Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Friday, 27 June 2014

5th Anniversary


Abang,

MAAFkanlah jika selama ini ada perbuatan, perkataan dan apa jua tindakan yang melukai hatimu abang.

TERIMA KASIH untuk semua kasih sayang, perhatian dan pengorbanan abang bagi membina rumahtangga kita yang cukup sempurna ini.

SAYA SAYANG ABANG kerana Allah Dan moga kasih sayang ini akan terus bersama hingga ke akhir hayat.

SAYA AKAN BANTU ABANG dalam setiap masa, sama ada susah atau pun senang. Dalam saat duka atau gembira. Moga kebahagian itu sentiasa milik kita..

Abang adalah diantara anugerah-anugerah yang Allah berikan yang tiada tandingannya..Subhannallah, Alhamdullilah, Allahuakbar.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

p/s :: walaupun tiada sebarang sambutan yang istimewa, ucap abang pagi tadi itu sudah tersangat istimewa.

yang dihighlite merah itu, diperolehi daripada Ustazah Norhafizah Musa. Kata beliau di dalam rumah tangga ada 4 perkataan yang mesti menjadi kelaziman suami isteri iaitu Sorry, Thank you, I Love You and Can I Help You. Ucapkan sentiasa pada pasangan kita..

Thursday, 27 June 2013

4th Anniversary


27 June 2013

Ulangtahun ke-4 perkahwinan kita
Terasa baru semalam kita melangsungkan upacara akad nikah
Kerana debaran di hati masih lagi terasa
tetapi bila dihitung dengan kaedah matematik
kita telah bersama selama 1,460 hari
kita telah bersama 35,040 jam
Ohh..banyak sungguh angka itu

Syukur Ya Allah,
Engkau berikan anugerah berkeluarga buat saya
Antara anugerah-anugerah yang hebat Engkau berikan
Kerana ikatan perkahwinan ia menjadi pelengkap rasa jiwa kami
Di dunia dan Insya Allah di akhirat kelak

Ya Allah,
Aku pinta sentiasa wujud rasa cinta dan sayang antara kami
Tolong ansur antara kami
Saling muafakat antara kami
Saling melengkapi antara kami
Dan sentiasa berusaha mencari redha-Mu Ya Allah

Berkatilah hubungan kami ini
Kami ingin kasih sayang kami kerana-Mu Allah
Berpanjangan hingga ke syuga-Mu Ya Allah
Amin

Thursday, 1 November 2012

5th Year Work Anniversary (01112007 - 01112012)


special utk diri ini 

Syukur sudah mencapai 5 tahun. Ada lagi 23 tahun untuk berkhidmat!!

Wednesday, 27 June 2012

27 June 2012 - Happy 3rd Anniversary




Semoga kita kekal bahagia selamanya, dari dunia hingga ke syurga.

p/s :: rasa seperti semalam jer baru akan nikah...tapi ia telah berlalu 3 tahun dahulu..cepat sungguh masa berlalu..