg biasa derma darah..boleh check di buku derma darah.

2. Nurse panggil Encik B utk buat semen analisis. Naik tingkat 7. Saya tak ikut. So tak berapa tahu prosedur. Encik B cerita pun tak berapa detail.

3. Sementara tunggu suami buat semen analisis tu..Nurse panggil isteri utk soal siasat. Macam2 soalan. Tp yang penting nak kena ingat..jika ada buat operation, bila tarikh operation tu. Kalau dah buat treatment sblm ni, bila tarikh2 buat prosedur tu..contoh bila buat IUI. Masa nak dtg sini, sy dah prepare bawa laporan HSG dan surat clearance masa buat OD. Beri pada nurse.

4. Bila dah settle, Encik B turun..turn dia pula kena soal siasat. Soalan pun lebih kurang sama.

5. Pastu nurse suh gi breakfast..sbb result semen analisis tu lama lagi. Paling cepat pun 1 jam lebih. Kitaorg gi kantin minum air jer.

6. Dalam kul 10 lebih..nurse panggil utk explain apa nak buat. Dia bagitau result semen secara overall..kuantiti ok..rupa sperm pun ok..yang tak oknya..low motility. Ni sama spt masa buat IUI yang kedua. Masa sy dtg tu dah hari ke-6 period maka tak dapat la ambil darah. Next appointment day 2 dan day 21 untuk ambil darah. HSG tak perlu buat sbb dia pakai yang lama jer. Suami pun kena ambil darah juga pada day 2.

Settle semua tu dalam pukul 11am.  Agak cepat juga..3 jam jer..Mgkn hari tu tak ramai orang kot.

So next period kena tgk jugak..sbb takut day 21 jatuh hari raya. Kalau jatuh minggu raya..ujian darah postpone ke next cycle. Ok. Nurse minta masa day 2 tu kira terus smpi day 21..

Bayaran : RM90 (byrn bawah RM100 guna tunai, atas RM100 boleh guna kad kredit)

Sekian.


Wednesday, 11 July 2012

Kenapa Berubah Angin

Entry ni sambungan daripada entry yang ini.

Macam mana saya boleh buat treatment di DEMC?
Masa dlm tempoh 1 thn perkahwinan saya selalu jumpa sorang doc klinik panel ofis sy di TTDI Jaya. Doc perempuan. Pertama kali saya jumpa dia disebabkan saya kena keputihan yang teruk sampai gatal2. Masa tu sy masih duduk di KJ. Kebanyakan klinik di KJ doc lelaki. So sy tanya ofismate sy mana klinik panel ofis yang doc perempuan. So kakak tu cdg sy gi klinik doc ni. Bila dah jumpa doc, macam2 la doc tanya sbb keputihan yang teruk. Bila dah 2 3 kali gi klinik ni, doc pun suggest saya gi jumpa Doc Zamri, DEMC utk rawatan kesuburan.

Bermula daripada thn 2010, sy pun membuat rawatan di DEMC.


Kenapa time tu tak cuba Hospital Kerajaan?
Saya mmg nak pergi ke Hospital Kerajaan/LPPKN untuk rawatan kesuburan. Tau boleh claim..tapi masa itu Encik B bekerja cam gila. Asyik kerja jer..nak cuti pun susah.  Sabtu, Ahad, Public Holiday semua kerja.  Nak kuar kejap time kerja mmg tak dapat la.  Rawatan di Hospital Kerajaan ni kena dtg suami isteri. Kalau tak diaorg tak akan layan kes kita. Disebabkan ofis Encik B tu nazi..nak cuti pun susah..nak time off pun susah...kami redha saje utk treatment di DEMC. 

Boleh dikatakan sepanjang saya treatment di DEMC..80% saya hadir seorang diri. Doc pun tak kisah sgt..

Dan kewangan kami time tu agak kukuh. Encik B asyik OT jer..boleh la cover kos rawatan..hehe. Tak claim pun takpe..hehe


Kenapa sekarang baru nak cuba rawatan di LPPKN?
Bermula Disember 2011, Encik B dah tukar kerja lain. Kerja yang cool sikit. Dah takde OT. Sabtu Ahad pun cuti. Bila sebegitu rupa sumber kewangan agak fixed dengan ditambah pada Januari 2012 dah start bayar duit rumah maka sumber kewangan untuk rawatan dah susut. Sbbkan tabung dah kering, bulan Mac 2012 kitaorg stop kejap treatment di DEMC.

Sehingga satu hari, Encik B balik keje dia ajak sy utk buat treatment di LPPKN. Dia bersungguh2 ajak. Sbb ada sorang kawan ofis dia cerita berkenaan dgn LPPKN. Sy ok jer. Beberapa hari selepas itu sy call LPPKN untuk buat appointment yang pertama.

Sy mmg nak treatment di hospital kerajaan sbb boleh claim. Dan kalau dpt MC tu takde la banyak kena soal dgn HR. Ingat lagi tahun lepas, dpt MC 2 minggu dr DEMC lps buat laps OD. Dpt surat dri HR untk sahkan cuti. Menggagau jugak la cari report untuk disahkan. Kalau MC hospital kerajaan diaorg takde soal2.  Senang sikit bagi kakitangan kerajaan cam saya.


Rawatan Kesuburan di DEMC ok ke?
Sangat2 ok. Doc Zamri sgt lembut dan baik orangnya. Setiap apa dia terangkan secara khusus. Segala soalan yang ditanya mesti dijawab.

Dalam kes saya, doc banyak focus rawatan kepada saya. Dari mula jumpa sampai ke akhirnya, doc lebih banyak treat saya berbanding suami. Mgkn sbb sy PCOS & RU.

Saya pun pelik..doc tak pernah minta Encik B buat semen analysis. So, dari awal treatment mmg kitaorg tak tahu secara detail kandungan semen, pergerakan sperm dan sebagainya. Itu membuatkan Encik B agak sedikit frust. Tapi mgkn doc ada alasan tersendiri knp dia buat begitu.  Masa second IUI, doc ada bagitau yang sperm tu kurang aktif (low motility) tapi berapa % dan nilai mmg kitaorg tak tahu. Slps pada tu doc bagi ubat utk Encik B. Cerita lanjut di sini.

Mgkn sbb itu la, Encik B bersungguh2 ajak pergi treatment di LPPKN. So doc boleh check untuk kedua2 sekali. Sebagai isteri yang solehah, sy ikutkan saja. Alhamdullilah saya dapat suami yang positif nak buat treatment. Ada kengkawan saya, suami diaorg mmg tak nak buat rawatan kesuburan. Lg la terseksa jiwa raga.


Kesimpulannya, hospital mana sekali pun, doctor mana sekali pun, ubat mana sekali pun tidak boleh melawan takdir Allah. Saya tidak tahu apa takdir yang Allah telah tetapkan untuk saya. Sebagai hamba saya perlu berdoa dan berusaha supaya Allah takdirkan yang baik untuk saya dan Encik B.

p/s :: sebenarnya sejak dari IUI kedua failed..dah berfikir utk IVF. Peruntukan belum ada lagi ni!!






Wednesday, 4 July 2012

WW :: Berubah Angin

Berubah angin dari
KE 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

sebab apa berubah angin...nantilah kita story yek..

Apa pun..DEMC best..Doc pun best..

Tak sabar untuk 1st appointment LPPKN next week..

Moga ada sinar baru ditempat baru..