Showing posts with label apa saja. Show all posts
Showing posts with label apa saja. Show all posts

Monday, 4 January 2016

WELCOME 2016 :: Tahun 2015 Tanpa Sebarang Post

Assalam Semua,

Masih adakah orang lagi yang membaca blog ini setelah 1 tahun tanpa sebarang post.

Ya Allah teruk sungguh. Tiada mood nak menaip sepanjang tahun 2015.  Semua tergantung di dalam draft sahaja. Dari januari hingga ke disember sangat la busy dengan kerja pejabat dan kerja rumah. Bila ada masa tiada mood pulak. Idea pula takde..hihi. 

2015 adalah tahun yang sgt mencabar. Rasanya jika timbang..byknya duka berbanding suka. Semua itu kenangan.  Paling ketara bagi tahun 2015 adalah konflik dengan bos di pejabat.  Ya Allah tak tahu nak kata apa.  Bila ada mesyuarat jabatan rasa sgt takut.  Nak present prestasi SKT pun berdegup2.  Tak tahu kenapa jadi begitu.  Kerja makin banyak dan makin banyak juga kerja yang pending.  Harap 2016 ni adalah perubahan.

TTC bg tahun 2015 sgt hambar.  Percubaan sendiri mmg tiada rasanya. Sungguh teruk. Mana tidaknya dua-dua orang sibuk mengalah najib razak.  Cuma pada bulan november 2015 saya menjalani FET di LPPKN.  Resultnya FAILED.  Saya mmg tak story berkenaan perkara ini.  Sbb saya dan suami mengambil keputusan untuk merahsiakan daripada orang.  Setakat hari ini yang tahu saya buat FET dan Failed adalah bos saya (itu sbb minta izin keluar ofis dan EL), seorang kawan di pejabat dan juga anda yang membaca ini.  Selain daripada itu, mak ayah adik2 saya family saya semua tidak tahu sehingga ke hari ini.  Rasa inilah rahsia paling lama saya simpan daripada pengetahuan mak ayah family saya. Untuk tahun 2016, Insya Allah sudah ada strategi TTC ni..hihi.

Bulan April 2015, saya kehilangan makcik kesayangan saya.  Dia dah cam mak saya. Dia pergi waktu saya tgh kritikal di pejabat.  Time nak siapkan penyata kewangan untuk bentang dalam mesyuarat.  Semasa dia tenat saya sempat melawat dia sekali jer. Itu pun dia dah tak larat nak bercakap2.  Sebelum tu dia buat kenduri aqiqah cucu dia pun saya tak pergi.  Masa dia meninggal saya EL. Saya mandikan dia untuk kali terakhir.  Bila waktu petang jer balik kerja mesti saya sedih sbb time dalam jem la saya akan call dia berchit chat.  

Sepanjang tahun 2015 tiada pun aktiviti yang menarik.  Cuma bertambah sibuk dengan kehadiran 4 ekor kucing KUNI, COKA, TOPO dan HITTA.  Rutin jd makin banyak. Sudah jadi mama yang kuat membebel..haha.  Selain itu, join trip ke Krabi dengan jiran2 dan juga pergi ke Penang dengan family.  Dan last sekali percutian romantik di cherating sewaktu jerebu.

Walaupun stress dengan kerja, Alhamdullilah tahun 2015 saya naik gred. Adalah lebihan duit gaji.  Adalah lebihan untuk menyimpan.  Adalah lebihan untuk memberi.

Untuk azam tahun 2016 cuma recycle azam lama iaitu 

NAK FIT
NAK JADI PEKERJA YANG EFEKTIF & EFISYEN
NAK RAJIN MASAK
NAK SOLAT AWAL WAKTU
NAK KURANGKAN BELANJA TANPA PERANCANGAN

Harap tahun 2016 lebih bahagia hendak-Nya.


training for 5km.  Antara azam 2016 join running event. 

Ok la..setakat itu dulu.  Harap ini bukan post yang terakhir untuk tahun 2016..haha

Wassalam.


Wednesday, 31 December 2014

Postmortem Azam 2014

Assalam..

Hari terakhir 2014. Feel..berdebar nak sambut tahun baru. Kalau boleh biarlah dok kat tahun 2014 jer. Terasa masa sgt cepat berlalu. Sedar tak sedar dah tua..hihi.

Hari ni nak buat postmortem azam tahun 2014.  Beria benor buat azam..ntah tercapai ntah tidak.

Meh kita rujuk entry Azam Tahun 2014.

Untuk tahun 2014, inilah azam saya :-

1. Misi mengurangkan berat badan. - Misi GAGAL.  Awal tahun mmg ada penurunan. Bila dah bz segala mak nenek diet terus gone. Bila nak buat ivf insaf sekejap dan diet.  Lps ivf..lagi teruk.  Skrg bukannya turun 10%. Tapi naik 10%.  Azam ini akan diteruskan pada tahun 2015..hahaha

2. Misi menjimatkan perbelanjaan rumah.  - Misi ni nampak berjaya.  Tahun 2014 mmg takde keluar duit tabung haji utk cover belanja.  Tiada hutang kad kredit. Belanja terus bayar. Boleh menyimpan jugak.  Hakikatnya..mmg boleh saving, sbb belanja makan semua laki bayar.  Duit sendiri simpan.  Bila tak cukup duit, mintak duit laki..haha. Tapi dah bagi tau dia, sy simpan jika ada apa2 sy akan bantu..hihi. 

3. Misi memasak di rumah.  - Misi ini paling GAGAL. Boleh dikatakan setiap hari makan kat luar.  skil masak memasak ni mmg dah kelaut.  Cuma betul2 masak masa bulan puasa jer. Sbb tak lalu nak makan kat luar. Lepas tu merata kedai kitaorg makan.  Beras beli bulan puasa tak habis2 lagi..huhu.  Misi ni kena diteruskan utk tahun 2015..

4. Misi  tiada tangguh2 kerja.  - Misi ini separuh berjaya.  Masih ada kerja yang tertangguh. Sikap dah sebati susah betul nak ubah.  Padahal kalau buat terus dah siap dan tak menyusahkan diri. Harap tahun 2015 lebih baik.

5. Misi menjadi muslimah dan isteri solehah, hamba Allah yang bertaqwa dan pengikut Rasullah yang mengikut sunnah. - Yang ini mmg tak berani nak komen. Ada beberapa amalan yg sy istiqamah buat. Harap berterusan shj.  Utk tahun 2014 berjaya khatam al-quran. Walaupun 15 bln..tetapi pencapaian terbaik.  Sbb sebelum ni mengaji sekerat2 jalan.  

6. Misi berusaha untuk memperolehi zuriat.  - Misi berjaya. Tahun 2014 utk kali pertama saya buat IVF.  Walaupun belum ada rezeki..tapi telah berusaha.  Insya Allah tahun 2015 akan berusaha lebih lagi.  

Begitulah azam setiap tahun..bila buat azam bersemangat jer..bila nak laksanakan terus lemau...Itu saya lah. Harap tahun 2015 terus cemerlang!!!





Thursday, 12 June 2014

Saya Masih Bernafas...

Assalamualaikum...

Fuh..fuh..fuh..(tiup sawang yang bersarang di blog ini)

Masya Allah 5 bulan tanpa sebarang entry...bukan tiada cerita nak di kongsi..banyak. Nak kata tak cukup masa mmg menipu la..Masa sentiasa ada 24 jam sehari..tetapi masa untuk update blog seperti tiada.  Kerana masa yang ada perlu diperuntukan untuk benda lain.

Nature kerja orang akaun mmg begini. Awal tahun sibuk dengan penutupan dan penyediaan penyata kewangan.  Tarikh akhir hantar seblm 30 April 2014.  Tetapi tahun ini paling mencabar.  Di dalam tempoh menyiapkan penyata kewangan, ada 2 kali audit pengurusan oleh Jabatan Audit Negara.  Mmg la audit tu buat kerja dia..tetapi kita nak sedia dokumen, nak soal jawab, nak cari maklumat, nak cari fail..habis masa 8 jam  waktu kerja buat kerja audit jer. Bila dah siap audit..datang pula pemerhatian audit. Nak menjawab tu satu hal pulak. Ada yang kita setuju dengan pemerhatian audit, takde masalah. Tapi yang kita tak setuju dgn pemerhatian audit tu..kena cari hujah2 yang fakta untuk balas balik pemerhatian tu. Kerja nmpk senang..tapi agak rumit bila melibatkan pelbagai jabatan. Yang lagi pening..kalo isu itu berkaitan dengan jabatan lain..contohnya isu di Bahagian Sumber Manusia..mmg tak boleh nak tolong jawabkan la.

Saya mmg up entry di ofis. Kat rumah mmg tak on notebook sbbnya smpi kat rumah pun dah kul 7 mlm. Solat maghrib..solat isyak..settle semua kul 9 mlm.  Lps tu, Encik B ajak gi mkn/minum..habis settle tu dah kul 10. Prepare untuk keje esok..dah kul 11 mlm. Dah time cam tu nak mengadap notebook mmg tak la. Masa tu nak berehat secukupnya. Weekend pula kalo tak kerja, balik kg..tak pun mengemas rumah. 

Bila musim sibuk..bukan setakat blog tak tgk..segala mak nenek media sosial pun mmg tak layan. Dalam kepala nak siap kerja cepat..nak balik rumah..nak rehat..

Tahun 2014, rasanya paling mencabar untuk kerjaya saya.  Konflik dengan bos makin teruk.  Kena marah kaw2.  Kerja yang diberi semua tak ok.  Terkadang tu perkara kecil jer..kena marah. Staf yang buat hal..saya yang kena hadap.  Mmg stress tahap melampau.  Rasanya bulan April saat paling genting..rasanya setiap pagi masa salam Encik B mesti menangis. Dalam kereta nak smpi ofis..dah banjir dulu dlm kereta. Masa tu tak tahu nak kata per. Belakang tengkuk..urat tegang jer..sehingga rasa nak berhenti kerja time tu juga.

Allah akan bagi kesusahan kepada orang yang mampu.  Saya mampu mengharungi dengan kekuatan daripada Allah.  Walau kena marah cam nak runtuh syiling ofis..saya hadap jugak la bos tu. Lantak la dia nak marah. Nak kata pe. Janji buat kerja smpi siap.  Hadap jugak dia..walaupun cam2 tomahan yang dapat.  Biarlah dia nak kata apa..janji saya kerja kerana Allah.

Bukan nak kata...bos perempuan mmg agak emo sikit. Sblm ni 2 bos sy lelaki..walaupun dia nak marah..masih boleh dikawal.  Bos yang ni pertama kali bos perempuan.  Part cerewet dia tu mmg tak boleh disangkal lagi. Tp paling tak best..bab pertuduhan2/tohmahan tanpa siasatan tu mmg menyakitkan.  


Ini antara luahan saya kepada Encik B selepas kuar dr bilik dia.  Dia ckp saya kerja setahun sekali..awal tahun buat akaun. Pastu bln 5 awak gi bercuti. Pastu buat bajet. Pastu bulan 11 awak gi bercuti lagi. Pastu bulan 12 baru nak tgk akaun setahun. Tu namanya buat keje setahun sekali.  Tau cuti tu hak Ketua Jabatan..tapinya..arrrrghhhh!!

Sekarang dok berkira2 nak bersara awal jer..haha.  Walaupun geram kat bos..saya masih hormat dia. Masih jumpa dia cam biasa. Bila dia ok..boleh jer borak cam biasa. Yang lepas tu malas nak diingatkan dan disimpan dalam hati.  Pandang ke depan jer la. Tak semua orang sempurna.

Sekadar luahan hari Khamis..yang bos cuti hari ni..hihi.

Wassalam






Thursday, 2 January 2014

Entry Pertama Tahun 2014 :: Azam Tahun 2014

Assalam semua,

sumber :: google


Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua reader. Bagaimana sambutan tahun baru korang? Saya celebrate di rumah jer. Ada jiran sponsor bunga api 2 minit. Pegi kat padang tgk bunga api.  Pg tahun baru lak ada pot luck gathering dengan jiran2. Beginilah sambutan tahun baru di kawasan kejiranan sy. Dah 2 tahun begini. Moga aktiviti ini diteruskan untuk tahun2 akan datang. 

Bila masuk tahun baru..mesti ada azam baru. Mesti ada walaupun 1 azam. Tapi kebanyakan orang takdenya 1 azam jer..mesti lebih dari 1 azam dia..haha. Tercapai atau tidak itu tak penting. Yang penting azam kena ada..hihi.

Azam ni lebih kurang sama jer cam KPI kat ofis tu..haha (sy orang yg kena buat KPI jbtn). Ciri2 azam ni mesti perkara yang kita nak laksanakan itu di bawah kawalan kita. Jika luar kawalan kita..nnt faktor ketakberjaya tu tinggi. Selain itu, azam mesti ada sasaran/target dan boleh diukur. Jika tak boleh diukur..cam ne kita nak review hujung tahun nanti. Ni sama jer dengan sasaran kerja tahunan. Keputusan mesti boleh diukur.

So azam korang memenuhi ciri2 ni tak?..hihi. 

Untuk tahun 2014, inilah azam saya :-

1. Misi mengurangkan berat badan. Targetnya 10% dr berat 31.12.2013. Azam ini sentiasa diperbaruhi setiap tahun kerana belum tercapai2 lg..haha. Senaman dan pengambilan makanan yang sihat dan betul adalah proses bagi mendapatkan output.  Misi ini juga salah satu proses untuk azam No. 6!!

2. Misi menjimatkan perbelanjaan rumah. Targetnya belanja mesti pakai duit lebihan gaji, tak boleh kuar duit tabung haji lagi..haha dan tiada hutang kad kredit. Tahun 2013 banyak betul kuar duit tabung haji..setiap bulan mesti kuar balik duit yang dah disimpan melalui potongan gaji. Entah apa yang dibelanja pun tak tau.

3. Misi memasak di rumah. Targetnya makan malam mesti makan dirumah. Serius tahun lepas, setiap hari makan diluar. Memasak sendiri dirumah mmg paling kurang. Kadang2 lauk yang dibeli berkurun baru nak habis. So misi ini sy dah start 2 minggu yang lepas..setakat ini boleh la..ada la juga makan di luar. Misi ini juga akan membantu menjayakan azam No. 1 dan azam No.2!!

4. Misi  tiada tangguh2 kerja. Ini mmg tabiat semula jadi yang susah nak hilang. Bukan setakat kerja kat rumah ditangguh..kerja ofis pun bertangguh jugak!!. Biasa kerja yang ditangguh tu kerja yang paling tidak disukai la. Sedang mengatur masa dan kekuatan dalaman untuk perkara ini.  Targetnya, smpi hujung tahun 2014 takde kerja tertangguh!!!

5. Misi menjadi muslimah dan isteri solehah, hamba Allah yang bertaqwa dan pengikut Rasullah yang mengikut sunnah. Targetnya tak nak bagitau disini. Sy dah buat KPI untuk ini. Smlm dah start..moga setiap hari sy sentiasa beristiqamah untuk misi ini. Ukurannya biar la Allah yang tentukan..

6. Misi berusaha untuk memperolehi zuriat. Output dia - memperolehi zuriat. Tapi itu semua rezeki Allah. Yang saya nak usaha yang sentiasa berterusan dan istiqamah untuk ini. 

Setakat ini jer la azam saya..nnt hujung tahun 2014 kita tgk balik tercapai ke idak.

Selamat mengharungi 2014 dengan senyuman dan berlapang dada.

Wassalam.


Monday, 30 December 2013

Rangkuman Tahun 2013

Assalam semua..

Serius...hilang sudah skil dan idea nak buat entry di blog ini.
Ntah la..tuan tanah ni seperti takde mood jer sepanjang masa..hihi..boleh sebegitu?

Rasa sekejap jer tahun 2013. Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun. Start pulak tahun baru. Tapi tahun 2014 ni mgkn tahun paling mencabar untuk semua orang terutama dari segi kenaikan kos sara hidup.  Dah tak terkata apa...harap Allah cukupkanlah segalanya.

Tgk tajuk tak boleh blah..cam banyak sangat cerita yang terjadi dlm tahun 2013. Banyak tu lak la..tapi ada la sikit..

Cerita Gembira-gembira

1. Encik B dpt keje baru. Ofis dia sgt dkt dengan rumah dan offer gaji bagus. Rezeki ni betul2 datang masa sy sedih pasal failed treatment di LPPKN. Rezeki yang tak disangka2.

2. Rezeki bonus. Januari 2013 dpt setengah bulan bonus. Masa raya dapat 1 bulan bonus (utk kakitangan awam negeri selangor) dan hujung tahun ni declare lagi setengah bulan bonus. Pastu dapat pulak rezeki tanggung kerja untuk 6 bulan. Alhamdullilah..

3. Bila dah ada duit lebih2 ni, lepas puasa hari tu boleh la nak renovate sikit rumah. Dpt la seperti yang dicita dan dapat juga kontraktor yang ok. Harga yang reasonable dan sgt pembersih.

4. Masa PRU-13, utk kali ke-2 jadi Ketua Tempat Mengundi. Dpt elaun..hihi. Tapi ada part dukanya.

5. Dpt sorang adik ipar dan sorang lagi bakal adik ipar. 

6. Membeli tanah kebun dengan harga 'below market price'.  Harap kakak yang jual tu tak menyesal la.


Cerita Duka  

1. 2 kali try IUI. Kedua-duanya gagal. Masa IUI yang pertama tu..takde la sedih sgt. Tetapi IUI yang kedua sedih tak terkata. Seharian menangis dan bersedih. Encik B turut serta bersedih. 2 3 hari juga nak recover. 

2. Nenek saya meninggal dunia. Sedih sgt sbb sy tak sempat nak melawat dia selepas hari raya puasa. Mmg cucu tak guna betul la. Seblm dia meninggal, selalu jer terdetik nak blk kg..tapi masa penuh saje ngan aktiviti.  Nenek meninggal sewaktu kitaorg semua di KLIA, nak hantar cik misi ke Arab Suadi.

3. Bertugas pada PRU-13 mmg best. Tahun sebelum ni nak agen calon tak banyak cerita dan bila dah siap kira undi boleh terus ke Dewan tempat berkumpul.  Tapi kali ini..agen calon mmg byk cerita. Malas nak gaduh sy suh dia buat surat ke SPR. Tau la SPR baca ke idak. Bila dah siap kira undi..kena tunggu semua pusat mengudi di sekolah tu siap. Keluar sekali gus. Penyokong parti berkumpul di depan pagar sekolah. Keluar dari sekolah diiringi oleh polis. Sy yg bawa peti undi dan kereta dihadapan sekali mmg berdebar2.


Cerita Kejayaan

1. Kami laki bini dengan istiqamah pergi kelas mengaji setiap minggu (jika takde hal).  Setahun lebih berguru dengan ustaz ni..mmg best. Dan sekarang kami boleh mengaji dengan lancar. Harap Allah terus la bagi istiqamah ini utk kami..

2. Setiap bulan berjaya membaca 2 juz Al-Quran. Sehingga hari ini dah baca 24 juz baca. Ini adalah salah satu program tadarus setiap bulan yang dibuat oleh Ustazah di Ofis.  So 15 bulan akan khatam Al-Quran bagi individu.  So pd saya yang dah bertahun cuba untuk khatam tak pernah smpi..tahun ini dah nampak jalannya. Pergi mana pun mesti bawa Al-Quran.

3. Kami laki bini berjaya melangsaikan hutang PTPTN. Bangga sangat.  Biarlah orang lain dah lama bayar habis..hihi. Bila lalu kat billboard PTPTN..kitaorg mesti ckp.."Kitaorg dah takde hutang PTPTN".  Saya ada kisah ngan PTPTN ni..kisah rezeki. Mgkn dlm ramai2 peminjam PTPTN tu saya jer dpt yang special...haha. Sbb tu sy tak ambil port bila suh tukar ke ujrah. Bila PTPTN bagi diskaun 20%...cepat2 cari duit bayar hbs. Cepat bayar..dan cepat tutup akaun..haha. Rezeki..

4. Berjaya bayar habis hutang kereta Kancil. Habis bayar hutang kancil..beli kereta lain..so hutang kereta masih ada. Tp tetap kejayaan..sbb kancil tu harta saya..kereta baru tu harta bank..hihi


Cerita Apa Yang Tak Dapat

1. Tak dapat bercuti ke Cameron Highland. Bajet mmg dah tersedia..tunggu nak belanja jer. Tp masa yang sesuai lak takde.  So percutian ini ditunda ke tarikh yang tidak diketahui.

2. Encik B lum dpt lagi nak beli motor..kesian dia. Pakai kereta orang jer..

3. Turun berat badan. Naik turun..naik turun..gitu la kerjanya sepanjang tahun. Bila dah turun tu..mesti byk aktiviti berkaitan makan..naik balik berat. Nak naik senang jer..nak turun punya la susah. Harap 2014 terus istiqamah mengawal berat badan.

4. Menjadi muslimah yang sebenar-benarnya mengikut Islam..huhu. Ada kala solat lewat2 terutama solat isyak..begitu juga dengan solat maghrib. Harap berubah la lepas ni. Dari segi tutup aurat..masih ada lompong2nya lagi..

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ini sebahagian kisah saya selama 365 hari di tahun 2013. Diri ni masih lagi kekurangan..banyak perlu diperbaiki. Moga 2014 terus gemilang..

sumber :: google

Wassalam.








Thursday, 21 November 2013

Duit Tabung :: Melancong vs TTC

Assalam...

Confuse memikirkan

Mana satu nak dipilih

Antara melancong atau treatment TTC

Fund yang ada takde la banyak mana

Nak buat macam2

Kalo aku kaya...tak yah confuse sebegini..hihi


sumber :: google

Apa pun semua rezeki dr Allah..



Wednesday, 11 September 2013

Bulan September :: Bulan Sibuk Sesangat..

Assalam semua..

Dah lama tidak mencoret sesuatu di sini. Biasala..dah masuk bulan banyak keje.

Sekarang sibuk menguruskan..

sumber :: google

Selaku urusetia..banyak la kerjanya.

Dan pada bulan ini juga ada 2 orang sepupu yang akan melangsungkan perkahwinan. Lagi la terasa padat jadual. Tak sempat nak enjoy..

Untuk akhirnya tahniah bagi sahabat ttc yang telah berjaya preggy. Yang belum lagi..jangan putus asa...teruskan usaha. Saya juga masih berusaha. Ingatlah rezeki ini ketentuan Allah. Usaha itu asbab utk kita mendapatkan rezeki tersebut. Sama seperti knp kita kena kerja..sbb asbab utk Allah bagi kita rezeki kewangan utk kehidupan kita.  

Sebelum bye..sedikit semangat utk semua..

:: tak perlu bertanding antara kita, kerana Allah menjadikan setiap manusia ada keunikan masing-masing::

Ok..tak boleh mengadap lelama sgt blog ni..ada lagi kerja yang lebih penting!!

Wassalam.

Wednesday, 14 August 2013

Cerita Syawal Kami..

Assalam..

Alhamdullilah..hari ni dah masuk kerja setelah seminggu bercuti hari raya. Takde la raya blues pun. Sbb dah set dalam kepala..rabu kena kerja. Semalam baru smpi dr kampung.  Perjalanan semuanya lancar. Dan yang paling syok nak dtg kerja hari ini..sbb semalam dah terapi di One Utama selama 4 jam lebih..hohoho. Baru nak shopping raya..hihi.

Syawal tahun ini biasa2 aje. Berhari raya di rumah ibu mertua. Sepatutnya giliran berhari raya dgn mak dan ayah.  Last year pun raya dgn mertua sbb mak ayah berhari raya di Mekah. So saya tak kisah pun mana2 pun ok. Mak pun berhari raya di rumah ibu mertuanya aka nenek saya la..

Soalan cepu emas utk kami dah makin berkurangan. Mgkn orang pun dah malas bertanya kot. Cuma ada sorang jer bertanya..Encik B jawab begini "Insya Allah dapat masa tahun ke-5 (tahun depan la tu). Dapat 3 sekali." Saya yang ada dibelakang yang dengar terus jer mengaminkan kata2 suamiku itu.  Mana tau..itu semua rezeki Allah.  Tapi yang bestnya..confident jer suami saya menjawab.  Orang yang bertanya tu terus diam..cerita benda lain lak..hihi.

Raya ke-4 saya dah period. Ngam 27 hari. Untuk cycle kali ini..tak jumpa doc pun sbb doc masih bercuti. Insya Allah bulan depan.

Ok la...nak sambung buat kerja ni. Semangat..semangat..semangat!!

Wassalam..




Thursday, 1 August 2013

Buka Puasa di Rumah/Bazar Ramadhan/Buffet dan Masjid..Mana Satu Pilihan Kita?

Assalam..

Hari ni dah 23 ramadhan. Lagi 6 hari sebelum menyambut hari raya. Mesti semua orang sedang sibuk membuat persiapan raya. Persiapan raya saya paling ala kadar tahun ni. Baju raya pakai jer baju masa majlis perkahwinan adik saya + ada 2 3 helai baju dibeli sebelum2 ni. Baju betul2 baru mmg tiada. Kasut dan hand bag mmg tiada dlm senarai. Cuma ada beli kuih raya yang tak sampai 5 jenis. Mood raya lum smpi lagi kot!!

Hari ni nak story pasal tempat berbuka puasa. Mgkn ini apa yang saya rasai dan semata2 dari pandangan saya saje.. jika berlainan pendapat terpulang..kerana Allah cipta manusia ini mempunyai perasaan.

1) Berbuka Di Rumah Dengan Masak Sendiri Lauk Berbuka

Ni yang sepatutnya. Isteri sediakan juadah untuk berbuka utk keluarga. Awal puasa mmg saya tak masak. Tp minggu akhir puasa ni saya masak jugak. Hanya ada lauk dan sayur jer. Bila masak sendiri mmg sedap dan terjamin kualitinya. Masalahnya bila rumah jauh dari tempat kerja..masa yang ada sgt suntuk. Kul 6.30 baru smpi rumah. Berkejar menyiapkan juadah.  Mujur la sekarang maghrib lewat 7.30pm. So sempat la setakat 2 3 jenis lauk. 

Yang tak bestnya masak sendiri ni..pening memikir nak masak pe. Start je zohor dah pikir nak masak pe. Kadang2 tu suh Encik B pikir nak makan pe. Saya masak jer. Bila dua2 buntu..Encik B gi kedai runcit beli la apa yang berkenan..nnt saya masak jer. Part ni mmg paling tak suka. 

Bila dah masak, yg makannya berdua je. Lauk banyak..so makan banyak. Bila dah bnyk makan..perut jadi se'eh (perut penuh smpi nak gerak pun susah). Nak gi solat terawih pun malas2..jer. 

Apa pun berbuka dirumah masak sendiri mmg pilihan kebanyakan orang.

2) Berbuka Di Rumah Dengan Beli Makanan Di Bazar Ramadhan/Kedai

Tahun ni sekali jer beli di bazar ramadhan. Di bazar banyak jenis makanan..smpi tak tau nak makan pe. Kalo bazar yang famous amos sure ramai orang smpi tak nampak lauk/makanan yang dijual. Penat puasa + penat beli di bazar lagi. 

Sekarang ni harga makanan di bazar dah mahal. Sekali pergi mesti RM20 habis. Balik jer rumah time berbuka..rasanya..sangat tak sedap.  Rasa dah la failed + belum tau lagi bersih ke tidak.

Yang mudahnya..boleh beli apa yang teringin. Tak payah bersusah payah habis masa nak masak sendiri. Jimat masa.

Jika tak beli di bazar..restoran2 / kedai makan ada jugak jual lauk. Kedai sebegini lebih baik daripada bazar ramadhan. Cuma pilihan lauk/juadah agak terhad la.  Apa pun masih boleh menjimatkan masa memasak.

3) Berbuka di Buffet2 Ramadhan

Trend pada masa kini.  Dulu2 masa kecik2 tak tau pun buffet2 ramadhan ni. Start keje dah makin banyak buffet ramadhan ni.  Pernah 1 tahun, saya dan cik misi giler berbuka di buffet ramadhan. Cakap jer tmpt, mahal ke murah mmg kitaorg gi.  Masa tu takde komitmen..duit mmg tuk enjoy je la.. Enjoy makan la.

Tapi sejak kahwin..dah makin kurang berbuffet ramadhan. Sekali dua jer dalam bulan ramadhan. Tahun ni baru 2 kali jer. Satu ada voucher percuma. Satu lagi orang belanja. Kalo tak mgkn tak gi kot.

Bestnya juadah berbuka mmg banyak. Macam2 smpi tak termakan. Dulu zaman muda2 boleh la makan tak ingat dunia. Tapi sekarang..minum air buka puasa ngan kuih jer pun dah kenyang.  Kalo bayar sendiri tak berbaloi rasanya.  Dan paling tak bestnya, tempat solat..nak berebut2. Ada sesetengah tempat..ruang solatnya terhad dan kurang selesa. Bila dah berbuka di luar..for sure terawih tak sempat nak gi. 

Selain itu, nak gi tempat buffet pun kena mengharungi jammed. Dah la balik keje jammed. Nak gi berbuka pun jammed. Lagi lama hidup dalam kereta daripada dalam rumah sendiri.

4) Berbuka di Masjid/Surau

Pertama kali berbuka puasa di Masjid Negeri Shah Alam. Tahun tak ingat. Lepas itu mmg menjadi kesukaan la berbuka di masjid/surau ni. Dan untuk tahun ini paling banyak berbuka di surau kawasan perumahan. 

Syoknya berbuka di surau ni..tak payah nak pikir2 nak makan pe. Apa yang dihidangkan di surau tu makan jer. Kalau tak lalu..makan apa yang boleh makan. Balik keje..ada masa 1 jam boleh dimanafaat untuk membaca al-quran atau berzikir. Bila makan berkongsi ni..kita akan makan setakat apa yang kita nak makan jer. Tambah2 mmg takde la. So boleh control intake makanan. 

Stail masjid/surau..buka puasa ngan kurma dan kuih-muih. Solat maghrib berjemaah. Kemudian baru makan nasi. Kemudian solat isyak dan terawih berjemaah.  Bila berbuka di masjid/surau sekurang-kurangnya dapat banyak pahala berjemaah.  Suasana berbuka pun lebih aman dan sangat seronok berbuka ramai2.

Walaubagaimanpun, menu adalah terhad. Apa yang ada itu lah rezeki berbuka.  Menjimatkan masa dan duit.  Tapi bila dah berbuka free..jgn la lupa untuk bersedekah di masjid/surau..bagi balik la apa yg kita makan. Mmg ada setengah masjid/surau disponsor..tapi tak salah untuk bersedekah dengan nilai yang kita makan itu. Rezeki untuk orang lain pulak..

Ada empat tempat berbuka. Pilihan utama saya adalah no. 4. Sukar utk digambarkan keseronokan berbuka di masjid/surau. Mgkn lain orang lain pilihan. Pada yang belum pernah berbuka di masjid/surau..cuba la sekali. Rasailah.. Pilihan anda yang mana satu?

Wassalam.



Monday, 29 July 2013

Dugaan Ramadhan Buat Kami

Assalam..

Hari ni dah 20 hari berpuasa. Ya Allah sekejapnya masa berlalu. Dan nak habis bulan Julai..Tinggal lagi 5 bulan untuk habiskan tahun 2013.

Ramadhan tahun lalu di awal ramadhannya kami ditimpa dengan sedikit dugaan. Baca di sini.  Kali ini dugaannya agar mencabar. Sehingga berjurai jugak la airmata ni. 

Episod dugaan bermula pada petang 3 ramadhan. Hari jumaat. Jalan jammed giler!! Kuar rumah kul 5.15 smpi di DA kul 7.25pm. Lgi beberapa minit nak buka puasa. Lps jer berbuka, sy mu**ah. Dlm hati pikir mesti haru menempuh jammed.

Sok pagi 4 ramadhan bersahur minum shake herbalife. Sebelum2 ni ok jer. pagi tu minum2 jer sy mu**ah. Sudah dah!! Shake yang berbaki separuh lagi sy buang jer. Bersahur makan kurma dan air suam jer. Sudah rasa mesti perut tak ok ni. Hari tu berbuka ngan mak di kg, suh mak masak ikan singgang jer. Kuih muih yang best2 semua tak sentuh. Bersahur 5 ramadhan makan kurma ngan air suam jer. Nasi mmg tak boleh masuk. 

Berbuka hari ahad tu beli di bazar ramadhan seksyen 13 Shah Alam. Beli char kway teow jer. Buka puasa makan sikit jer. Sbb tak sedap. Bersahur next day (6 ramadhan) 2 3 kali ke toilet..ci**t-bi**t. yang kuar hanya air sj. Gagahkan diri ke ofis. Smpi ofis rasa cam takde tenaga, lemah semacam. Terus gi klinik. Dpt MC ambil ubat. Yg gerunnya..doc kata dia bagi tempoh 3 hari jer..kalo tak ok datang semula dia akan bagi referal letter ke hospital untuk check. Wahh..cuaknya.

So start hari isnin tu, ambil makanan yang light2 jer..makan yogurt..pedas2 tak makan. Sehingga hari Jumaat 10 ramadhan itu perut ok2 la. Bersahur makan kurma ngan air suam jer..itu jer yg boleh ditelan.

Hari Sabtu 11 ramadhan, berbuka puasa di rumah sy masak mee kari. Teringin sgt. Biasa la bila sendiri masak semua bahan letak la..ayam, kerang, fish ball, tauhu kering dan berbagai. Time masak kuah tu letak cili boh sikit jer..sbb tak nak pedas sgt. Lepas terawih gi lepak rumah jiran..minum teh ngan makan nasi lemak (sikit sgt kuantiti diambil). Masa ini ingat perut dah ok.  Blk melepak tu..tidur la. 

Dalam kul 3 pg perut start memulas2. Baring tak kena, duduk tak kena, gi toilet tak kena. Ya Allah tak tahu cam ne nak ckp sakit sesangat. Masa tu Encik B sapu minyak angin panas pun tak mujurab. Bila terlalu sakit air mata pun keluar la. Habis semua zikir di baca utk kurangkan sakit. At the end, Encik B ambil air masak dibaca2 sikit pada air tu kemudian sy minum..baru la lega sikit.  Bersahur pg tu di atas katil ngan buah kurma dan air masak jer.

Dah siang tu perut ok la sikit. Mgkn berkat doa Encik B buat isterinya. Berbuka pd hari ahad (12 ramadhan) tu saya masak bubur nasi jer. Lauk semua tak pedas. Sayur tumis pakai olive oil. Mmg sessi mengjaga perut betul.  2 hari jugak makan bubur nasi. Lepas pada tu makan nasi tapi pedas2 mmg tak ambil.

Dalam pada sy sakit perut, Encik B juga sakit perut. Angin dan ci**it-bi**it.  Pada minggu awal sy sakit, dia ok jer. Pada minggu kedua sakit..kitaorg dua2 org sakit. Padahal, minggu kedua tu byk berbuka puasa di rumah.  Kalo tak berbuka puasa di surau. Itu yg sy confuse giler. Tapi the end sy tahu, yg kitaorg tak boleh makan pedas. So untuk minggu berikutnya sy masak makanan yg kurang pedas. Cili padi mmg tiada dalam senarai la.

Dan sekarang...Alhamdullilah kesihatan kembali pulih. Cuma masih berhati2 dengan apa yang dimakan. Semenjak perut meragam sy mmg tak ambil sebarang produk herbalife. Shake pun tak ambil.  Bersahur sekadar kurma dan air suam.  Alhamdullilah masih bertenaga. 

Bila story kat orang..ok la kurus la badan.  Mmg best turun berat..tapi derita sakit tu tidak tertanggung. Bila tgk makanan yang best2 tak boleh makan..rasa seperti Allah telah menarik nikmat terutama sekali nikmat PEDAS itu. Sbb hidup ini terbiasa makan pedas.  Tetapi dalam hati mungkin ada hikmahnya..

Orang kata sakit perut ni sbb beli makanan diluar.  Sepanjang 21 hari berpuasa ni 1 hari jer beli di bazar ramadhan.  Selain itu berbuka di surau, di rumah dan 2 kali berbuka buffet ramadhan.  Bila tgk org lain yang makan bersama sy ok jer..mgkn perut sy yg tak boleh terima. 

Apa pun dugaan ni secebis dari dugaan yang Allah berikan.  Bila sakit kita akan lebih ingat pada-Nya berbanding kita sihat. Sihat itu adalah antara nikmat yang besar. Jagalah kesihatan..kerana bila tak dijaga mgkn saje nikmat itu ditarik balik. Dan pada masa itu, kita akan menyesal tak sudah.  Ingat ini utk diri sendiri dan sesiapa yang membacanya..

Wassalam.

Thursday, 23 May 2013

Happy Weekend Everbody!!

Assalam..

Hari esok telah bermula cuti sekolah utk tempoh 2 minggu.  Dan hujung minggu ni cuti hujung minggu yg panjang. Jumaat hingga Ahad.

Saya ada program family day di cherating..yuhuuu. Acara bermula hari Sabtu hingga Ahad.

Tapi hari jumaat dah bergerak ke kuantan. Berjimba2 dengan makcik dan cousin2 di sana. Encik B nak open table katanya..yuhuuuu.  Bila weekend diet semua gone!!!

Happy weekend utk pembaca blog ni..


Sekian. Wasslam..

Wednesday, 22 May 2013

2ww :: Tak Boleh Makan Pedas

Assalam..

Betul ke dalam tempoh 2ww tak digalakkan tak boleh langsung makan pedas?

Byk entry dan forum bagaitau cam tu..

Masalah skrg...saya hanya boleh makan makanan yang pedas2 sahaja.  Yang tak pedas mmg tolak ke tepi. Tekak tak lalu nak makan. 

Kalau makan mee / mihun mesti ada cili potong (wajib).  Suka order mihun kungfu.  Selagi cili tak sampai selagi tu la tak nak makan..

Kalau makan nasi mesti ambil lauk yg paling byk sambal dan rasa paling pedas. Kalo tak, ambil la smbl belacan/tempoyak penambah rasa pedas tu..

Cam no ni?? Harap2 semua ok la..

sumber :: google

Bestnya sambal ni kalau dapat makan ngan nasi panas dan ikan goreng..

Sekian. Wassalam

Tuesday, 21 May 2013

Header Baru :)

Assalam..

Sejak berblog ni..sy mmg tak pernah update pun header kat blog ni. Sy mmg tak tahu cam mana nak buat.

Bila gi blog orang lain..cun jer diaorg punya header. Jeles tau!!

So minggu ni, saya menggunakan kaedah cuba jaya men'create' header utk blog ni.

Hasilnya sebegini rupa la..


comel tak?? hihi..
Mesti la comel cam tuan blog ni....haha perasan tul!!

Ini usaha cari gambar kat google pastu edit di online photo editor. Ok la. Bg sy yg buta seni ni!!!

Gambar budak2 tu sebenarnya kosong..


kaler la sikit..Ingat nak kaler background dia..tak menjadi. Dah cuba jaya beberapa kali tak berjaya2 jugak..akhirnya fed up terus tak kaler. Maka warna background tu putih la..tak cun langsung.

Suka nak letak gambo budak2 ni..supaya jadi sumber inspirasi yang tuan blog ni boleh dpt anak ramai..hihi..

Untuk itu, mulai hari ni saya dah ada header...hihi. Sukanya..

Sekian. Wassalam

p/s :: dalam banyak kerja boleh pulak buat benda tak berfaedah ni..






Monday, 20 May 2013

Tak Pernah Guna..

Assalam...

Hari ni, sesaje klik di ikon stat tu. Nak tgk apa la orang cari dalam blog saya yg tak seberapa ni.

Cuba tgk pada yg sy circle tu... Nak tergelak pun ada.. Terus segar biji mata yang mengantuk ni..

"tersalah cek upt guna ovulasi test" 

Sy mmg tak pernah guna ovulation test tu. Nampak byk iklan2 berkenaan perkara itu. Tapi sy tak berminat nak beli dan guna alat tu. 

Satu lagi part upt test ni pun, sepanjang 3 thn lebih kawen ni, tak smpi 10 jari lagi sy buat upt.  Sbbnya tak sempat nak berangan preggy period dah mai. Kebanyakan dia datang on time. So mmg saya tak stok upt ni di rumah.

Kepada pencari ni, bila dah tau salah guna test..so pergi ulang semula ujian kehamilan guna UPT.. 
Sbb setahu sy kedua2 test ni akan detect hormon yg berbeza. 

Sekian.



Tuesday, 14 May 2013

Beginilah Teknologi..

Penggunaan teknologi yang optimum..
Berkomunikasi tanpa suara..
Tanpa bersua muka..
Janji maklumat sampai jer..





macam-macam perangai..

Thursday, 17 January 2013

Dah Boleh Upload Gambor

Salam..

Fuhhh dah penuh sawang di sini.. hahaha.

Skrg dah boleh upload gambor kat blog. Hari tu bukannya limit space ke apa..
cuma bila klik kat gambar nak upload pic tu tak kuar pe..
maka mencari la pe masalahnya.

Hari tu notebook rosak. So diaorg install IE. Bila diselidik..mgkn IE ni ada masalah maka sy cuba download google chrome. Dan terus masalah saya selesai.
Ni sama je kes masa tukar interface old version tu new version. Bila download google chrome terus masalah selesai.

Mulai sekarang mmg kena banned la IE ni..hohoho

Sebagai bukti ni dia...meja tuan tanah yg macam tongkang pecah. Banyak kerja wooo...


Sekian..

#banyakkerjakeataubuatbuatbanyakkerja..hahaha

Wednesday, 9 January 2013

Kenapa Blog Tak Boleh Upload Gambor??

Assalam...

Blog saya tak boleh upload gambor...

Hari tu pakai komputer buruk..ingatkan dia tak leh load. Komputer tu lembab...

Tapi skrg ni, bila pakai notebook pun sama..apa kes ni??

Huhuhu..mohon bantuan...

Wassalam..

Monday, 31 December 2012

Goodbye 2012, Welcome 2013


Kepada semua rakan blogger

Selamat Tahun Baru 2013
Moga Allah merahmati kita semua

Tiada beza pun 2012 dan 2013
Masa akan sentiasa ke hadapan
Tidak akan mengundur
Oleh itu, guna dan nikmatilah masa yang ada dengan manafaat
Moga kita semua tidak menyesal di sana nanti


Wassalam..

Monday, 22 October 2012

Mood Sama Dengan Cuaca

Assalam..

Mood saya sekarang sama jer dengan cuaca kat luar
Mendung, hujan renyai2, dan kadang2 hujan lebat, ditambah dengan guruh2
Malas..dan pergerakan semua jadi slow
Nampak tilam, bantal dan selimut best sangat
Kalau kena kacau mmg nak marah sangat
Macam2 planning ada..tapi satu pun tak buat
Nak menaip ni lagi la malas
Baca pun nampak huruf banyak sangat..terus jadi malas
TTC pun sesejuk cuaca jugak..hehe
Bergerak mengikut arah angin
Pada saat ini..biarlah ia berlalu
Bukan tak berusaha..tapi..(biarlah sy je yg tahu)
Yang saya tahu..sekarang saya enjoy dengan pelbagai aktiviti
Berbasikal, jogging, kelas mengaji, memasak, meeting community, bersosial (lepak2), tgk tv, main game
Buat masa ini saya nak menikmati masa enjoy ni sepuasnya..
Ok la..cukup la..kerana idea sudah beku!!

Wassalam

p/s :: ada anak itu nikmat dari Allah...tapi belum ada anak bukannya dugaan tapi nikmat juga dari Allah. Allah beri masa lapang yang banyak. Nikmatilah selagi ada..

Wednesday, 10 October 2012

WW :: Adam & Hawa ~ Gila Dibuatnya



Cerita kegilaan sekarang
Saya terjebak lagi
Bukan saya seorang..semua orang dirumah saya
Suami saya, adik saya & adik sepupu saya
Dengar lagu jer dah boleh gila
Parah!!

Encik B ada student nama Ain. Dia panggil nama student tu..alih2 dia ckp 'Sy ingat nama awak AIN HAWANI'. Student dia gelak sbb cikgu dia layan Adam & Hawa ~ Parah!!

p/s :: mmg parah..sbb citer ni 80 episod.