Monday 30 December 2013

Rangkuman Tahun 2013

Assalam semua..

Serius...hilang sudah skil dan idea nak buat entry di blog ini.
Ntah la..tuan tanah ni seperti takde mood jer sepanjang masa..hihi..boleh sebegitu?

Rasa sekejap jer tahun 2013. Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun. Start pulak tahun baru. Tapi tahun 2014 ni mgkn tahun paling mencabar untuk semua orang terutama dari segi kenaikan kos sara hidup.  Dah tak terkata apa...harap Allah cukupkanlah segalanya.

Tgk tajuk tak boleh blah..cam banyak sangat cerita yang terjadi dlm tahun 2013. Banyak tu lak la..tapi ada la sikit..

Cerita Gembira-gembira

1. Encik B dpt keje baru. Ofis dia sgt dkt dengan rumah dan offer gaji bagus. Rezeki ni betul2 datang masa sy sedih pasal failed treatment di LPPKN. Rezeki yang tak disangka2.

2. Rezeki bonus. Januari 2013 dpt setengah bulan bonus. Masa raya dapat 1 bulan bonus (utk kakitangan awam negeri selangor) dan hujung tahun ni declare lagi setengah bulan bonus. Pastu dapat pulak rezeki tanggung kerja untuk 6 bulan. Alhamdullilah..

3. Bila dah ada duit lebih2 ni, lepas puasa hari tu boleh la nak renovate sikit rumah. Dpt la seperti yang dicita dan dapat juga kontraktor yang ok. Harga yang reasonable dan sgt pembersih.

4. Masa PRU-13, utk kali ke-2 jadi Ketua Tempat Mengundi. Dpt elaun..hihi. Tapi ada part dukanya.

5. Dpt sorang adik ipar dan sorang lagi bakal adik ipar. 

6. Membeli tanah kebun dengan harga 'below market price'.  Harap kakak yang jual tu tak menyesal la.


Cerita Duka  

1. 2 kali try IUI. Kedua-duanya gagal. Masa IUI yang pertama tu..takde la sedih sgt. Tetapi IUI yang kedua sedih tak terkata. Seharian menangis dan bersedih. Encik B turut serta bersedih. 2 3 hari juga nak recover. 

2. Nenek saya meninggal dunia. Sedih sgt sbb sy tak sempat nak melawat dia selepas hari raya puasa. Mmg cucu tak guna betul la. Seblm dia meninggal, selalu jer terdetik nak blk kg..tapi masa penuh saje ngan aktiviti.  Nenek meninggal sewaktu kitaorg semua di KLIA, nak hantar cik misi ke Arab Suadi.

3. Bertugas pada PRU-13 mmg best. Tahun sebelum ni nak agen calon tak banyak cerita dan bila dah siap kira undi boleh terus ke Dewan tempat berkumpul.  Tapi kali ini..agen calon mmg byk cerita. Malas nak gaduh sy suh dia buat surat ke SPR. Tau la SPR baca ke idak. Bila dah siap kira undi..kena tunggu semua pusat mengudi di sekolah tu siap. Keluar sekali gus. Penyokong parti berkumpul di depan pagar sekolah. Keluar dari sekolah diiringi oleh polis. Sy yg bawa peti undi dan kereta dihadapan sekali mmg berdebar2.


Cerita Kejayaan

1. Kami laki bini dengan istiqamah pergi kelas mengaji setiap minggu (jika takde hal).  Setahun lebih berguru dengan ustaz ni..mmg best. Dan sekarang kami boleh mengaji dengan lancar. Harap Allah terus la bagi istiqamah ini utk kami..

2. Setiap bulan berjaya membaca 2 juz Al-Quran. Sehingga hari ini dah baca 24 juz baca. Ini adalah salah satu program tadarus setiap bulan yang dibuat oleh Ustazah di Ofis.  So 15 bulan akan khatam Al-Quran bagi individu.  So pd saya yang dah bertahun cuba untuk khatam tak pernah smpi..tahun ini dah nampak jalannya. Pergi mana pun mesti bawa Al-Quran.

3. Kami laki bini berjaya melangsaikan hutang PTPTN. Bangga sangat.  Biarlah orang lain dah lama bayar habis..hihi. Bila lalu kat billboard PTPTN..kitaorg mesti ckp.."Kitaorg dah takde hutang PTPTN".  Saya ada kisah ngan PTPTN ni..kisah rezeki. Mgkn dlm ramai2 peminjam PTPTN tu saya jer dpt yang special...haha. Sbb tu sy tak ambil port bila suh tukar ke ujrah. Bila PTPTN bagi diskaun 20%...cepat2 cari duit bayar hbs. Cepat bayar..dan cepat tutup akaun..haha. Rezeki..

4. Berjaya bayar habis hutang kereta Kancil. Habis bayar hutang kancil..beli kereta lain..so hutang kereta masih ada. Tp tetap kejayaan..sbb kancil tu harta saya..kereta baru tu harta bank..hihi


Cerita Apa Yang Tak Dapat

1. Tak dapat bercuti ke Cameron Highland. Bajet mmg dah tersedia..tunggu nak belanja jer. Tp masa yang sesuai lak takde.  So percutian ini ditunda ke tarikh yang tidak diketahui.

2. Encik B lum dpt lagi nak beli motor..kesian dia. Pakai kereta orang jer..

3. Turun berat badan. Naik turun..naik turun..gitu la kerjanya sepanjang tahun. Bila dah turun tu..mesti byk aktiviti berkaitan makan..naik balik berat. Nak naik senang jer..nak turun punya la susah. Harap 2014 terus istiqamah mengawal berat badan.

4. Menjadi muslimah yang sebenar-benarnya mengikut Islam..huhu. Ada kala solat lewat2 terutama solat isyak..begitu juga dengan solat maghrib. Harap berubah la lepas ni. Dari segi tutup aurat..masih ada lompong2nya lagi..

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ini sebahagian kisah saya selama 365 hari di tahun 2013. Diri ni masih lagi kekurangan..banyak perlu diperbaiki. Moga 2014 terus gemilang..

sumber :: google

Wassalam.








Monday 16 December 2013

Kepochi vs Membantu

Assalam semua..

Sudah la tak menaip entry baru di blog ini.  Biasa la sbb utamanya malas..sbb sampingan banyak kerja dan juga banyak masa kena gi kursus dan bercuti..

So baru2 cik chef saya bertunang. Maka majlis pertunangan berlangsung di rumah mak ngan ayah saya. Majlis yang meriah..dan tentu jemputan daripada suadara mara dan jiran tetangga. Biasalah bila kenduri banyak la soalan2 cepu emas.  Saya dah bersedia dengan jawapan yang paling sopan dan senyuman yang paling manis utk si penyoal tu.

Apa kaitan ngan tajuk di atas...

Mari kita story..

Cerita 1 : Yang Sangat Kepochi

Di meja makan, sementara nak tunggu rombongan keluarga lelaki sampai. Saya dan 2 mak sedara saya ada di meja tu. Sorang tu mmg kamcing giler..hari2 call dah macam mak sendiri. Sorang lagi mak saudara yang suka sgt ambil tahu hal orang. Kalo bertanya hal orang cam inspektor polis. Masa kat meja tu..Mak sedara yang cam inspektor polis ini tanya soalan yang direct giler "Tipah, awak mengandung ke?" Pasal dia tanya cam tu tak tahu la..mgkn dia tgk perut sy besar sgt kot. Tp masa tu pki baju t-shirt ngan seluar track. So jawapan sopan sambil tersenyum lebar "Insya Allah, akan datang." Pastu saya blah...malas nak layan terus gi mandi..direct giler soalan.

Cerita 2 : Yang Sangat Membantu

Bila dah siap mandi..keluar bilik tgk ramai jiran2 dah datang. Ada sorang makcik ni kawan baik mak. Makcik kiah. Dia mmg baik. Masa tu, duduk kat sofa...tunggu keluarga lelaki nak smpi (keluarga lelaki ni mmg lambat smpi pun..) makcik kiah tu tgh dok berborak ngan mak sedara sy yg kepochi tu. Sy pun dok la salam ngan makcik kiah..berborak la ngan dia. Pastu makcik kiah tanya "Tipah, awak tgh buat rawatan apa sekarang?". Saya jawab skrg tak buat apa2 (malas nak beritahu detail time2 cam ni). Terus makcik kiah kata "Makcik nak ajak awak gi jumpa ngan sorang pakcik ni. Dia berubat orang yang tiada anak. Dia bagi minum air akar kayu.  Nnt bila awak free dan balik kg bagitau makcik..nnt kita buat appoitment jumpa pakcik tu." Makcik kiah tu kata dpn mak sedara saya yang kepochi tu. Saya jawab Insya Allah, bila free nnt sy bgtau. Tp dgn persetujuan suami saya dulu.  Terharu dgn makcik kiah..walaupun bukan suadara rapat tapi tgk cam mana dia nak membantu. Bukan macam mak sedara sendiri...

Saya bukanlah nak memburukkan mak saudara sendiri (adik mak saya) tetapi beretika bila bertanya. Since saya TTC saya mmg tak tanya dah soalan2 yang menyakitkan hati seperti contoh bila nak kahwin ni?  Sbb kita tahu betapa peritnya la soalan sebegitu.  Maka berfikirlah sebelum nak bercakap..dengan itu tiada hati yang terguris...

Sekian.