Dah bersawang blog ni. Mohon ampun dan maaf la..tuan blog sibuk sesangat. Hal kerja, hal rumah dan sedikit hal kesihatan. So masa yang ada digunakan untuk menguruskan hal yang penting..so blog ni sipi2 maka ditinggalkan dulu.
Alhamdullilah pada 16 Julai 2013 saya telah pun terima hadiah GA yang pertama2 kalinya. (terharu sesangat)
Terima kasih pada Nina Sweet Tooth yang sudi memilih saya sebagai pemenang.
Bila bawa balik rumah, Encik B tanya dapat dari mana hadiah? Saya kata menang kat blog. Dia mmg tak percaya gile. Pastu sibuk dia ngorek citer cam mana boleh menang. So saya citer la menang pasal cerita kenangan bulan puasa. Dia dah dpt agak mesti saya citer pasal berbuka di Masjid Negeri. Saya kat yup. Sejujurnya, Encik B mmg tak tahu aktiviti blog saya. Dia tahu saya ada blog tapi dia tak pernah baca. So biarlah dia tak baca..nnt byk lak komen dia..hihi.
Kisah berbuka di masjid itu hanya 1 kenangan daripada berpuluh2 kenangan saya di bulan puasa. Cam2 kenangan bulan puasa antaranya citer pasal terawih masa sekolah, citer pasal mangkuk tingkat masa kat rumah bujang, citer pasal berniaga di bazar ramadhan masa sekolah, citer pasal tak puasa sbb ambil lesen kereta dan banyak lagi. Semua itu masih lagi segar di dalam kepala ini..dan bila masuk jer ramadhan teringat kenangan2 tersebut. Kalo citer mesti korang pening bacakan..hihi.
Apa pun yang kita lakukan di dalam bulan ramadhan ini moga2 dapat balasan dari Allah.
Sekian, Wassalam.
p/s :: pada kala ini saya rindu pada mangkuk tingkat masa rumah bujang. Syoknya time tu tak payah fikir nak makan/masak apa. Makan jer apa yang makcik masak...hihi.
Memang banyak kenangan Ramadhan ni kan... :-)i rindu zaman2 puasa as uni student. seronok berbuka dengan kawan2.
ReplyDelete