Assalam..
Hari ni dah 20 hari berpuasa. Ya Allah sekejapnya masa berlalu. Dan nak habis bulan Julai..Tinggal lagi 5 bulan untuk habiskan tahun 2013.
Ramadhan tahun lalu di awal ramadhannya kami ditimpa dengan sedikit dugaan. Baca di sini. Kali ini dugaannya agar mencabar. Sehingga berjurai jugak la airmata ni.
Episod dugaan bermula pada petang 3 ramadhan. Hari jumaat. Jalan jammed giler!! Kuar rumah kul 5.15 smpi di DA kul 7.25pm. Lgi beberapa minit nak buka puasa. Lps jer berbuka, sy mu**ah. Dlm hati pikir mesti haru menempuh jammed.
Sok pagi 4 ramadhan bersahur minum shake herbalife. Sebelum2 ni ok jer. pagi tu minum2 jer sy mu**ah. Sudah dah!! Shake yang berbaki separuh lagi sy buang jer. Bersahur makan kurma dan air suam jer. Sudah rasa mesti perut tak ok ni. Hari tu berbuka ngan mak di kg, suh mak masak ikan singgang jer. Kuih muih yang best2 semua tak sentuh. Bersahur 5 ramadhan makan kurma ngan air suam jer. Nasi mmg tak boleh masuk.
Berbuka hari ahad tu beli di bazar ramadhan seksyen 13 Shah Alam. Beli char kway teow jer. Buka puasa makan sikit jer. Sbb tak sedap. Bersahur next day (6 ramadhan) 2 3 kali ke toilet..ci**t-bi**t. yang kuar hanya air sj. Gagahkan diri ke ofis. Smpi ofis rasa cam takde tenaga, lemah semacam. Terus gi klinik. Dpt MC ambil ubat. Yg gerunnya..doc kata dia bagi tempoh 3 hari jer..kalo tak ok datang semula dia akan bagi referal letter ke hospital untuk check. Wahh..cuaknya.
So start hari isnin tu, ambil makanan yang light2 jer..makan yogurt..pedas2 tak makan. Sehingga hari Jumaat 10 ramadhan itu perut ok2 la. Bersahur makan kurma ngan air suam jer..itu jer yg boleh ditelan.
Hari Sabtu 11 ramadhan, berbuka puasa di rumah sy masak mee kari. Teringin sgt. Biasa la bila sendiri masak semua bahan letak la..ayam, kerang, fish ball, tauhu kering dan berbagai. Time masak kuah tu letak cili boh sikit jer..sbb tak nak pedas sgt. Lepas terawih gi lepak rumah jiran..minum teh ngan makan nasi lemak (sikit sgt kuantiti diambil). Masa ini ingat perut dah ok. Blk melepak tu..tidur la.
Dalam kul 3 pg perut start memulas2. Baring tak kena, duduk tak kena, gi toilet tak kena. Ya Allah tak tahu cam ne nak ckp sakit sesangat. Masa tu Encik B sapu minyak angin panas pun tak mujurab. Bila terlalu sakit air mata pun keluar la. Habis semua zikir di baca utk kurangkan sakit. At the end, Encik B ambil air masak dibaca2 sikit pada air tu kemudian sy minum..baru la lega sikit. Bersahur pg tu di atas katil ngan buah kurma dan air masak jer.
Dah siang tu perut ok la sikit. Mgkn berkat doa Encik B buat isterinya. Berbuka pd hari ahad (12 ramadhan) tu saya masak bubur nasi jer. Lauk semua tak pedas. Sayur tumis pakai olive oil. Mmg sessi mengjaga perut betul. 2 hari jugak makan bubur nasi. Lepas pada tu makan nasi tapi pedas2 mmg tak ambil.
Dalam pada sy sakit perut, Encik B juga sakit perut. Angin dan ci**it-bi**it. Pada minggu awal sy sakit, dia ok jer. Pada minggu kedua sakit..kitaorg dua2 org sakit. Padahal, minggu kedua tu byk berbuka puasa di rumah. Kalo tak berbuka puasa di surau. Itu yg sy confuse giler. Tapi the end sy tahu, yg kitaorg tak boleh makan pedas. So untuk minggu berikutnya sy masak makanan yg kurang pedas. Cili padi mmg tiada dalam senarai la.
Dan sekarang...Alhamdullilah kesihatan kembali pulih. Cuma masih berhati2 dengan apa yang dimakan. Semenjak perut meragam sy mmg tak ambil sebarang produk herbalife. Shake pun tak ambil. Bersahur sekadar kurma dan air suam. Alhamdullilah masih bertenaga.
Bila story kat orang..ok la kurus la badan. Mmg best turun berat..tapi derita sakit tu tidak tertanggung. Bila tgk makanan yang best2 tak boleh makan..rasa seperti Allah telah menarik nikmat terutama sekali nikmat PEDAS itu. Sbb hidup ini terbiasa makan pedas. Tetapi dalam hati mungkin ada hikmahnya..
Orang kata sakit perut ni sbb beli makanan diluar. Sepanjang 21 hari berpuasa ni 1 hari jer beli di bazar ramadhan. Selain itu berbuka di surau, di rumah dan 2 kali berbuka buffet ramadhan. Bila tgk org lain yang makan bersama sy ok jer..mgkn perut sy yg tak boleh terima.
Apa pun dugaan ni secebis dari dugaan yang Allah berikan. Bila sakit kita akan lebih ingat pada-Nya berbanding kita sihat. Sihat itu adalah antara nikmat yang besar. Jagalah kesihatan..kerana bila tak dijaga mgkn saje nikmat itu ditarik balik. Dan pada masa itu, kita akan menyesal tak sudah. Ingat ini utk diri sendiri dan sesiapa yang membacanya..
Wassalam.
kan..pedas itu sedap..
ReplyDeletetp tu la..sakit tu pun penghapus dosa kata orang kan..
apa pun..cepat sembuh yaa... :)
Harap terampun la dosa..dibulan puasa ni.
DeleteDari perenggan pertama sampai perenggan kedua terakhir, perut Yani terasa pedih bila baca...adess....harap CPT cepat2 sembuh la ye? Bonus tu turun berat badan...
ReplyDeleteHaah..turun berat badan tu mmg bonus. Harap jgn la naik balik bila dah raya nnt..hihi.
DeleteTake care sis,kena jaga2 makan tu.mungkin ada makanan yang perut kalah time puasa ni.
ReplyDeleteMgkn kot. Tahun ni perut terlebih sensitif. Yg pasti makan pedas dan berempah mmg dielakan sehingga hari ini.
Deletesaya penah kene mcm ni...sampai sekrg pun masih lagi menjaga mkn. silap je cikit mkn, mmg akan diserang sakit ni. Doc sah kan saya kene GERD (asid reflux). Dah 3 thn saya kene.huhu.
ReplyDeleteAwak pun minum produk herbalife ye. Same ar saya pun....hehe.
Mmg risau sgt nak gi jumpa doc semula. Takut kena buat scan bagai. Bertahan je la. So smpi skrg hanya anggap keracunan makanan je la.
Deletesalam cik puan tipah. salam perkenalan. saya pon ade masalah TTC. i have PCOS. apa2 pon cik puan tipah take care k. do follow me back. saya nak tmbh kawan to share & exchange experience :)
ReplyDeletesalam perkenalan. Sy dah follow. Tq follow blog tak seberapa ni.
Delete