Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, 31 October 2012

WW :: Masak2 & Makan2

nasi ayam + ayam bakar black pepper + tauge sos tiram


Tuna Melt guna french toast


Tuna Melt roti sandwish biasa. Sedap dimakan waktu panas2.


1st mini pavlova

p/s :: banyak lagi masak..tapi tak sempat nak capture..dah masuk mulut dulu..hehe

Tuesday, 11 September 2012

Yazid Burger (YB) - Super Big Size Burger

Mesti korang pernah dengar pasal burger ni. Rasanya pernah kuar TV3. Saya tahu pun daripada tv jugak la. Rancangan apa tak tahu.

So, mmg bercita-cita la nak makan YB ni. Tapi tak pernah berkesempatan. Pernah sekali balik kelas ngaji, dlm kul 10.30 mlm gi memusing seksyen 7 Shah Alam nak makan YB ni. Ntah mana kitaorg sesat pastu makan kat Pak Li Kopitiam kesudahannya.

Hari Sabtu lepas tu tak planning pun nak makan YB. Disebabkan cik misi nak cari tudung kitaorg di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum tu, gi puchong cari barang rumah dah melantak sepuasnya. Masalah juga nak cari kedai ini..sebabnya alamat dia Medan Selera Anjung Seksyen 7 Shah Alam sahaja. Jalan apa dia tak bagitau. Cari dlm google maps tak jumpa pun medan selera.

Lepas solat maghrib kat petronas seksyen 7 tu, tanya la pekerja station tu..dia pun tak tahu. Pastu belasah jer..gi belakang Unisel..dan akhirnya..jumpa jugak medan selera tu..

Kitaorg cari parking..nak masuk kat medan ada kedai nasi arab. Org ramai. Mgkn sbb malam minggu. Bila dah jumpa tu...Encik B la paling excited. Dia nak order burger 1kg. Mmg kena marah la...sbb semua org masih kenyang lagi...nak makan burger besar2.. So sy order burger 1/2kg untuk 4 org makan. Harga RM20.  

ni la rupa burger yg diorder


1/2 kg burger

Kesimpulannya..YB ni sedap. Daging dia mmg tebal..dan purely daging la. Kalo nak gi makan..pergi la beramai2..kalo berdua tu cam tak berapa best jer..

Ini website kedai Yazid Burger : http://www.resepiyazidburger.com.my/home.html

Cara nak gi kedai YB ni..

Dari Federal highway..masuk susur Padang Jawa/I City. Trafik light ambil ke kanan. Lalu 3 trafik light dan yang ketiga tu nnt nak u-turn. Make sure..sblm u-turn tu nmpk petronas dan Unisel sebelah kanan. Bila dah u-turn tu..masuk simpang di antara Unisel dan petronas..terus je. Nnt jumpa medan selera sebelah kiri anda yek.

Ok..korang try lak yek!!

p/s :: apa pun burger ramly jugak sedap..hehe


Wednesday, 30 May 2012

WW :: Kuah Fav Roti Canai

Ikan patin masak tempoyak makan bersama roti canai..mmg gempak

Saya suka juga makan roti canai cicah air teh..sedap


p/s :: kuah ape yang biasa korang makan dgn roti canai selain drpd dhal, kari & sambal??
 Kalo ada yang pelik2, boleh la try..hehe

Thursday, 16 February 2012

Garret Popcorn

Hari tu terbaca blog Memi Khalish cerita pasal popcorn cam best jer..pulak tu dah ada kat OU.

Sabtu lepas, pergi la OU sbb nak cari baju keje Encik B. Dalam kepala mesti beli popcorn ni. Nak rasa jugak. Masa sampai OU, pergi new wing. Planning nak gi redeem treat point maybank kat parkson. So boleh terus shopping kat sana. Sampai je kat Parkson, tgk sekali service utk redeem tu offline. So pegi jugak tempat baju lelaki tu..tp Encik B tak berkenan.

Pastu decide nak gi Jusco. Jusco kat old wing. Mak ai jauhnya nak jalan. So ambil keputusan keluar parking new wing pergi parking kat old wing. Tak pasal2 rugi RM2. Malas punya pasal. Sampai kat jusco, tgk2 la tmpt baju tu..takde lak Sales. Semua harga normal price. Encik B kata tak yah la..kita beli time Sales la.

Bila tujuan asal selesai, saya pun cakap la nak beli popcorn. Encik B kata pe kes nak makan pop corn lak ni. Saya kata nak beli jugak. Skrg kita cari kat mana tempat jual pop corn tu..hehehaha.

OU old wing dah banyak perubahan..sampai sesat2 kitaorg mencari. Kedai pun dah banyak berubah. Punya la lama tak gi shopping..huhu.

Akhirnya jumpa jugak kedai jual pop corn, di tingkat bawah laluan nak ke new wing. Beratur la.. Pilihan pop corn pun dah banyak habis sbb time tu pun dah pukul 9 lebih. Bila dah beli..gembiranya..

ini la kedainya. Tak boleh ambil gambar..kena tegur ngan guard. Tapi camera ini sempat juga capture..hehe


ini hasil tangkap..caramel crisp saiz jumbo..mmg dasar tamak..haha


ini rupa dalamnya..berwap..agaknya baru masak kot..


tgk la pop corn dia kuning keemasan. Gula mmg kaw. Manis sgt..


Pastu letak dlm bekas comel ni..makan sambil tgk tv..

Sehingga ke hari ini, masih ada la 1 balang. Tu la dasar tamak haloba..huhu. Yang dibeli ini sangat manis..so tak boleh makan banyak2 sgt..nnt kencing manis.